NEGERI SEMBILAN TUMBANG ? Posted: 20 Dec 2010 10:05 AM PST Pakatan Rakyat Yakin Dapat Tawan N.Sembilan PRU Ke-13Konvesyen Pakatan Rakyat yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan merupakan satu wadah dalam usaha meningkatkan perhubungan antara parti di dalam gagasan itu serta memupuk semangat perjuangan tanpa batas sempadan bagi persediaan mengambil pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dalam ucapan aluannya pada perasmian konvensyen berkata tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan semangat perpaduan, setiakawan dan ukhwah antara pimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi yang berbilang kaum. "Mari kita lupakan apa jua perbezaan, kita bersatu di bawah satu pakatan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengubah arena politik dominasi kerajaan terkini yang masih dikuasai oleh satu kaum sahaja. "Pakatan Rakyat Negeri Sembalan kini bertambah mantap, kesederhanaan sikap pemimpin setiap parti menjadi tunjang kepada keakraban dan ini memudahkan setiap perbincangan dan mencari titik persamaan. "Dimana-mana program rakyat, ketiga-tiga pemimpin parti akan turun bersama berganding tangan bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat. Oleh yang demikian tidak menghairankan di mana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini menerima pertambahan anggota parti secara mendadak dan ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan serta mencerminkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan," kata beliau di hadapan lebih 300 perwakilan pagi tadi. Beliau berasa yakin Pakatan Rakyat akan berjaya di dalam usaha untuk menawan mengambil alih kerajaan negeri Negeri Sembilan dan seterusnya melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum nanti. "Namun begitu, kita jangan alpa di dalam situasi sebegini pemimpin disemua parti dan peringkat harus bekerjasama dengan lebih erat lagi di dalam memenangi hati rakyat majmuk. "Kita juga harus memastikan jentera parti sehingga ke peringkat akar umbi diperkukuhkan dan ini bukan sahaja dari segi meramaikan petugas bahkan perlu menyediakan sistem pengurusan yang baik serta sistem pentadbiran parti yang cekap," tegas Kamarul lagi. Kamarul berharap gerak kerja pendaftaran pemilih baru dan jentera pilihan raya hendaklah diperhebatkan terutamanya kepada anggota parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Beliau juga yakin konvesyen kali ini akan terus mendapat respons yang baik dari rakyat selain memastikan hayat politik Barisan Nasional adalah yang terakhir pada kali ini. |
|
MINORITI DALAM MAJORITI Posted: 20 Dec 2010 10:04 AM PST Melayu:minoriti dalam majoritiMampukah penguasaan politik orang Melayu bertahan di negara ini di masa akan datang?Melihat keadaan semasa realitinya ia boleh lenyap bila-bila masa. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengingatkan tentang kemungkinan ini beberapa kali. Faktor di depan mata sekarang ialah majoriti orang Melayu di negara ini yang berpecah tiga dalam fahaman politik vs minoriti orang bukan Melayu yang bersatu dan terbukti boleh menjadi kuasa penentu yang kuat. Jangan main-main dengan golongan minoriti ini yang bersatu dan bertindak bersama. Dr Mahathir mengulangi ingatan ini semasa bercakap dalam forum rancangan Malaysia ke 10 yang disiarkan secara langsung oleh RTM dari PWTC Khamis malam. "Yang minoriti bersatu dan bertindak bersama maka pada waktu itu dia memang kuat…tetapi yang (majoriti) apabila ia terbelah tiga ia sudah menjadi kumpulan yang majoritI kerana ia memiliki satu pertiga dari 60 peratus (penduduk negara ini),"katanya. Dr Mahathir menyingkap situasai ini semasa bertanding melawan calon PAS (Allahyarham Yusof Rawa) di masa lampau dimana beliau tewas kerana golongan minoriti pengundi bukan Melayu kawasan itu menyokong calon PAS. Beliau melihat kekuatan majoriti kuasa politik orang Melayu sekarang tergugat kerana adanya orang (dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dakwanya begitu takasub nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup pecahbelahkan orang Melayu. "Asal dia dapat jadi (Perdana Menteri) ..tak apalah..apa pun taka pa,"katanya. Sementara itu menyentuh tentang syarikat berkaitan kerajaan (GLC),bekas Perdana Menteri itu berpendapat ia perlu disemak semula bagi melihat sama ada ia masih melaksanakan tujuan asal penubuhannya. "Kita perlu tahu. Jelas sekali ramai orang tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh GLC. Kita perlu melihat sama ada GLC sudah menyimpang dari tujuan dan matlamat penubuhannya atau tidak." "Kita kelihatan seperti meniru Singapura pada setiap masa," katanya. Katanya, dulu, tidak ada GLC. Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) ditubuh untuk menjaga saham Bumiputera. "Bila beri saham kepada Bumiputera, mereka jual saham untuk keuntungan. Jadi, kita tubuh PNB untuk menyimpan saham dalam satu badan untuk mengekalkan dalam bentuk saham amanah. "Khazanah pula ditubuh untuk simpan segala saham Bumiputera yang tidak dapat dibeli oleh Bumiputera dan untuk menentukan saham yang diperuntukkan untuk Bumiputera tidak hilang "Pegangan Khazanah yang menyebabkan angka ekuiti 20 peratus Bumiputera menjadi kenyataan," katanya. Mengenai Wawasan 2020,Dr Mahathir Malaysia boleh mencapainya sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar. Bekas perdana menteri yang mengilhamkan wawasan itu pada 1991, berkata ini kerana krisis kewangan dunia serta krisis dalaman negeri pada tahun 1997 dan 1998 sedikit sebanyak telah menyekat pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dirancang. "Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya. Dr Mahathir berkata bagaimanapun, strategi pembangunan dan ekonomi yang perlu ditukar itu harus dibincang dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti bentuk strategi yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang lebih besar. "Ada cara-caranya, tapi kita kena perah otak supaya kita dapat satu idea bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya. Mengenai pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, Dr Mahathir mencadangkan supaya kaum lain turut terlibat dalam program pembangunan itu supaya ia dapat dijadikan daya penarik dalam usaha tersebut. "Saya berpendapat perlu ada kaum lain yang mengambil bahagian. Kita tidak boleh tentukan 40 peratus ke 50 peratus tetapi sedikit sebanyak mesti ada, kerana ia adalah satu daya penarik. "Kalau tidak ada kaum lain berniaga bersama, orang Melayu pun tidak akan datang kerana memang sudah kepercayaan kononnya orang Melayu tidak boleh berniaga," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata punca masyarakat Melayu masih berkurangan dalam senarai 40 orang terkaya di negara ini walaupun Malaysia telah 50 tahun merdeka adalah kerana dakwanya orang Melayu masih "tidak dapat mengawal nafsu dan terlalu boros." "Kita tidak kawal nafsu, kita dapat duit sahaja (kita) hendak belanja. Saya jumpa dengan seorang kawan Cina, katanya masalah mengenai Bumiputera, tidak pandai hendak menguruskan tunai, ada duit sahaja hendak belanja, belum jadi duit sendiri pun sudah belanja," katanya. Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 bukan bersifat rasis walaupun banyak memberi tumpuan kepada agenda pembangunan Bumiputera. "(RMK-10) hanya bertujuan menyamakan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tumpuan mesti diberikan kepada yang tertinggal kerana yang di belakang tidak dapat kejar yang di depan," katanya. sumber : agendadaily |
|
EKSLUSIF :SIRI JAMES BOND : WIKILEAKS Posted: 20 Dec 2010 09:56 AM PST Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam. Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia. Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit. Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin. Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams. Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm. Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal. Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan. Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan. Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa. Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam. Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi |
|
KITA JADI PESAING PAS DAN PKR... Posted: 20 Dec 2010 09:48 AM PST Kita parti untuk rakyat: Zaid PETALING JAYA – Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang keluar parti itu, dilantik sebagai Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan Tropicana Golf :Resort, di sini, semalam. Beliau mengambil alih tempat Zakaria Salleh, malah dalam mesyuarat itu juga mereka bersetuju Akim ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan parti. Zaid berkata, jawatan lain dan perlembagaan baru parti akan diumumkan dalam satu mesyuarat parti akan diadakan pada 19 Januari depan, selain itu juga ia berperanan sebagai parti nasional dan mempunyai ahli berbilang kaum. Menurutnya, parti tersebut akan hanya mempunyai satu cawangan di setiap negeri dan apa yang penting bukan hanya jumlah ahli sebaliknya sokongan yang diberikan oleh rakyat di negara ini terhadap Kita. "Saya yakin Kita akan menjadi sebuah parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat dan jika sesebuah parti politik ingin maju seharusnya menjadi sebuah parti yang berbilang kaum," katanya. Beliau menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar dari PKR pada 9 November lalu. Zaid berkata, Kita adalah parti demokrasi yang akan menerima mana-mana individu memperjuangkan kepentingan rakyat di negara ini, malah ia menerima siapa sahaja yang mahu melakukan perubahan dalam politik negara. "Kita tidak mahu mereka yang hanya pandai mengampu dan mempunyai kepentingan diri sendiri dalam Kita, kerana kami mempunyai dasar perjuangan yang berbeza di mana tumpuan diberikan kepada hak serta kepentingan rakyat. "Ini merupakan parti bebas ia mempunyai ideologi dan dasar, Kita tidak akan menyertai Pakatan Rakyat atau parti pemerintah, sebaliknya jika ada perkara yang dirasakan penting kami akan memberikan sokongan," katanya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Zaid berkata, Kita kini mempunyai ahli hampir 300 orang dan diyakini akan menjadi parti yang kuat sekiranya ia mendapat sokongan daripada kesemua barisan kepimpinan parti. |
|
PRK TENANG : KEJUTAN ATAU TERKEJUT GILER... Posted: 20 Dec 2010 09:45 AM PST DUN Tenang: PAS akan wakili Pakatan, yakin buat kejutan KUALA LUMPUR, Dis — PAS akan meletakkan calonnya di DUN Tenang sambil yakin bakal mencatatkan kejutan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi parti itu sejak lebih sedekad lalu. Mengambil kira pengalamannya bertanding dalam tiga pilihan raya umum yang lalu – 1999, 2004 dan 2008, Naib Presden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya akan bertanding di kerusi tersebut. PAS bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang sejak 1999 manakala pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, Semangat 46 menurunkan calonnya di mana PAS menjalin kerjasama dengannya. "PAS pernah bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini, jadi ini kerusi bagi PAS meletakkan calon. Maka, PAS akan meletakkan calon di sini untuk bertanding," kata Tuan Ibrahim kepada The Malaysian Insider. Pengarah Operasi Jentera PAS DUN Tenang Zulkifli Ahmad juga mengesahkan pihaknya akan meletakkan calon mereka walaupun ada kedengaran DAP kemungkinan bertanding. Perkembangan 13 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kesepakatan pembahagian kerusi Mac 2008. "Secara tradisi ini kerusi diperuntukkan dan ditandingi PAS. Berdasarkan konvensyen pembahagian kawasan, kerusi yang ditandingi oleh mana-mana parti dalam pilihan raya umum lalu akan ditandingi oleh parti berkenaan. "Atas sepakat ini, PAS akan bertanding di kerusi DUN Tenang," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ketika dihubungi petang ini. Katanya, PAS Johor mengadakan mesyuarat terbaru malam tadi. " Kami sudah mengadakan mesyuarat tiga hari lalu dan yang terbaru malam tadi bagi membincangkan persediaan," kata Zulkifli lagi. Dalam komen pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan. Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan. Pilihan raya kecil ini akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam. Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka akan mengadakan mesyuarat hujung minggu depan. Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama di Johor. Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis. DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 49 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina pula 38 peratus manakala masyarakat India dalam lingkungan 12 peratus. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya yakin untuk merampas kerusi itu memandangkan rakyat Johor mahu melihat perubahan dengan kesan tsunami 2008 masih dapat dilihat dan dirasai di negeri itu. "Selain itu, kita melihat generasi muda mahukan perubahan di peringkat Johor, dan oleh itu, saya yakin mereka akan meneruskan sokongan untuk membawa perubahan," katanya sambil menambah, wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan prestasi baik di Dewan Undangan Negeri sepanjang dua tahun lalu. Kini PAS dan DAP ada anggota di DUN Johor. PAS memenangi satu kerusi dua tahun lalu. "Ini juga akan menjadi kayu ukuran untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat di Tenang," katanya. Malah menurut Tuan Ibrahim, pencapaian calon PAS sejak 1999 di kerusi DUN Tenang menunjukkan ada peluang baik untuk menang kali ini. "Peluang itu, saya sangat yakin ada, cuma kita kena kerja kuat dan meletakkan calon terbaik di kalangan yang terbaik," kata Zulkifli lagi. Pada pilihan raya umum 2008 BN mempertahankan kerusi Tenang dengan 2,492 undi berbanding 5,517 undi empat tahun sebelum itu. Pada pilihan raya umum 1999 majoriti diperoleh calon BN adalah dalam lingkungan 8,649 undi ketika pengundinya dalam sekitar 24,100 orang. Mengenai calon, Zulkifli berkata, pihaknya ada tiga hingga empat nama buat masa sekarang. "Bagaimanapun cawangan dan kawasan akan mengemukakan nama masing-masing untuk pertimbangan negeri dan pusat," katanya. Ditanya sama ada Mohd Saim akan diturunkan buat kali ketiga, Zulkifli berkata, kemungkinan itu ada tetapi semua aspek akan diteliti dengan mendalam. "Yang penting kami akan memilih yang terbaik daripada kalangan terbaik," katanya. Kata Zulkifli, PAS memenangi tiga pusat pengundian di kawasan bandar. DUN mempunyai 12 pusat pengundian. Zulkifli berkata pihaknya juga akan memfokus ke atas tiga kawasan Felda yang menawarkan kira-kira 3,000 pengundi. "Sebenarnya kawasan Felda ini masih menjadi kawasan kubu kuat Umno, BN. Tetapi kami akan turut memfokus kerana ia membawa kira-kira 3,000 undi dari tiga kawasan Felda," katanya merujuk kepada Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Tenang. Pilihan raya kecil DUN Tenang juga dilihat pilihan raya kecil pertama dalam tempoh 15 tahun lalu. sumber : themalaysiainsider |
|
PRK TENANG DALAM OMBAK.... Posted: 20 Dec 2010 09:41 AM PST Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang diumum JumaatKUALA LUMPUR Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini. Difahamkan pilihan raya kecil kali ini akan diadakan minggu ketiga bulan depan. SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya sejak kekosongan wujud. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor pada Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN). "Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Katanya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu. BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan pula PAS. Kerusi DUN Tenang kosong setelah Sulaiman meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus. Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor. |
|
PATUTLAH JADI KUDA TUNGGANGAN DAP SELAMA-LAMANYA.... Posted: 20 Dec 2010 09:39 AM PST Sasaran 60 kerusi Parlimen cerah KUALA LUMPUR, Julai: Sasaran PAS adalah merampas 37 kerusi Parlimen daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia dikuasai oleh PAS, tegas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi.
Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu.
"Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen.
Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu.
"Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.
Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi.
Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi.
13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja.
"Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi.
Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat.
Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata.
Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam.
"Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat.
"Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya." Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
"Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya.
Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini.
Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa.
sumber : kedahlanie |
|
Segala-Galanya Dikawal Oleh PUSAT ? Posted: 20 Dec 2010 09:23 AM PST
Kerajaan PR mendakwa segala-galanya dikawal oleh PUSAT... Hudud PUSAT tentukan... Judi PUSAT tentukan... Maksiat PUSAT tentukan... Pendek kata segala-gala yang Jahat tentang BN, PUSAT yang tentukan... Adakah bantuan untuk mangsa banjir juga PUSAT yang tentukan ? Senangnya jadi PR... Apa guna PR jajah negeri yang kaya raya ? |
|
EKSKLUSIF : WIKILEAKS DAN LIWAT.... Posted: 20 Dec 2010 08:41 AM PST Gagal Kemuka Bukti APCO, Anwar Sengaja Buat Kecoh Untuk Alih Perhatian Pendedahan Liwat Wikileaks??? KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.
Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Razali Ibrahim, berkata Anwar sudah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan Dewan Rakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itu dan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.
"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luas kepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.
"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta dia buktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Pada 16 Disember lalu Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarang perbahasan, dan ini telah mnecetuskan kekecohan dalam Dewan apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar.
Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian. Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuasa itu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysia membuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatan berkaitan komunikasi.
Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu. - BERNAMA
Komen Isac;
Itu adalah perkara biasa buat Anwar... Beliau ni kira macam taraf wali juga lah... Menuduh tanpa payah memberikan bukti kerana kata-katanya adalah "suci"....
Itulah sebabnya walaupun setelah ditipu berkali-kali tetapi penyokong-penyokong Pakatan Rakyaat masih mempercayai beliau.... Seperti pembohongan 16 September, pembohongan PRK Dua Bukit dan Batang Ai di mana beliau berjanji akan membuat pendedahan "besar" menggemparkan negara berkaitan dengan parti pemerintah sebaik selepas menang PRK, rasuah RM dua juta untuk memancing MP Pakatan keluar parti, kes Alantunya, laporan perubatan dubur Saiful dan banyak lagi...
Sengaja membuat kekecuhan apabila digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Parlimen gara-gara tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti, menimbulkan kekecohan di dalam dan di luar dewan memang telah sinonim dengan Anwar Ibrahim....
Beliau sememangnya seorang yang pakar di dalam mengalih tumpuan dan kesalahan beliau sendiri... Pendedahan Wikileak tentang kes liwatnya baru-baru ini pastinya merupakan antara sebab mengapa beliau sengaja menimbulkan kekecohan untuk mengalih perhatian penyokong-penyokongnya daripada mengetahu perkara yang sebenar...
Bayangkan jika pengganas komunis yang tinggal di dalam hutanpun pernah termakan propaganda beliau semasa mogok lapar di Baling Kedah, sehingga mereka keluar hutan, inikan pula setakat rakyaat marhaen yang mempunyai hati yang lembut dan mudah tertipu dengan janji-janji manis, lakonan taraf pemenang pelakon terbaik Holywood dan penipuan-penipuan tahap "gaban"!!! |
|
ADAKAH MASIH RELEVAN ATAU PATUT BERSARA ? Posted: 20 Dec 2010 08:36 AM PST KEPIMPINAN NIK AZIZ MULA DIPERTIKAIKAN ? Salam semua...
Kalau Ketua Pemuda PAS sendiripun tidak setuju dengan tingkahlaku ketuanya, Nik Aziz maknanya komunikasi di antara mereka sudah sampai ke tahap 'break down'.
Ini belum masuk lagi pandangan dari Ustaz Harun Taib dan Ustaz Hadi Awang.
Air di dalam kolam PAS akhirnya sudah menampakkan kekocakan. Lama kelamaan yang kecil tadi akan menjadi Tsunami yang besar.
Kalau tidak percaya, mari kita tengok paparan kenyataan mereka seperti mana yang dilapurkan oleh media;
Pertama sekali mari kita tengok kenyataan TGNA di siniKenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS pula baca di siniPandangan Ustaz Harun Taib pula baca di siniPandangan Ustaz Hadi Awang pula klik siniKesimpulannya, sepertimana masalah yang sedang dihadapi oleh saudara Anuar Ibrahim di dalam PKR, parti PAS juga sekarang ini menghadapi masalah penerimaan kepimpinan Nik Aziz.Parti-parti Melayu Islam rasanya akan lebih maju kehadapan jika kedua-dua pemimpin tegar seperti saudara Anuar Ibrahim dan Nik Aziz dapat diturunkan secepat mungkin.Tanpa kelibat mereka berdua, rakyat di Malaysia rasanya akan hidup lebih aman. Mereka berdualah punca kepada segala kekalutan yang ada di Malaysia sekarang ini. |
|
BESAR PUNYA..... TIPU..... Posted: 20 Dec 2010 08:34 AM PST DAP Parti Penipu... Cakap Tak Serupa Bikin
Salam semua… Penulis ingin memberi sedikit komen berkenaan dengan PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT DASAR BERSAMA PR : UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA! yang dicadangkan oleh DAP di konvensyen Pakatan Rakyat ke - 2 di Kepala Batas pada 19/12/2010.
Penulis tidak sempat hendak menulis satu persatu janji-janji mereka kerana banyak sangat janji-janji yang mereka lontarkan di konvensyen tersebut. Penulis cuma ingat satu, antara lainnya DAP telah berjanji sekali lagi jika pakatan rakyat dapat memerintah Malaysia, mereka akan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol di seluruh Malaysia. Wow…dahsyat bunyinya… Penulis nak tergelak kerana cadangan tersebut telah mengingatkan penulis tentang janji-janji DAP sebelum PRU12 dulu bila mereka mengambil pendekatan yang sama bila berjanji kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior – Seberang Jaya jika dapat memerintah Pulau Pinang. Harga tol yang serendah 50 sen itu walaubagaimanpun hanya tinggal janji kerana DAP telah menipu semua penduduk Pulau Pinang kerana tol tersebut masih lagi dikenakan oleh kerajaan DAP dari dahulu sehinggalah ke sakarang ini. Kalaulah harga tol yang serendah 50 sen pun tidak mampu dilupuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, bagaimana agaknya mereka hendak memansuhkan kesemua bayaran tol di seluruh Malaysia. Nasihat penulis pada pemimpin-pemimpin DAP, kalau hendak cadang apa-apa pun biarlah logik sikit. Orang ramai bukannya bodoh. Penulis cabar Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mengotakan janji beliau di atas yang belum ditunai olehnya selepas PRU12. Selepas itu baru beliau boleh bercakap pasal janji baru…
P/S – Lim Guan Eng tak makankah KEK HITAM yang dibeli oleh rakyat negeri Pulau Pinang sempena kempen mari kita makan kek tolak politik lama yang dianjurkan oleh Nurul Izzah. |
|
PAS 2 X KENA TIPU ....... Posted: 20 Dec 2010 08:31 AM PST DAP langgar JANJI Pakatan Rakyat
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Karpal ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen kedua Pakatan, berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor MP merupakan satu-satunya pemimpin Pakatan yang membangkitkan isu kontroversi itu di konvensyen tersebut.
Peguam veteran itu menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, dan nasihatnya itu diterima dengan baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.
Beliau menasihatkan PAS supaya mempertahankan hak bukan Melayu untuk kebebasan beragama sepertimana parti itu membela Islam sebagai agama rasmi negara di bawah perlembagaan.
"Tolong beri 'muka' sikit kepada DAP," kata Karpal berseloroh, disambut ketawa para hadirin.
Memungkiri Janji Sebelum Ini
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengelak isu-isu sensitif antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.
Lalu PAS yang patuh kepada arahan melalui Setiausaha Agung nya Datuk Mustafa Ali telah meminta semua ahli-ahli supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.
"Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini.
"Tak usah nak bangkitkan lagi " kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar .
Sebelumnya, Mustafa juga telah mengarahkan kesemua pemimpin PAS tidak menyentuh isu-isu semasa dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian mesyuarat bulanan PAS tersebut.
Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sehari selepas pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan minggu berikutnya mereka bertemu di Pulau Pinang sempena konvensyen kedua.
DAP langgar Janji
Namun apa yang berlaku di Konvensyen tersebut, Karpal Singh telah menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, malah nasihatnya itu diterima baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.
Pembaca boleh membuat telahan apakah akan berlaku jika Pakatan Rakyat memerintah. Mereka telah bermesyuarat, mereka telah bersetuju, mereka telah berjanji. PAS ikut sahaja telunjuk juak-juak di kalangan PKR dan DAP.
Namun, PAS diperbodohkan sekali lagi dan lagi dan lagi.
KESIAN PAS...... |
|
TAHNIAH PPUM DAN PEMUDA SEMPANG RENGGAM. Posted: 20 Dec 2010 08:22 AM PST Posted: Monday, December 20, 2010 by Gelombang Rakyat in Labels: JOM Konvoi Jelajah One Malaysia (JOM) meneruskan misi khidmat masyarakat Johor di Simpang Renggam. Pertemuan bersama masyakarat di kawasan tersebut mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya. Ketua Pergerakan Pemuda BN Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin di dalam ucapannya berkata, Pemuda BN akan sentiasa mendekati golongan belia dengan melaksanakan program-program seperti sukan bola sepak dan sukan bermotor yang menjadi minat golongan muda ini. Beliau juga menangkis dakwaan yang mengatakan Pemuda BN terlalu mengamalkan protokol sehingga sukar didekati. Beliau mendakwa. program JOM ini telahpun membuktikan bahawa Pemuda BN tidak mengamalkan protokol seperti yang didakwa sesetemgah pihak terutamanya Pembangkang. YB. Khairy juga mengambil contoh pendekatan yang diamalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 2 hari yang lalu bersama rakyat tanpa sebarang protokol menonton Piala Malaysia di Bukit Bintang bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB. Datuk Razali Ibrahim di Bukit Bintang. Dan inilah konsep 1Malaysia yang diamalkan pemimpin BN. Program Jelajah JOM telah turun padang dan bergaul dengan kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan. Ini antara misi utama program ini dilaksanakan. Ucapan YB. Khairy itu mendapat tepukan gemuruh dari masyarakat yang hadir. Di kesempatan tersebut, Pemuda BN telah menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Beberapa individu di kawasan tersebut dikatakan telah uzur dan ada juga memerlukan peruntukan besar untuk memperbaiki rumah yang sudah usang. Selepas selepas Majlis JOM, beliau bersama dengan belia-belia di Simpang Renggam telah menyertai perlawanan Bola Sepak bersama belia-belia di kawasan tersebut di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Dato' Abdullah Majid. |
|
PRK TENANG : calon-calonnya adalah..... Posted: 20 Dec 2010 08:18 AM PST Posted by ghostWRITER On Monday, December 20, 2010 DUN Tenang merupakan salah sebuah DUN yang berada dalam Parlimen Labis. Labis merupakan Kubu Kuat BN melalui parti komponennya yakni MCA yang dulunya diterajui oleh Chua Soi Lek. Kini anak Chua Soi Lek, Chua Tee Yong pula mewakili Parlimen Labis. Melalui PRK DUN Tenang ini, maka bolehla kita melihat antara dua Chua, siapa lebih berpengaruh?
Disamping pengaruh antara dua Chua, kita juga perlu melihat antara calon yang bakal dipertandingkan oleh PAS dan BN di kawasan DUN Tenang ini.
Bakal Calon PAS
Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed Merupakan Ahli Majlis Syura PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor.
Mazlan Aliman merupakan anak jati dari Kulai , Johor yang juga kaki fitnah Felda. Mazlan cukup terkenal dikalangan ahli PAS Johor dan namanya sentiasa meniti di dada akhbar harakah , portal pembangkang dan juga blog2 . Tidak mustahil kaki hasut peneroka ini akan diletakkan sebagai calon kerana sumbangan cukup besar kepada PAS bagi mempergaruhi golongan peneroka .
Md Saim Siran Merupakan YDP PAS Kawasan Labis. Tentunya banyak sumbangan yang ditaburkan terutamanya terhadap orang-orang PAS. Penah bertanding mewakili PAS namun tumpas dengan 2,492 UNDI.
Bakal Calon BN
Tuan Haji Rusdin Mahmud Merupakan seorang Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh, Chaah. Beliau juga turut menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis
Haslina Binti Saleh Bermula dengan Setiausaha Puteri Bahagian Labis, seterusnya Ketua Puteri Bahagian Labis dan kini merupakan Ketua Wanita Bahagian Labis.
Mohd Azhar Ibrahim Merupakan Penolong Pegawai Daerah Rengit dan Ahli biasa UMNO Bahagian Labis. |
|
Posted: 20 Dec 2010 08:09 AM PST Fed Gov't To Make Penang Preferred Regional Hub, Says Najib GEORGE TOWN, Dec 20 – The Federal Government is to make Penang the preferred hub in the region, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today. He said several development strategies designed to stimulate the state's economy and provide jobs were driving the federal government towards that goal. The development in Penang would result in encouraging economic growth in the national interest, he said at the ground-breaking for an extension project at the Bayan Lepas International Airport here. Penang Chief Minister Lim Guan Eng was present at the ceremony. Najib said 10 infrastructure projects had been identified for implementation, and they included the expansion of the airport, Penang Port and the Penang Bridge, construction of the second bridge and the creation of a multimedia super corridor in the state. "These initiatives will not only facilitate economic activities but also support our nation's objective to increase tourism revenue from the RM53 billion in 2009 to RM168 billion by 2020," he said. Najib said Penang had many unique advantages which positioned the state well to become a hub for the northern corridor and the growth triangle comprising Indonesia, Malaysia and Thailand. "For example, Penang already offers the highest economic density and the shortest distance to market for a city in the growth triangle," he said. The total development of the airport expansion project, targeted to be completed by 2012, costs RM250 million, which is provided for under the RM60-billion fiscal stimulus package announced by the federal government last year. Najib said the project was yet another federal government initiative to enhance facilities and services as Penang was a catalyst for growth of the tourism industry. From the commercial perspective, airports enjoyed a competitive advantage and a captive market and, today, the modern airport offered much more than just a place to catch a flight, he said. He said that following the example of successful airline hubs around the world, Malaysia envisioned its airports as a platform to drive commercial business. In today's interconnected world, the abilities to offer high quality reliable air travel services and facilities served as a catalyst to attract trade and investment into any country, he said, adding that this directly supported employment and wealth generation which in turn would help Malaysia's drive to become a high-income nation. Najib said the Penang international airport had seen encouraging traffic growth, receiving more than 3.4 million passengers this year up to September, up by 30.5 per cent from the corresponding period last year. "As such, I am sure the expansion of the airport will enable Penang to achieve greater economic growth," he said. |
|
UMNO KEDAH ALAMI PERUBAHAN! Posted: 20 Dec 2010 07:57 AM PST Di Kedah, timbalan ketua perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka dilantik menggantikan Shafie manakala Datuk Mukhriz Mahathir dijangka mengisi tempat Ahmad Bashah.
Pemilihan Mukhriz - yang juga ahli parlimen Jerlun dan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri - dilihat sebagai asas untuk menarik pengundi terutama sekali golongan muda.
Malah 14 daripada 15 Pemuda Umno bahagian di negeri itu mencalonkan beliau merebut jawatan ketua Pemuda Umno pusat, dalam pemilihan parti itu dua tahun lalu.
Selain Mukhriz, sumber-sumber Umno negeri itu berkata, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir juga dilihat berpeluang mengisi jawatan nombor dua itu.
Kedua-duanya adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik.
Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, Umno negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pemimpin untuk memilih calon yang terbaik untuk jawatan tersebut.
"Kami menerima sesiapa sahaja, asalkan mereka (bakal timbalan ketua perhubungan) dapat membantu ketua perhubungan.
"Fokus kita untuk memenangi pilihan raya dan seterusnya menawan semula Kedah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. |
|
CALON PRU 13 : RAKYAT DIDAHULUKAN Posted: 20 Dec 2010 07:48 AM PST 'Rakyat didahulukan' dalam penentuan calon BN untuk PRU 13
Mereka yang berhajat nak jadi calon Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke 13 nanti kenalah pandang kiri kanan dan ukur diri samaada mereka popular dikalangan orang kawasan atau tidak.
Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak kata kali ini BN menentukan pilihan calon berdasarkan kehendak rakyat dan bukan ikut selera politik.
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas Konvensyen BN di Wisma MCA petang Ahad sebagai menjawab soalan samaada BN akan memastikan ' rakyat didahulukan' dalam menentukan kriteria calon yang akan dipilih kelak.
''Asas pokok, kita perlu mengutamakan konsep rakyat didahulukan dalam serba-serbi sama ada di peringkat tertinggi mahupun akar umbi. ''Dengan cara ini sahaja yang akan dapat menambahkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN," katanya.
Hal ini dianggap penting memandangkan didapati antara sebab kekalahan banyak calon BN semasa PRU ke 12 lalu adalah kerana faktor calon.
Antara mereka diletak juga atas kehendak politik kalangan parti komponen dan atas faktor cable dengan pihak atasan.
Sedangkan calon-calon berkenaan diketahui kurang disenangi oleh penduduk tempatan.
Menyentuh tentang soal kuota kerusi antara parti komponen,Najib menjelaskan perkara berkenaan akan diputuskan menerusi rundingan nanti atas semangat BN.
Kepada soalan lain,Perdana Menteri berkata konvensyen yang diadakan kali ini tidak semestinya kerana pilihanraya.
Menurutnya ia sebagai usaha berterusan untuk memantapkan BN.-5/12/2010
PANDANGAN : Cari calon yang boleh menang.......
|
|
Posted: 20 Dec 2010 07:38 AM PST 丁能补选乃蔡细历试金石 赢半数华裔票将虽胜犹败作者/本刊曾薛霏 Dec 17, 2010 03:54:12 pm 【本刊曾薛霏撰述】柔佛州丁能(Tenang)区州议员苏莱曼达哈病逝,致使我国再有一场补选。这是首场在国阵以及马华公会总会长蔡细历老巢举行的补选;评论人黄进发认为,此战是蔡细历的试金石,若国阵获胜,而蔡细历又无法获得半数以上华裔选票将虽胜犹败。 黄进发(右图)告诉《独立新闻在线》,丁能区州议席补选的意义在于,这是柔佛的第一场补选,而柔佛又是国阵的堡垒,因此这场补选将检验柔佛是否如国阵所言,稳如泰山。 他表示,如果国阵赢,他们的选票来自哪里将极为关键。由于拉美士是蔡细历的老巢,这将是蔡细历的翻身战,因此马华公会不只要赢华人票,也得赢得漂亮。有鉴于此,蔡细历如果无法拿到半数或以上的华裔选票,虽胜犹败。 独立民调中心研究员陈承杰认为,国阵守土不是问题,但是可得到多少张多数票将是有趣的观察。 也是柔州子民的他表示:"在蔡细历当上马华总会长后,能否扭转上届大选在华裔投票站处于劣势的局势,将是个有趣的情况。这也决定了蔡细历能否以更好的成绩让巫统邀功。" 此 外,黄进发认为,丁能州议席补选将有助于人民检验,国阵在上个月甫落幕的吉兰丹加腊士(Galas)州议席补选以及沙巴州巴都沙比(Batu Sapi)国会议席补选中获胜是一个民心真的回流国阵的趋势,抑或只是地域性因素使然。这两个选区都属于边陲选区。在这些地区,国阵打出的发展牌都能奏 效。 华裔在308大选投在野党 2004年和2008年全国大选拉美士国会选区的成绩显示,蔡细历在2004年以1万729张多数票,打败民主行动党的候选人郑月雁;在2008年,其儿子蔡智勇只以4094张多数票击败行动党的候选人张颖群。 若审视丁能区州选区以华裔占大多数的投票区——拉美士市东区(Bandar Labis Timor)、拉美士中区(Bandar Labis Tengah)和拉美士(Labis),回教党候选人可获得50%至67%的选票。 在拉美士中区,华裔选民占96%,回教党得票66.8%;在国会选区,行动党得票73.8%。 在华裔选民占63.5%的拉美士东区,回教党得票52.5%;行动党得票57%。在华裔选民占58.3%以及印度人占32.4%的拉美士,回教党获得50.6%;行动党则得票60.4%。 由此可见,华裔选民在308大选时已将票投给在野党,在这些以华裔为主的投票区,在野党的得票率领先国阵。 回教党副主席沙拉胡丁(Salahuddin Ayub)表示,在民联的合作之下,他相信可让回教党得到华裔选民的支持。反之,争取垦殖民的支持才是该党的挑战。 民联须争取马来垦殖民票 另外,丁能区是国阵传统的堡垒区,是个混合选区,也属半城乡选区。这个选区共有13个投票区(Unit Peti Undi)。 根据2008年大选的资料,丁能区的种族比例为,马来人49.66%、华人38.13%、印度人12.11%以及其他种族0.1%。 由于这个选区的马来选民多少从事农业经济活动,如油棕或橡胶,陈承杰认为,由于原产品价格高涨,因此人民并不太有经济困难。至于,当地的华裔则多是小园主或商人,因此经济情况也不赖。 垦 殖民之子协会(Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan,简称ANAK)成员在主席玛兹兰(Mazlan Aliman,下左图)接受《独立新闻在线》电访时表示,在丁能州选区内有三个垦殖区——丁能园丘(Felda Tenang)、贞巴西区(Cehmpal Barat)、贞波拉(Chemplak),这些都是国阵的强区,因此回教党这次要胜选,必须提高垦殖区的支持。 他认为,回教党应专注争取垦殖区第二代和第三代年轻选民的支持,因为他们都面对没有房屋和薪资低廉的问题。这些居住在垦殖区的第二代或第三代垦殖民,都只能在园丘内当劳工。 丁能园丘(Felda Tenang)的马来人占了98.5%,国阵的支持力量仍稳固,回教党仅能取得20.4%的票数;行动党在国会也只能取得10.2%的票数。至于在贞巴西区、贞波拉这两个垦殖区,回教党分别获得18.6%以及18.7%的票数。 若审视数个马来人占90%以上的投票区,如甘榜仁东(Kampung Rendong)、热水湖镇(Pekan Ayer Panas)、沙哇巴鲁(Sawah Bharu),回教党的得票率都介于18%到32%之间。 值 得注意的是,在2008年大选时,印裔的投票趋向有两种不同的情况:在以印裔占46.6%的武吉拿督园丘(Ladang Bukit Dato),国阵得票67.9%;但在印度人占71.7%的拉美士北区园丘(Ladang Labis Utara)双方各得半数支持力量。 国阵有望守土惟多少票或减少 虽然陈承杰认为,国阵有望守土,但民联有可能可将多数票将减少至1500票。他认为,当地居民也面对一些课题,如柔佛州水费高涨问题、年轻人口外移的问题。 柔州峇吉里国会议员余德华曾发文告透露,在柔州水费未调整前水费前,家用水费每单位是马币98分,工业用水则是马币2元93分。现在柔州家用水费为马币1元5分,涨了6.68%至57% ;工业用水涨了0.15%至17%。【点击:柔州家用和工业水价再调高 余德华:人民尝私营化恶果】 此外,年轻人口外移的问题都是我国许多小镇面对的问题。随着年轻一辈离开拉美士到外地工作,特别是新加坡,导致该地人口都以年长者为主,久而久之,小镇将逐渐老化,而缺乏生命力。 根据陈承杰(右图)的观察,当地的马华公会服务不错,而许多老一辈的选民都倾向支持国阵,因此,国阵有望守土。然而,当地也出现缺乏发展的问题。 黄进发也认为,这场补选的成绩也是对纳吉经济改革的考验。 黄进发说,国阵在今年7月16日调涨燃油、天然气和白糖价格,但仍可在加腊士和巴都沙比 补选报捷;随着政府这个月再调涨燃油、天然气和白糖价格,国阵若仍可在即将举行的补选中获胜,纳吉将认为,选民认同政府削减津贴的做法。 反之,若国阵在这场补选中陷入苦战,则意味着首相署部长兼表现管理和传递单位(PEMANDU)行政总裁依德利斯嘉拉(Idris Jala)所主张的"津贴合理化"(Subsidy Rationalization)政策便可以搁在一旁。 随着表现管理和传递单位建议落实燃油消费税,向消费者征收燃油消费税,这意味着油价将调涨。此外,内阁已批准了调涨电费,因此下一波"涨"潮即将来临。 他也直言,三万多个丁能区选民的选票将决定着我国人民接下来是否须支付更高的油价和电费。
TERJEMAHAN
PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?Chen Shaua Fui | Dec 17, 2010 06:54:28 pm
Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis. Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN. Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kemenangan membawa makna kalah jikalau... Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan. Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti. Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah." Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan. 8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi. Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi. Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%. Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA. PR harus menarik sokongan peneroka FELDA Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain. Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik. Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang. Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang. Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing. Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%. Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan. Majoriti BN mungkin berkurang Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya. Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%. Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini. Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN. Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik. Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. |
|
ANTARA DUA AZIZ........... Posted: 20 Dec 2010 07:35 AM PST Saya semakin menyampah mendengar komen daripada profesor yang menganggap dirinya serba hebat. Profesor Dr Aziz Bari, dalam satu kenyataannya hari ini mendakwa, kononnya demokrasi di Malaysia berada dalam keadaan bersimpang-siur (baca di sini) ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggantung empat ahli parlimen pembangkang termasuk Anwar Ibrahim, dua hari yang lalu. Menurut profesor yang "sangat bijak" ini, tindakan tersebut telah membunuh semangat demokrasi di negara ini, soalnya bila pula beliau begitu prihatin dengan semangat demokrasi? Satu lagi Ajis kau fikirlah sendiri...... |
|
|
|
|
SEBAB SEBENAR PAS DISINGKIRKAN DARI BN..... Posted: 20 Dec 2010 12:44 AM PST "TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.
AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.
14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. |
|
PAS DAH MULA, BN BILA LAGI? Posted: 20 Dec 2010 12:39 AM PST Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.
"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.
Empat, lima calon Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.
"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.
Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.
Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.
Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:
"Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.
"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat. |
|
Guan Eng mahu saman Utusan lagi Posted: 20 Dec 2010 12:37 AM PST
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.
Setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan berkata akhbar milik Umno itu benyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan maulud nabi, probohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.
"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan," kata Cheong.
Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.
Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.
"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.
"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya. |
|
PAS AKUI KELEMAHAN PR. Posted: 20 Dec 2010 12:33 AM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam Pakatan Rakyat apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, beliau berkata kelemahan itu merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan menyeluruh kepada generasi akan datang. Ada ketikanya Pakatan juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Kedua sehari di Dewan Millenium di Kepala Batas hari ini. Konvensyen itu turut dihadiri presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Selain itu, Abdul Hadi berkata PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka. Beliau berkata negeri pimpinan Pakatan tidak akan memberi makna dalam politik baru negara sekiranya gagal menunjukkan kaedah pemerintahan jauh lebih baik daripada negeri yang ditadbir oleh BN. Sementara itu Lim ketika berucap di konvensyen itu berkata Pakatan telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dan kritikal, dan kita telah bersedia sepenuhnya," katanya. Dr Wan Azizah pula berkata konvensyen Pakatan kedua ini membuktikan parti dalam pakatan ini masih kukuh dan bekerjasama antara satu sama lain. Beliau turut menafikan bahawa anggota parti Pakatan Rakyat, PAS, DAP, PKR menghadapi masalah dalaman dan berada di ambang perpecahan. "Dakwaan yang Pakatan merosot dan menghadapi masalah dalaman sehingga akan dibubarkan adalah salah, sebaliknya kami sentiasa bersatu dan konvensyen ini membuktikan PR masih kukuh," katanya dalam sidang akhbar di konvensyen tersebut.
Dr Wan Azizah berkata konvensyen ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara anggota dalam pakatan dan yakin mampu merancang pelbagai agenda untuk pengukuhan dalam pakatan tersebut.
- Bernama |
|
PROGRAM 100 HARI SATU MIMPI Posted: 20 Dec 2010 12:30 AM PST DAH TUNAIKAN KE JANJI 2008? |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan