Rabu, 8 Disember 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Piagam Barisan Nasional 2010

Posted: 08 Dec 2010 07:40 AM PST


Piagam Barisan Nasional 2010

Kami Pewaris Bangsa, memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu, dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip permuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan Negara, berteraskan kepada prinsip-prinsipberikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi Negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan Negara dapat dikecapi bersama.

KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketrampilan serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia demi pengukuhan perpaduan nasional.

KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastuktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda asas utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

KEENAM, memajukan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep "Rakyat Didahulukan" sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia./td>

Ketuanan Melayu legitimasi watan

Posted: 08 Dec 2010 07:36 AM PST


Ketuanan Melayu legitimasi watan
Oleh Teo Kok Seong

2010/12/08
Bukan Bumiputera tak dipinggir, diberi perlindungan

KOMEN mengenai Ketuanan Melayu sebagai satu konsep kontroversi disentuh lagi. Kali ini oleh orang Melayu sendiri dalam kongres tahunan sebuah parti politik pembangkang. Walaupun diingatkan berkali-kali oleh pelbagai pihak, termasuk golongan istana supaya tidak mempersoal, apatah lagi mempertikai Kedudukan Istimewa Orang Melayu pada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, masih ada pihak tidak mengendahkan nasihat diraja ini.
Satu dalil yang digunakan sesetengah pihak untuk menolak konsep Ketuanan Melayu ialah hubungan tidak bertamadun antara tuan dan hamba padanya. Dalam konteks ini, orang Melayu diibaratkan tuan, manakala orang bukan Melayu sebagai hamba. Dengan pemahaman yang sengaja diada-adakan ini, orang Melayu disifatkan sebagai tuan yang mempunyai kuasa, misalnya mengawal orang bukan Melayu yang merupakan hamba. Sebagai hamba, orang bukan Melayu bukan saja berada di bawah telunjuk orang Melayu tetapi perlu mengikuti perintahnya.
Selain ini, orang bukan Melayu sebagai hamba juga tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan mengenai diri mereka dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan kebenaran daripada tuannya iaitu orang Melayu. Dengan kata lain, sebagai hamba, orang bukan Melayu dikongkong dari segi perundangan oleh orang Melayu selaku tuan.

Satu lagi dalil untuk menghapuskan konsep ini seterusnya menyingkirkan peruntukan begini daripada Perlembagaan Persekutuan, ialah orang Melayu memiliki status lebih tinggi. Justeru, mempunyai lebih kuasa daripada orang bukan Melayu. Dengan ini, orang Melayu yang memiliki banyak kelebihan ini perlu berkuasa ke atas orang bukan Melayu.

Sehubungan dengan dalil sebegini, persoalannya ialah – adakah semua ini benar? Untuk dalil pertama, adakah orang bukan Melayu sebagai hamba dipasung dari segi perundangan sehingga mereka tidak boleh mencari nafkah, selain tidak dapat meneruskan cara hidup etnik, yang diwarisi dari tanah asal China dan India?

Sehubungan ini, putar belit pihak tertentu mengenai pengertian kedua-dua kata tuan dan hamba itu, memperlihat betapa ceteknya kecerdasan mereka dalam usaha mempolitikkan makna kata-kata itu. Kata tuan dalam bahasa Melayu tidak semestinya selalu bermakna orang/pihak tempat menghambakan diri, seperti orang kulit putih menjadi tuan kepada hamba daripada orang kulit hitam di Amerika Syarikat, satu masa dulu.
Tuan juga bererti pemilik, dan tuan dalam konteks Ketuanan Melayu, boleh dikaitkan dengan makna pemilikan Tanah Melayu oleh Orang Melayu sebagai penduduk asal dan/atau yang lebih awal daripada yang lain-lain. Untuk ini, buktinya banyak sekali dan pemilikan dalam erti permastautinan lama ini tidak dapat dinafikan mana-mana pihak.

Tuan juga adalah kata ganti yang sopan untuk lelaki dan perempuan, tanpa mengira darjat dalam sistem kesantunan bahasa Melayu, khususnya zaman lampau. Dialog kisah purba banyak mengandungi ungkapan seperti Tuan Puteri dan Tuan Hamba.

Sehubungan itu, hamba dalam bahasa Melayu tidak semestinya selalu bermakna abdi. Ia juga membawa maksud saya, untuk tujuan merendahkan diri sebagai menghormati orang yang dilawan bercakap sekali gus ini satu ciri budi bahasa Melayu yang mulia.

Pengertian tuan dan hamba yang hanya membawa maksud orang/pihak tempat menghambakan diri dan abdi, kalau datang daripada orang bukan Melayu, boleh difahami kerana mereka bukan penutur natif. Tetapi pemahaman sebegini daripada orang Melayu sendiri yang merupakan penutur jati kepada bahasa Melayu, sesungguhnya tidak berlaku walaupun dalam keadaan tidak siuman, kecuali betul-betul disengajakan untuk tujuan tertentu.

Untuk dalil kedua, betulkah orang Melayu berstatus tinggi mempunyai banyak kelebihan sehingga boleh menentukan nasib orang bukan Melayu. Semua pihak yang mempunyai nawaitu yang betul mengetahui yang keadaannya tidak begitu.

Malah keadaan adalah sebaliknya iaitu orang Melayu yang dikatakan tuan dan yang dianggap berstatus lalu mempunyai banyak kuasa itu, sebetulnya adalah kelompok yang jauh ketinggalan dari banyak segi, pendidikan dan ekonomi misalnya, apabila dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Dari segi ekonomi, orang Melayu masih tidak berupaya mencapai ekuiti 30 peratus daripada pemilikan kekayaan negara, yang selebihnya dikuasai orang bukan Melayu.

Ketuanan Melayu sebagai istilah dan konsep yang dianggap jelik oleh sesetengah pihak itu, sebenarnya adalah legitimasi watan, yakni hak orang Melayu/Bumiputera yang sah, terhadap wilayah yang bernama Tanah Melayu sebagai penduduk asalnya.

Legitimasi watan ini boleh wujud dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah Kedaulatan Raja-Raja Melayu, yakni penghormatan kepada etnik Melayu sebagai anak watan negara ini yang dimanifestasikan dalam bentuk Raja Melayu selaku pemerintah dan orang Melayu sebagai rakyat. Dalam konteks ini, kata tuan merujuk kepada gelaran Raja/Sultan Melayu yang memerintah, dan Ketuanan Melayu pula adalah pemerintahan oleh Raja/Sultan Melayu.

Dalam sistem Raja Melayu dan orang Melayu ini, yang diperkemas dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957, legitimasi watan ini mencakupi tujuh perkara. Pertama bumi yang dihuni ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu sebagai nama Melayunya. Perkara kedua, sebahagian bumi ini disimpan khas untuk orang Melayu dan dikenali sebagai Tanah Simpanan Melayu. Perkara ketiga, keselamatan bumi ini sebahagiannya diamanahkan kepada pasukan tentera yang digelar Regimen Askar Melayu.

Keempat, sistem pemerintah beraja yang dipanggil Raja-Raja Melayu. Perkara kelima ialah Islam dijadikan Agama Persekutuan. Perkara keenam ialah Bahasa Melayu menjadi bahasa negara ini. Yang ketujuh ialah perlindungan terhadap orang Melayu selaku anak watan dalam bentuk Kedudukan Istimewa Orang Melayu.

Dengan ada semua ini, legitimasi watan tetap memberi perlindungan kepada orang bukan Melayu yang merupakan penduduk bukan asal. Mereka diterima menjadi warga negara, layak memiliki tanah, diterima menganggotai pasukan tentera, ikut dilindungi sebagai rakyat Raja-Raja Melayu, dibenarkan terus menganuti agama lain selain Islam, boleh mengajar dan mempelajari bahasa etnik masing-masing, dan dijamin kepentingan absah mereka yang tidak boleh sekali-kali dicabuli.

Adakah semua ini, menunjukkan Ketuanan Melayu itu bersifat diskriminasi terhadap orang bukan Melayu, sehingga perlu disingkirkan daripada Perlembagaan Persekutuan, seperti dikehendaki sesetengah pihak?

Ketuanan Melayu, walaupun dipanggil dengan apa jua nama lain, misalnya legitimasi watan, tetap adalah kelayakan penduduk asal negara ini yang halal terhadap tanah tumpah darah mereka. Meskipun demikian, orang Melayu bersedia berkongsi kelayakan ini dengan orang bukan Melayu, dalam semangat permuafakatan etnik, yang dikenali sebagai kontrak sosial yang kini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penulis ialah Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UK/td>

30 FAKTA PENYELEWENGAN PAKATAN SELANGOR!

Posted: 08 Dec 2010 07:22 AM PST

30 FAKTA PENYELEWENGAN PAKATAN SELANGOR!

1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corp seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN

3. Kerajaan Negeri membatalkan pebinaan UITM Selangor di Serendah , Hulu Selangor

4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor

5. Kerajaan Negeri menutup institusi latihan kemahiran untuk bumiputera Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

6. Kerajaan negeri menyita , mendenda dan menyewa tanah tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang

7. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangordengan baik sehinggan ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

8. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengfan membelanjakan RM 800 000 dalam program sambutan hari jadi Yayasan selangor

9. Kerajaan Negeri gagal mengurus perlombongan yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar

10. kerajaan negeri menipu DYMM Tuanku sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip RM 150 juta hasil pasir di engeri selangor

11. Kerajaan Negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut

12. kerajaan negeri gagal mengurusa Institusi Pejabat menteri besar dengan baik senhingga ada intipan kamera litar dalam bilik Menteri Besar

13. Kerajaan negeri gagagl mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatabn dengan baik sehingga berlaku Surat Sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk
mendapatkan kerja kontark

14. Kerajaan Negeri menyeleweng bila mana Exco dari pandamaran di biar lepas bebas walaupun dia menggunakan kepadala surat dan Cop beliau untujk melobi kerja kontrak

15. Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan Baik Sehingga ia telah mengadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi

16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah

17. PKNS telah membazirkan wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520000 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN

18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731000 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan tele marketing

19. PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935000 kepada konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan

20. kerajaan negeri gagal mengurus air diselangordengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis
air menjelang 2014

21. Kerajaan Negeri juga gagal memberikan air percuma seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkan dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadik mangsa apabila berlaku krisis air pada tahun 2014

22. Kerajaan Negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 billlion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan

23. Kerajaan Negeri selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan jualan arak MBSA di Shah Alam

24. Kerajaan negeri selangor talh mebiarkan institusi masjid menjadi gelanggan gpolitik

25. Kerajaan Negeri mengurus Sumber kewanghan dengan bain pada tahun 2008 deefisit belanjawan menjadi RM 49 juta, kemudiaa 2009 defisit menjaqdi RM66 juta dan meningkat lagi 2010 menjadi lebih RM144 juta ni berbanding dengan pemerintahan BN pada tahun 2006-RM72.5 juta dan 2007-surplus belanjawan RM131.8 juta

26. Kerajaan Negeri tidak cekap dalam merancang dan mengurus kewangan negeri apabila telah memohon 3 kali perbelanjaan tambahan bagi tahun 2010 iaitu pada mac 2010 sebanyak RM69 juta, Julai RM117 juta dan november 2010 sebanayak 8 juta

27. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330367.96 kos rawatan YB Dr Cheah Wing Yin di pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan . kenapakah perlu beliau meneria rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaannya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan. ini merupakan dasar bermewah-mewahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri

28. kerajaan negeri lebih pro mengutip hasil cikai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan,spa, pusat urut dan judi di negeri selangor

29. Kerajaan negeri menyalahgunakan kepada surat pejabat menteri besar untuk mengutip dana parti sewaktu 1000 hari pentadbiran kerajaan negeri

30. Kerajaan Negeri telah engkar kepada pelbagai titah DYMM Sulatan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor


sumber : GAP @ GAPS-Gabungan Anti Penyelewengan Selangor

PETIKAN UCAPAN PM PADA KONVENSYEN BN

Posted: 08 Dec 2010 06:59 AM PST

Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.

Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le "

("先天下之忧而忧,后天下之乐而乐" )

Dalam bahasa Tamil disebut:

"Yipadai thorkin, yeapadai vehlum"

(Ertinya: "If this team cannot win the battle, no other team can").

This is the team, this is the Barisan Nasional team!

"Yipadai thorkin, yeapadai vehlum"

81. Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat. Barisan Nasional, barisan menjuarai rakyat.

barisan perpaduan,

barisan keamanan,

barisan kemakmuran,

barisan 1Malaysia.

KETUANAN. PERMUFAKATAN. KEWARGANEGARAAN. PERLEMBAGAAN.

Posted: 08 Dec 2010 06:51 AM PST



Ruhanie Ahmad

Seseorang individu bebas memilih bentuk dan aliran pemikirannya. Ada individu liberal, ada konservertif, ada super hipokrit, dan tak kurang juga yang berlagak pseudo Islamis par excellence. Tetapi, yang malang sekali adalah individu yang tidak mengenali asal-usul diri dan sejarah bangsa sendiri.

Lantas tulisan saya kali ini adalah mengenai diri saya sebagai seorang anak Bangsa Melayu yang dilahirkan di bumi bertuah bernama Tanah Melayu dalam lokasi geografi Alam Melayu. Tanah Melayu dijajah orang asing dari 1511 hingga 1957, iaitu 446 tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu Bangsa Melayu kehilangan digniti, maruah, dan harga diri. Tanah Melayu pula tergadai integriti dan kedaulatannya.

Bangsa Melayu yang kehilangan digniti ditindas secara sistemik. Hidup mereka terbiar, mundur, dan daif di pinggir desa. Tanah Melayu yang kehilangan integriti pula diinjak-injak pendatang asing. Hasil buminya dirampok dan dieksploitasikan ke peringkat maksimum.

Bangsa Melayu yang kehilangan digniti tidak mampu berbuat apa-apa untuk menebus integriti dan kedaulatan Tanah Melayu. Lantas penjajah pun datang dan pergi silih berganti. Penjajah terakhir adalah British. Mereka hanya memelihara dan menitikberatkan pedagangannya dengan Negara China (Cowan 1970:367).

Oleh sebab itulah berjuta-juta buruh asing di import masuk ke Tanah Melayu untuk melombong bijih timah dan mengusahakan ladang getah milik kapitalis British. Akibatnya, bancian tahun 1921, 1931, dan 1941, mendapati jumlah Bangsa Melayu pada tahun 1921 hanya 49% daripada seluruh penduduk Tanah Melayu, pada tahun 1931 hanya 47%, dan pada tahun 1941 hanya 42%. Ini membuktikan bahawa pada tahun 1921 jumlah buruh asing di Tanah Melayu adalah 51%, pada 1931 sebanyak 53%, dan pada 1941 sejumlah 58%. (Ahmad Atory Hussain 1987:9).

Apabila jumlah mereka kian besar dan mereka juga sudah beranak-pinak di Tanah Melayu, mereka mula mendesak supaya diberikan nasionaliti Tanah Melayu. Ini menyebabkan penjajah British jadi dilemma sehingga terdapat cadangan supaya digubal undang-undang kerakyatan baru bagi membolehkan pekerja asing ini jadi rakyat Raja-Raja Melayu (Lau 1991:16).

Cadangan berkenaan ditolak. Tetapi, sesudah tamat Perang Dunia Kedua, British kembali menjajah Tanah Melayu dan cuba melaksanakan dasar Malayan Union yang antaranya mengandungi cadangan undang-undang memberikan kerakyatan kepada buruh asing yang diimportnya ke Tanah Melayu.

British merancang gagasan radikal ini semasa zaman perang kerana ketika itu orang-orang asing kononnya membantu tentera British menentang Jepun, sementara Bangsa Melayu kononnya rata-rata memihak kepada Jepun.

Apa yang sengaja dipadamkan daripada sejarah British ketika itu ialah pengorbanan pemuda-pemuda Bangsa Melayu yang bertungkus-lumus mati-matian mempertahankan tanah air mereka daripada Jepun. Contohnya kisah Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan.

Juga sengaja dipadamkan daripada sejarah kolonial ketika itu adalah kisah Bangsa Melayu dibunuh, disula, dibakar, dan dikuburkan hidup-hidup oleh gerombolan Komunis Bintang Tiga yang mengganas sewaktu Jepun sudah berundur dan sebelum British kembali menjajah pada Jun-Julai 1945

Pada ketika itu Bangsa Melayu yang kehilangan digniti hanya pasrah kepada Allah. Dengan jeritan Allahuakbar, mereka berjuang mati-matian untuk menumpaskan gerombolan Komunis Bintang Tiga. Kaum kerabat dan saudara mara saya turut menjadi mangsa gerombolan ini di Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Kisah kepahlawanan Bangsa Melayu menumpaskan gerombolan ini di bawah pimpinan Kiyai Salleh tercatat dalam buku sejarah Malaysia (rujuk Harper 1999:53).

Pada tahun 1946, berpuluh ribu Bangsa Melayu Batu Pahat yang darah saudara mara mereka pernah ditumpahkan oleh pihak gerombolan Komunis Bintang Tiga menunaikan Fardhu Jumaat di Masjid Jamek di Jalan Ampuan, Bandar Penggaram. Sesudah itu mereka mengadakan perhimpunan Melayu secara besar-besaran di bawah pimpinan Dato' Onn Jaffar selaku Pegawai Daerah. Sebelum bermesyuarat, mereka melaungkan perkataan Hidup Melayu dengan lantang dan bersemangat.

Bertolak dari detik itu tertubuhlah Pertubuhan Melayu Bersatu atau United Malays Organisation. Gagasan UMO itu di bawa ke Kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Jun 1946. Di kongres itulah UMO ditambah dengan abjad N atau National dan menjadi United Malays National Organisation---UMNO---atau dulunya dikenali sebagai Pekembar.

Untuk memendekkan kisah, gagasan kerakyatan untuk insan-insan pendatang yang termaktub dalam perancangan Malayan Union dijadikan senjata British untuk mendesak Bangsa Melayu bergabung dengan pendatang bagi memerdekakan Tanah Melayu.

Bangsa Melayu yang baik hati pun setuju walau golongan berkenaan masih bertaraf pendatang, bukannya rakyat Tanah Melayu. Menerusi kemerdekaan Tanah Melayu, mereka menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

MANA ADA NEGARA DI DUNIA INI MEMBERIKAN HAK POLITIK KEPADA PIHAK PENDATANG UNTUK BERGANDING BAHU DENGAN BANGSA MELAYU SELAKU PRIBUMI DALAM PERJUANGAN MEMERDEKAKAN NEGARA? PARADOKS INI HANYA TERJADI DI TANAH MELAYU DENGAN KERELAAN HATI BANGSA MELAYU YANG TERLALU GAIRAH UNTUK MENEBUS DIGNITI BANGSA MELAYU DAN KEDAULATAN TANAH MELAYU MENERUSI KEMERDEKAAN TANAH AIRNYA!

SEBAGAI TANDA MUHIBAH KEPADA KESUCIAN HATI BANGSA MELAYU YANG MEMBERIKAN HAK POLITIK DAN KEWARGANEGARAAN, KELOMPOK PENDATANG ITU PUN SETUJU BAHAWA RAJA MELAYU JADI YANG DI-PERTUAN AGONG, ISLAM MENJADI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN, BAHASA MELAYU JADI BAHASA KEBANGSAAN, DAN BANGSA MELAYU DIBERIKAN SEDIKIT KEISTIMEWAAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. (RUJUK TUNKU ABDUL RAHMAN 2009:112).

Kelompok-kelompok pendatang yang ketika itu belum jadi warganegara dan tidak pula aktif dalam politik juga berperanan menentukan corak Perlembagaan Persekutuan. Di antara 131 memorandum yang diterima oleh para penggubal Perlembagaan Persekutuan, 47 adalah daripada pihak pendatang, 43 daripada Bangsa Melayu, dan selebihnya daripada parti-parti politik, kesatuan buruh, dan kelompok kapitalis barat. Dalam kalangan 47 yang diterima daripada pendatang itu termasuklah daripada persatuan guru-guru, dewan perniagaan dan lain-lainnya (rujuk Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957:7).

Seluruh kisah di atas adalah kisah Bangsa Melayu dan kisah Tanah Melayu. Khususnya kisah Bangsa Melayu yang kehilangan digniti dan Tanah Melayu yang tergadai integritinya. Dalam bahasa mudahnya, kisah di atas adalah kisah Bangsa Melayu yang kehilangan maruah dan Tanah Melayu yang hilang kedaulatan.

Lebih jelas lagi, kisah di atas adalah kisah Bangsa Melayu dan Tanah Melayu tanpa ketuanannya. Oleh itu, jangan rasa jijik dan gerun dengan perkataan KETUANAN MELAYU kerana ia bukannya bermaksud Melayu mahu jadi tuan. Hakikatnya begitu kerana KETUANAN MELAYU adalah konsep anti-penjajahan yang disemarakkan oleh Bangsa Melayu untuk mengembalikan digniti Bangsa Melayu dan menebus maruah kedaulatan Tanah Melayu. Konsep ini konsep anti-penjajahan. Bukannya konsep hendak mendabik dada dan mengagung-agungkan Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia dengan rakyatnya yang berbilang keturunan.

SUMBER :KUDA KEPANG :Ruhanie Ahmad

TALIAN HAYAT PKR TIBA KE PENGHUJUNGNYA?

Posted: 08 Dec 2010 06:46 AM PST

Sunday, November 21, 2010
HAYAT PKR TIBA KE PENGHUJUNGNYA?


Ruhanie Ahmad


Rakyat Malaysia mengetahui susur-galur sejarah kemunculan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu, mereka perlu mengaudit gelagat PKR dan karenah perilaku kepimpinan tertingginya mutakhir ini untuk memastikan ianya parti bermaruah atau sebaliknya.

Gelagat paling terakhir yang patut diaudit adalah episod pemimpin PKR keluar parti dan kisah baling-membaling kerusi dalam mesyuarat tahunan PKR baru-baru ini.

Gelagat ini merupakan elemen baru dalam perjuangan PKR yang mendakwa sebagai jaguh demokrasi par excellence di Malaysia.

Tetapi, kisah perilaku kepimpinan tertinggi PKR adalah episod sensasi paling terkini yang mesti diaudit oleh rakyat Malaysia.

Sebuah akhbar Australia menyiarkan berita sekumpulan Ahli Parlimen dan Senator Australia mendesak Malaysia menggugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas nama demokrasi dan hak asasi kemanusiaan.

Laporan penuh Australian politicians lodge protest for sodomy trial against Anwar Ibrahim to be dropped boleh diakses di sini:

http://www.theaustralian.com.au/news/world/australian-lawmakers-lodge-portest-for-sodomy-trial-against-anwar-ibrahim-to-be-dropped/story-e6frg6so-1225829761369

Rakyat Malaysia, khususnya anggota PKR dan anggota PAS, perlu mengaudit berita ini dengan teliti. Mereka juga perlu memahami mesej di sebaliknya.

Satu lagi berita membabitkan Datuk Seri Anwar adalah Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has urged the Gillard government to step up pressure against his homeland yang juga terbit di Australia baru-baru ini. Berita sepenuhnya seperti berikut:

http://www.theaustralian.com.au/news/world/anwar-ibrahim-pleads-for-support/story-e6frg6so-1225953433729

Sesudah membaca kedua-dua berita di atas, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya ahli PKR dan PAS, buatlah proses pengauditan tehadap PKR dan pemimpin tertingginya secara kritis, ikhlas dan jujur menerusi kerangka minda yang sejati.

Berikutnya, tepuk dada dan tanya selera masing-masing, adakah atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, Malaysia boleh mengizinkan amalan liwat dihalalkan di negara ini?

Lantas, adakah fitnah jika dikatakan maruah politik PKR mutakhir ini sedang dicemari berita-berita seperti di atas?

Adakah hasutan jika dicadangankan supaya anggota PKR mendesak perhimpunan agungnya tahun ini untuk menyingkirkan sesiapa sahaja pemimpinnya yang mencemari nama baik partinya?

Dan, adakah hasutan jika dicadangkan supaya seluruh anggota PKR bangkit mendesak kepimpinan tertinggi partinya untuk mendefinisikan corak perjuangan PKR, sama ada ia parti multiracial, parti demokrasi liberal, atau parti yang tidak mempunyai sebarang corak dan warna perjuangan yang khusus bagaikan pelangi yang indah dalam kesementaraannya.

Perhimpunan agung PKR akan diadakan tidak lama lagi. Ini merupakan detik terbaik untuk ahli-ahli PKR menuntut proses pendefinisian ini dilakukan. Ini juga waktu terbaik untuk menyingkirkan mana-mana pemimpin parti yang songsang perilakunya.

Jika tidak, PKR akan terus digerhanai oleh publisiti negatif mengenai kesongsangan perilaku politik dan peribadi. Dan, kesembronoan inilah yang mungkin mentalqinkan PKR tidak lama lagi.

PERSOALANNYA MENGAPA DI MASJID.... TIDAK DI TOKONG, KUIL ATAU GEREJA?

Posted: 08 Dec 2010 06:33 AM PST

Allah dipijak-pijak atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara. Inikah yang kita mahu?



APABILA DEWAN RAKYAT SEMAKIN LESU.........

Posted: 08 Dec 2010 06:21 AM PST

Sidang Dewan Rakyat kecoh lagi. Rakyat semakin bosan, muak, mual dengan telatah ahli legislatif yang dipilih menerusi pilihanraya hanya pandai buat 'hal' dalam Dewan yang mulia.

Walau pun mereka tahu mengenai fungsi mereka di Dewan sebaliknya perkara lain yang berlaku. Pilihanraya 2008 telah pun berlalu dua tahun, sewajarnya fokus dan tumpuan ditumpukan kepada soal yang berkaitan dengan permaalahan rakyat khususnya pengundi.

Persoalannya adakah pengundi telah tersalah pilih wakil legislatif mereka? Jawapannya hanya ada pada pengundi. Jika asyik bertengkar dan bertindak keluar dewan sampai bila mereka hendak berbahas dan menyelesaikan masalah penyokong mereka sendiri?

Adakah ini dikatakan bahawa dewan mengalami kemerosotan akibat sikap terlalu gairah nak menduduki Putrajaya? Apa yang diperhatikan bahawa corak berpolitik ahli-ahli Parlimen perlukan satu anjakan baru. Fokus pada rakyat bukannya mempertahankan parti.

Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar ahli-ahli dewan mewakili satu generasi lama yang rasanya tidak relevan dengan cara dan kehendak pengundi masa kini. Adakah ini petanda bahawa kita perlukan ahli dewan yang lebih rasional dari emosinal?

Adakah dengan cara mempopularkan diri mereka di dewan maka akan dapat simpati dari pengundi?  Atau pun dengan bertindak begitu akan terus membuatkan pengundi sentiasa bercakap tentang mereka? Ini kerana jika pengundi berhenti berhujah tentang mereka maka pengaruh dan sokongan kepada parti dan calon akan merosot ?

Kini masalah rakyat semakin kompleks dan pelbagai sifatnya. Rakyat dan pengundi terus di dedahkan dengan kaedah-kaedah yang tidak relevan dengan permasalahan mereka................Tepuk Dada Tanya .....

Tiada ulasan:

Pengikut