Ahad, 5 Disember 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELANGOR AKAN DAPAT MB BARU ?

Posted: 05 Dec 2010 12:05 AM PST

 

 

 

PKR Rancang MB Baru Tutup Kegagalan Tadbir Selangor

KUALA LUMPUR 1 Julai – UMNO Selangor menyifatkan perkembangan politik pakatan pembangkang di negeri itu yang melibatkan kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu sandiwara bagi menutup kelemahan dan kegagalan mentadbir negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, apa yang sedang dilakukan pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanyalah gimik politik bagi membersihkan kesilapan dan ketidakmampuan mereka melaksanakan janji-janji pilihanraya umum lalu.

"Mereka (PKR) sekarang tak mampu nak cakap soal pembangunan di Selangor dan tunaikan janji yang ditaburkan pada pilihanraya lalu. Sebab itu mereka buat gimik politik.

"Bila ada isu politik maka mereka boleh alihkan tumpuan rakyat yang kini makin sedar bahawa mereka tak mampu nak tadbir negeri. Saya yakin lepas ini akan ada isu baru yang dicipta untuk tutup kelemahan sebenar mereka", katanya ketika ditemui UMNO-Online di parlimen hari ini.

Justeru tegas beliau Barisan Nasional (BN) tidak harus terperangkap dengan gimik atau sandiwara politik murahan seperti ini sebaliknya terus mempergiatkan program dan penerangan parti.

Jelas beliau lagi apa yang berlaku ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim adalah antara langkah awal PKR untuk melantik menteri besar baru.

"Ini kerana selepas dua tahun lebih Khalid ternyata tak mampu tadbir negeri dan rakyat sudah lihat perkara itu.

"Bila kelemahan tersebut tidak boleh ditutup maka mereka akan tukar menteri besar baru untuk membolehkan mereka buat janji baru dengan harapan rakyat rakyat Selangor lupa dengan kegagalan mereka", ujarnya. – Media UMNO

Kalau Ahli Pun Tak Suka Khalid, Apatah Lagi Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja seorang Menteri Besar yang tidak popular di kalangan rakyat malah pemimpin politik yang tidak disukai ahli partinya sendiri, kata bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Hj Yassin mengenai Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jelasnya, Khalid bukan sahaja mungkin digugurkan dari jawatan Pengerusi PKR Selangor malah kemungkinan bakal hilang jawatan Ketua Cabang pada pemilihan parti itu pada Oktober nanti.

Beliau berkata, situasi pada pemilihan cabang parti itu nanti bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Khalid yang juga Menteri Besar Selangor akan dicabar tiga lagi calon.

"Yang cabar dia bukan seorang tapi tiga orang. Ini menunjukkan Khalid bukanlah pemimpin yang disukai atau dihormati ahlinya.

"Kalau ahli sendiri tak hormat dan tak percaya pada Khalid, saya lihat macam mana rakyat boleh percaya dia memimpin negeri. Itu baru peringkat cabang," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor tahun ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor akan dicabar tiga lagi calon.

Tiga calon yang telah mengesahkan akan bertanding menentang Abdul Khalid ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mazli Saring, 42; bekas Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman, 51, dan pesara guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44.

Pemilihan akan berlangsung pada 3 Oktober iaitu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kuala Selangor 2010 di Stadium Tertutup Kuala Selangor yang turut menyaksikan lebih 100 pencalonan untuk jawatan-jawatan lain dalam bahagian.

Johari seterusnya berkata apa yang berlaku di peringkat cabang sebenarnya satu gambaran mengenai kebolehan Khalid mentadbir negeri Selangor.

"Bagaimana kucar kacirnya cabang macam itulah juga keadaannya pentadbiran negeri.

"Sebab itu baru tak sampai tiga tahun memerintah negeri ini macam-macam masalah berlaku……banyak janji tak ditunaikan, rakyat pula ditimpa pelbagai masalah", ujarnya. -Media UMNO

Jangka Hayat Khalid Sebagai MB Di Penghujung Jalan?

Oleh: KU AZMAN KU ABAS.


KUALA TERENGGANU 28 Julai – Nampaknya jangka hayat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim makin suram dan kedudukannya di kerusi panas sebagai peneraju pentadbiran negeri makin kelam.

Ini kerana sekutu paling rapat beliau dikatakan berpaling tadah dan berpihak kepada saingannya, Azmin Ali dengan mula menimbulkan pelbagai kritikan terhadap Menteri Besar terbabit.

Mengulas perkara itu, bekas pemimpin PKR, Lokman Noor Adam turut mengakui perkara berkenaan dan tidak mustahil Khalid bakal terlepas jawatannya dalam masa terdekat dan bakal digantikan dengan MB yang baru.

"Sepertimana yang disebut-sebut, saingan beliau ialah Azmin Ali yang dikatakan cukup rapat dengan Anwar dan tindakan sekutu rapat Khalid yang dikatakan berpaling tadah itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.


"Ini kerana sekutu berkenaan mula melihat bibit-bibit kehancuran dan menyedari Khalid tidak akan kekal lama di kerusi panas tersebut. Jadi sebagai langkah awal, beliau mungkin "cabut lari" lebih awal untuk mendapatkan laba politik selepas ini," katanya kepada UMNO-Online, ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebuah portal mendakwa usaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi menteri besar Selangor masih berterusan.

Menurut portal tersebut, seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu. Khabar angin menyatakan, ADUN berkenaan kini berubah haluan untuk berada dalam barisan pimpinan timbalan presiden parti Azmin Ali berikutan pelantikan ahli parlimen Gombak itu ke jawatan pengerusi pimpinan PKR negeri.

Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya percaya banyak lagi plot drama terbaru akan keluar selepas ini dalam usaha menyingkirkan Khalid.

"Kita tengok apa lagi yang akan keluar selepas ini. Nampaknya soal pasir dan soal pentadbiran lain tidak menarik minat pimpinan PKR untuk mencari jalan penyelesain, tetapi lebih menjurus kepada soal jawatan,"katanya. – MediaUMNO

Khalid Ibrahim Kian DiPinggirkan

MB PKR Selangor, Khalid Ibrahim sepatutnya bijak membaca isyarat politik. Dalam bahasa mudah, keputusan Anwar Ibrahim melantik Azmin Ali ibarat kata dua supaya Khalid secara terhormat letak sahaja jawatan sebagai MB.
Bukan satu rahsia Khalid tidak perform. Pengalaman politik Khalid kosong! Di bahagian sendiri pun dia tidak mendapat sokongan! Masa dalam UMNO, kalah bertanding di peringkat ketua cawangan!
Kehebatan imejnya sebagai tokoh korporat diragui. Masa di PNB banyak dibantu orang kelilingnya yang hebat-hebat.
Kebobrokan pentadbiran Khalid mula terserlah apabila beliau membiarkan PKR mengutip wang dari beberapa syarikat ketika parti itu meraikan pemerintahan 100 hari di Selangor. Padahnya seorang pegawai khasnya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
Ibarat menyiram minyak dalam api, ketelusan dan sikap amanah, jujur serta tanggungjawab mempertahankan tingkah laku sopan dan tertib dikecam hebat, apabila dia mempertahankan Exconya, Eli Wong yang gambarnya dalam keadaan "merangsangkan" , diambil oleh kekasihnya tersebar. Khalid dilihat sanggup berkompromi dalam soal akhlak!
Khalid juga membiarkan seorang lagi Exco Ronnie Liu dan dan sekutu-sekutu menguasai pejabat SUK tanpa batas. Ronnie boleh mengecam sesuka hati pegawai-pegawai kerajaan. Membenarkan secara berleluasa penjualan arak, rumah-rumah urut dan kedai judi. Bertindak macam kera dapat bunga.
Selain itu, Khalid gagal menyelia GLC Selangor dengan sempurna. Khalid membuang pekerja melayu dalam GLC dengan pelbagai alasan. Sementara itu pelbagai jawatan baru diwujudkan dan dibayar dengan gaji yang sangat tinggi, jawatan yang diberikan kepada kroni-kroninya.
Kemuncaknya skandal rasuah pasir selangor. Khalid sebut dalam pembentangan Budget kerajaan negeri bahawa dia akan dapatkan RM150 juta hasil pasir untuk Selangor. Selepas setahun hanya sumbang RM4.6 juta. Ini merupakan skandal yang terbesar yang mungkin melibatkan rasuah jutaan ringgit sebulan.
Khalid juga gagal merancang dan membangunkan Selangor. Jalan berlubang, sampah sarap tidak dikutip mengikut jadual. Ekonominya semakin merudum.
Zaki – Shah Alam

PENDIDIKAN : TURUT BERKONGSI ?

Posted: 04 Dec 2010 11:50 PM PST

843 Pelajar Bumiputera, 657 Bukan Bumiputera Dapat Biasiswa JPA 2010



KUALA LUMPUR 30 Jun. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kaum bukan bumiputera tidak terpinggir daripada mendapat biasiswa kerajaan apabila 657 pelajar bukan bumiputera mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk belajar di luar negara tahun ini.
Di bawah Program Ijazah Luar Negara itu, 843 biasiswa pula diberikan kepada kaum bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak, katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat di sini.

Keseluruhan 1,500 biasiswa JPA itu agihkan kepada pelajar-pelajar cemerlang berdasarkan empat kategori iaitu merit, kaum, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kurang bernasib baik.

Daripada jumlah 300 biasiswa kategori merit, 59 atau 20 peratus diagihkan kepada pelajar bumiputera manakala 241 biasiswa atau 80 peratus kepada pelajar bukan bumiputera.

"Daripada jumlah itu, kaum Cina mendapat 209 (70 peratus), India 30 (10 peratus) dan lain-lain dua (0.7 peratus)," kata Mohd Nazri.
Bagi kategori kuota kaum, pelajar bumiputera memperoleh 557 biasiswa (61.8 peratus) dan 343 biasiswa (38.1 peratus) diberikan kepada kaum bukan bumiputera.

Sebanyak 150 biasiswa pula diagihkan sama banyak antara kaum di Sabah dan Sarawak manakala 150 biasiswa lagi diperuntukkan kepada golongan kurang bernasib baik, katanya.- BERNAMA

Formula Biasiswa JPA Adil – Muhyiddin

ABUJA (Nigeria) 9 Julai. – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata formula pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dipertikaikan sesetengah pihak telah diguna pakai sejak dahulu dan dibuat berdasarkan kriteria yang dilakukan secara adil.
Katanya perasaan tidak puas hati sesetengah pihak terhadap formula pemberian biasiswa itu muncul dalam keadaan sekarang walaupun kriteria pemberian biasiswa itu adil kerana pihak yang memerlukan biasiswa agak ramai dan kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk membiayai keseluruhan mereka.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas pandangan pihak seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan wakil-wakil masyarakat India serta Cina berhubung penjelasan kementerian mengenai kriteria mereka yang layak menerima biasiswa tajaan JPA.
Laporan akhbar baru-baru ini menyebut GPMS dan Perkasa mahukan kuota biasiswa JPA kepada Bumiputera dikekalkan pada 60 peratus, masyarakat Cina pula mahu ia diberi berdasarkan merit manakala masyarakat India mahukan kuota untuk masyarakat mereka dinaikkan kepada 25 peratus daripada 10 peratus sebelum ini.
"Suara-suara daripada pihak-pihak itu menunjukkan tidak puas hati Bumiputera menerusi GPMS, Perkasa, bukan bumi masyarakat India dan sebagainya. Formula yang diputuskan itu merupakan formula yang boleh dikatakan adillah," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan tidak akan berganjak daripada formula yang digunakan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam sidang media di sini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 8 Negara Membangun (D-8) Ketujuh di sini Khamis.
Beliau berkata kenyataan akhbar oleh kementerian berkenaan bagi menjelaskan beberapa kekeliruan mengenai kaedah pemberian biasiswa tajaan JPA untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi luar negara dibuat berdasarkan keputusan Kabinet dan beliau diarahkan berbincang dengan JPA.
"Dalam perbincangan dengan JPA, kita dapati bahawa asas yang telah digunakan munasabah," katanya.
Muhyiddin berkata sebelum penjelasan menerusi kenyataan akhbar itu dikeluarkan, beliau juga telah mempengerusikan satu mesyuarat bagi menjelaskan isu ini yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada MCA, MIC dan parti komponen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak.
"Dalam pertemuan itu, mereka berpendapat apa yang telah diputuskan oleh pihak JPA adalah bersesuaian berdasarkan kepada kemampuan kerajaan untuk menyediakan biasiswa itu.
"Sebab itu kita beri penjelasan supaya tidak ada pihak yang membangkitkan (isu itu)… pertamanya permohonan yang telah dikemukakan itu datangnya daripada jumlah yang besar," katanya.
Beliau berkata terdapat empat kategori bagi pemilihan penerima biasiswa JPA iaitu berdasarkan merit tanpa mengira kaum, berdasarkan kaum di mana sebahagian besarnya diberi kepada Bumiputera, dan pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak supaya mereka tidak ketinggalan.
Kategori keempat ialah mereka yang dalam golongan miskin dan mempunyai keputusan kurang cemerlang akan diberi pertimbangan untuk menerima biasiswa ini.
Dalam kenyataan Selasa lepas, Muhyiddin berkata kerajaan menyediakan 1,750 biasiswa JPA untuk program penajaan Program Ijazah Luar Negara bagi lepasan SPM 2009 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam sembilan mata pelajaran.
JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan dan daripada jumlah itu, sebanyak 10,956 pemohon telah melepasi kelayakan minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.
Selain itu, Muhyiddin berkata para pelajar tidak boleh tertumpu kepada biasiswa JPA sahaja kerana ada lagi biasiswa yang boleh mereka mohon seperti Petronas, Mara dan beberapa Yayasan tertentu.
Ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan campur tangan dalam perbalahan antara Perkasa dan MCA, beliau berkata kerajaan tidak boleh campur tangan mengenai perbezaan pandangan antara MCA dan Perkasa dalam isu-isu tertentu tetapi yang penting jangan sampai menjejas soal keselamatan.
Mengenai kemungkinan akhbar Suara Keadilan terus diterbitkan walaupun lesennya tidak disambung oleh Kementerian Dalam Negeri, Muhyiddin berkata jika Suara Keadilan enggan mematuhi peraturan, akhbar itu mungkin menghadapi tindakan undang-undang. – Bernama

DAP Parti Anak-Beranak, Pas Jual Perjuangan Demi Si Pembohong PKR!

Posted: 04 Dec 2010 11:48 PM PST

DAP Parti Anak-Beranak, Pas Jual Perjuangan Demi Si Pembohong PKR!



KUALA LUMPUR 5 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak melabelkan DAP sebagai parti anak-beranak sendirian berhad walaupun mereka berkokok dan menjerit kononnya keahlian mereka adalah berbilang kaum.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sedangkan apabila dikaji senarai kepimpinan pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja manakala Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili.

"Sebab itu saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan.

"Di sini saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah kerana jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh bahawa merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampai sekarang," katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari ini.

Pas, pula, kata Najib sebuah parti yang pelik apabila diamati kerana mendakwa memperjuangkan Islam tetapi boleh bekerjasama dengan pembohong besar.

Pas juga dilihat bekerjasama dengan pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

"Adalah elok Pas bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah sahaja terus berpegang kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini," katanya.

PANAS....PANAS..... TUNGGU BERITA INI!!!!!!!

Posted: 04 Dec 2010 11:46 PM PST

Put your stuff here

4 PENYAKIT BARU PEMIMPIN

Posted: 04 Dec 2010 11:28 PM PST

 

Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. 

Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.

26.Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan.

Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

27.Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan.

Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.

WAJIB BACA :Kronisme, Korup Dalam Dap Terus Berleluasa !

Posted: 04 Dec 2010 11:07 PM PST

 

Satu pendedahan dari ahli Dap sendiri berkaitan kepincangan, korupsi dan kronisme dalam Dap.

Apa nama … Apakah nama atau tajuk yang hebat untuk meringkaskan Dinasti Lim & Karpal di dalam parti Daddy Anak Party (DAP)?

Kedua-duanya tetap mempromosikan ahli keluarga masing-masing dan pada masa yang sama untuk menekan para pemimpin yang baik dalam Dap sendiri.
Karpal Singh adalah kepala kroni Lim dan anaknya. Dia hanya menari mengikut rentak Lim. Dia tidak banyak pilihan kerana terpaksa bergantung kepada Lim dan anaknya untuk kekal di dalam Dap selama ini.

Dia tidak memiliki cawangan atau pusat perkhidmatan pun. Dia tidak memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan pemilih. Dia adalah ahli Parlimen yang terkenal sebagai seorang yang sering membuat kenyataan tetapi '0′ kerana gagal memberikan sebarang perkhidmatan kepada rakyat.

Namun, dia cukup dikenali sebagai rakan setia untuk 'menjilat' atau mengampu Lim anak beranak bagi melakukan kerja kotor dan membunuh pemimpin Dap yang baik dan berkaliber sehinggakan anak-anaknya seperti Gobind dan Jardeep juga boleh muncul entah daripada mana. Dia hanyalah penipu.

Kini saya malu menjadi ahli Daddy Anak Party (DAP) kerana parti itu dikuasai oleh para pemimpin yang memenuhi kepentingan sendiri, Kit Siang anak beranak, manakala Karpal dan anak beranak. Mereka hanya melindungi dan mempromosi anak-anak mereka dan kroni agar dapat terus bertahan di dalam dunia politiknya.

Pemimpin seperti Kua Kia Soong, Lee Ban Chien, Funf Ket Wing, SK Song, Teoh Teik Huat, Gooi Hock Seng, Chua Kow Eng, Liew Ah Kim, Kerk Kim Hock, Wee Choo Keong, Fazlan Yahya, Foo Piew Kok, Sim Tong Hin, Goh Lian Sun, Teng Chang Kim, Chan Chan Teik, Goh Hock Guan, Fan Yew Teng, Dr Boo dari Johor dan ramai lagi yang lebih baik tetapi telah dikesampingkan atau dipaksa keluar atau dipecat dalam keadaan yang meragukan.
Ya, Wee Choo Keong dipecat dengan tuduhan TIDAK MENUNJUKKAN KESETIAAN YANG MENCUKUPI. Bagaimana Dap boleh menjadi seburuk ini? Bahkan parti komunis juga tidak menuntut para pemimpinnya untuk menunjukkan kesetiaan sedemikian gila.

Fakta ini jelas mengesahkan pemimpin parti "Daddy Anak Party (DAP) (Kit, Karpal and Sons Sdn Bhd) mempromosi budaya berpuak-puak di Malaysia.
Tidak hairanlah YB Sim Tong Hin dan Goh Liang Sun dengan perlahan memberi pelajaran kepada Lim Kit Siang. Jangan lupa bagaimana Lim Guan Eng dan isterinya (Betty Chew) dikeluarkan dari jawatankuasa negeri Melaka.

Malah kedua-duanya tidak mampu untuk mengumpulkan suara yang cukup bagi menjadikan mereka ahli jawatankuasa biasa. Tetapi Kit Siang menyelamatkan Guan Eng dan isterinya daripada keganasan politik. Lantas Guan Eng dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Agung. Lucu betul!

Kit Siang dan Karpal hanya berminat untuk melindungi dan mempromosi ahli keluarga mereka dan kroni-kroninya walaupun mengorbankan kepentingan negara.

Mereka ketepikan kepentingan parti. Mereka sebaliknya menyalahgunakan dana parti untuk kepentingan mereka sendiri.

Kit Siang harus menjelaskan sama ada derma orang ramai menerusi 'tin Milo' yang edarkan telah diaudit dengan betul.

Pemecatan Tee Boon Hock adalah bukti kes yang jelas mereka melindungi kroni seperti Ronnie Liew, Tony Pua dan mereka yang seumpamanya. Kit Siang dan Karpal tahu benar bahawa Tee Boon Hock berpengaruh di kalangan pemimpin akar umbi di Selangor, dan mereka mesti menghapuskan Tee So supaya Ronnie Liu dan Tony Pua dapat terus bertahan di dalam politik.


Matlamatnya, mereka memperkukuhkan DINASTI mereka.
Saya hendak menyambung pendedahan mengenai Tony Pua yang bijak di dalam hal kewangan.

Tony Pua adalah satu lagi penipu. Dia telah berbohong pada perhimpunan tahunan 2008. Lihat profil di dalam blognya:

"Sebelum sepenuh masa menyertai politik pada Januari 2007, saya adalah CEO dan pengasas syarikat IT Malaysia, tersenarai di bursa saham Singapura. Saya jual semua saham itu supaya saya boleh berkhidmat kepada masyarakat dan terlibat di dalam sosio-politik Malaysia."

Di dalam profil tersebut, Tony Pua malu untuk menyiarkan nama syarikat berkenaan iaitu Cyber Village Holding Ltd. Dia tidak menyatakan syarikat yang diuruskannya itu mengalami kerugian.

Pua tidak menyebut kepada syarikat mana dia menjual saham Cyber Village. Nama Cyber Village serta merta ditukar pada 2008 kepada Koyo International untuk mengaburi rakyat Malaysia, tentu saja, untuk mengelakkannya daripada dikesan.

Pua tidak menceritakan Cyber Village diambil alih oleh Brightsphere Sdn Bhd (co No: 804460). Brightsphere adalah syarikat RM2. Pemegang sahamnya adalah bekas kakitangan Cyber Village (Sua Shii Huey dan Shieh Yee Bing). Malah, setiausaha syarikat adalah isteri Pua, Yow Ting Fong. Alamat berdaftar Brightshphere adalah bersebelahan dengan pejabat firma guaman isteri Pua, Chris Lim Ting ang Partners, T-109, 3rd Floor, Centrepoint, Bandar Utama (Petaling, Selangor).

Pada 2004 Pua dan Cyber Villagenya terjerumus ke dalam masalah besar dan memerlukan bantuan kewangan. Siapakah yang menyelamatkan? Justin Leong Ming Loong, cucu kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dari Genting.
Justin Leong menyalurkan dalam S$ 3 juta ke dalam Cyber Village untuk membantu Pua. Untuk makluman pembaca dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Justin Leong dan rakan niaganya (Gau Xiang Jun) menggunakan Treasure Valley International Limited (ditubuhkan di Virgin Islands).

Itulah Tony Pua, orang yang mengaku dirinya jutawan di Singapura sebelum menyertai Dap pada 2008.

Jawatankuasa disiplin Daddy Anak Party (DAP) ini mestilah mengambil tindakan terhadap Tony Pua kerana berbohong pada perhimpunan tahunan 2008.

Ronnie Liu telah menandatangani surat sokongan empat bulan sebelum apa yang dilakukan Tee Boon Hock tetapi hanya ditegur. Jelas sekali tindakan menutup perlakuan korup Ronnie Liu.

Dia dikenali di Selangor di dalam kegiatan haram yang berkait rapat dengan aktiviti pelacuran, perjudian, pertaruhan sukan khususnya bolasepak, kegiatan Ah Long dan lain-lain.

Ronnie Liu dikelilingi oleh tiga orang kanan dari kegiatan haram iaitu Tan Meng Yeong, Pek Tan Chuan dan Tan Peck Kong alias 'Tua Pek Kong'. Mereka juga dikenali dengan 3 Tan, yang menjaga pejabat EXCO Ronnie Liu tingkat 15.

Wee Choo Keong memang benar apabila mendedahkan rangkaian kegiatan haram Ronnie Liu pada 2009. Ahli-ahli Dap Selangor tahu tentang hal ini.
Tentu saja, Lim Kit Siang dan anaknya berpura-pura tidak tahu mengenai hal tersebut kerana kedua-duanya mungkin mendapat faedah daripada perlombongan pasir haram, skandal surat sokongan dan pertaruhan sukan secara haram.

Sekarang anda faham mengapa Lim Guan Eng dan ayahnya begitu sensitif terhadap lesen sah pertaruhan sukan beberapa bulan yang lalu.

Tujuannya mereka adalah hendak melindungi penyokong mereka dan juga 'jalan' (peluang) bagi mereka sendiri menerusi Ronnie Liu, dan kroni nombor 2 untuk Karpal.

Ahli-ahli Dap yang benar-benar tulen harus berhati-hati dengan Kit Siang dan anaknya, Karpal Singh dan anaknya, Ronnie Liu, Tony Pua dan beberapa orang lain yang bakal didedahkan akan datang.
Cukup untuk saat ini. Selamat malam.

Dasar Kuku Besi 'Dinasti Lim' Cengkam Dap Hampir 40 Tahun

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bekas orang kuat Dap, Wee Choo Keong berkata 'tsunami kebenaran' akan dari semasa ke semasa membongkar pelbagai kepincangan 'dinasti Lim' yang mencengkam Dap selama hampir 40 tahun.

Ahli atau pemimpin dap di sebarang peringkat akan menjadi mangsa diskriminasi dan berdepan hukuman dipecat jika tidak 'setia kepada kepimpinan tertinggi', jelasnya.

Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata, "kebenaran adalah kebenaran. Seseorang hanya boleh putar belit atau berdalih, tetapi tetap tidak ke mana. Perlahan-lahan, tetapi pasti ia akan membawa hasil kerana keadaan akan menyebabkannya terbongkar."

"Bapak dan anak boleh berpura-pura mereka baik dan tidak bersalah, serta tidak memperdulikan suara tidak puas hati.

"Semakin hari, semakin banyak pendedahan terhina akan berlaku dan tibalah tsunami dengan memahami lebih luas mengenai dasar kuku besi 'dinasti Lim' yang berdasarkan nepotisme, kronisme dan "cakap tak serupa bikin" … selama hampir 40 tahun!" kata Wee di dalam blognYA weechookeong.wordpress.com.

Tulisan terbaru itu adalah artikel siri kedua selepas pendedahan pertamanya mengenai wajah sebenar Dap yang bergerak bagaikan syarikat pesendirian 'dinasti Lim'.

Wee sebelum ini juga mendedahkan bagaimana beliau dipecat daripada Dap kerana tidak 'setia' kepada pucuk pemimpinan Dap. Berikutan pengalaman itu, beliau sejak awal dapat menjangkakan keputusan mesyuarat tertinggi Dap mengenai sebarang tindakan disiplin kepada Ronnie Liu dan Tee Boon Hock.

-Media UMNO


Ronnie Liu Kroni Kit Siang Bebas Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu bebas
daripada sebarang tindakan diambil oleh Jawatankuasa Pusat (CWC) Dap berikutan dengan kontroversi surat sokongan beliau.

Penganalisis politik, James Wong berkata, ini menunjukkan bahawa "bukanlah mudah untuk mengambil sebarang tindakan tegas yang boleh menjejaskan karier politiknya" kerana beliau telah dikenali di kalangan ahli-ahli politik yang setia dengan pemimpin veteran Lim Kit Siang dan anaknya dan juga Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng.

"Ronnie Liu mempunyai sokongan daripada sesetengah pemimpin dalam parti. Dengan itu, ia bukan mudah untuk mengambil sebarang tindakan tegas terhadap beliau," katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Ketika membuat pengumuman mengenai keputusan ini yang diputuskan pada mesyuarat CEC parti malam tadi, pengerusi DAP Karpal Singh berkata CEC tidak dapat mempertimbangkan tindakan selanjutnya terhadap Liu kerana beliau tidak memfailkan sebarang rayuan setelah ditegur dengan teruknya oleh Jawatankuasa Disiplin.

"CEC tidak mempunyai kuasa sendiri untuk meningkatkan hukuman tersebut oleh Jawatankuasa Disiplin," kata Karpal.

Parti itu terbabit dalam kontroversi tersebut apabila anggota Majlis
Perbandaran Klang dan bekas pembantu Liu, Tee Boon Hock dipecat berikutan dengan penyalahgunaan kepala surat milik pengerusi Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri berkenaan.

Sesetengah anggota parti berkata, isu Liu tidak dibangkitkan untuk
dibincangkan setelah anggota CEC diberitahu bahawa mengikut perlembagaan parti, kecuali seseorang itu merayu, CEC tidak ada kuasa untuk mempertimbangkan perkara tersebut.

"Sebaik sahaja kita diberitahu mengenai perkara ini, kita tahu perkara itu
tidak akan dibincangkan. Kita tidak boleh bincangkan lagi.

"Sebab itu tidak ada sesiapa pun yang bercakap mengenai perkara tersebut semasa mesyuarat tersebut," menurut seorang anggota parti memberitahu Bernama.

Bagaimanapun, sumber-sumber parti berkata sesetengah anggota CEC masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana DAP menghadapi persoalan sama ada mereka mengotakan apa yang dikatakan disebabkan ia telah menjejaskan imej parti dengan teruknya.

Tee ketika dihubungi berkata keputusan CEC untuk mengekalkan pemecatan oleh Jawtankuasa Disiplin menunjukkan beliau dijadikan kambing hitam.
"Mereka gunakan saya sebagai kambing hitam politik mereka agar dapat
membantu sesetengah pemimpin.

"Ini adalah tidak adil kepada saya. Saya dihukum tetapi yang lain tidak,"
kata beliau. -Bernama

Dasar Kuku Besi 'Dinasti Lim' Cengkam Dap Hampir 40 Tahun

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bekas orang kuat Dap, Wee Choo Keong berkata 'tsunami kebenaran' akan dari semasa ke semasa membongkar pelbagai kepincangan 'dinasti Lim' yang mencengkam Dap selama hampir 40 tahun.
Ahli atau pemimpin dap di sebarang peringkat akan menjadi mangsa diskriminasi dan berdepan hukuman dipecat jika tidak 'setia kepada kepimpinan tertinggi', jelasnya.
Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata, "kebenaran adalah kebenaran. Seseorang hanya boleh putar belit atau berdalih, tetapi tetap tidak ke mana. Perlahan-lahan, tetapi pasti ia akan membawa hasil kerana keadaan akan menyebabkannya terbongkar."
"Bapak dan anak boleh berpura-pura mereka baik dan tidak bersalah, serta tidak memperdulikan suara tidak puas hati.
"Semakin hari, semakin banyak pendedahan terhina akan berlaku dan tibalah tsunami dengan memahami lebih luas mengenai dasar kuku besi 'dinasti Lim' yang berdasarkan nepotisme, kronisme dan "cakap tak serupa bikin" … selama hampir 40 tahun!" kata Wee di dalam blognya weechookeong.wordpress.com.
Tulisan terbaru itu adalah artikel siri kedua selepas pendedahan pertamanya mengenai wajah sebenar Dap yang bergerak bagaikan syarikat pesendirian 'dinasti Lim'.
Wee sebelum ini juga mendedahkan bagaimana beliau dipecat daripada Dap kerana tidak 'setia' kepada pucuk pemimpinan Dap. Berikutan pengalaman itu, beliau sejak awal dapat menjangkakan keputusan mesyuarat tertinggi Dap mengenai sebarang tindakan disiplin kepada Ronnie Liu dan Tee Boon Hock. -MediaUMNO

SIRI PENDIDIKAN SIRI 7: PERISTIWA HITAM PEMERINTAHAN 14 HARI.

Posted: 04 Dec 2010 10:43 PM PST

Siapa Komunis?

picasioncom-komunis-barua

MENURUT Kamus Dewan, komunis ialah orang yang menganut dan mengamalkan fahaman komunisme iaitu fahaman politik yang hendak menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat.

Dalam menilai maksud komunis yang termaktub di dalam kamus, tentulah ia tidak bersamaan dengan kenyataan sepenuhnya berkaitan dengan penyebaran komunisme di Malaysia atau di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dicapai. 

Perlu difahami bahawa penularan fahaman komunisme ini adalah berlangsung daripada perjuangan untuk membebaskan tanah air dari kuasa penjajah iaitu PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis.

Namun demikian, tindakan yang diambil adalah lebih cenderung kepada pertumpahan darah dan kekerasan yang sememangnya amat bertentangan dengan budaya dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu.

Pergerakan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk membebaskan Tanah Melayu dan mencapai kemerdekaan, lantas semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan pula MPAJA untuk menentang Jepun.

Bagaimanapun, selepas Jepun menyerah kalah, PKM telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dengan beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. 

Tindakan yang dilakukan telah menghasilkan beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, tindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga berlaku yang mengorbankan banyak nyawa.

Dalam pada itu, terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menjadi penamat kepada PKM kerana penglibatan mereka telah diketepikan oleh British. Lantaran itu, PKM telah menukar strategi dan mula mencetuskan keganasan melalui mogok dan rusuhan. Ekoran tindak balas tersebut, British mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, iaitu sebagai jalan bagi melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Tindakan bersenjata pihak komunis Bintang Tiga telah melibatkan beberapa siri serangan berdarah termasuklah insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak. 

Tujuan utama PKM melancarkan gerakan bersenjata adalah untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan mendirikan sebuah Kerajaan Republik Komunis melalui pemberontakan bersenjata.
Chin Peng juga mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya – TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Akibat daripada ketidakselamtan yang berpunca dari keganasan komunis ini telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent pada 12 Julai 1948 ke seluruh negara. 

PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948, lantas seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Namun demikian, atas kepentingan bersama dan kesejahteraan masa hadapan, pada 9 September 1955 Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada Komunis. 

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin PKM, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Sokongan besar rakyat kepada Perikatan dan pilihan raya 1955 memberi kesan positif atas kesinambungan perjuangan bangsa dan menutup peluang PKM berkuasa. 

PKM telah menulis surat kepada Tunku untuk berunding. Pihak Kerajaan diwakili oleh Tunku, Tan Cheng Lok dan David Marshall (Ketua Menteri Singapura) manakala PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Namun demikian, rundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1955 ini menemui kegagalan kerana Kerajaan menolak desakan PKM supaya diiktiraf sebagai parti yang sah dan Chin Peng enggan menerima syarat-syarat Kerajaan supaya membubarkan PKM dan menerima tawaran pengampunan.

Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Dengan gerakan bersenjata komunis sebelumnya, dikatakan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989.

Dalam hal ini, Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Sesungguhnya, tujuan utama pemimpin PKM adalah untuk mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Lantas, sebagai memahami aspirasi negara, dan pejuang yang telah gugur ekoran tindakan komunis, wajarkah memaafkan individu yang terlalu banyak angkara khianat telah dipalitkannya terhadap negara ini?

SIRI PENDIDIKAN PERLEMBAGAAN : SEJARAH PERLEMBAGAAN

Posted: 04 Dec 2010 10:37 PM PST

Sejarah Perkembangan Perlembagaan Malaysia

Mari kita melihat perkembangan perlembagaan negara kita Malaysia dari sebelum merdeka hingga sekarang. Melalui pemahaman ini, nanti kita akan tahu dan sedar rupa bentuk perlembagaan negara kita sekarang. Kita sebagai warganegara Malaysia yang berpegang kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara iaitu:-

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Undang-Undang (Perlembagaan Malaysia)
Kesopanan dan Kesusilaan



Maksud Perlembagaan

Sesebuah negara perlu mempunyai peraturan atau undang-undangnya sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan:
i. organisasi kerajaan.
ii. pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah
iii. prinsip untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan.

Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.


Tujuan perlembagaan ialah:
i. menentukan cara sesebuah negara diperintah.
ii. menetapkan hak-hak individu, warganegara dan batasannya.
iii. menjamin kebebasan.

Sekarang kita melihat pula perkembangan perlembagaan di Malaysia, bermula dengan Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, Sistem Ahli, hingga ke merdeka.




Malayan Union (1946-48)

Selepas Perang Dunia II British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Malayan Union bukan sahaja melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu, malah hak kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap percubaan menghapuskan hak dan masa depan orang Melayu.


Tujuan:

i. Untuk melindungi kepentingan British dengan cara memberikan taraf kewarganegaraan kepada kaum pendatang. Golongan pendatang memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu.

ii. Untuk menyeragamkan dan mencekapkan pentadbiran serta mengukuhkan kuasa kerajaan pusat dengan mencantumkan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan negeri-negeri lain.

Tindakan Sir Harold MacMichael mengugut raja-raja Melayu untuk dapatkan persetujuan.
iii. British mengugut akan menyiasat kesetiaan Sultan-sultan Melayu kepada British semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu sekiranya mereka menentang Malayan Union.
iv. British mengancam Sultan Kedah dan Perak, bahawa kedudukan mereka akan digantikan dengan sultan yang lain sekiranya mereka tidak setuju.
v. Sultan-sultan seperti Sultan Johor tidak diberi masa yang cukup untuk mendapatkan nasihat MMN.

Orang Melayu menentang kerana:
i. Sultan akan kehilangan kuasa politik.
ii. Peranan Majlis Mesyuarat Negeri semakin berkurangan. Cuma hal yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
iii. Kedaulatan Sultan sebagai lambang sahaja. Kuasa di tangan Gabenor Malayan Union.
iv. Orang Melayu terancam kerana kaum yang lain mendapat hak politik yang sama.
v. Orang Melayu bimbang bilangan orang bukan Melayu akan bertambah melebihi bilangan orang Melayu.
vi. Taraf negeri-negeri Melayu berubah daripada negeri-negeri naungan British kepada Tanah Jajahan British.

Penentangan meluas dari seluruh orang Melayu menyebabkan British membatalkan Perlembagaan Malayan Union dan menggantikannya dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.



Persekutuan Tanah Melayu (1948-57)

Tindakan raja-raja Melayu ialah memulaukan upacara perlantikan Gobenor Malayan Union, iaitu Sir Edward Gent dan menghantar nota bantahan kepada Parlimen British mengenai bangkangan ke atas Malayan Union menyebabkan British menarik balik Malayan Union.

Antara Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:

1. Persekutuan terdiri 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
2. Singapura menjadi tanah jajahan British yang berasingan.
3. Kedaulatan raja-raja Melayu dipulihkan.
4. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
5. Tanah Melayu tidak menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
6. Pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu berdasarkan jus soli dihapuskan. Syarat kerakyatan diketatkan.
7. Kerajaan pusat mengendalikan perkara penting seperti kewangan dan hal-ehwal luar sementara kerajaan negeri mengendalikan hal tanah pertanian dan kesihatan.
8. Majlis Perundangan Persekutuan berkuasa menggubal undang-undang persekutuan.
9. Majlis kerja Persekutuan (Majlis Eksekutif) adalah sebuah badan eksekutif atau pelaksana.
10. Ketua kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi.
11. Sebuah Majlis Raja-raja ditubuhkan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi.
Kerajaan British bertanggungjawab atau menjaga soal pertahanan dan hal ehwal luar Tanah Melayu.
12. Di peringkat negeri diwujudkan perlembagaan negeri masing-masing.
13. Di setiap negeri diwujudkan jawatan Menteri Besar.



Sistem Ahli

Sebagai satu langkah ke arah mempunyai kerajaan dan pentadbiran yang bersendiri tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak, British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan April 1951.

Seramai sembilan ahli yang telah dilantik dalam Majlis tersebut dan telah diberikan tanggunjawab untuk menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan kerajaan dan ahli yang telah menjalankan kewajipan ini telah dianggap sebagai `menteri' yang menjalankan tugas pentadbiran negara dan sebagainya.

Tujuan sistem ahli ini untuk melatih penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

Antara mereka ialah:

Dato' Onn bin Jaafar Ha~EhwaI Dalam Negeri
Dr. Lee Tiang Keng Kesihatan
Dato',E.E.C. Thuraisingham Pelajaran
Dato' Nik Ahmad Kamil Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar
Kolonel H.S. Lee Pengangkutan
Dr. Ismail Abdul Rahman Hasil Bumi [Sumber Alam]*
Mustafa Albakri Hassan Perhubungan Industri dan Masyarakat
V.M.N. Menon Pos dan Telekom

Mereka adalah warganegara Tanah Melayu yang awal dilatih menjalankan tugas bertaraf menteri yang dilantik oleh kerajaan British sehinggalah pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.


sambungan perkembangan Perlembangaan Malaysia :

selepas diperkenalkan Sistem Ahli, British memperkenalkan pula sistem pilihan raya. Tujuan British mengadakan pilihanraya ialah:
1- sebagai strategi memenagi fikiran rakyat untuk memerangi komunis di Tanah Melayu.
2- pilihanraya itu juga untuk menggalakkan perkembangan parti-parti politik berhaluan kanan untuk melawan ancaman Parti Komunis Malaya.
3- pilihanraya itu dapat memastikan proses peralihan kuasa dapat dilakukan melalui saluran perlembagaan secara beransur-ansur.
4- Pilihanraya itu dapat mendedahkan penduduk tempatan kepada proses pemerintahan demokrasi, seperti pembuangan undi, pilihanraya dan lain-lain.

Pilihanraya pertama diadakan pada tahun 1951 ialah Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang. Pada tahun 1952 Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan -UMNO & MCA bergabung menjadi Parti Perikatan. Memenangi 9 daripada 12 kerusi. Kemudian diikuti JOhor Bharu

Pada tahun 1955 - pilihanraya Umum pertama diadakan- MIC sertai Perikatan - memenangi 51 daripada 52 kerusi. 1 kerusi dimenangi oleh PAS. Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri.

Perkara yang menjadi impian rakyat Tanah Melayu setelah Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan ialah kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diperolehi dengan saluran perlembagaan.

Selain itu kemerdekaan Tanah Melayu juga hendaklah diperolehi dalam masa dua tahun selepas pilihanraya tersebut.

Impian penduduk juga ialah tidak mahu lagi duduk lagi di bawah pemerintahan penjajah British.

Penduduk Tanah Melayu juga mengharapkan supaya diadakan pertemuan dengan Parti Komunis Malaya agar ancaman komunis ditamatkan dengan segera

Teks penuh ucapan PM pada Konvensyen BN 2010.

Posted: 04 Dec 2010 10:25 PM PST

Teks penuh ucapan PM pada Konvensyen BN
05/12/2010 1:59pm

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yi ge Malaysia [Cina],...

Oray Malaysia [Tamil],...

Ndi Malaysia [kata Bidayuh],...

Ji Malaysia [kata Orang Ulu],...

Ise' Malaysia [kata Kadazan & Dusun],...

Saumi Malaysia [kata orang Murut],...

atau kata orang Iban pula Sato Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

Naib-Naib Pengerusi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional

Menteri-Menteri

Timbalan-Timbalan Menteri

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Presiden dan wakil-wakil dari Friends of Barisan Nasional, KIMMA, IPF, Makkal Sakti dan MIUP

Para perwakilan Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen

Para Pemerhati

Wakil-wakil media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

1.Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Dewan San Choon yang indah, dalam penuh kesepakatan, dengan kebulatan tekad dan suasana yang begitu harmonis.

2.Sesungguhnya, perhimpunan pada hari ini, membuktikan kepada dunia bahawa, sebagai rakyat Malaysia, we stand united, indivisible with one purpose, that, of building a better future. Apa yang penting kepada kita, yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, semua dapat berkumpul beramai-ramai, tanpa rasa takut, tanpa rasa bimbang mahupun gundah gulana terhadap keselamatan diri masing-masing.

3.Ia sekali gus menjadikan telahan para prophets of doom and gloom yang telah meramal dan menujumkan kemusnahan Malaysia selama ini oleh sebab faktor kepelbagaian kita, terbukti salah sama sekali.

4.Sesungguhnya, walau apa warna kulit kita, walau apa anutan kepercayaan kita, walau apa pun taraf sosioekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1Malaysia.

5.Ternyata pula, Malaysia telah dikurniakan dengan segala nikmat dan kedamaian, sehingga kita mampu berjalan sejauh ini. Dalam keadaan banyak negara majmuk lain di dunia, ditandai dengan bermacam krisis dan konflik, jalan yang dilalui Malaysia jelas istimewa. Kita telah merintis jalan yang panjang dan berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada dengan begitu baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

6.Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan kerumitan pelbagai yang wujud atau "a potential achilles heel" kepada kelebihan persaingan atau "competitive advantage". Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.

7.Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah 'kawah pelakuran' atau 'melting pot' dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.

8.Misalnya, kalau nama Samy Vellu, tak payah tukar jadi Suhaimi atau Sazali. Kalau Chua Soi Lek, tak payah tukar jadi Salleh, So ud atau Ayoub, kalau John Ambrose tu John Ambrose lah, tak payahlah jadi Johan Ambrose. Sehinggakan, orang Asli sekalipun bebas mengekalkan identiti mereka. Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

9.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan,

10.Hari ini, pagi ini, sekali lagi setelah konvensyen lalu pada tahun 1995, perwakilan tiga belas buah parti komponen dari kesemua tiga belas Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia, duduk berhimpun, terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan, berkumpul, dengan satu tekad, satu hati dan satu matlamat yakni untuk memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan.

11.Tambahan pula, konvensyen kali ini berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa kita adalah rakan kongsi saksama dalam mengkhidmati rakyat. Indeed, we are committed partners in our endeavour to serve the Malaysian people.

12.Kata orang, we stand on the shoulder of giants, bapa-bapa kita selaku para pendahulu. Mereka telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.

13.Sudah barang pasti, pendahulu-pendahulu kita adalah political geniuses yang berwawasan. Mereka telah berjaya mengatasi muslihat dan helah penjajah Inggeris dengan dasar pecah perintahnya. Secara sedar atau tidak, sepanjang tempoh penjajahan, rakyat telah diasingkan mengikut kaum dari segi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan aliran pelajaran secara halus. Matlamat penjajah sebenar adalah, agar perbezaan ini, akan akhirnya, menyebabkan semua kaum terpaksa bergantung kepada mereka sebagai kononnya the impartial referee.

14.Jadinya, pada waktu itu, pemimpin seperti Allahyarham Dato' Onn menyedari hakikat dan cuba mengatasinya dengan membuka keahlian UMNO kepada pelbagai kaum, namun percubaan pertama tersebut dan kemudiannya pula melalui Parti Kemerdekaan Tanah Melayu yakni IMP yang dipimpinnya juga, tidak berjaya.

15.Lalu, menyedari bahawa rakyat belum bersedia menerima sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum tetapi menginsafi bahawa inilah jalan ke hadapan untuk mencapai kemerdekaan dan membina masa depan yang lebih baik, maka, mereka telah mencipta suatu kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa melalui konsep Parti Perikatan yang sangat unik dengan mengambil kira persekitaran dan realiti yang ada.

Tuan-tuan dan puan-puan,

16.Jika diimbau peristiwa lalu, benih-benih Perikatan ini telah bermula melalui kerjasama UMNO dan MCA semasa pemilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Perikatan kedua-dua parti ini telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kerjasama ini kemudiannya, telah diperluaskan ke peringkat nasional melalui penyertaan MIC pada tahun 1954 bagi menghadapi pemilihan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun berikutnya.

17.Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa, antara kaum melalui kerjasama antara tiga parti UMNO, MCA dan MIC ini telah diterima rakyat terbanyak apabila Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya tahun 1955.

18.Seterusnya, konsep dan keanggotaan Parti Perikatan ditambah baik selepas Tragedi 13 Mei 1969 apabila pintu keahliannya dibuka kepada parti-parti yang sebelum ini berada di luar. Malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.

19.Ini kerana, mereka mempercayai bahawa, masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh Barisan Nasional. Selanjutnya, Barisan Nasional juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila Barisan Nasional menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut Cina Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

20.Berbanding Pilihanraya Umum 2008, Barisan Nasional yang cuba dimomok-momok, sebagai sudah suram, Alhamdulillah, kini, nampaknya semakin hari sudah semakin pulih. Begitulah, episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar. Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan, sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.

21.Justeru, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah membantu kita mencapai kejayaan manis semasa pilihanraya-pilihanraya kecil tersebut. Jelas sekali, ini adalah kejayaan semua pihak, kemenangan demi kemenangan milik kita bersama. Kata-kata tersohor orang Iban "Agi idup agi ngelaban". Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata orang Bajau di Sabah pula "Mangan niak mangan, asal kurung, kurung". Maksudnya, makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama. Pastinya, mengambil semangat itu, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, kita mesti tetap bersama demi Barisan Nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan,

22.Memang benar, dikatakan bahawa politik itu penuh dengan percaturan persepsi dan permainan angka. Namun begitu, ia tidak akan berlaku dengan sendirinya. Sebetulnya lagi, bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap Barisan Nasional perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

23.Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk Barisan Nasional terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat.

24.Sebab itulah, pasca Pilihanraya Umum 2008, semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun tersebut, saya telah dengan tegas mengingatkan bahawa UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah. Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa.

25.Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.

26.Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan. Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

27.Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan. Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.

28.Syukur kepada Tuhan kerana kita melihat perkembangan-perkembangan positif yang memberangsangkan di dalam parti-parti komponen semenjak 2 tahun yang lalu. Perubahan-perubahan yang berlaku menunjukkan bahawa kita, sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

29.Sememangnya seperti yang saya sebutkan tadi, kisah-kisah kejayaan Malaysia ini terhasil tidak lain dan tidak bukan, di atas satu formula perkongsian politik antara kaum dicetus oleh our forefathers dan terserlah sebagai satu resipi penerajuan negara yang sangat mujarab.

30.Oleh itu, kita akan sentiasa mengenang jasa-jasa pemimpin utama Barisan Nasional seperti bekas Pengerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin pemimpin parti komponen pula seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephen dan ramai lagi pimpinan pelbagai kaum yang tidak terhitung di sini, namun pasti kita tidak pernah lupakan.

31.Sehubungan itu juga, dengan perasan sedih dan rasa belasungkawa, baru-baru ini kita telah kehilangan seorang lagi negarawan tulen dan bekas pemimpin yang bersifat ikonik yakni mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Sesungguhnya, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang penuh percaya kepada gagasan serta perjuangan Barisan Nasional dan mendiang telah banyak membantu parti bagi membina negara ini.

32.Pastinya segala khidmat dan bakti para pemimpin ini kekal terpahat dengan tinta emas dalam lembaran sejarah negara sebagai muliawan muliawan yang telah berjuang demi membina tamadun rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

33.Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah ke Sabah, Barisan Nasional menjiwai degupan nubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia.

34.Pucuk pangkalnya, Barisan Nasional telah sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekali gus mengangkat negara kita ke satu tahap yang sungguh membanggakan. Hakikatnya pun, bukankah Parti Perikatan, yang telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan? Bukankah muafakat murni ini, yang sedang mengisi kemerdekaan itu? Dan bukankah barisan ini, yang diberi mandat oleh rakyat, untuk menerajui negara?

35.Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, traders of dreams, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kita lah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, merchant of realities, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun.

Tuan-tuan dan puan-puan,

36.Oleh sebab itulah, saya suka mengulang-ulangkan bahawa antara nilai paling penting yang telah menjadi penguat kepada Barisan Nasional adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan kita, untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.

37.Kepentingan itu, adalah mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana rendangnya, semua dapat berlindung dan berteduh, di mana limpahan nikmat alamnya, semua dapat mencari rezeki, di mana keamanannya, semua dapat membina kehidupan yang bahagia.

38.Furthermore, when the time comes where each of us can rest assured, that our children and grandchildren and in turn their children will have a better future, a higher standard of living, a better quality of live, able to realise their dreams and their God given potential.

Tuan-tuan dan puan-puan,

39.Seperti yang saya katakan, perhubungan kaum dan cara kita menguruskannya di Malaysia adalah sesuatu hal yang boleh kita banggakan. Cara kita menangani realiti kemajmukan yang wujud adalah secara realistik dan berpegang kepada prinsip universal bahawa semua makhluk dicipta sama oleh Maha Pencipta, dengan hak-hak yang tidak dapat dinafikan. Sejarah menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekali-kali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.

40.Jika kita meninjau di Amerika Syarikat, kononnya sebagai negara yang dijadikan contoh kepelbagaian demokrasi pun, telah mengambil masa lama yakni 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaan yang menyatakan "semua manusia diciptakan sama" atau "all men are created equal" kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Manakala ia memakan tempoh 102 tahun lagi selepas itu, apabila semua diskriminasi dalam pendaftaran pengundi diharamkan.

41.Namun, di Malaysia ini, semenjak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi. Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasing penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain.

42.Lantaran itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan Barisan Nasional, sebagai parti pelbagai kaum sebenar, yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini. Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum, dan ada yang bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama-sama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, simply because they, are not adequately represented.

Tuan-tuan dan puan-puan,

43.Kita adalah parti yang progresif, bersatu secara ikhlas dengan matlamat dan nilai yang dikongsi bersama. Kita bergabung secara sah dari segi undang-undang, mempunyai perlembagaan, lagu dan lambang sendiri sebagai panji-panji yang mana kita berdiri megah di belakangnya.

44.Telah terbukti, kerajaan Perikatan dan kemudiannya, Barisan Nasional, berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, dalam masa hanya lima puluh tahun. Kita telah bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara multi-racial dengan baik, malah, kita telah berjaya memajukan bidang sosioekonomi dan memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.

45.Barisan Nasional telah mencipta kemakmuran melalui rancangan pembangunan lima tahun, rangka rancangan jangka panjang, reformasi tanah besar-besaran, perang terhadap kemiskinan, dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar pembangunan wawasan, dan hari ini kita telah menggariskan laluan-laluan besar seperti Government Transformation Programme atau GTP, Economic Transformation Programme atau ETP dan mutakhir adalah Political Transformation Programme atau PTP.

46.Antara contoh PTP terkini, adalah perubahan bersejarah dalam Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan yakni berkaitan keahlian. Atas prinsip keterangkuman dan berjiwa besar, seberapa ramai rakyat, NGO, persatuan, penyokong dan generasi muda supaya dapat bersama dalam perjuangan ini, maka kita bersetuju untuk mewujudkan empat jenis keahlian baru. Pertama, keahlian secara bersekutu; kedua, keahlian secara bergabung; ketiga, friends of Barisan Nasional dan keempat, kelab rakan muda Barisan Nasional. Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus Barisan Nasional ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat.

47.As a matter of fact, we have never rested on our laurel or taken things for granted. We have toiled together with our constituency of one and many, you the people. These are exciting times, these are interesting and challenging times. We are a nation and a people at the crossroad of history, on the verge of the promised future.

48.Ladies and gentlemen, the clarion call of manifest destiny is beckoning upon us to bring this great nation, Malaysia, to its fullest potential, to take its' rightful place in the community of nations with dignity and pride, holding our head up high, thankful in the blessings of providence.

Tuan-tuan dan puan-puan,

49.Apa yang menghairankan, adalah parti pembangkang cuba mendakwa bahawa merekalah pembawa obor perubahan dan pembaharuan. Betulkah begitu? Bahawa merekalah kononnya manifestasi demokrasi dan segala yang demokratik. Betulkah begitu?

50.Apa yang jelas, parti pembangkang cuba meniru kita dari segi kerjasama. Pada hemah saya, usaha ini sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apapun yang dicipta adalah hanya percubaan-percubaan pembangkang yang hendak bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan kerana masing-masing bersikap talam dua muka. Simpulan bahasa menyebut, mereka ini, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.

51.Antara DAP dan PAS misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga. Maksud saya, kalau dahulu Parti Melayu Semangat 46, hari ini peranan tersebut diambil alih Parti Keadilan Rakyat. Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama ini tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.

52.Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza. Lihat sahaja parti PKR, daripada barisan tujuh orang kepemimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja, yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.

53.Contohnya lagi, apabila UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepemimpinan yang baru mereka pun nak meniru juga. Kita faham mungkin mereka ikut kata pepatah Inggeris "imitation is the best form of flattery". Tampak jelas, apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka, sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya.

54.Lagipun, jika hanya 7 peratus, yakni lebih kurang 30,000 orang dari kononnya ratusan ribu ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab, untuk keluar memilih barisan kepemimpinan mereka, maka, ia membawa dua konotasi.

55.Pertama, parti ini adalah parti yang tidak mendapat sokongan massa. Maksud saya, kepemimpinan parti ini sebenarnya hanya mewakili kepentingan tertentu yang mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat. Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat merbahaya. Mereka sanggup menjual apa sahaja, termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara. Saya mahu jelaskan di sini bahawa, mereka ini anti nasional. Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

56.Konotasi kedua adalah integriti dan kewibawaan parti tersebut sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka. Ahli-ahli mereka sendiri yang telah mengamuk, tidak berpuas hati, memberontak, kecewa, membuat kecoh, membaling kerusi dan ramai yang telah membawa pelbagai isu parti ke mahkamah. Selain itu, amat pelik bin ajaib, keputusan pemilihan boleh berubah dengan drastik, lantas mencemarkan kebolehpercayaan kepada proses yang dijalankan.

57.Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar, ramai pimpinan utama mereka sendiri yang telah keluar dari parti antara lain ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Pengerusi Negeri, Ketua Cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, Bekas Timbalan Ketua Menteri 5 orang ADUN dan 5 Ahli Parlimen. Lantaran itu, amatlah pantas jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.

58.Baru-baru ini pula, tampaknya PKR menjadi begitu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehinggakan Presidennya terpaksa mengutarakan, bahawa, Ketua Umum mereka adalah anugerah Tuhan. Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap "ke...he..ba..tan" suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadith mana pendapat itu boleh dibuat? Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga penyataan begini sanggup dikeluarkan?

59.Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat sebenarnya satu lagi ajaran songsang. Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu! Saya harap rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan perkara yang karut-marut seperti ini. Mustahak untuk diingat, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin. Sebaliknya, pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perbezaan paling ketara dan besar antara kita dan parti lawan kerana Barisan Nasional adalah parti sebenar yang merasai denyut nadi dan menjuarai keluh-kesah rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

60.Hakikatnya, ketiga-tiga parti lawan kita yang mendakwa bersifat pelbagai kaum ini, merekalah parti yang didominasi oleh satu kaum sahaja. Jika adapun kaum-kaum lain, hanyalah bersifat token atau sekadar kosmetik. Sebenarnya, mereka bukan Pakatan Rakyat tetapi hanyalah pakatan tiga empat kerat rakyat, atau tiga empat kepala, atau tiga empat orang sahaja.

61.Lebih tepat dikatakan, mereka adalah parti dua buah keluarga dengan satu pihak lagi sekadar menjadi pak turut atau kuda tunggangan. Di sinilah lainnya dengan konsep Barisan Nasional yang memang dari segi hakiki dan maknawinya benar-benar berdasarkan perkongsian sejati rakyat dengan mengiktiraf realiti kepelbagaian kaum.

62.Di dalam sistem Barisan Nasional, setiap parti mempunyai perwakilan yang sama rata dalam Dewan Tertinggi, tidak kira parti itu besar atau kecil. UMNO mempunyai perwakilan yang serupa dengan parti-parti komponen yang lain. Paling mustahak, semua keputusan dibuat secara musyawarah dan konsensus. Ini bagi menjamin, walaupun sebahagian parti yang menganggotai Barisan Nasional adalah berasaskan kaum, akan tetapi, kepentingan semua, tetap dipelihara, dilindungi, diambil kira dan terus dipertahankan sampai bila-bila.

63.Hal yang sebaliknya berlaku di sebelah sana, keputusan pemilihan parti lawan baru-baru ini menyaksikan Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden parti datang dari satu keluarga. Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya nak tanya, siapakah pengamal nepotisme yang sebenar di sini? Seperti kata Legal Maxim, justice must not only be done it must seen to be done. Moreover, it must not only be proper it must also be seen to be proper.

Tuan-tuan dan puan-puan,

64.Satu lagi parti pula adalah parti Anak Beranak Sendirian Berhad. Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa, dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial. Sebabnya, dalam sistem parti ini Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini, tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka adalah berbentuk pelbagai kaum.

65.Namun begitu, jika dikaji daripada senarai kepimpinan pusat, kita dapat lihat, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir enam puluh tujuh peratus rakyat, hanya setakat mempunyai dua orang wakil. Lebih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?

66.Dari sebab itu, saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan. They should uphold what they so sanctimoniously preach to others with righteous indignation. Di sini, saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah. Jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh, bahawa, merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampailah sekarang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

67. Di sudut yang lain pula, kalau kita lihat tentang PAS, amat pelik jika diamati, apabila PAS sebagai sebuah parti yang kononnya mendokong pegangan menurut ajaran Islam, boleh pula bekerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen-dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara. Apa yang boleh kita katakan, adalah sepatutnya PAS bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah saja terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

68.Bercita-cita untuk menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik bukanlah perkara yang luar biasa, namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak. Rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.

69.Kita tahu, mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah, mereka sanggup berbuat apapun, hanya untuk merampas kuasa dan dari semasa ke semasa bersifat biadab, rakus lagi haloba. Dalam hal ini, seluruh Malaysia tahu, bahkan satu dunia tahu bahawa angan-angan 16 September oleh pihak pembangkang telah menjadi satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.

Tuan-tuan dan puan-puan,

70.Berbanding dengan Barisan Nasional, kita tidak pernah mengambil apa-apa langkah semata-mata kerana ianya popular tanpa memikirkan secara mendalam akibat jangka panjang kepada rakyat yang telah menaruhkan kepercayaan mereka kepada kita.

71.Kesimpulan yang boleh dibuat, Barisan Nasional adalah parti yang bertanggungjawab. Barisan Nasional adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat. Barisan Nasional adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan. The people can trust us to do, not only what is right, but what is in their best interest, and what is in the best interest of this beloved nation of ours.

72.Selanjutnya, sebagai pemimpin, saya mahukan semua dalam Barisan Nasional hendaklah memikirkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri. Saya ingin memetik satu falsafah Cina yang sangat sesuai dijadikan pengajaran kepada kita. Dalam bahasa Mandarin berbunyi:

"Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le "

("先天下之忧而忧,后天下之乐而乐" )

Saya difahamkan ia bermaksud "Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia".

73.Itulah syarat-syarat yang diwajibkan seorang mahaguru dan ahli falsafah pada zaman Dinasti Sung beribu tahun dahulu kepada pemimpin yang hendak mentadbir negara. Saya berpendapat, bahawa, walaupun ajaran tersebut sudah muncul sekian lama, tetapi, ianya sangatlah sesuai dijadikan pegangan para pemimpin Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat dan mempertamakan kepentingan rakyat.

74.Satu falsafah dalam bahasa Tamil pula, menyeru dengan tegas supaya kita berjuang dengan sepenuh jiwa bagi memastikan kemenangan. Dalam bahasa Tamil disebut:

"Yipadai thorkin, yeapadai vehlum"

(Ertinya: "If this team cannot win the battle, no other team can").

This is the team, this is the Barisan Nasional team!

"Yipadai thorkin, yeapadai vehlum"

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

75.Pokoknya, kita telah meletakkan asas-asas konkrit yang perlu untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Pada waktu itu nanti, kita ingin semua bangsa menjadi maju. Orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Dusun, orang Iban, orang Bidayuh, orang Ulu, orang Asli, orang Sikh termasuk orang Siam dan semua suku kaum yang ada untuk menikmati sinar bahagia, dalam negara Malaysia yang maju.

76.Di sinilah tanah tumpah darah kita, di sinilah, kita dilahirkan dan dibesarkan, di sinilah kita menghirup udara segar sebagai nikmat dan rahmat dari Tuhan, di sinilah kita hidup aman merdeka dan di sinilah satu hari yang ditakdir dan ditentukan kelak, kita akan kembali menemui Yang Maha Esa dan dipusarakan.

77.Makanya, mahu tidak mahu, jangan sekali-kali biarkan apa yang telah kita bina dan bangunkan selama ini diruntuhkan oleh puak-puak yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa semata-mata. Oleh sebab itu, walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

78.Simbol kapal layar dan kini dacing sebagai logo parti kita adalah perlambangan Barisan Nasional sebagai bahtera gagah serta neraca keadilan yang akan terus menakhoda Malaysia ke ambang kejayaan. Justeru, saya berdiri dan berpidato sebagai Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, ingin berpesan, janganlah terpukau oleh helah pihak pembangkang yang penuh tipu daya, janganlah sekali-kali menumpang atau menaiki sampan rosak dan bocor, pakatan palsu mereka, yang makin hanyut dilanda badai.

Seperti diingatkan dalam pantun Melayu:

Kalau belayar perahunya senget,

Memang susah hendak kemudi,

Usah berharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak jadi.

79.Oleh itu, kepada semua saya mengajak;

Marilah bersama-sama barisan yang telah terbukti jasanya ini,

marilah mempertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong nusa,

marilah membina sebuah masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita dan juga anak-anak mereka,

tampillah, seluruh pemuda-pemudi negara,

di sini dan di luar sana,

dengan tangan terbuka, kita ingin menyambut semua,

inilah saat dan waktunya, bergerak bersama saya, berjuang dalam barisan,

menumpah khidmat, menggembleng kudrat.

Dakaplah barisan ini, yang selama lima dekad telah mencipta kejayaan bagi rakyat Malaysia.

Dukunglah barisan ini, dengan kepercayaan baru apabila tiba masanya nanti.

Moga-moga ditunjang sokongan saudara dan saudari, rakyat Malaysia, kita bakal menempa lima puluh tahun lagi yang lebih gilang-gemilang.

80. We will always put you, the people first in our priority, in our heart and our every action,

we shall stand by and with you, for we are part of you, and for you,

we are born out of your yearning for a better life and for a better future.

Barisan Nasional will always fight for your welfare and your wellbeing, every step of the way in this great national journey of ours.

This, is our promise to you, the people of Malaysia.

Let there be enough food on the table,

decent roof above every head,

well paying jobs for all who want to work,

a country where everybody feels safe and secure,

access to quality and affordable healthcare,

an education system that is able to optimise the potential of each and every Malaysian.

Let us go forth and strive for a developed and prosperous Malaysia with opportunities for all, a nation standing tall among the community of nations.

History has proven that Barisan Nasional has always delivered on its commitment and we will continue to deliver,

we have upheld your trust in us, and, we will continue to do so.

81. Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat. Barisan Nasional, barisan menjuarai rakyat.

barisan perpaduan,

barisan keamanan,

barisan kemakmuran,

barisan 1Malaysia.

Dengan kata-kata semangat itu, saya merasmikan Konvensyen Barisan Nasional tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SIRI PENDIDIKAN SIRI 1: TOKOH PEJUANG

Posted: 04 Dec 2010 10:23 PM PST


Kiyai Salleh – Tokoh Pejuang yang Menentang Komunis di Muar dan Batu Pahat, Johor

December 5, 2009
Oleh Anak Waris | Kategori Pejuang Bangsa, Sejarah

Artikel ini telah dibaca sebanyak: 1,791 kali

Berkongsi artikel dari keriswarisan.
Panglima Salleh (tengah) bersama anggota Polis Marin (Foto Berita Harian). Pemimpin Tentera Selempang Merah banyak berjasa halang kekejaman askar Parti Komunis Malaya (PKM) di Muar dan Batu Pahat

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji dam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.

Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Muar dan Batu Pahat, tokoh itu bangun 'mengamuk' menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan 'Tentera Selempang Merah' yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.

Apa yang mengagumkan adalah Panglima Salleh sanggup 'turun padang' untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis dan bukan sekadar memberi arahan atau memerintah , beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa.

"Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916," beliau seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.

Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.

Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak 'nakal'. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.

Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak.

Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.

Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.

Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama 'Robin Hood' apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.
Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.

Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai 'bertanam ubi' iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.

Ketika itu PKM mula menunjukkan 'wajah' sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.

Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.

Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.

Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan 'Persatuan Muhammadiah' dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.

Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.

Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam sanubarinya.

Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.

Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.

Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan 'kenakalan' tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu.

Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis.

Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.

Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Muar dan Batu Pahat.

Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.

Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.
Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.

Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.

Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.

Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.

Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran 'Panglima' kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.

Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.

Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.

Komunis terkejut tubuh tak lut peluru

SELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.

Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa.

"Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya.

"Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis," katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya 'Panglima Salleh Selempang Merah' yang diterbitkan pada 1988.

Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.

"Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.

"Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri," katanya.

Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.

Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.

Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.

Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran. Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.

Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya.

"Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang.

"Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan," katanya.

Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka. Dan semenjak itu ada yang mengatakan bahawa Panglima Salleh tidak lagi kebal tetapi masih dilindungi allah semasa berperang.

SIRI PENDIDIKAN SIRI 6: PERISTIWA HITAM PEMERINTAHAN 14 HARI.

Posted: 04 Dec 2010 10:17 PM PST

Penulis: Lt Kol Hj Ab Aziz Ahmad (Bersara) Tarikh Kemaskini: 15 Ogos 2009

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, telah gagal untuk mendapatkan pengisytiharan kebenaran untuk masuk dan hidup di Malaysia, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 30 April yang lalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza daripada ramai rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah tepat.

Namun, pandangan dan seruan segelintir rakyat Malaysia yang buta sejarah, telah memperjuangkan permohonan Chin Peng dan telah membangkitkan api kemarahan ramai rakyat Malaysia yang patriotik.

Terdapat golongan muda yang lahir semasa negara sedang menikmati kemajuan pesat serta aman damai dan tidak memahami jerih perih serta pengorbanan keringat, darah dan air mata, pemimpin, rakyat khasnya anggota pasukan keselamatan semasa memerangi pengganas komunis dahulu, terkeliru dengan seruan beberapa pemimpin politik yang kini memberi sokongan kepada Chin Peng.

Bagi menegakkan agenda politik yang songsang, beberapa pemimpin politik cuba mendesak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air atas dasar peri kemanusiaan.

Mereka menyatakan Chin Peng juga patut dimaafkan kerana kini telah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara.

Ideologi komunis dikatakan adalah seperti sebiji benih yang tertanam dalam tanah gersang.

Walau kemarau seratus tahun, bila tiba musim hujan, benih tersebut akan tumbuh semula. Di bawah perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989, PKM telah meletak senjata dan bersetuju kembali kepangkuan masyarakat.

Namum seperti yang diakui sendiri oleh Chin Peng, bahawa mereka hanya menerima perlawaan kerajaan Malaysia untuk meletak senjata dan kembali kepada masyarakat tetapi tidak sekali-sekali memberi persetujuan untuk membubarkan PKM atau menggugurkan ideologi komunis mereka.

Perjanjian Damai Hatyai

Sebelum Perjanjian Damai Hatyai, kerajaan pernah memberi peluang kepada PKM untuk menyerah diri. Pertama kali semasa Rundingan Baling pada tahun 1955 dan seterusnya sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Namun kedua-dua peluang telah ditolak oleh Chin Peng walaupun ramai anggota PKM yang lain telah menerima perlawaan tersebut, telah meletak senjata dan kembali kepada masyarakat ketika itu.

Perjanjian Damai di Hatyai telah diadakan sebanyak tiga pusingan bermula pada Mac 1989. Setelah tamat pusingan ketiga pada 1 Disember 1989, Chin Peng tetap tidak mahu membubarkan PKM, namun empat perkara pokok yang telah dipersetujui ialah:

Pertama: Menamatkan aktiviti ketenteraan dengan serta-merta selepas menandatangani perjanjian.

Kedua: PKM perlu membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga: Penempatan di Malaysia. Anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia dibenarkan. Anggota yang bukan berasal dari Malaysia tetapi memilih untuk tinggal di Malaysia juga dibenarkan. Anggota PKM yang memilih untuk tidak kembali ke Malaysia, dibenarkan oleh kerajaan Thailand tinggal di beberapa perkampungan khas di Selatan Thailand.

Keempat: Bantuan oleh kerajaan Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan Malaysia akan membantu anggota PKM yang kembali ke pangkuan masyarakat untuk memulakan kehidupan baru dari segi perumahan, pekerjaan dan kewangan.

Setelah termeterai Perjanjian Damai Hatyai, dalam tempuh satu tahun yang diberikan, seramai 442 bekas ahli PKM telah memohon untuk kembali ke Malaysia dan seramai 406 daripada mereka telah menghadiri temu duga.

Kesemuanya 338 bekas ahli PKM yang memenuhi syarat dan lulus temuduga telah diterima kembali untuk tinggal di Malaysia. Kesemua mereka telah menerima bantuan kerajaan untuk memulakan kehidupan baru di bumi Malaysia yang aman makmur.

Asal Usul Parti Komunis Malaya

Komunisme yang dicetuskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, merebak dengan pesat ke negara lain seperti Russia dan China sebelum tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an.

Ajen komunis yang begitu aktif berjaya menanamkan ideologi tersebut kepada rakyat Tanah Melayu khasnya kaum Cina dan PKM yang ketika itu adalah cabang Parti Komunis China, ditubuhkan pada tahun 1930 di Tanah Melayu.

Pada tahun 1934 seramai hampir 10,000 kaum Cina di Tanah Melayu telah menyertai PKM. Chin Peng menyertai PKM pada tahun 1940 semasa baru saja berumur 18 tahun.

Menjelang pendaratan tentera Jepun di Singapura, Tentera British yang menyedari PKM adalah anti-Jepun, telah mula melatih secara intensif seramai 165 anggota sayap bersenjata PKM dalam ilmu perang gerila di 101 Special Training School, di Tanjong Balai dekat muara Sungai Jurung di Singapura pada tahun 1941.

Di samping latihan perang gerila khasnya cara melancarkan serang hendap, anggota sayap bersenjata PKM juga dibekalkan dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan radio, bahan makanan dan kewangan untuk bekalan selama tiga bulan.

Pada 3 Januari 1942, tentera British juga telah menubuhkan satu lagi pusat latihan gerila untuk sayap bersenjata PKM di 102 Special Training School di Sekolah Cina Chunjin di Kuala Lumpur.

Semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan tentera Jepun, sayap bersenjata PKM yang menentang tentera Jepun dalam pasukan Malayan Peoples Anti- Japanese Army (MPAJA), terus dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di Ceylon (kini Sri Lanka) dan India, dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio wireles dan kewangan.

Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun.

Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British yang telah kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua senjata, peluru, bahan letupan dan peralatan radio wireless.

Sayap bersenjata PKM enggan meletakkan senjata serta enggan memulangkan semua senjata, peluru, bahan letupan serta peralatan wireless radio dan bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu.

PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agung, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960. Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British berundur dari Malysia pada tahun 1967. Selepas itu PKM yang merasakan ketiadaan tentera British akan melemahkan pasukan keselamatan negara, meneruskan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989.

'Bintang Tiga Berkuasa Selama 14 hari di Tanah Melayu

Peristiwa 14 Hari. Sebenarnya Bintang Tiga tidaklah berkuasa di seluruh Tanah Melayu selama 14 hari selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Mereka hanya berkuasa selama itu di beberapa bandar dan pekan dalam daerah tertentu di mana pasukan Force 136 tidak beroperasi. Di beberapa bandar, pekan dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat di Johor dan Daerah Parit di Perak, kuasa Bintang Tiga terhad kerana kebangkitan orang Melayu yang menentang mereka.

Sejurus selepas tentera Jepun mengaku kalah, pengganas Bintang Tiga merayakan tamat perang dan kemenangan dalam perjuangan menentang tentera Jepun dengan mengadakan perbarisan kemenangan di beberapa bandar di Tanah Melayu.

Mereka telah mengadakan perbarisan kemenangan di Johor Bahru, Johor dan Pekan Keruh (kini Pengkalan Hulu) di Hulu Perak.

Rancangan Bintang Tiga untuk mengadakan perbarisan kemenangan di Alor Setar, Kedah digagalkan oleh kehadiran Pasukan Force 136 yang berjaya mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun.

Sebelum itu gerila Bintang Tiga sempat menyerang Balai Polis Alor Janggus, sebuah pekan kecil enam batu dari Alor Setar, menahan beberapa anggota polis dan merampas beberapa senjata. Di Balai Polis Kuala Nerang, percubaan pengganas komunis Bintang Tiga untuk merampas senjata telah dipatahkan oleh Pasukan Force 136 yang diketuai oleh Leftenan Tengku Osman Jewa (anak watan pertama sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera ).

Di Bandar Raub dan Kuala Lipis, Pahang, pengganas Bintang Tiga gagal berkuasa. Pasukan Force 136 dan Gerila Wataniah Pahang secara serentak memasuki kedua-dua bandar untuk mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun pada 3 September 1945, sehari selepas Jeneral Douglas MacArthur menandatangani Perjanjian Jepun Menyerah Kalah dan tamat Perang Dunia Kedua di Timur Jauh pada 2 September 1945.

Gerila Wataniah Pahang yang menyertai Force 136 Melayu, ketika itu di bawah Mejar Yeop Mahidin bin Mohd Sharif, yang hanya dikenali dengan gelaran Singa oleh tentera Jepun, bersama pegawai British, Lt Col Douglas Richardson yang dikenali dengan nama samaran Kiwi.

Sementara itu di Bandar Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, gerila Bintang Tiga tidak dapat berkuasa kerana Markas Force 136 Perak yang terletak di Istana Kuning Bukit Chandan telah menghantar anggota Force 136 untuk mengawal ketiga-tiga bandar daripada pengaruh pengganas komunis sementara menunggu kedatangan British Military Administration.

Pegawai Perhubungan Force 136 di Kuala Kangsar, Perak, ketika itu ialah Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman (Rekrut No:25 yang menjadi anak Melayu pertama memakai pangkat Brigedier Jeneral ).

Di beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis.

Tanpa bukti yang nyata serta memakai Law Of The Jungle hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet.

Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini, tidak diketahui samada hidup atau mati.

Perebutan Bandar Lenggong

Pekan Lenggong, di Hulu Perak, mempunyai sejarah tersendiri selepas tentera Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Sejurus selepas tentera Jepun meletak senjata, gerila Bintang Tiga (sayap bersenjata PKM) telah mengambil kuasa di Pekan Lenggong.

Selang beberapa hari di bawah kuasa Bintang Tiga, gerila Bintang Satu ( Parti Kuamintang ) yang sangat aktif di Hulu Perak menentang tentera Jepun, telah merampas kuasa daripada gerila Bintang Tiga.

Selain memusuhi tentera Jepun, gerila Bintang Tiga dan Bintang Satu juga bermusuhan dan antara mereka sering berlaku pertempuran akibat berbezaan ideologi komunis yang bermula di negara China lagi.

Pasukan gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu.

Kehadiran pasukan gerila Melayu Force 136 telah mengembalikan keamanan di Pekan Lenggong. Ramai penduduk Pekan Lenggong serta daripada kampung-kampung sekitar, telah keluar beramai-ramai mengalu-alukan ketibaan pasukan gerila Melayu Force 136. Semasa gerila Bintang Tiga berkuasa selama beberapa hari di Lenggong, ramai penduduk Melayu Lenggong telah dibunuh dengan kejam dan ramai lagi yang diseksa dengan teruk oleh gerila Bintang Tiga.

Gerila Bintang Tiga dikatakan ingin membalas dendam terhadap penduduk Melayu yang dikatakan telah bersubahat dengan tentera Jepun, walhal, ramai penduduk Pekan Lenggong telah menyertai atau menyokong pasukan gerila Melayu Force 136 menentang tentera Jepun di Hulu Perak dan ramai yang terkorban dan cedera.

Malah beberapa penduduk Hulu Perak yang disyaki menyertai atau membantu pasukan Force 136 telah diseksa oleh tentera Jepun hingga mati dan beberapa kampung turut dibakar.

Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu

Semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, pihak British telah mengenepikan PKM.

Setelah usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal, PKM merubah strategi kepada pendekatan keganasan.

PKM mula melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka.

Dalam pada itu PKM juga cuba mensabotaj ekonomi Tanah Melayu, memusnah ladang getah dengan menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang getah serta menakut-nakutkan penoreh getah supaya tidak turun menoreh.

Akibat pembunuhan tiga pengurus ladang getah berbangsa Inggeris di Perak oleh pengganas komunis, maka kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah mengharamkam PKM dan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan hanya tamat pada tahun 1960 selepas PKM berundur melintas sempadan mencari perlindungan di Selatan Thailand. Darurat di Tanah Melayu menyaksikan ribuan peristiwa keganasan dan kekejaman pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Ribuan anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dan ramai lagi yang cedera dan teraniaya. Ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan turut terbunuh, antara mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney dibunuh komunis pada 1951, Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dibunuh ajen komunis di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 7 Jun 1974 dan pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong. Keganasan dan Kekejaman PKM

Di sepanjang Era Darurat 1948 hingga 1960 dan Era Kebangkitan Kedua PKM 1968 hingga 1989, pengganas komunis melakukan keganasan dan kekejaman dari utara hingga ke selatan Semananjung Tanah Melayu serta di Sarawak.

Seramai 2,083 anggota pasukan keselamatan terkorban dan seramai 3,541 lagi cedera termasuk cedera kekal seperti putus kaki dan tangan di tembak atau terkena jerangkap samar.

Sementara itu seramai 2,588 orang awam turut terkorban dan seramai 1,490 lagi cedera oleh angkara pengganas komunis. Bagi menunjukkan kebangkitan semula PKM, pengganas komunis telah menyerang hendap sebuah konvoi pasukan keselamatan di jalan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968.

Seramai 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Untuk mengabuli mata pasukan keselamatan dengan memberi gambaran bahawa PKM hanya aktif di kawasan sempadan, pengganas komunis telah melakukan serang hendap di Sintok, Kedah, memasang jerangkap samar di jalan Changlun-Sadao serta meletupkan jalan kereta api dekat Padang Besar.

Bagaimanapun, pertempuran di Hutan Sinpan Bukit Kinta di Perak telah membuktikan bahawa PKM sudah jauh melintas sempadan.

Antara keganasan terawal yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk kampung berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak pada tahun 1946 ketika PKM mula mencari rekrut baru di kalangan penduduk Melayu.

Oleh sebab orang Melayu tidak mahu menerima propaganda PKM yang cuba menegakkan pergerakan mereka sebagai memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British, tambahan pula fahaman komunis yang anti Islam, pengganas komunis telah membunuh seramai 14 penduduk Kampung Layang-Layang Kiri serta menculik seramai 11 lagi anggota keluarga Kamaluddin Noh.

Mayat mereka yang dibunuh dijumpai dalam Sungai Perak dekat Kampung Layang-Layang Kiri sementara mereka yang diculik hingga kini tidak diketahui samaada hidup atau mati.

Dalam satu lagi keganasan pengganas komunis ketika Peristiwa 14 Hari berlaku di Kampung Perigi Jernih pada September 1945. Seorang penduduk kampung, Abdul Karim Bidin diseret daripada rumahnya pada jam 4 pagi, dibawa ke jalan kereta api dekat kampung dan kemudiannya ditembak serta ditikam sampai mati. Ramai lagi penduduk Kampung Perigi Jernih turut menjadi mangsa keganasan gerila Bintang Tiga ketika itu.

Dalam tahun1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Klian Intan dekat Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka.

Rumah di kampungkampung seperti Bukit Buluh, Malau, Kubang, Kuala Kenering, Sungai Terap, Kampung Chua dan Kampung Beko telah dibakar hangus.

Di Kampung Chepor dan Bukit Sapi, Lenggong, beberapa penduduk kampung yang enggan bekerjasama dengan komunis, telah diikat pada tiang seri dan dibakar bersama rumah mereka.

Satu lagi peristiwa keganasan pengganas PKM berlaku kepada orang kampung dekat Junjung, Kulim, Kedah di mana seorang penduduk telah dibakar hidup-hidup dengan tangannya terikat pada stering lorinya.

Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh penduduk Melayu bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun.

Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato Abdullah. Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong mereka iaitu kaum Cina.

Pemimpin penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat. Dalam satu peristiwa keganasan pengganas komunis dilakukan oleh pengganas komunis yang dipimpin oleh orang Melayu bernama Khidzir, terhadap penduduk Kampung Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, pada 5 Januari 1950. Khidzir bersama 15 pengganas komunis yang lengkap bersenjata, yang kebanyakannya adalah pengganas bangsa Cina, telah datang ke Kampung Chenah (Kenaboi) untuk menangkap seorang penduduk bernama Bahadun.

Bahadun adalah menantu kepada Ketua Kampung Chenah, Abdul Aziz bin Dato Abdullah, yang juga Penolong Penghulu Mukim Kenaboi. Ketika menghalang pengganas komunis daripada menangkap Bahadun, berlaku bergaduhan dan Ketua Kampung Abdul Aziz sempat menendang dada Khidzir yang cuba menggunakan pistol.

Oleh kerana pengganas komunis terlalu ramai, akhirnya Ketua Kampung Abdul Aziz bersama Bahadun dan seorang lagi penduduk yang turut melawan, telah dapat ditangkap.

Mereka bertiga telah diseret ke jambatan masuk ke Kampung Chenah dan diikat dekat kepala jambatan.

Badan mereka bertiga telah dikelarkelar oleh pengganas komunis dan dicurah dengan air garam. Setelah puas diseksa dengan kejam, pengganas komunis telah menembak mereka bertiga hingga mati.

Sebenarnya terlalu banyak kejadian keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk awam untuk diceritakan.

Mungkin seratus buah buku tidak cukup untuk menceritakan segalanya.

Terlalu ramai yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman gerila PKM di bumi Malaysia yang hingga kini masih menderita.

Isteri, anak dan saudara mereka yang terkorban oleh keganasan dan kekejaman komunis hingga kini masih merasai kehilangan orang tersayang.

Penutup

Seluruh rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan dari sudut ketenteraan di Malaysia, PKM tidak dibubarkan.

Ideologi komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras.

Masih terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah komunisme. Terdapat bekas anggota PKM yang mewujudkan blog yang mengagungkan perjuangan PKM di Tanah Melayu.

Bekas anggota PKM yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60 tahun, mendakwa pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun. Mat Amin mewujudkan blog kerana merasakan media arus perdana menyisihkan perjuangan PKM.

Ramai golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik, dengan mudah mempercayai persepsi yang dibentangkan oleh Mat Amin.

Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal, blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan belia agar tidak tersesat jalan.

Kita tidak mahu mereka sampai memuja fahaman komunisme kerana dibiarkan terpengaruh dengan blog yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia yang aman makmur. Jangan dibiarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam itu meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita.

Kita jangan lupa bahawa PKM bukan sahaja menggugat keselamatan negara dengan membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan anggota pasukan keselamatan dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu, mereka juga cuba memusnahkan segala kemajuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat.

Pengganas komunis telah mensabotaj pembangunan negara dengan memusnahkan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974.

Pengganas komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang kalis peluru.

Dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas.

Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan sejahtera.

Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar.

Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta.

Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka.

Malah terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat dalam Tentera Darat. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.

SIRI PENDIDIKAN SIRI 5: PERISTIWA HITAM PEMERINTAHAN 14 HARI.

Posted: 04 Dec 2010 10:15 PM PST

Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik

LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.

Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.

Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik.

Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.

Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.

Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.

Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.

Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.

Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.

Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.

Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.

Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.

Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.

Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah.

Perkara ini perlu didedahkan, semua orang lama yang tahu cerita ini sudah meninggal dunia. Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, penduduk kampung dengan kerjasama Askar Wataniah pernah melakonkan semula adegan pertempuran ini di padang Lenggong.

Memang kami ada perancangan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sejarah, tetapi kami perlukan bantuan untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan. Jangan biarkan sejarah hilang ditelan zaman, katanya.

DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, selepas hampir sejam perjalanan mendaki bukit, kami menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan.

Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama.

Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa.

Penduduk, Abdul Halim Saad, menjelaskan, kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.

Sudah lebih 50 tahun kawasan ini dibom, sampai sekarang pokok di ini belum tumbuh, cuma tinggal pokok besar. Mungkin akibat campuran bahan kimia daripada bom. Beberapa tahun dulu, kami pernah jumpa serpihan bom melekat pada pokok.

Dulu, tiada siapa berani masuk ke sini ini kerana memang kawasan komunis. Mengikut cerita lisan kawasan ini memang dibersihkan kerana ia adalah satu daripada kem komunis. Mungkin faktor itu juga menyebabkan kawasan ini hanya ada pokok renek, ditambah pula faktor kesan letupan bom, katanya.

Sebaik tiba di lokasi tempat nahas pesawat Bristol Brigand RH 755, kami menemui kesan bahagian depan tayar pesawat. Sayangnya tayar jenis Dunlop itu kelihatan dibakar dipercayai dilakukan oleh rombongan pelajar yang menjejaki kawasan berkenaan.

Kira-kira lima meter dari penemuan pertama itu, kelihatan enjin pesawat berkenaan yang dikatakan terhempas pada Mei 1952. Enjin pesawat sebesar kereta perodua Kancil itu tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit.

Turut kelihatan, stereng pesawat tiga penumpang dan tidak jauh dari situ, kelihatan beberapa serpihan dinding pesawat serta pintu pesawat yang dicatatkan nombor pendaftaran pesawat PH755.

Seterusnya, longgokan serpihan badan pesawat turut ditemui dengan sebahagian besarnya hampir terbenam dalam tanah. Satu mesin gun sepanjang lebih tujuh kaki turut ditemui serta beberapa tong gas untuk pesawat.

Paling ketara, kira-kira 10 meter dari bangkai pesawat, terdapat empat bilah kipas pesawat yang masih dalam keadaan elok, cuma satu daripadanya terbenam dalam tanah. Kipas sepanjang enam kaki itu dikatakan satu daripada dua kipas utama pesawat berkenaan.

Walaupun lokasi nahas itu layak dikategorikan sebagai kawasan bersejarah, namun langsung tiada kelihatan sebarang usaha untuk mengekalkannya atau membawa keluar serpihan bangkai pesawat untuk tatapan umum, bahkan tanda arah juga tidak kelihatan.

Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman menjelaskan, sebelum ini penduduk kampung pernah mendapatkan bantuan sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi anak angkat di situ untuk menjejaki kawasan berkenaan.

Mereka bawa unit pemusnah bom untuk meletupkan beberapa butir bom. Kami cukup hargai usaha itu sebagai langkah keselamatan. Sepatutnya kawasan ini perlu dijaga dan kami sedia membantu mana-mana pihak.

Semua bahan ini adalah sebahagian daripada tinggalan sejarah menentang komunis. Jika komunis tiada di kawasan ini, sudah pasti pesawat ini tidak terhempas di sini, katanya.



Info:

Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban.

* Juruterbang: Basil Cochrane,

* Sarjan James Blacklock Armstrong.

* Cyril John Alexander Cox.



Banjaran Bintang Hijau

* Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5.

* Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan).

* Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat.

* Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136.

* Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an,



Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:

* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.

* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:

* Bukit Buloh.

* Malau.

* Kubang.

* Kuala Kenering.

* Sungai Terap.

* Kampung Chua.

* Kampung Beko

* Manong

* Kampung Chepor

* Bukit Sapi, Lenggong.



Tujuh bersaudara Homeguard

* Osman Mat Piah

* Hussien Mat Piah

* Yaakob Mat Piah

* Mior Ahmad Yaakob

* Mior Kassim Yaakob

* Mior Ariffin Yaakob

* Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)

SIRI PENDIDIKAN SIRI 4: PERISTIWA HITAM PEMERINTAHAN 14 HARI.

Posted: 04 Dec 2010 10:13 PM PST

Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)
Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. 

MPAJA PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. 

Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum
telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. 

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada  Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga. 

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis.

* Senoi Praaq adalah pasukan bersenjata ( pasukan polis hutan ) yang dianggotai oleh masyarakat asli kaum Senoi yang mahir bergerak di dalam hutan.

SIRI PENDIDIKAN SIRI 3: PERISTIWA HITAM PEMERINTAHAN 14 HARI.

Posted: 04 Dec 2010 10:11 PM PST

Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.

Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.

Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik.

Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.

Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.


Demonstrasi membantah kekejaman komunis.

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.

Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.

Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.

Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.


Tinjauan Berita Minggu mendapati, semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.

Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.

Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.

Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.

Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.

Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.

Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah.

Perkara ini perlu didedahkan, semua orang lama yang tahu cerita ini sudah meninggal dunia. Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, penduduk kampung dengan kerjasama Askar Wataniah pernah melakonkan semula adegan pertempuran ini di padang Lenggong.

Memang kami ada perancangan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sejarah, tetapi kami perlukan bantuan untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan. Jangan biarkan sejarah hilang ditelan zaman, katanya.


'Lokasi serangan patut jadi tapak sejarah'

DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, selepas hampir sejam perjalanan mendaki bukit, kami menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan.

Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama.

Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa.

Penduduk, Abdul Halim Saad, menjelaskan, kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.

Sudah lebih 50 tahun kawasan ini dibom, sampai sekarang pokok di ini belum tumbuh, cuma tinggal pokok besar. Mungkin akibat campuran bahan kimia daripada bom. Beberapa tahun dulu, kami pernah jumpa serpihan bom melekat pada pokok.

Dulu, tiada siapa berani masuk ke sini ini kerana memang kawasan komunis. Mengikut cerita lisan kawasan ini memang dibersihkan kerana ia adalah satu daripada kem komunis. Mungkin faktor itu juga menyebabkan kawasan ini hanya ada pokok renek, ditambah pula faktor kesan letupan bom, katanya.

Sebaik tiba di lokasi tempat nahas pesawat Bristol Brigand RH 755, kami menemui kesan bahagian depan tayar pesawat. Sayangnya tayar jenis Dunlop itu kelihatan dibakar dipercayai dilakukan oleh rombongan pelajar yang menjejaki kawasan berkenaan.

Kira-kira lima meter dari penemuan pertama itu, kelihatan enjin pesawat berkenaan yang dikatakan terhempas pada Mei 1952. Enjin pesawat sebesar kereta perodua Kancil itu tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit.

Turut kelihatan, stereng pesawat tiga penumpang dan tidak jauh dari situ, kelihatan beberapa serpihan dinding pesawat serta pintu pesawat yang dicatatkan nombor pendaftaran pesawat PH755.

Seterusnya, longgokan serpihan badan pesawat turut ditemui dengan sebahagian besarnya hampir terbenam dalam tanah. Satu mesin gun sepanjang lebih tujuh kaki turut ditemui serta beberapa tong gas untuk pesawat.

Paling ketara, kira-kira 10 meter dari bangkai pesawat, terdapat empat bilah kipas pesawat yang masih dalam keadaan elok, cuma satu daripadanya terbenam dalam tanah. Kipas sepanjang enam kaki itu dikatakan satu daripada dua kipas utama pesawat berkenaan.

Walaupun lokasi nahas itu layak dikategorikan sebagai kawasan bersejarah, namun langsung tiada kelihatan sebarang usaha untuk mengekalkannya atau membawa keluar serpihan bangkai pesawat untuk tatapan umum, bahkan tanda arah juga tidak kelihatan.

Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman menjelaskan, sebelum ini penduduk kampung pernah mendapatkan bantuan sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi anak angkat di situ untuk menjejaki kawasan berkenaan.

Mereka bawa unit pemusnah bom untuk meletupkan beberapa butir bom. Kami cukup hargai usaha itu sebagai langkah keselamatan. Sepatutnya kawasan ini perlu dijaga dan kami sedia membantu mana-mana pihak.

Semua bahan ini adalah sebahagian daripada tinggalan sejarah menentang komunis. Jika komunis tiada di kawasan ini, sudah pasti pesawat ini tidak terhempas di sini, katanya

SIRI PENDIDIKAN SIRI 2: PERISTIWA HITAM PEMERINTAHAN 14 HARI.

Posted: 04 Dec 2010 10:09 PM PST

Komunisme adalah sebuah ideologi. Penganut faham ini berasal dari Manifest der Kommunistischen yang ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels, sebuah manifes politik yang pertama kali diterbitkan pada 21 Februari1848 teori mengenai komunis sebuah analisis pendekatan kepada perjuangan kelas (sejarah dan masa kini) dan ekonomi kesejahteraan yang kemudian pernah menjadi salah satu gerakan yang paling berpengaruh dalam dunia politik.

Komunisme pada awal kelahiran adalah sebuah koreksi terhadap faham kapitalisme di awal abad ke-19an, dalam suasana yang menganggap bahwa kaum buruh dan pekerja tani hanyalah bagian dari produksi dan yang lebih mementingkan kesejahteraan ekonomi. Akan tetapi, dalam perkembangan selanjutnya, muncul beberapa faksiinternal dalam komunisme antara penganut komunis teori dengan komunis revolusioner yang masing-masing mempunyai teori dan cara perjuangannya yang saling berbeda dalam pencapaian masyarakat sosialis untuk menuju dengan apa yang disebutnya sebagai masyarakat utopia.

Ide dasar

Istilah komunisme sering dicampuradukkan dengan komunis internasional. Komunisme atau Marxisme adalah ideologi dasar yang umumnya digunakan oleh partai komunis di seluruh dunia. sedangkan komunis internasional merupakan racikan ideologi ini berasal dari pemikiran Lenin sehingga dapat pula disebut "Marxisme-Leninisme".

Dalam komunisme perubahan sosial harus dimulai dari pengambil alihan alat-alat produksi melalui peran Partai Komunis. Logika secara ringkasnya, perubahan sosial dimulai dari buruh atau yang lebih dikenal dengan proletar (lihat: The Holy Family ), namun pengorganisasian Buruh hanya dapat berhasil dengan melalui perjuangan partai. Partai membutuhkan peran Politbiro sebagai think-tank. Dapat diringkas perubahan sosial hanya bisa berhasil jika dicetuskan oleh Politbiro. Inilah yang menyebabkan komunisme menjadi "tumpul" dan tidak lagi diminati karena korupsi yang dilakukan oleh para pemimpinnya.

Komunisme sebagai anti-kapitalisme menggunakan sistem partai komunis sebagai alat pengambil alihan kekuasaan dan sangat menentang kepemilikan akumulasi modal atas individu. pada prinsipnya semua adalah direpresentasikan sebagai milik rakyat dan oleh karena itu, seluruh alat-alat produksi harus dikuasai oleh negara guna kemakmuran rakyat secara merata akan tetapi dalam kenyataannya hanya dikelolah serta menguntungkan para elit partai, Komunisme memperkenalkan penggunaan sistim demokrasi keterwakilan yang dilakukan oleh elit-elit partai komunis oleh karena itu sangat membatasi langsung demokrasi pada rakyat yang bukan merupakan anggota partai komunis karenanya dalam paham komunisme tidak dikenal hak perorangan sebagaimana terdapat pada paham liberalisme.

Secara umum komunisme berlandasan pada teori Dialektika materi oleh karenanya tidak bersandarkan pada kepercayaan agama dengan demikian pemberian doktrin pada rakyatnya, dengan prinsip bahwa "agama dianggap candu" yang membuat orang berangan-angan yang membatasi rakyatnya dari pemikiran ideologi lain karena dianggap tidak rasional serta keluar dari hal yang nyata (kebenaran materi).

Komunis Internasional

Komunis internasional sebagai teori ideologi mulai diterapkan setelah meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia tanggal 7 November1917. Sejak saat itu komunisme diterapkan sebagai sebuah ideologi dan disebarluaskan ke negara lain. Pada tahun 2005 negara yang masih menganut paham komunis adalah Tiongkok, Vietnam, Korea Utara, Kuba dan Laos. Komunis internasional adalah teori yang disebutkan oleh Karl Marxis.
Maoisme

Ideologi komunisme di Tiongkok agak lain daripada dengan Marxisme-Leninisme yang diadopsi bekas Uni Soviet. Mao Zedong menyatukan berbagai filsafat kuno dari Tiongkok dengan Marxisme yang kemudian ia sebut sebagai Maoisme. Perbedaan mendasar dari komunisme Tiongkok dengan komunisme di negara lainnya adalah bahwa komunisme di Tiongkok lebih mementingkan peran petani daripada buruh. Ini disebabkan karena kondisi Tiongkok yang khusus di mana buruh dianggap sebagai bagian tak terpisahkan dari kapitalisme.
Indonesia dan komunisme

Indonesia pernah menjadi salah satu kekuatan besar komunisme dunia. Kelahiran PKI pada tahun 1920an adalah kelanjutan fase awal dominasi komunisme di negara tersebut, bahkan di Asia. Tokoh komunis nasional seperti Tan Malaka misalnya. Ia menjadi salah satu tokoh yang tak bisa dilupakan dalam perjuangan di berbagai negara seperti di Cina, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Bukan seperti Vietnam yang mana perebutan kekuatan komunisme menjadi perang yang luar biasa. Di Indonesia perubuhan komunisme juga terjadi dengan insiden berdarah dan dilanjutkan dengan pembantaian yang banyak menimbulkan korban jiwa. Dan tidak berakhir disana, para tersangka pengikut komunisme juga diganjar eks-tapol oleh pemerintahan Orde Baru dan mendapatkan pembatasan dalam melakukan ikhtiar hidup mereka.

Apakah Komunisme Telah Mati?

Banyak orang yang mengira komunisme 'mati' dengan bubarnya Uni Soviet di tahun 1991, yang diawali dengan keputusan Presiden Mikhail Gorbachev. Namun komunisme yang murni belum pernah terwujud dan tak akan terwujud selama revolusi lahir dalam bentuk sosialisme (Uni Soviet dan negara-negara komunis lainnya). Dan walaupun komunis sosialis hampir punah, partai komunis tetap ada di seluruh dunia dan tetap aktif memperjuangkan hak-hak buruh, pelajar dan anti-imperialisme. Komunisme secara politis dan ekonomi telah dilakukan dalam berbagai komunitas, seperti Kepulauan Solentiname di Nikaragua.

Seperti yang digambarkan Anthony Giddens, komunisme dan sosialisme sebenarnya belum mati. Ia akan menjadi hantu yang ingin melenyapkan kapitalisme selamanya. Saat ini di banyak negara, komunisme berubah menjadi bentuk yang baru. Baik itu Kiri Baru ataupun komunisme khas seperti di Kuba dan Vietnam. Di negara-negara lain, komunisme masih ada didalam masyarakat, namun kebanyakan dari mereka membentuk oposisi terhadap pemerintah yang berkuasa

SIRI PENDIDIKAN SIRI 1: PERISTIWA HITAM PEMERINTAHAN 14 HARI.

Posted: 04 Dec 2010 10:06 PM PST

Kejamnya komunis di Tanah Melayu/Malaysia - Parti Komunis Malaya (PKM)




Parti Komunis Malaya
(b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.

Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)
Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.
Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila [Perang Jepun dengan China] ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Konvensyen BN berlangsung, Najib jadikan platform asah azam

Posted: 04 Dec 2010 06:32 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Di sebalik cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan, lebih 2,000 pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) dilihat akan menzahirkan azam baru —  merangka strategi persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dilihat lebih mencabar berbanding yang disaksikan dua tahun lalu.

Selain pilihan raya umum ke-13 BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang mandat Dewan Undangan Negeri akan berakhir Julai 2011.

Semalam, pemimpin BN Sarawak berkata pilihan raya negeri itu akan diadakan selepas sambutan Krismas hujung tahun ini.

Justeru pertemuan pagi ini yang pertama selepas satu dekad lalu akan menjadi asas persiapan menghadapi dua pilihan raya iaitu nasional dan negeri Sarawak.

Konvensyen BN ini sepatutnya diadakan awal tahun lalu tetapi ditangguhkan ekoran peralihan pucuk kepimpinan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mengambil alih jawatan itu April 2009, akan mengetuai barisan pemimpin BN untuk memperkukuh dan memperkuatkan perikatan itu dalam pertemuan yang akan diadakan secara tertutup di Wisma MCA di sini.

Pertemuan hari ini adalah yang pertama sejak pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan BN berhadapan dengan prestasi buruk —  di mana ia kehilangan empat lagi negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pertemuan perikatan 13 komponen itu kali terakhir bertemu pada 2001.

Oleh itu, pertemuan hari ini dilihat penting bagi BN merangka strategi pilihan raya dan menyediakan asas kukuh sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dalam pilihan raya umum ke-13, BN bukan sahaja akan berhadapan dengan pengundi-pengundi yang tajam membuat penilaian, tetapi Pakatan Rakyat yang dijangka akan memberikan saingan lebih sengit dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Pakatan Rakyat pula meletakkan impian untuk menawan beberapa negeri lagi dan juga Putrajaya.

Sebagai persiapan pertemuan pagi ini, Najib, yang juga Pengerusi BN telah meraikan para peserta konvensyen di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

Dalam kenyataannya semalam, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Najib dijangka akan menyentuh mengenai gagasan 1 Malaysia dalam ucaptama beliau pada konvensyen pagi ini.

Pemimpin daripada 13 parti komponen BN masing-masing berpeluang untuk membahaskan topik berkenaan, termasuk Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata semua parti komponen perlu menganggap Konvensyen BN hari ini sebagai persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata kira-kira 2,340 perwakilan daripada parti komponen BN, rakan-rakan BN dan Badan Bukan Kerajaan dijangka menghadiri konvensyen tahun ini yang bertemakan "1 Rakyat, 1 Negara, 1 Wawasan."

BN juga akan memperkenalkan lambang baru, yang diberikan solekan, bagi menggantikan lambang yang digunakan sejak 1974 tetapi asas simbol dikekalkan.

Najib, selaku Presiden Umno juga mahu menggunakan pertemuan sehari pada hari ini sebagai pendekatan untuk menggerakkan penyokong-penyokongnya dari kesemua parti komponen bagi mendapatkan mandat baru melaksanakan program dan dasar beliau yang diaturkan sejak dua April 2009.

Difahamkan Najib mahu mendapatkan semula majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu Najib berkata Putrajaya mesti dipertahankan dalam apa jua keadaan.

Pemimpin-pemimpin politik dari kesemua kumpulan ideologi juga mengakui bahawa parti pemerintah kerajaan pusat ini kini berada dalam kedudukan terbaik sejak 2008 walaupun tidak pulih sepenuhnya. Masalah dan kecacatan yang disaksikan awal 2008 tidak banyak kelihatan sekarang.

Mengikut maklumat diterima The Malaysian Insider, Najib dijadual menyampaikan ucapan perasmian sekitar 9 pagi dengan diikuti oleh perbahasan melibatkan presiden-presiden parti komponen secara tertutup bermula pukul 11.30 pagi.

Presiden Parti Rakyat Sarawak Datuk Seri Dr James Jemut Masing merupakan pemimpin parti komponen BN pertama akan berucap.

Beliau diberikan tugasan menyentuh aspek pendidikan dengan memfokus pada topik mencapai budaya pengetahuan.

Masing akan disusuli oleh Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom yang dijadual mengupas aspek kebajikan khususnya menyentuh memberi tumpuan ke atas kebajikan rakyat.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku pemimpin ketiga parti komponen BN akan bercakap mengenai usaha memelihara perpaduan nasional.

Mereka akan disusuli oleh Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang akan bercakap mengenai soal mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan proses, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup (memacu pertumbuhan negara), Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Liew Vui Keong (memperoleh kepercayaan rakyat), Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia Datuk M Kayveas (menjadikan negara tempat selamat bagi semua), Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kerajaan yang mendahulukan rakyat), Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (menjadikan kemajuan dan pembangunan negara satu realiti) dan Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud (pembangunan bangsa 1 Malaysia).

Selepas ucapan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Wanita BN Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, presiden MIC dan MCA dijadual untuk menyampaikan amanat mereka.

Ia disusuli dengan ucapan Muhyiddin dan ucapan penggulungan Najib.

BN juga akan menerima piagamnya yang digubal untuk menggerakkan perikatan ini secara lebih dinamik.

Meskipun Najib dan Muhyiddin menafikan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kedua-dua pemimpin ini yang akan bertemu akar umbi Umno di seluruh negara mulai tahun depan, mahu menggunakan pertemuan hari ini sebagai penyuntik semangat menjelang cabaran pilihan raya umum akan datang.

Rata-rata 80 peratus peserta yang menghadiri konvensyen hari ini merupakan mereka yang pernah bertemu dengan Najib, yang telah merasmikan sebahagian besar perhimpunan atau konvensyen tahunan parti komponen BN sepanjang satu setengah tahun lalu.

Justeru, Najib dilihat akan menggunakan pertemuan hari ini sebagai platform untuk mengasah semangat pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti komponen —  sebahagian besarnya pemimpin ketua bahagian dan ke atas. Konvensyen BN ini menjadi satu lagi usaha mengingatkan pemimpin-pemimpin BN dalam satu majlis keramaian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SIAPA KAFIR YANG SEBENARNYA???

Posted: 04 Dec 2010 06:30 PM PST


1. Sudah menjadi kegiatan rasmi Parti Islam SeMalaysia, PAS menipu dan menabur fitnah dalam agenda mereka membantu DAP Komunis menjadi tuan di Malaysia ini.

2. Sekali lagi, Kamarudin Sidek Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka boleh kita jadikan contoh besar dalam hal ini. Kamarudin meletakan ilmu agama dan norma hidup Islam ditempat yang paling bawah dalam menjalankan tugasnya.

3. Membaca entri yang ditulis oleh si Kamarudin ini mungkin membuat sesetengah muntah dan terus pengsan. Mana tidaknya, setiap butir perkataannya langsung tidak memperlihatkan dan menggambarkan identiti kopiah putih yang berada di atas kepalanya.


JPX

Istana Kelantan lucut dua pingat Ku Li, termasuk DK

Posted: 04 Dec 2010 05:04 PM PST

Link artikel: http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/istana-kelantan-lucut-dua-pingat-ku-li-termasuk-dk/

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada pemimpin politik veteran negara Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, tetapi alasan keputusan itu masih belum diketahui.


Sumber-sumber rapat dengan putera Kelantan itu, yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" malam tadi mengesahkan tulisan beberapa blog dan khabar angin bahawa Istana Kelantan telah memutuskan untuk menarik balik dua pingat dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K.), yang dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.

Sultan Muhammad V

"Ya, ia (khabar angin itu) benar. dua pingat... D.K. (Darjah Yang Utama Kerabat Diraja) dan satu lagi, saya tidak pasti. Saya juga tidak tahu sebabnya," kata sumber itu kepada  The Malaysian Insider.

Difahamkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga telah dimaklumkan mengenai keputusan itu, tetapi belum mengeluarkan kenyataan rasmi sebagaimana lazimnya dilakukan sebelum ini.

Satu lagi sumber memaklumkan kemungkinan Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Umno bahagian itu akan mengadakan sidang media di ibu negara esok, dipercayai berkaitan dengan isu tersebut.

"Kalau nak tanya Tengku (Razaleigh) boleh tanya, mungkin Tengku Razaleigh akan menemui wartawan, ada sidang akhbar, ada perkara umum nak dikatakan, jika mahu tanya boleh tanya beliau pada sidang media itu mengenai isu ini," kata sumber itu lagi.

Tengku Razaleigh telah digugurkan daripada keanggotaan Majlis Perajaan Negeri (MPN) baru-baru ini.

Laman web mengenai darjah kebesaran menyebut D.K. dizahirkan pada 1916 dan dianugerahkan kepada Kerabat Diraja serta kepada orang-orang yang bertaraf tinggi dan ternama yang telah membuat jasa kebaktian yang cemerlang kepada Kelantan.

Keanggotaan darjah kebesaran ini adalah juga dianugerahkan kepada Raja-raja dan Kerabat Diraja dari luar negara.

Darjah kebesaran ini mempunyai satu peringkat sahaja.

Awal Oktober lalu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasuk gelaran "Datuk" kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Wan Hashim Wan Daud.

Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Ketika mengumumkan perkara itu Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak menjelaskan sebab penarikan balik itu dibuat.

"Penarikan balik ini adalah hak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Kelima Al Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara," kata Mohd Aiseri ketika itu.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan pengasas Petronas, kini merupakan antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di negara ini.

Beliau merupakan bekas timbalan pengerusi MPN, dan dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan untuk mengesahkan pemasyhuran pemerintah baru negeri itu September lalu. Difahamkan turut tidak hadir adinda baginda Tengku Amalin A'ishah Putri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Pengikut