Rabu, 22 Disember 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Janji Yang Tak Pasti

Posted: 22 Dec 2010 10:41 PM PST





Janji Tinggal Janji


1. 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia'.
Janji terbaru itu dilaungkan pada konvensyen mereka pada Ahad lalu.

2. 10 program reformasi awal yang disenaraikan dalam buku kecil itu mampu dilaksanakan atau tidak ia soal kedua. Apa yang penting rakyat 'diperdaya' dengan sebaik mungkin demi meraih kuasa.

3. Rakyat perlu memikir sejenak apa yang berlaku sejak Mac 2008 apabila pembangkang mempunyai kuasa memerintah di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

4. Fikirkan juga munasabah atau tidak segala janji yang ditaburkan termasuklah terbaru mahu memberi kuasa autonomi kepada Sarawak, memberi jaminan keluarga di negara ini akan menerima gaji RM4,000 sebulan manakala semua warga emas akan mendapat RM1,000 sebulan.

5. Pelbagai alasan diberikan berikutan kegagalan mereka untuk menunaikan janji, akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat, lihatlah apa yang berlaku kepada kes air di Selangor. Kerajaan persekutuan yang dipersalahkan.

6. Bersediakan kita seandainya mereka memerintah Putrajaya nanti, seandainya mereka gagal kerajaan sebelum itu pulak disalahkan atas pelbagai sebab yang direkayasakan.

7. Kalaulah di negeri-negeri yang diperintah hari ini pun banyak janji tidak mampu ditunaikan dan pemerintahan masih tunggang langgang serta penuh kekalutan, bagaimana mungkin janji-janji terbaru pakatan pembangkang mampu dilaksanakan?.

8. Kali ini Sebenarnya, pembangkang menggunakan taktik 2008 untuk sekali lagi dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Dengan menyenaraikan tawaran istimewa yang antaranya menyentuh soal kewangan rakyat secara mendadak, mereka berharap rakyat akan menyebelahi mereka lagi.

9. Di Selangor antaranya yang dijanjikan ialah memberi bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra sekolah, elaun khas ibu tunggal dan membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. Namun semuanya tidak ditunaikan.

10.Di Pulau Pinang pula, kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng bukannya menunaikan janji tetapi menjadikan janji yang dibuat ketika pilihan raya ibarat 'tuba' kepada rakyat.

11. Di Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih banyak mengeluarkan kenyataan politik berbanding memajukan negeri berkenaan.

12. Di Kedah lebih Istimewa selain tidak menunaikan janji mereka, malah media jugak diboikot sepenuhnya untuk menghadiri sidang dewan pembentangan Bajet yang lalu. Ini semua gara-gara laporan banjir yang 'membasuh Pas' kedah yang lalu.

13. Rakyat harus faham, usaha untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat bukan hanya bersandarkan kepada janji-janji kosong seperti dilakukan oleh pembangkang

14. Cuba fikirkan apakah semua janji-janji di kesemua negeri itu sudah ditunaikan? Apakah negeri-negeri berkenaan jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang berada di bawah Barisan Nasional (BN)?

15. Rakyat jangalah mudah terpedaya dengan janji manis meguruskan sebuah negara seperti menguruskan sebuah tadika. Pemikiran holistik dan memikirkan kepentingan semua peringkat masyarakat harus ada. Pembangkang yang baik kepada sesebuah negara membantu memperbaiki kelemahan pemerintah dan bukanya merosakkan keadaan yang sedia ada.

16. Teruskanlah berjanjilah demi masa depan Pakatan rakyat dan bukannya untuk Rakyat.


Kak Midah

Ipoh, Perak

Tiada ulasan:

Pengikut