DunSemarang |
CINA DAP Pembohong...bagaimana Cina yang lain... Posted: 17 Dec 2010 05:56 PM PST Wahai anak bangsaKu..ambilah iktibar..hari ini dia kata UMNO Melayu bodoh..esok ia akan merebak Islam Melayu Bodoh..esok ia akan merebak..Pas Melayu Bodoh..esok ia akan merabak..Melayu semua Bodoh...ingatlah jika kita terus bertelagah..masanya akan sampai...Mulut Manis Hati KAUDU..adakah Cina Dap memang macam itu..bagaimana MCA..GERAKAN..PPP.MIC..Cina PKR.. PULAU PINANG, 17 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus mengamalkan sikap pembohong dan putar belitnya. Setelah diasak hampir sebulan meminta Guan Eng mendedahkan nilai kontrak sebenar yang diperolehi kontraktor bumiputera, beliau sekali lagi cuba menipu rakyat dengan mendedahkan nilai projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Laman web pisau.net yang sebelum ini mendedahkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberikan wang hasil judi kepada warga emas di negeri itu sekali lagi mendedahkan permainan politik putar belit Guan Eng. Laman ini mendedahkan betapa Guan Eng cuba menyembunyikan fakta, beliau hanya mendedahkan projek projek dari JKR dan JPS. Menurut laman ini jika dilihat sejumlah 18 tender di JPS bernilai 40.9 juta manakala 16 tender JKR bernilai 20.4juta jika dicampurkan jumlah tender hanya bernilai 61.3 juta yang merangkumi 34 tender. Persoalannya kenapa Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan angka tersebut. Hakikatnya sejumlah 34 tender yang diberikan dengan nilai 61.3 juta adalah jauh berbeza dengan satu tender secara runding terus yang bernilai 74 juta yang diberikan kepada satu kontraktor Cina, Khor Ing Choon dari ECK Sdn Bhd untuk projek menambun tanah di Batu Kawan. Ini hanya satu syarikat yang menerima runding terus dari Guan Eng yang didedahkan, belum lagi kontrak kontrak bernilai puluhan juta yang lain. Kontraktor dari ECK Sdn Bhd memperolehi kontrak tambun tanah di Batu Kawan secara runding terus melalui Lim Guan Eng yang mempengerusikan tender board PDC. Kenapa Guan Eng tidak mendedahkan perkara itu? Inilah politik putar belit kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng. Mengulas perkara yang sama Pengerusi Pemuda BN Pulau Pinang, Norman Zahlan turut mengakui betapa kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya tidak telus dan sentiasa membuat kenyataan putar belit. Tegasnya laungan kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang adil, telus dan bersih hanyalah pembohongan semata-mata. "Mana ada ketelusan kononnya tender terbuka. Kalau ada tender terbuka pun ia hanyalah projek kecil sehingga yang bernilai RM2000 pun ada cabutan undi. Tetapi projek-projek besar semuanya dibuat atas dasar rundingan terus. "Apa yang didedahkan hanya putar belit bukan tender secara keseluruhannya terutama yang bernilai jutaan ringgit. Cukup-cukuplah menipu rakyat", katanya. Justeru beliau percaya rakyat di negeri ini yang sudah pun muak dengan gaya tipu muslihat Guan Eng dan kuncu-kuncunya dan mereka tidak akan membiarkan diri mereka diperbodohkan. -(Berita dari MediaUMNO on-line)ByM69 |
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan