Jumaat, 17 Disember 2010

DunSemarang

DunSemarang


Al-Fatihah...Datuk Sulaiman Taha Adun Tenang.

Posted: 16 Dec 2010 06:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, kira-kira jam 1 pagi tadi.Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 25 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil. Isteri Sulaiman, Datin Noraini Yaakop berkata, suaminya dimasukkan ke Hospital Segamat pada 23 November lalu kerana demam dan tidak sedap badan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri(Sumber Berita Harian).

Kami warga UMNO Bhg Ayer Hitam dan Dun Semarang, mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha. Semuga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Untuk rujukan DUN Tenang
klik (http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&pg=johor.htm)
Klik (http://adun.johordt.gov.my/index.php/tenang/2009/06/22/profail-adun-2)
By M69

Sokongan UMNO Ayer Hitam ke Jambore Budaya Serumpun

Posted: 16 Dec 2010 05:27 PM PST



sumbangan kepada peserta jambore budaya serumpun ke 11 di bumi perkemahan kabupaten sambas kalimantan barat indonesia.
2 orang ahli pengakap, muhamad Ammar fitry bin Abdul Rahman dan Mohamad Amir bin Md Hairol terpilih ke jambore budaya serumpun ke 11 di bumi perkemahan kabupaten sambas kalimantan barat indonesia dari 14-18 Disember 2010. pada 12 Disember lalu, pihak Umno Ayer Hitam menyumbang RM 200.00 seorang sebagai tanda sokongan kepada duta-duta kecil ini. Tahniah dan syabas kami ucapakan kepada mereka berdua kerana terpilih untuk turut serta, semuga pengalaman di Sambas Kalimantan akan menjadi pendorong sebgai anak Melayu yang sejati dan bertanggungjawab terhadap Bangsa, Agama dan Tanah Melayu ini.(Sumber Berita dan Foto dari Pejabat UMNO Ayer Hitam) By M69.

Perkemahan Budaya Serumpun 2010, Indonesia, Malaysia, dan Brunei Darussalam

Posted: 16 Dec 2010 03:54 PM PST


Jambore Perkemahan Budaya Serumpun 2010, di Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat. Para pesrta dari Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam bermula 14 hingga 18 Desimber 2010.Upacara Pembukaan Kemah Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia-Brunei 2010 , pada Hari Rabu, 15 Disember 2010.
Upacara Pembukaan dihadiri oleh Menkokesra Agung Laksono. Turut serta Ybhg Dato' Kaharuddin Bin Momin, Ketua Pesuruh Jaya Pengakap Malaysia, Ybhg Datuk Haji Awang Zaini.

Bupati Kabupaten Sambas, Burhanuddin A. Rasyid, mengharapkan masyarakat menyokong dan bekerjasama untuk terlibat aktif menjayakan Perkemahan Budaya Serumpun tiga negara Asean, Indonesia, Malayusia dan Brunei Darussalam.

Sementara itu, berdasarkan data, jumlah peserta seramai 1750 orang.
Peserta dari Malaysia 500 orang dan Brunei Darussalam 100 orang.(Sumber Berita dan Foto dari http://www.kaskus.us/showthread.php?p=329742396) By M69

Tiada ulasan:

Pengikut