Isnin, 27 Disember 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Jika bukan kerana politik, PAS sudah dikategorikan sesat.

Posted: 27 Dec 2010 05:20 AM PST

Semua rakyat melayu Islam kini harus menyedari bahawa PAS bukanlah pejuang Islam sejati seperti yang mereka war-warkan. PAS hanya mempergunakan agama sebagai alat untuk mereka mencapai kuasa pemerintahan. Pemimpin-pemimpin PAS hanya tahu berselindung disebalik topeng agama ini semata-mata kerana nafsu mereka untuk berkuasa.

Tanpa topeng politik, apa bezanya Nik Aziz dengan Ayah Pin dan juga rasul melayu Kahar? Jika tiada politik didalam organisasi PAS pasti ia akan sama sahaja seperti ajaran-ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara.

Mengapa begitu? Lihat sahaja bagaimana PAS kini mensyaratkan pengikut-pengikut mereka supaya wala' membuta tuli kepada Tok-tok guru didalam PAS. Hendak menjadi wakil parti didalam pilihanraya perlu mengangkat sumpah talak tiga kepada isteri. Dan syurga hanya diperolehi oleh ahli-ahli kumpulan mereka sahaja yang sudah semestinya direstui oleh ketua mereka juga.

Adakah pengikut-pengikut PAS berani menegur perbuatan khilaf pemimpin-pemimpin mereka? Bukan kata nak menegur, bersuara pun langsung mereka tak berani kerana takut-takut dimurkai oleh tok-tok guru yang mereka angkat setaraf dengan wali didalam parti.

Pengikut-pengikut PAS tak sedar bahawa perbuatan mereka yang wala' terlampau serta "sujud" membuta tuli ini seolah-olah telah memberi satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja perbuatan yang menyalahi norma-norma agama. Semua ini dilakukan hanya untuk mendapatkan kepentingan politik dengan memijak kepala-kepala pengikut dunggu ini semua.

Dengan sebab itulah Al Quran, Hadis, hukum-hukum Islam serta undang-undang syariah dijadikan mainan politik mereka untuk memperolehi kuasa. Semua ini dipertaruhkan bagi memenangi apa yang mereka dakwa "perperangan" menentang kebatilan. Tetapi yang sebenarnya, mereka-mereka itulah bapak kepada kemungkaran didalam masyarakat.

Selain itu, PAS juga telah sanggup "berbogel" hanya kerana mahu menjaga hati kerabat mereka didalam Pakatan pembangkang. Maksud berbogel disini ialah menyerahkan maruah agama dan bangsa sendiri semata-mata bagi memenuhi nafsu serakah sahabat persekongkolan mereka itu. Perjuangan Hudud PAS telah dilacurkan oleh pemimpin-pemimpin berserban mereka. Slogan negara Islam juga dibiarkan diliwat oleh Anwar Ibrahim kerana PAS mahukan kuasa.

Apakah pengikut-pengikut PAS masih belum sedar bahawa tiada apa lagi yang tinggal didalam PAS melainkan "jembalang-jembalang hutan" laparkan habuan. Cubalah serahkan negara ini kepada mereka jika inginkan masa depan yang kelam untuk anak cucu kita.

Membina sebuah negara yang stabil dan juga makmur seperti hari ini bukanlah mudah. Selama 50 tahun kita memerlukan pemimpin-pemimpin yang betul-betul berdedikasi bagi memenuhi pencapaian yang negara perolehi hari ini. Tetapi untuk melingkupkan apa yang kita ada berserta dengan masa depan anak cucu kita cukup senang. Serahkan saja kepada jembalang-jembalang hutan yang berkerumun didalam Pakatan pembangkang..pastinya beres.

Lihat sahaja negeri Kelantan yang menjadi seperti "jerumun" ayam hutan. Segala gejala sosial dan juga maksiat ada di negeri tersebut. Malangnya negeri inilah yang dikatakan dipimpin oleh manusia paling alim didalam Malaysia. Dan malang juga negeri inilah yang dikatakan negeri serambi Mekah dan juga negeri tadahan wahyu. Siapalah yang bebal memberi gelaran-gelaran yang langsung tak sepadan ini?

Jadi kesimpulannya, Islam bukan sekadar make-up untuk dipakai bagi menunjuk-nunjuk bahawa kita sudah menjadi alim dan tawaduk. Agama juga bukannya alat untuk diperdagangkan sesuka hati bagi memperolehi keuntungan dengan secara pukal. Agama Islam sepatutnya diamalkan dan dihayati bagi memperolehi ganjaran dari yang maha pencipta. Ia juga merupakan petunjuk kepada mereka yang mahu memahaminya.

Dan apa yang PAS buat ketika ini dengan mempergunakan agama, sungguh memalukan dan memualkan. Hanya orang yang tak waras dan tiada akal sahaja yang mampu berkelakuan seperti PAS dan pengikutnya. Apa lagi yang boleh kita katakan selain dari hanya mampu mengharapkan mereka-mereka ini memperolehi hidayah dari Tuhan.

Oleh: Pak Long

Tiada ulasan:

Pengikut