Rabu, 22 Disember 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Budaya samseng dalam PAS.

Posted: 22 Dec 2010 05:31 AM PST

Ada sahabat blogger dari Kelantan bagitahu Spy tadi bahawa kereta yang dinaiki oleh Ustaz Saidi Hussin telah di"ambush" dari arah belakang oleh suspek yang disyaki pengikut PAS.

Korang kenal tak siapa Ustaz Saidi Hussin? Dulu ustaz ni pernah jadi Ketua Keselamatan didalam PAS. Mungkin jaga keselamatan Nik Aziz kot sebab dikatakan dia ni baik dengan MurSamdol parti cap bulan tu.

Percubaan "meliwat" kereta Ustaz Saidi ni bagaimanapun tak membawa kecederaan parah kepada pemandu dan juga kereta tersebut. Kena sipi saja mungkin disebabkan Ustaz tersebut telah menyedari dan bersedia apabila keretanya diekori oleh suspek.

Spy juga difahamkan, perlakuan songsang samseng taik kucing PAS PIS PUSS ini ada berkaitan dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa blog tentang isu ADUN Selinsing yang dipercayai berkhalwat dengan isteri orang didalam koc keretapi.

Ustaz Saidi yang merupakan saksi kejadian tersebut juga telah mendedahkan bagaimana Nik Aziz sendiri telah bertindak "mengampunkan dosa" ADUN tersebut selepas membuat "sembahyang istiqarah" pada malam sebelumnya.

Mungkin akibat tak tahan dengan kebenaran yang mula timbul, satu tindakan menakut-nakutkan saksi ini dibuat oleh pengikut-pengikut PAS. Maka, disinilah samseng-samseng taik kucing PAS ini mengambil peranan.

Namun tahniah diucapkan kepada Ustaz Saidi kerana keberanian beliau berdepan dengan situasi tersebut. Ustaz Saidi juga mengesyaki perlakuan "ganas" puak-puak PAS ini adalah dirancang bagi mematahkan semangatnya untuk mendedahkan perkara yang benar.

Ustaz Saidi kini selamat setelah keluar dari Hospital pagi tadi sebagai pesakit luar. Mungkin keretanya saja terpaksa "ditahan" lama sikit di bengkel bagi memperbaiki kerosakan akibat cubaan "liwat" dari pengikut PAS.

Korang jangan hairan dengan perlakuan puak-puak PAS ini. Syed Azidi @ Kickdefella dulupun pernah diancam dengan kapak terbang dihadapan rumahnya sendiri ketika mendedahkan tentang isu PMBK. Sekarang ni giliran Ustaz Saidi pula.

Inilah ajaran sesat yang diajarkan didalam PAS. Segala perlakuan ganas ini halal jika dilakukan oleh puak-puak mereka, tetapi jatuh haram jika dilakukan oleh kumpulan lain terutamanya UMNO.

Budaya ganas inilah yang sangat diagung-agungkan didalam PAS. Mereka menganggap perlakuan mereka itu mulia kerana dilabelkan jihad oleh lebai-lebai mangkuk dalam PAS. Tetapi yang sebenarnya perbuatan mereka-mereka ini langsung tak mencerminkan budaya serta adap sopan didalam Islam.

Tapi, perangai-perangai samseng sebeginilah yang Nik Aziz suka. Lagi samseng lagi bagus sebab Tuhan pun samseng dia kata. Lagipun kan PAS sudah official berkawan dengan syaitonn..maka perangai pun kenalah jadi macam syaitonn jugak. Kalau jadi baik nanti syaitonn marah.

Oleh sebab itu, terpaksalah pengikut-pengikut PAS yang bebal ni menurut perintah Tok Guru mereka supaya jadi ganas dan samseng. Kalau Nik Aziz dikatakan dapat berkomunikasi dengan tuhan seperti yang Ustaz tu kata dalam video dia, pengikut Nik Aziz pulak kena ikut perangai tuhan jadi samseng.

Bukan Spy kata Tuhan samseng haaa…Nik Aziz yang kata. Kalau tak percaya, pi tanya dia sendiri kat Pulau Melaka nun. Mungkin time-time macam ni dia tengah mengular kat kebun pisang belakang rumah dia.

Jadi MB gaji dan elaun masuk tiap-tiap bulan, tapi kerja asyik mengular sini sana makan gaji buta. Sebab tu lah negeri Kelantan miskin.

Laporan Spy Leman dari front desk Hotel Kita, Kota Baharu Kelantan.

Tiada ulasan:

Pengikut