Isnin, 6 Disember 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Peluang Menjelaskan Diri Di Mahkamah – Dr Khir Toyo

Posted: 06 Dec 2010 01:43 AM PST

1. Pagi tadi saya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk saya dan isteri suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaraya yang menghadapkan saya ke mahkamah kerana ini memberi peluang saya mmenjelaskan isu ini dalam Mahkamah dan membersihkan diri saya.

3. Ini juga bermakna rumah saya bukanlah berharga RM 24 juta seperti yang dituduh oleh pembangkang.

4. Saya membeli rumah saya dengan harga pasaran semasa yang dinilai oleh beberapa penilai hartanah dan melalui pinjaman bank, justeru saya tidak takut untuk ke Mahkamah menjelaskannya.

5. Apa yang saya harapkan ialah perbicaraan ini dilakukan secepat mungkin bukannya ditangguh-tangguhkan bagi menghalang saya dari bergiat dalam politik.

6. Saya akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta merta.

7. Berkenaan jawatan dalam parti ia terserah kepada pucuk pimpinan parti. Jika ia menjadi masalah besar kepada parti saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat saya akan terus berkhidmat walau atas platform mana pun sehingga Mahkamah membuat keputusan.

www.drkhir.com

Shamsul Iskandar pula mahu berdemo selepas ini…

Posted: 05 Dec 2010 07:36 PM PST

Selepas hanya lebih kurang 2000 penyokong Pakatan berdemonstrasi bagi membantah kenaikan air oleh Syabas di Selangor, kini satu lagi demonstrasi bakal dianjurkan oleh pemimpin pembangkang untuk menghuru-harakan lagi ketenteraman didalam negara.

Diberitakan bahawa, Ketua Angkatan Muda Keadilan iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin bercadang untuk mengadakan bantahan terhadap kenaikan harga bahan api dan juga gula yang mula berkuatkuasa 4 Disember lalu.

Bantahan serta demonstarsi tersebut khabarnya akan digerakkan dibawah Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm), dan mereka juga akan mengadakan bantahan besar-besaran jika pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri tak bertindak untuk mengawal kenaikan harga barang.

Nampaknya Shamsul masih lagi dengan ideologi lamanya yang terpengaruh dengan gaya Anwar Ibrahim. Sikit-sikit nak mengugut kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan. Apakah tiada cara lain yang lebih efisyen dan juga lebih rasional berbanding dengan berarak sambil mengganggu ketenteraman awam?

Sepatutnya sebagai Ketua AMK, Shamsul perlu lebih bertanggungjawab didalam menangani apa jua yang dirasakannya membebankan rakyat. Apa salahnya jika Shamsul dan puak-puak AMK membuat satu memorandum dan menyerahkannya secara baik kepada pemimpin tertinggi kerajaan? Ini lagi baik daripada mendera rakyat untuk keluar berarak dijalan-jalan raya.

Tidak pun, Shamsul boleh mencabar Menteri yang bertanggungjawab untuk berdebat sambil berbincang secara terbuka tentang rasionalnya subsidi dikurangkan dan juga cara-cara bagi mengawal harga barang. Cara matang begini tentunya lebih disenangi oleh rakyat, bukannya membuat kacau di jalanan.

Lihat saja perhimpunan membantah kenaikan air yang baru dianjurkan oleh pemimpin Pakatan. Berapa ramaikah pemimpin dari PAS, PKR dan DAP yang turun padang menyertai tunjuk perasaan tersebut? Hanya Mat Sabu seorang saja yang kelihatan.., itupun dia secepat kilat menghilangkan diri apabila FRU mula menyerbu untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.

Yang sengsara kena simbah dengan air kimia dan yang merana akibat kena gas pemedih mata selalunya hanya pencacai-pencacai dunggu yang membuta tuli turun menyertai tunjuk perasaan yang dianjurkan. Manakala pihak penganjur dan pemimpin yang berkokok lantang sebelum itu, langsung tak nampak bayang.

Jelas mereka hanya mempergunakan rakyat bagi memenuhi agenda politik mereka. Pemimpin-pemimpin Pakatan ini juga terang-terangan hanya mahu meraih populariti bagi menunjukkan bahawa mereka bagus tetapi berselindung di sebalik tabir dengan memperkudakan rakyat-rakyat yang kurang cerdik supaya membuat tunjuk perasaan.

Biarpun ada sebilangan rakyat yang kurang berpuas hati dengan beberapa keputusan kerajaan terutamanya didalam isu kenaikan harga barang, namun ia tak mungkin dapat diselesaikan dengan turun berarak dijalanan. Lihat saja demo bantahan air, apakah selepas ini pihak Syabas akan menurunkan tarif air hanya kerana takutkan para pendemo? Sudah tentu tidak.

Oleh itu, ada baiknya segala masalah yang timbul diselesaikan dengan cara yang matang serta bertamadun. Jika ada ruang untk berbincang, maka berbincanglah dengan tenang. Jika ada kesempatan untuk berdebat serta berhujah, lakukanlah dengan berhemah seperti orang yang berpendidikan.

Tak perlulah nak mengamalkan politik mengugut dan menyemai budaya politik jalanan. Ia bukan mampu menyelesaikan masalah, malah ia hanya mengakibatkan lebih banyak masalah yang timbul.

Oleh: Pak Long

Tiada ulasan:

Pengikut