Jumaat, 3 Disember 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Soalan bodoh dari Nizar di Sidang DUN Perak..

Posted: 02 Dec 2010 11:53 PM PST

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang semakin panas, dipanaskan lagi dengan kebebalan Ahli Parlimen Bukit Gantang iaitu Mohd Nizar Jamaluddin. Semua telah sedia maklum bahawa Nizar merupakan bekas Menteri Besar Perak sebelum ini, tetapi nampaknya dia telah membuktikan mengapa jawatan tersebut tidak kekal padanya.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, Nizar boleh dikatakan memperbodohkan dirinya di Sidang DUN tersebut dengan mengajukan soalan-soalan bodoh kepada pihak kerajaan negeri.

Mungkin Nizar beranggapan bahawa, dengan soalan-soalan demikian dia mampu untuk menarik sokongan rakyat. Tetapi Nizar lupa bahawa rakyat Perak bukanlah sebodoh yang dia sangka. Jadi tindakannya mengajukan soalan tahap pemikiran budak tadika tersebut, hanya menampakkan lagi ketidak cerdikan wakil PAS didalam sidang itu.

Soalan yang menjadi bualan hangat di dunia siber dari Nizar ini ialah "Berapakah perangkaan terkini peratusan rakyat Islam ini yang akil baligh mendirikan solat lima waktu"?

Untuk menunjukkan dirinya pandai, Nizar mengatakan bahawa dia telah merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Datuk Fadzilah Kamsah di sebuah Taman sekitar Ipoh yang mengatakan bahawa hanya 15% umat Islam yang mengerjakan solat 5 waktu dikawasan tersebut.

Malangnya, apakah kajian perseorangan yang dibuat oleh Datuk Fadzilah Kamsah ini boleh dijadikan rujukan untuk mencerminkan jumlah sebenar isu tersebut di seluruh negeri Perak? Inilah yang Nizar terlepas pandang. Keghairahannya untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional Perak telah menjadikan Nizar paling dunggu sekali dikalangan semua wakil pembangkang.

Amat memalukan! Bagi saya, jika soalan yang sama diajukan kepada Nik Aziz sekalipun, takkan mampu orang tua tersebut jawab. Apatah lagi jika soalan yang sama oleh Nizar ini diajukan pula kepada Presiden PAS, Hadi Awang. Dan paling penting, apakah Nizar sendiri mengetahui jawapan bagi soalan yang ditanyakannya di Sidang DUN tersebut?

Sepatutnya Menteri Besar Perak Dr Zambry bertanyakan kembali soalan yang sama kepada Nizar. Cuma ditambah sikit perkataan PAS pada soalan tersebut. Sebagai contoh, "berapakah perangkaan terkini peratusan ahli Pas dan anak-anak ahli PAS yang akil baligh mendirikan solat lima waktu"?

Ataupun, "Berapa ramaikah nisbah pemimpin Pas yang berbini dua, dan dari nisbah itu berapa ramaikah yang benar-benar ikut cara Islam mentadbir dan menjaga kedua-dua bininya sebagaimana Nabi Muhammad SAW"?

Mesti terkebil-kebil Nizar dan seluruh wakil-wakil PAS didalam sidang dewan tersebut nak menjawab soalan sebegitu.

Inilah bukti bahawa Nizar dan PAS Perak langsung tak mempunyai kredibiliti untuk memerintah negeri tersebut. Sebab itulah agaknya Allah swt kembalikan bumi Perak kepada Barisan Nasional bagi mengelakkannya hancur ditangan manusia-manusia yang tak mampu berfikir dengan rasional seperti Nizar Jamaludin dan gerombolan Pakatannya.

Semakin hari, semakin nampak segala perangai meroyan PAS dan Pakatan di Perak. Sepatutnya mereka menghormati sistem demokrasi yang menyebelahi Barisan Nasional memerintah negeri, bukannya menganggu perjalanan sistem tersebut dengan membuat kacau sewaktu persidangan DUN.

Tunggulah saja pada PRU yang akan datang. Undi rakyat pada masa itu akan menentukan siapa yang lebih berhak menerajui negeri Perak. Tetapi sebelum sampai tarikh itu, buatlah kerja dengan baik serta berhemah kerana anda semua sebagai pemimpin sedang memikul tanggungjawab dan amanah dari rakyat.

Rakyat bukan mengangkat wakil mereka sebagai pemimpin hanya sekadar untuk mengajukan soalan-soalan bodoh dan untuk bermain-main sewaktu persidangan DUN. Nizar dan semua pemimpin Pakatan perlu sedar akan perkara ini!

Oleh Che Wan

Tiada ulasan:

Pengikut