Jumaat, 31 Disember 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Selamat Tahun Baru 2011

Posted: 31 Dec 2010 02:38 PM PST





Assalamualikum WTB dan Salam Sejahtera


Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup Anda dan cahaya jalan Anda melalui Tahun Baru.


Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru,


misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin


Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia.


Selamat Tahun Baru 2011.



Kak Midah Sekeluarga

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Salam 2011

Posted: 31 Dec 2010 08:41 PM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


di ambang tahun baru.....babai 2010

Posted: 31 Dec 2010 11:17 AM PST

Jam dah pun tunjuk pukul 1:43am...aku baru je sampai rumah dari kl 40minit yang lalu....

Petang tadi aku singgah jap ke majlis pelepasan Konvoi Bermotor kelab Rakan Muda Parlimen Masjid Tanah kat Bukit Beringin. Tak dapat tunggu lama sebab nak menghantar adik lelakiku Ady Iskandar merisik...ala, bukan jauh pun.. kampung sebelah aje...kira orait la tu kan. tak sia2 ady lambat nak kawin.... (kak emy baya ko dulu dah ada anak 2 dah tau..hihihh)

 mak tengah sarungkan cincin merisik kat tangan ain bakal menantu, insyaallah...

eh bro, mana leh amik gambau dulu...tak aci betul laaa
 apapun, kita sama-sama doa agar jalinan yang termeterai hari ini akan terlaksana nanti..insyaallah ...amin

WOKEY..........................cerita lain pulak
hmmm... lepas habis je urusan merisik tu, aku terus balik ke rumah siap2 nak ke kl pulak....dah janji dengan kwn2 lama nak jumpa hari ni...janji jam 4pm, tapi aku paling lambat sampai..jam 7suku baru tiba,.seronok sangat dapat jumpa kawan2 lama stf 893.  we had so much fun, loads of food...and siap tukar2 hadiah lagi. Ni semua gara-gara aku tengok gambar my stf junior yaang dok buat reunion last november. jeles jeles...jeles....jadi aku pun hantar mesej to eideq a.k.a "madamme dhaka" n i asked her whether boleh ka arrange time for us to get together once she's back from dhaka. alhamdulillah responnya baik...n others pun dok reply in FB.Nizeq pulak volunteer jadi host.... n here we are today (31stdecember, 2010) @ eco park setia...(phuh...lawaaaaa u... rumah sana memang kelassssss-kelasssss nyah...). Bangga akak dapat masuk dalam...hihih


haaa, ni nizeq tuan punya tanah kedaung......phuh...rumah hang memang lawo la beb.....

fizzy badar sedang menunjukkan cara2 utk membuat kopi....(kasik can laa kat rumah dia xde menatang tu...)

KECOH!!!!! memasing tengah tengok apa nombor yang dapat n hadiah mana utk cabutan no bertuah.....

tadaaaaaa..... hati riang selepas dapat n bukak hadiah......(wei nizeq a.k.a mak buyong x aci tutup perut guna bantal...)

ni masa aku mula2 sampai.....(walaupun paling lambat tiba)
hmm....nampak atas meja ada cheese cake, pasta....selamat dah dalam perut memasing...
apapun, thanks to sahabat2 yang memang sporting...ada sanggup drive jauh dari kulim juz to meet up kwn2 lama. macam2 memori lama keluar, dapatlah jugak kita meng"update" berita kawan2 yang mana2 dah m.i.a tu kan.....ada jugak yang tak dapat datang sebab ada ketentuan lain..hopefully , next time around akan lebih ramai yang join, in case ada kwn2 lama yang dok baca post ni...pls contact aku balik, boleh update hp number and address. doa aku buat semua sahabat2 aku ni...wish u all the best for this coming 2011(eh dah 2011 dah pun...) semoga panjang umo, murah rezeki, dipertemukan jodoh , kesihatan yang baik serta bahagia dunia dan akhirat nanti.......amin.....

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SELAMAT DATANG 2011.......... SELAMAT TINGGAL 2010

Posted: 31 Dec 2010 08:14 AM PST


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras, ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian - Bahagian di Wilayah Persekutuan, rakan-rakan pembaca dan juga sahabat-sahabat bloggers diluar sana.

Semoga kehadiran tahun baru 2011 nanti, menjanjikan kebahagian dan kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia. Diharap, Allah akan terus memberkati serta merahmati bumi Malaysia ini. Amin.

Dato Hj Rosol B Wahid

Dato Hj Rosol B Wahid


Tahun baru 2011,Syukur dan Sawit

Posted: 30 Dec 2010 09:19 AM PST

Salam bloggers...Lama sungguhnya rasanya saya tidak menulis dan mencoretkan sesuatu di laman maya ini. Maaf setinggi-tingginya kepada rakan dan taulan yang saya rasa amat kecewa kerana setiap kali menrjah masuk ke laman ini tetapi ianya tidak di 'update' maaf banyak-banyak. Semuanya ini kerana ketiadaan masa yang sesuai ditambah pula ketiadaan isu atau perkara yang boleh dibangkitkan. Bermula dengan tahun baru 2011 ini InsyaAllah saya akan cuba mengupdate sekerap mungkin...orang Terengganu sebut 'kerek'...InsyaAllah.

Tidak lama lagi kita akan sambut tahun baru 2011. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk terus berbakti di alam fana ini. Syukur kita kepada Allah dan terima kasih kita kepada manusia-manusia yang telah banyak berbudi sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kita. Syukur kita yang paling mulia ialah kepada pencipta dan pemberi segalanya kepada kita iaitu Allah Swt. DIA memberi segalanya kepada kita dengan percuma tanpa meminya bayaran walaupun satu sen.Cuma apa yang diperintahkan ialah amar makruf dan nahi mungkar. Itu sahaja.

Syukur kita seterusnya ialah kepada manusia yang berbudi dan berjasa kepada kita iaitu ibu bapa kita, guru-guru kita, jiran tetangga kita dan semua yang budiman kepada kita. Kerana tanpa mereka siapalah kita. Tidak lupa juga kepada pemerintah yang menjadikan negara kita ini aman, makmur dan sejahtera sehingga kita mampu mencari rezeki secara aman di bumi bertuah ini. Ditambah pula kehebatan dan kepintaran pemimpin kita yang diberi idea dan inayah oleh Allah untuk menjadikan bumi Malaysia ini bagai permata di Nusantara. Tidak hairanlah berpusu-pusu rakyat negara jiran datang sama secara sah atau sebaliknya ke sini. Alhamdulillah.

Syukur juga kita kerana harga sawit dan getah melambung tinggi. Anak buah saya di Felda Bukit Bading, Felda Mengkawang, Felda Tersat dan Felda Jerangau Barat serta pekebun kecil getah dan sawit hari ini beritahun (royat) kepada saya bahawa mereka tidak pernah mengimpikan harga komoditi setinggi hari ini. Jawapan saya hanyalah bersyukur dengan segala kurniaan ini dan jangan lupa untuk sedekahkan alfatihah kepada pemimpin yang membawa mengusahakan sawit dan getah untuk dijadikan tanaman utama negara, kerana tanpa usaha dan idea mereka saya yakin rakyat Malaysia tidak kenal sawit atau getah sementelah pula untuk dijadikan pendapatan utama. Fatihah untuk mereka...Moga mereka terus diberkati. Saya berkata demikian kerana getah berasal dari Brazil dan Sawit pula dari Afrika...

Akhir sekali syukur kerana Pasukan Bola Malaysia Johan Piala AFF Suzuki... Malaysia Hebat, Malaysia Boleh dan kita semua boleh...

Kata hukamak...'Jadilah orang yang banyak memberi manfaat bukan mereka yang banyak membawa mudarat'...Fikir-fikirkanlah

DunSemarang

DunSemarang


TAHNIAH!!! Harimau MALAYA...DunSemarang mencadangkan agar dimasukkan ke dalam "Malaysian Book of Records"

Posted: 30 Dec 2010 07:11 PM PST



Kami Warga UMNO DunSemarang, mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas kejayaan Skuad Harimau Malaya yang menjadi juara. Tahniah..sekali lagi kerana Pasukan kita di hormati sebegitu rupa..hingaa boleh di hantar dan di iringi dengan kereta Perisai..Syabas. Kami mencadangkan agar peristiwa ini di masukkan ke dalam senarai "BUKU REKOD Malaysia". Satu peristiwa yang membanggakan. Belum terjumpa di mana-mana tempat seperti ini..TAHNIAH..TAHNIAH..



Kami ingin memberi seterus penghargaan agar pihak Kerajaan, menyenaraikan peristiwa ini ke "Malaysian Book of Records", agar menjadi iktibar. teladan dan semangat 1 MALAYSIA.(Foto ihsan dari www.gempak.org) bym69.

Suami isteri dakwa dipukul polis hingga patah gigi...BETUL KE?

Posted: 30 Dec 2010 05:42 PM PST

Foto sebagai hiasan sahaja ihsan dari khairoadi.blogspot. com

(Merujuk Utusan 30.12.2010)
KATANYA.. semasa tiba di R&R terbabit, dia memberhentikan keretanya di belakang kereta kedua-dua lelaki itu kerana tiada tempat letak kenderaan yang kosong.
****(Kenapa tiada otak ker..parking kat belakang kenderaan orang lain..tiada fikiran ke bagaimana orang tersebut akan keluar parking..ini bukan zaman BATU. Fikirlah kalau diri sendiri yang kena, saya pasti lagi HEBAT provokasinya..saya bukan hendak membela POLIS atau Orang Berkenaan..tapi fikirlah kalau diri kita yang kena..Polis atau siapa pun orang biasa punyai perasaan ..macam orang hutan pulak, saya sendiri pernah mengalaminya, bila saya tegur dan minta undurkan kereta, malah saya yang di CIBAIKAN..apa jenis orang macam ini..saya memang tak mahu gaduh..kalau gaduh biarlah macam 13 Mei sahaja..punah segalanya..lagipun kita Melayu ini bukan banyak harta..bukan ada kebun luas. bukan ada kereta mewah..bukan ada rumah besar..tak rugi pap pun..
itu dia yang salah , saya kena CIBAIKAN..bagaimana kalau saya yang salah..mungkin PENUMBUK juga sampai kat saya, tapi dendam saya satu keluarga terus bernyala hingga kini)

KATANYA LAGI..."Namun semasa hendak ke kereta semula, saya lihat mereka menghampiri isteri saya, Lim Chung Keok, 34, dalam keadaan marah-marah.

Sambung KATANYA LAGI.."Saya enggan bergaduh lalu "menolak lelaki itu perlahan "tetapi tiba-tiba mereka menumbuk di muka saya sehingga berdarah dan patah dua batang gigi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
( Pergh..MENOLAK PERLAHAN..boleh caya ker...kalau setakat perlahan..saya rasa tidak akan terjadi perkara seumpama itu lahhh. Tengok gaya dan perwatakan kita tahu,
Apa salahnya..MINTA MAAF..habis cerita..ini mungkin terlalu EGO..minta maaf pun tak mahu..kalau rasa salah ,minta maaf dan jangan tolak orang yang sedang marah..ingat ....TUAN.. ker Di Tanah Melayu ini..sedarlah sikit kami beri laluan tinggal kat sini..)

KATAKU LAGI..Wahai anak BangsaKu, ingatlah rukun Negara dan amalkan,Kesopanan dan Kesusilaan, bukan setakat mengaku Warganegara Malaysia namun..perangai macam zaman Batu. Kurang Ajar..Inilah suku sakat Namawee yang mempersendakan Lagu Negaraku dan Melayu...saya haraf pemberita mengambil berita dari ke dua belah pihak..bukan setakat gigi patah ..mesti ada cerita disebalik itu...

Ingatlah..di jalan raya dan di mana sahaja siapa yang sering membuat PROVOKASI dan publisiti murahan..kita tahu dan fikirlah sendiri..Ini belum lagi kalau LGE atau LKS menjadi TPM..lagi huru hara di buatnya..
Oleh itu ANAK-ANAK KU..kekal lah bersama UMNO ISLAM Dan MELAYU serta RUMPUN MELAYUNYA. Walaupun UMNO itu tidak Lengkap sepenuhnya..namun itulah wadah untuk kita bernaung..kita mesti terima dan AKUINYA. yang lain PASTI TIDAK.

Khamis, 30 Disember 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Posted: 30 Dec 2010 08:34 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


500 hadir Persidangan Agung GMPS

Posted: 30 Dec 2010 11:52 AM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Penangan Orang Muda..

Posted: 29 Dec 2010 09:12 PM PST

Semalam, walaupun masih lagi bersedih di atas pemergian nenda yang kami panggil "Wan Jeah" namun kami semua tetap bersemangat memberikan sokongan padu kepada Pasukan Malaysia. tahniah Malaysia!!!
Kami Bangga Menjadi anak Malaysia. Tahniah juga buat jurulatih K.Rajagopal....yang menurunkan pemain muda bagi mewakili skuad kebangsaan kali ini. Kepercayaan dan pertaruhan yang dibuat akhirnya berbaloi-baloi apabila Malaysia menjadi juara Bagi Suzuki Cup musim ini.

Tertarik dengan celoteh pengulas sukan sewaktu siaran langsung diadakan semalam....."Barisan Pemain Muda yang diturunkan untuk bermain mewakili Negara Malaysia ini  akan menjadi contoh dan ikutan negara lain". kita boleh tengok sendiri mutu dan corak persembahan pemain muda ini amat baik sekali.

Tapi itu trend bolasepak malaysia kini, bagaimana pula trend politik tanahair (tis is a general question)?
adakah ramai anak  muda yang diberi peluang untuk memimpin , mengepalai sesuatu organisasi?  adakah ramai anak muda yang akan diberi peluang untuk menjadi calon dalam PRU ke 13 nanti?
kalau ada berapa peratuskah peningkatannya berbanding dengan PRU yang lepas?
hmm..... sama-sama kita tunggu dan lihat.......

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Apa pendirian PAS Selangor bila Nie Ching bersenamrobik di perkarangan masjid ?

Posted: 29 Dec 2010 11:26 PM PST

PAS Selangor tidak mempunyai pendirian untuk memuliakan masjid sebagai rumah Allah sebaliknya sekadar membisu apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dilaporkan bersenamrobik dengan berpakaian menjolok mata di perkarangan masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Nie Ching yang dilaporkan berseluar ketat dan memakai baju T bersenamrombik bersama kaum lelaki amat memalukan.

"Saya tidak faham apa sebenarnya fatwa yang dipakai oleh PAS Selangor sehingga boleh membenarkan lelaki dan perempuan bercampur dalam aktiviti riadah di perkarangan masjid sempena sambutan Maal Hijrah," ujarnya.

Beliau kesal kerana PAS Selangor tergamak memperlekehkan kemuliaan sambutan Maal Hijrah dengan aktiviti menjolok mata dan tidak kena pada tempatnya.

Beliau menjelaskan, Islam menggalakkan umatnya beriadah tetapi tidak sampai bukan Islam berpakaian menjolok mata dan bercampur gaul dengan lelaki di perkarangan masjid.

Dalam reaksinya terhadap pendedahan yang dibuat oleh laman web ruangbicarafaisal. blogspot.com seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini, Syed Ali mencabar PAS menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kejadian tersebut.

"Nampaknya, fatwa PAS Selangor boleh menghalalkan cara asalkan memberi keuntungan politik kepada mereka walaupun mencemarkan kemuliaan masjid," tegasnya.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan boleh 'pejam mata' dan membiarkan penyertaan Nie Ching dalam acara senamrobik dengan berpakaian tidak sopan.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak Majlis Agama Islam Selangor menyiasat perkara itu kerana ia membabitkan maruah dan kemuliaan agama Islam.

"Ini bukan agenda politik mana-mana pihak, tetapi kesucian masjid atau pun surau dianggap tercemar apabila wanita memasukinya tanpa menutup aurat (kepala), apatah lagi dilakukan pula oleh bukan Islam seperti Nie Ching," ujarnya.

Beliau bimbang tindakan wakil rakyat tersebut sebagai langkah permulaan pihak bukan Islam untuk menjadikan surau atau masjid sebagai tempat memancing sokongan orang Islam untuk kepentingan peribadi mereka.

Nie Ching sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila beliau dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah surau di Kajang, Selangor pada bulan Ramadhan lalu.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PERTANDINGAN BOWLING ANJURAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 30 Dec 2010 05:56 AM PST



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menganjurkan Pertandingan Bowling peringkat UMNO Bahagian Cheras. Pendaftaran telah di buka dan mendapat sambutan penyertaan seramai 22 Cawangan Puteri UMNO di Bahagian Cheras.

Pertandingan "Gempak Bowl" akan berlangsung seperti makluman tersebut di bawah:-

Tarikh : 01 Januari 2011

Hari : Sabtu

Waktu : 2.30 petang - 06.00 petang

Tempat : Ampang Super Bowl, Ampang Point, Kuala Lumpur

Perasmian: Yang Berbahagia Puan Sarina Sharif
Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras
Merangkap Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjemput semua ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras bersama - sama memeriahkan Program "Gempak Bowl" di samping merapatkan ikatan silaturahim antara ahli - ahli Puteri UMNO.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


MENDEBARKAN....

Posted: 29 Dec 2010 07:15 AM PST

 KP bersama Pengerusi koordinator Pemuda Dun Telok Datok mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat kerana telah memilih Telok Datok sebagai lokasi program.
 Turut hadir memberikan sokongan,Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok bersama Pengerusi Biro Sukan Pemuda Telok Datok.
 Walaupun hujan,orang ramai TIDAK berganjak menyaksikan perlawanan pada malam ini..
 Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Kuala Langat,selaku orang kuat program.
 1 Malaysia...bersama pemimpin-pemimpin
(Tahniah!anda BERTUAH)

TAHNIAH dan SYABAS pasukan bola sepak Negara kerana telah memenangi perlawanan bola sepak pada malam ini,kami dari Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok turut berasa bangga dengan permainan yang cukup mendebarkan itu.Bertempat di gerai Char Kuey tiaw Telok Datok,satu tayangan layar gergasi telah diadakan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat telah diadakan.Walaupun hujan,ianya tidak mematahkan semangat para penonton untuk menyaksikan perlawanan ini..Syabas!
Bagi pihak seluryh jawatankuasa,KP ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


TERIMA KASIH PM

Posted: 29 Dec 2010 11:34 PM PST

PM ISYTIHAR JUMAAT INI, 31 DIS SEBAGAI CUTI UMUM

KUALA LUMPUR, 30 Dis 2010 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

SUMBER : BERNAMA

Pengikut