Isnin, 29 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


KDN perlu siasat Wan Azizah dan pemimpin India terjemah ayat al-quran secara tidak tepat - Syed Ali

Posted: 29 Nov 2010 04:25 AM PST

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) perlu menjalankan siasatan berhubung ucapan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada majlis perhimpunan khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pertaling Jaya kelmarin yang disifatkan sebagai berunsur hasutan.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, ucapan Wan Azizah yang juga Presiden PKR didakwa boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.

Beliau berkata, ucapan Wan Azizah yang mahu konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan bukan sahaja menggadaikan masa depan orang Melayu malah turut menghina serta mencabuli peringatan Majlis Raja-Raja supaya perkara itu tidak dipersoalkan.

Katanya, orang Melayu yang setia mempertahankan kemuliaan Kesultanan Melayu akan berasa marah dan terhina manakala bukan Melayu pula akan mengambil kesempatan daripada ucapan tersebut untuk kepentingan mereka.

Beliau mendakwa, situasi sedemikian merupakan satu hasutan dan tindakan provokasi yang sengaja ditiupkan untuk membangkitkan kebencian antara kaum.

Katanya, pemimpin PKTR sengaja berbuat demikian untuk mencari pengaruh dan sokongan bukan Melayu sebagai persediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Pertembungan ini dikhuatiri akan mewujudkan ketegangan antara kaum dan mencetuskan ketidaktenteraman dalam negeri," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memandang serius mengenai perkara ini dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk melakukan sisatan secara terperinci.

Pemimpin India terjemah ayat al-quraan secara tidak tepat

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali turut mendesak KDN menyiasat dakwaan berhubung seorang pemimpin India daripada PKR yang dikatakan menterjemahkan ayat suci al-quran secara tidak betul dan menyeleweng daripada maksud asalnya.

"Saya difahamkan beliau dikatakan telah menterjemahkan ayat190-191 surah Ali Imran secara tidak tepat pada perhimpunan tersebut," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, perbuatan biadap tersebut malangnya tidak ditegur oleh pemimpin Melayu daripada PKR termasuk Dr. Wan Azizah selaku presiden parti.

Beliau menegaskan, perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan yang dilakukan secara terbuka dan didepan khalayak ramai oleh bukan Islam terhadap kesucian agama Islam.

"Perbuatan itu terlalu biadap, kurang ajar dan jelas mencerca kitab suci al-quraan, tetapi pemimpin Melayu yang ada pada majlis tersebut hanya tersenyum tanpa sebarang bantahan dibuat," ujarnya lagi.

Syed Ali berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap akan menjalankan siasatan secara rapi dan jika benar dakwaan tersebut, tindakan setimpal sewajarnya diambil.

Mengenai dakwaan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya menawan beberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak pada PRU akan datang, Syed Ali berkata itu hanya perang psikologi yang sengaja dimainkan pembangkang.
"Ini agenda Anwar yang sengaja gembar-gemburkan kononnya PRU semakin hampir supaya UMNO menjadi tidak tenteram. Beliau sebenarnya cuba memerangkap UMNO dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin UMNO tidak akan terperangkap dengan agenda dan taktik licin Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kes liwatnya digugurkan.
Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan bahawa kekecohan yang berlaku di dalam PKR sekarang sekadar masalah dalaman parti itu, sebaliknya UMNO perlu berwaspada kerana cita-cita besar mereka adalah untuk menukarkan kerajaan.

Wan Azizah cabuli amanat Raja-Raja Melayu

Posted: 28 Nov 2010 07:09 PM PST

PRESIDEN boneka Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu manakala suaminya pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengkhianati aspirasi perjuangan bangsanya sendiri.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, sikap suami- isteri itu merupakan perbuatan biadab yang sanggup menjual maruah bangsanya sendiri kerana terlalu gilakan jawatan.

Katanya, Majlis Raja-Raja Melayu awal bulan lalu telah mengeluarkan peringatan bahawa peruntukan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan terutama menyentuh hak keistimewaan Melayu tidak boleh dipertikai atau diperbincangkan secara terbuka.

Sehubungan itu jelas beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat termasuk pemimpin politik wajib menghormati dan mematuhi peringatan tersebut.

"Tetapi semalam, Wan Azizah secara terbuka mempersoalkan hak tersebut, malah mahu konsep ketuanan Melayu ditinggalkan. Perbutan beliau itu jelas mencerca, menghina dan mencabuli pesanan Raja-Raja Melayu," tegasnya.

Perbuatan Wan Azizah itu kata beliau, bukan sekadar pengkhianatan kepada bangsa Melayu keseluruhannya tetapi turut memberi aib kepada kepada kesemua Raja-Raja Melayu.

Beliau mendakwa, usaha tersebut kemungkinan sebagai perancangan halus PKR untuk mengapuskan institusi beraja dan sekaligus melenyapkan kegemilangan syiar Islam di negara ini.

"Oleh sebab itu, Wan Azizah sanggup hina Raja-Raja Melayu manakala Anwar pula berjanji Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, ini semua usaha untuk menghancurkan masa depan Melayu di negara ini," katanya.

Sambil menyifatkan usaha jahat ini sebagai berbahaya kepada masa depan orang Melayu, Syed Ali menegaskan orang Melayu perlu segera bangkit menentang 'idea gila' yang dibawa oleh parti tersebut.

Beliau bimbang jika perancangan jahat untuk menghapuskan institusi beraja di negara ini berjaya dilakukan pihak tertentu, orang Melayu akan terus dipinggirkan.
Usaha jahat jadikan Malaysia negara republik

Oleh itu katanya, presiden boneka PKR itu tidak sesuai lagi menetap di negara ini kerana beliau sanggup menderhaka kepada Raja melayu dan menjual masa depan bangsanya sendiri.

Syed Ali mengingatkan Wan Azizah supaya sedar dan insaf bahawa negara ini bukan pemerintahan secara republik, sebaliknya menjunjung kemuliaan sistem demokrasi dan Raja Berlembagaan.

"Kalau dia tergamak mencerca amanat Raja-Raja Melayu, rasanya orang seperti ini patut dihalau keluar bersama suaminya, juga pengkhianat dan pembelot kepada ketuanan Melayu, katanya.

"Saya tidak faham, apakah tidak ada sedikitpun darah keturunan Melayu di dalam jiwa Wan Azizah sehingga sanggup menderhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana ingin menjaga sekutu politiknya daripada bukan Melayu.
Beliau kesal kerana Wan Azizah dalam usahanya untuk mengemis simpati DAP dan segelintir kaum India sanggup menjual harga diri bangsanya sendiri.

Syed Ali mengulas ucapan Wan Azizah Pada Kongres Nasional ke-7 PKR di Petaling Jaya semalam yang antara lain dilaporkan berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan.

Tiada ulasan:

Pengikut