Isnin, 22 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Kemenangan Azmin tidak mampu pulihkan PKR yang semakin nazak

Posted: 21 Nov 2010 07:01 PM PST

KEPUTUSAN awal pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menunjukkan sebarang pembaharuan, malah sudah dijangkakan bakal dibarisi oleh mereka yang disenangi oleh Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail tetap kekal sebagai 'presiden boneka' yang tidak berupaya membuat sebarang keputusan.

"Barisan baru kepimpinannya masih mengikut telunjuk Anwar, mereka sebenarnya tidak mampu untuk memulihkan parti itu yang semakin nazak," tegasnya.

Beliau percaya Azmin Ali yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR akan terus kekal sebagai 'budak suruhan' Anwar dan tidak berkemampuan melakukan perubahan politik dalam parti itu.

Katanya, apa jua keputusan dan perubahan kepimpinan PKR bagaimanapun tidak memberi sebarang kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"PKR hari ini semakin teruk dengan pelbagai bentuk penyelewengan, ahlinya berdemontrasi menolak kepimpinan Anwar dan bertindak keluar parti, ini menunjukkan parti itu semakin hancur ," tegasnya.

Beliau mengulas keputusan awal pemilihan kepimpinan PKR yang menunjukkan Azmin bakal menyandang jawatan Timbalan Presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengarah Pilihan Raya, Fuziah Salleh dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman bakal menduduki kerusi Naib Presiden.

Menurut Syed Ali lagi, kesemua mereka yang mendahului saingannya merupakan barisan yang menepati selera Anwar untuk meneruskan cengkaman politiknya dalam parti berkenaan.

"Mereka ini sekadar pengikut yang tidak berani bersuara menegur atau mengkritik perlakuan politik ala-diktator Anwar dan sikap boneka Wan Azizah," uajrnya lagi.

Sehubungan itu, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menolak dakwaan pihak tertentu kononnya barisan tersebut sebagai calon berwibawa yang bakal membawa perubahan besar kepada PKR.

"Berwibawa hanya kepada Anwar tetapi ahli-ahlin di bawahnya telah melakukan pelbagai protes termasuk tunjuk perasaan mendesak beliau dan Azmin keluar daripada parti," katanya.

Mengulas parti baru yang bakal di tubuhkan oleh Datuk Zaid Ibrahim yang akan keluar daripada PKR 16 Disemebr ini, Syed Ali menjelaskan ianya bukan ancaman besar kepada UMNO.

"Apa yang ada pada Zaid ? sekadar meneruskan agenda peribadi untuk dilihat sebagai pemimpin walaupun pengikutnya hanya segelintir sahaja," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut