Selasa, 9 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dakwa Zaid akan terus bersubahat dengan Anwar

Posted: 08 Nov 2010 09:58 PM PST

SEDAR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca segala masalah dalam parti Keadilan Rakyat (PKR), maka tidak ada gunanya Datuk Zaid Ibrahim terus kekal bersama parti itu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, selagi Zaid kekal bersama PKR bermakna beliau akan terus bersubahat dengan segala kemungkaran dilakukan Anwar.

"Beliau kata Anwar dan Azmin Ali punca segala masalah, maka eloklah dia keluar daripada PKR," uajrnya.

Menurut beliau, jika Zaid sedar dalam tong itu ada najis, maka lebih baik jika dia yang cepat-cepat keluar daripada tong tersebut.

"Tetapi jika dia masih juga berada dalam tong tersebut, bermakna dia sendiri yang tidak bijak kerana masih sanggup diselimuti dengan najis," katanya.

Malah katanya, tindakan Zaid terus kekal bersama PKR menunjukkan dia tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan.

Beliau berkata, alasan Zaid beliau hanya menyuarakan rasa tidak puas hati akar umbi terhadap kepimpinan Anwar dilihat sekadar alasan untuk melepaskan diri.

Bagaimanapun Syed Ali tidak menolak kemungkinan Zaid sedar beliau kini sudah tidak ada tempat di dalam mana-mana parti politik.

"Dulu bersama UMNO, selepas dapat segala kesenangan, dia keluar dan maki-hamun UMNO, kini bermasalah pula dalam PKR, mana lagi dia nak pergi ?,", tambahnya.

Syed Ali mengulas pengakuan Zaid dalam satu sidang media di kediamannya padi tadi bahawa beliau tidak akan keluar PKR sebaliknya hanya menyuarakan rasa tidak puas hati akar umbi terhadap kepincangan PKR.

Zaid juga mendakwa Anwar dan Azmin adalah punca segala masalah yang berlaku dalam PKR.
"Mungkin juga ini taktik mereka, nak alihkan tumpuan rakyat terhadap kes Anwar yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Jenayah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari," tambah Syed Ali lagi.
Katanya, Anwar sememangnya amat licik dan berusaha mencari helah bagi melengah-lengahkan kes tersebut.
Untuk rekod, Isnin lalu Anwar telah memfaikan permohonan bagi meminda notis rayuan berhubung pertuduhan qazaf terhadap Mohd. Saiful ekoran terdapat satu perkataan yang tertinggal dalam dokumen tersebut.
Permohonan tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Syed Ali juga turut mempersoalkan selama mana Zaid mampu bertahan dengan Anwar yang disifatkannya sebagai mempunyai masalah peribadi.

"Kita nak lihat selama mana dia boleh menutup mata daripada melihat segala kemungkaran politik yang dilakukan Anwar," katanya.

Mengenai kemungkinan Zaid menyertai PAS, Syed Ali berkata perkara itu tidak mustahil kerana Zaid bukannya ahli politik yang berprinsip.

"Bagaimanapun saya percaya PAS tidak begitu mudah membuka pintu kepada Zaid kerana mereka (PAS) tahu sejarah politik beliau terutama di Kelantan," ujarnya.

"Saya tidak akan keluar PKR, Anwar dan Azmin punca segala masalah," - Zaid

Posted: 08 Nov 2010 09:05 PM PST

DATUK Zaid Ibrahim berkata tiada sebab mengapa beliau perlu keluar daripada Parti Keadilan rakyat (PKR).

Sebaliknya beliau hanya menyuarakan rasa tidak puas hati akar umbi terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan PKR.

Beliau mendakwa hanya puak Azmin Ali saja yang berpuashati dengan proses pemilihan tersebut.

Zaid menjelaskan demikian dalam sidang akhbar kahs di kediaman beliau di Tropicana, dekat Petaling Jaya, Selangor, pukul 11 pagi tadi ( Selasa).

Turut kelihatan di rumah Zaid ialah calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, Mustapha Kamil Ayub dan calon Naib Presiden, N. Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai.

Bagaimanapun, Gobalakrishnan tidak menyertai Zaid dalam sidang akhbar tersebut.

Semalam, Zaid membuat kejutan apabila mengumumkan melepaskan kesemua jawatan dalam PKR dan menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Zaid juga dilaporkan berkata, PKR hanya akan pulih atau 'reform' apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin keluar daripada parti itu.

"Mereka berdua adalah punca segala masalah kepada PKR," katanya.

Beliau juga mendedahkan wujud 'kong kalikong' dalam pemilihan PKR dan ia ada dalam bentuk video dan gambar.

Dalam nada cukup sinis dan sambil ketawa zaid berkata : "Anwar Ibrahim ada masalah peribadi (tanpa menyebutnya)".


Sementara itu, Mustapha Kamil memberi tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan supaya segera meneliti 162 aduan yang telah dikemukakan.

Tiada ulasan:

Pengikut