umno bahagian cheras |
GERAKAN seperti duri dalam daging kepada BN – Syed Ali Posted: 07 Nov 2010 08:58 PM PST GERAKAN masih lagi tebal dengan amalan rasis dan secara halus cuba membangkitkan kemarahan antara kaum di negara ini, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. "Semalam, mereka tuduh UMNO terlalu sombong dan tanggapan karut ini sengaja dibuat supaya berlaku keretakan antara parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya. Beliau berkata, GERAKAN juga menyelar tindakan kepimpinan 'abang dalam BN' yang didakwanya menyebabkan mereka hilang sokongan. "GERAKAN tidak rasional menuduh UMNO, sepatutnya mereka sedar kenapa kesemua calon mereka di Pulau Pinang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," ujarnya. Menurut Syed Ali, tuduhan yang dilemparkan terhadap UMNO dalam persidangan parti itu yang ke-30 semalam disifatkan sebagai serius dan membelakangkan semangat setiakawan BN. Wakil Melaka, Gan Peng Lam menjadikan contoh tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran sejarah sebagai wajib lulus pada perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Peng Lam mendakwa, tindakan Muhyiddin itu menunjukkan hanya satu parti (UMNO) yang berkuasa manakala MCA, MIC, GERAKAN dan PPP hanya penonton. Beliau menegaskan, wakil GERAKAN itu tidak sepatutnya mempertikaikan kewajaran Muhyiddin berbuat demikian kerana Timbalan Presiden UMNO itu juga memegang potfolio Menteri Pelajaran. "Inilah yang menjadi duri dalam daging kepada BN, mereka tidak iklhlas dan ada agenda lain untuk kepentingan tertentu," tambahnya. "Peng Lam terlalu kurang ajar, biadap dan tidak tahu untuk menghormati pemimpin tertinggi parti, mungkin inilah budaya baru di dalam GERAKAN. Sehubungan itu katanya, Peng Lam tidak perlu untuk mengajar Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya tumpukan usaha membaiki segala kepincangan dan kelemahan yang ada dalam GERAKAN. "Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri dan beliau membuat pengumumkan dalam satu Perhimpunan UMNO, parti terbesar mewakili majorirti rakyat di negara ini," ujarnya. Katanya, walaupun UMNO mendominasikan kerajaan BN tetapi tidak pernah berniat jahat terhadap mana-mana kaum atau rakannya dalam gabungan tersebut. "GERAKAN sepatutnya memperbetulkan dulu diri mereka, parti kecil yang hilang kesemua kerusi di Pulau Pinang tetapi berkokok seolah-olah mereka paling berkuasa," tegasnya. Sambil mengecam tindakan Peng Lam itu, Syed Ali menambah UMNO selama ini sentiasa berpegang kepada semangat permuafakatan dan menghormati prinsip tersebut. "UMNO sentiasa bertolak ansur dan tetap berpegang kepada prinsip BN walaupun ada kalanya mereka masih mempertikaikan hak dan kepentingan Melayu," katanya. Syed Ali menasihatkan generasi muda dalam GERAKAN supaya memahami sejarah dan tidak terikut-ikut dengan gaya politik pembangkang terutama DAP. |
Posted: 07 Nov 2010 07:44 PM PST Terkini ! DATUK Zaid Ibrahim, hari ini membuat pengumuman mengejut menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan turut juga meletakkan semua jawatannya dalam PKR. Punca beliau menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam PKR dikatakan kerana kecewa dengan amalan manipulasi dan penyelewengan dalam PKR. Bagaimanapun ada pihak mendakwa Zaid mengambil keputusan mengejut itu kerana kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dikatakan punca segala masalah yang berlaku dalam PKR malah beliau didakwa berkuasa penuh mencorak kepimpinan dalam parti itu. "Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap," kata Zaid dalam satu kenyataan di blognya. "Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini. "Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," katanya. Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam reaksinya mengenai perkembangan tersebut berkata, kehancuran PKR sudah dijangkakan. "Sebelum ini, saya sudah katakan bahawa Zaid hanya kayu buruk dalam politik tanahair, apatah lagi di dalam PKR beliau sekadar nasi tambah," tegasnya. Beliau menjelaskan, PKR bukan parti mewakili kepentingan rakyat tetapi hanya berjuang untuk membersih maruah Anwar yang terbabit dalam kes liwat. "Anwar menggunakan PKR untuk membalas dendam politik terhadap pemimpin UMNO dan bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri," katanya. |
You are subscribed to email updates from umno bahagian cheras To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan