PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
Penuntut Universiti Berpolitik, Reaksi Berbeza MPM Posted: 14 Nov 2010 07:31 AM PST PETALING JAYA: Beberapa ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) universiti tempatan di sini memberi reaksi berbeza mengenai cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus. Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaysia sesi 2009/2010, Khairul Anuar Abu Kasim berkata, dia menyokong cadangan tersebut kerana mahasiswa hakikatnya tidak boleh lari daripada berpolitik kerana mereka masih berpolitik dalam kampus. "Fenomena berpolitik di kampus adalah hampir sama seperti di luar. Cuma suasana berpolitik di luar berbeza dengan suasana di dalam kampus. "Kalau mereka matang berpolitik, ia adalah tiada masalah," katanya kepada mStar Online. Khairul Anuar diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri bahawa mahasiswa sepatutnya dibenarkan menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus. Mohamed Nazri berkata, mereka harus diberi kebebasan untuk mengembangkan minda dan universiti perlu menyifatkannya sebagai suatu proses pembangunan dan bukannya satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Bagaimanapun, Khairul Anuar berpendapat, pihak berkenaan perlu memastikan tidak wujudnya unsur negatif dalam aktiviti berpolitik. "Keduanya, mahasiswa mestilah mempunyai pendirian untuk lebih mengutamakan pengajian di universiti daripada berpolitik. Mereka juga harus tidak mengganggu status atau kedudukan mereka sebagai penuntut universiti serta mencemarkan nama baik universiti apabila berpolitik," jelasnya. Dalam pada itu, Presiden MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Ridhwan Mat Salleh memberitahu, sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik menerusi pindaan AUKU, kerajaan perlu mengkaji semula sama ada langkah tersebut mampu memberikan kesan kepada keputusan akademik mahasiswa. "Mereka yang sepatutnya mengulangkaji pelajaran masing-masing pada Sabtu dan Ahad pula sebaliknya menggunakan waktu belajar itu untuk berkempen," katanya. Tambah Muhammad Ridhwan, mahasiswa kurang sesuai melibatkan diri dalam kancah politik semasa. Sementara itu, Exco MPM Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Izzat Ismail menyifatkan cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan kerana keutamaan mahasiswa adalah belajar dan bukannya berpolitik. Katanya, dia bimbang mereka yang taksub berpolitik akan hilang fokus pada pengajian lebih-lebih lagi universiti adalah tempat mereka mempersiapkan diri sebelum memasuki pasaran kerja kelak. |
'Haram' media di DUN Kedah tetap berjalan Posted: 13 Nov 2010 09:15 PM PST Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini. Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini. Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu. Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu. Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi. "Saya hanya menjalankan tugas," katanya. Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu. Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan