Sabtu, 13 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


'Haram' media: GERAKAN sedih, NUJ ajak boikot

Posted: 13 Nov 2010 03:13 AM PST

Pemuda GERAKAN Kedah mendesak pemimpin kanan Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak berdiam diri dalam isu larangan terhadap beberapa media daripada membuat liputan di belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri itu esok.

Ketua Pemuda GERAKAN negeri Tan Keng Liang berkata, ini kerana kebebasan media di negeri jelapang padi itu kini semakin terjejas.

"Pakatan Rakyat juga perlu menjamin dan mengekalkan kebebasan media di negeri Kedah," katanya.

"Saya berharap pemimpin-pemimpin pusat Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan mengabaikan kepentingan rakyat negeri Kedah."

Kerajaan PAS Kedah dilaporkan mengeluarkan arahan itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh setiausaha akhbar menteri besar yang hanya membenarkan Harakah, The Star, Sinar
Harian, Sin Chew Daily and Makkal Osai membuat liputan sesi belanjawan sehingga Selasa ini.

Dilaporkan juga, larangan itu ekoran dakwaan terdapat manipulasi berita dan liputan terhadap mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tan berkata, beliau sedih apabila kebebasan media bukan hanya disekat, malah petugas media didakwa berhadapan dengan ancaman dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pihak media tersebut hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Saya berharap pihak media di Kedah akan tabah dalam mengharungi situasi sedemikian di negeri Kedah," kata Tan lagi.

Tan juga menjelaskan, larangan itu bertentangan dengan janji Pakatan untuk memberi kebebasan kepada media Malaysia.

Selain Pemuda GERAKAN, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia Hata Wahari dilaporkan kecewa dengan langkah itu, sekali gus mendesak larangan itu dibatalkan.

"Ia suatu tindakan kerajaan negeri yang tidak rasional dan tidak adil dengan memilih beberapa media tertentu.

"Mereka tidak harus berlebih-lebihan melatah terhadap laporan yang tidak digemari mereka," Hata yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia dipetik sebagai berkata.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak mahu menarik balik surat (larangan itu), semua organisasi media patut memulaukan persidangan DUN sebagai tanda bantahan."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO tak akan terima semula Zaid – Tengku Adnan

Posted: 12 Nov 2010 11:11 PM PST

PUTRAJAYA 13 Nov. – UMNO tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada UMNO.

"Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah. Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen Barisan Nasional (BN), orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska Kemas sekitar Putrajaya, di sini hari ini.

Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.

Namun, Zaid yang dipecat dari UMNO pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan UMNO dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Pengikut