Sabtu, 13 November 2010

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Berapa kali lagi nak buat Tuanku MURKA!

Posted: 12 Nov 2010 06:59 PM PST

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, pada sidang media khas di Dewan Annex, di sini berkata, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah.

"Baginda berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau digunakan untuk membiayai lebih ramai pelajar daripada golongan kurang berkemampuan selaras visi, misi dan objektif penubuhan Yayasan Selangor.
"Baginda juga sudah dimaklumkan bahawa Datuk Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan kos yang terbabit. Baginda menasihatkan Yayasan Selangor untuk lebih prihatin menguruskan kewangan dan fokus ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas penubuhannya," katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Ramli berkata, pada mulanya baginda berkenan berangkat ke majlis itu atas dasar Yayasan Selangor adalah badan kebajikan kerajaan negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan luar bandar Selangor.

Katanya, Sultan Selangor percaya keberangkatan baginda ke majlis itu dapat menyuntik semangat warga kerja yayasan berkenaan selain menghargai jasa badan itu dalam membantu meningkatkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran yang dapat menjamin masa depan.
Di samping itu, beliau berkata, baginda berharap dapat bermesra dengan anak-anak di bawah kelolaan Yayasan Selangor dan untuk memberikan motivasi agar mereka dapat belajar dengan lebih gigih.

Pada asalnya majlis yang dicadangkan itu adalah majlis makan malam. Baginda berpendapat majlis makan malam akan membabitkan belanja yang tinggi dan menitahkan Yayasan Selangor mengadakan majlis makan tengah hari. Bagaimanapun, baginda terkejut dan amat dukacita apabila mendapat maklum kos untuk majlis itu amat tinggi, katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, ketika dihubungi menafikan perbelanjaan majlis makan tengah hari itu melebihi RM300,00, sebaliknya hanya kira-kira RM285,000 bagi penyediaan makanan untuk 200 jemputan khas di meja diraja dan kira-kira 2,000 tetamu biasa.

Kita juga terpaksa menyewa tiga khemah besar kerana majlis diadakan di padang selain pelbagai perbelanjaan termasuk hiasan, kad jemputan, gimik persembahan dan sistem audio, katanya sambil menambah Yayasan Selangor sedia membatalkan majlis itu jika disarankan pihak atasan.

Tiada ulasan:

Pengikut