Isnin, 29 November 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Anwar Anugerah Tuhan – Nik Aziz Nak Inter Frame Juga!!!

Posted: 29 Nov 2010 04:38 AM PST

Rasanya dah banyak dah cerita pasal Anwar dan anugerah tuhan ini, maklum benda kelakar, mestilah heboh dibualkan orang. Tapi yang penulis nak kongsikan hari ini ialah bila Nik Aziz pun taknak ketinggalan menyokong kenyataan Wan Azizah tersebut. Sudahlah ramai yang ketawa tak henti sejak semalam atas kenyataan tersebut maka sokongan Nik Aziz seperti disiarkan Astro Awani sebentar tadi sekadar meriuhkan lagi keadaan.

Silap-silap ada yang berguling-guling.

Nik Aziz, nama yang cukup sinonim dengan tuhan. Bukan sebab dia tuhan (walaupun ada pengikutnya yang puja puji dirinya macam dewa hidup) tapi sebab dia suka ambik alih kuasa tuhan macam dosa pahala tak ketinggalan syurga dan neraka. Secara tak langsung, Nik Aziz anggap dirinya wakil tuhan dan tak hairanlah bila saja Wan Azizah sebut yang Anwar anugerah tuhan, maka tak lengah lagi Nik Aziz pun nak bagi komen juga, maklumla ada perkataan tuhan.

Bila Wan Azizah puji suaminya sendiri sebagai Anugerah dari Tuhan, itu kita boleh faham (setuju tak setuju lain cerita), dah tentulah kawan tu suaminya sendiri. Walaupun bermula dengan agak kecoh seperti dikatakan orang, kahwin lari, takde restu dan sebagainya, Anwar tak sia-siakan Azizah walaupun sepanjang tempoh masa perkahwinan itu Azizah pun Azizah juga, yang belakang jantan lain itu pun disesah tak lupa. Kalau ada pun kekurangan yang kami boleh kata ialah jangkamasa 'bersama' itulah seperti mana yang disebut dalam perbicaraan kes baru-baru ini - 5 minit.

Lain dari itu mungkin macam biasa.

Jadi bila Nik Aziz pun nak bersetuju dengan Azizah atas dasar apa pula? Seperti disebut di atas, yang Wan Azizah ada sebab yang mendorong memuji suaminya sendiri sedemikian, yang Nik Aziz apahal pulak?Ada cerita yang kami semua tak tahu ke? Maklum, Anwar dan Nik Aziz bukan ke sama-sama jantan…

Dalam menyokong cakap Wan Azizah, Nik Aziz dipetik dalam lapuran Awani tadi sebagai berkata Anwar dah cantik masa dalam ABIM cuma 'silap' langkah bila memilih untuk masuk UMNO, tidak masuk PAS. Tapi nak bertanya kepada Nik Aziz, apakah sekarang Anwar masuk PAS setelah dibuang dari UMNO? Dia tetap tak masuk PAS sebaliknya tubuhkan parti baru dimana dia berkuasa penuh walaupun takde jawatan rasmi. yang dilantik secara demokrasi. Lebih kurang kedudukkan Nik Aziz dalam PAS cuma berbeza pada nama. So apa yang istimewanya, apa yang anugerahnya?

Atau Nik Aziz dah jadi burung tekukur juga? Sini kata anugerah, dia pun anugerah. Nik Aziz bukanlah bijak sangat dalam membuat perbandingan, itu yang jadi isu tahun lepas bila menerima pakej mewah menunaikan haji ke Mekah bernilai RM 60k. Jadi kalau hari ini Nik Aziz silap beza kehadiran Anwar sebagai anugerah atau malapetaka dari tuhan, kita taklah terkejut sebab dia memang biasa macam itu.

PKR dan Anwar memetik kata Timbalan Perdana Menteri – ibarat kapal nak karam. PAS yang jauh lebih senior tapi masih nak berpaut pada yang nak karam ni kenapa? Agak Nik Aziz tahu ke kat luar dewan dimana Kongress berlangsung ada demonstrasi yang dijalankan bagi menyatakan rasa tak puas hati terhadap kepimpinan Anwar? Itu tanda apa? Itu tanda kepimpinan PKR ini ditolak oleh orangnya sendiri, Nik Aziz yang duk luar kapal pulak nak memandai-mandai bersetuju dengan cakap Wan Azizah yang Anwar anugerah tuhan.

Nik Aziz, elokla diam, lagi banyak cakap, lagi banyak kami ketawa tau………

Oleh: Adamyan

Tiada ulasan:

Pengikut