Khamis, 21 Oktober 2010

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM: Perhimpunan Agung Titik Permulaan Model Politik Baru

Posted: 20 Oct 2010 10:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Perhimpunan Agung Umno 2010 menjadi titik permulaan kepada budaya dan model baru politik Umno untuk lebih terbuka dan lebih inklusif.

Perdana Menteri berkata perhimpunan kali ini, selepas setahun Perlembagaan Umno dipinda, perlu disusuli dengan perubahan daripada segi budaya dan tindakan seluruh anggota parti.

"Peranan parti diakar umbi mesti bersifat inklusif dan dapat menunjukkan imej yang disenangi rakyat (dan) sentiasa dekat di hati rakyat (melalui) pelbagai aktiviti, dan kita dapat tunjukkan Umno merupakan pemudah cara dan pelopor kepada segala kegiatan di akar umbi," katanya.

"Peranan parti diakar umbi mesti bersifat inklusif dan dapat menunjukkan imej yang disenangi rakyat (dan) sentiasa dekat di hati rakyat (melalui) pelbagai aktiviti, dan kita dapat tunjukkan Umno merupakan pemudah cara dan pelopor kepada segala kegiatan di akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Dalam taklimatnya selama sejam itu, Najib berkata beliau menekankan cabaran-cabaran yang dilalui parti dan usaha pemulihan ekonomi negara yang telah berjaya ditangani.

Ditanya mengenai penerimaan anggota Umno terhadap usaha transformasi parti itu, Presiden Umno berkata perkara itu akan mengambil masa kerana ia melibatkan perubahan dalam diri anggota sendiri.

"Transformasi manusia memakan masa, transformasi fizikal mudah. Semua orang tahu transformasi manusia suatu yang amat mencabar, tetapi kita akan cuba melakukannya. Saya melihat ada yang respons, dan ada yang memakan masa lagi untuk menghayati sepenuhnya (transformasi itu).

"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.

Najib berkata beliau juga mengingatkan anggota parti supaya mengukuhkan perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan "kita akan mulakan perjalanan ini dengan usaha mengukuhkan parti kita, penyatuan di peringkat bahagian adalah amat penting dalam pengukuhan parti."

Najib berkata Umno akan terus mempertahankan prinsipnya yang sentiasa bertimbang rasa dan adil kepada semua kaum.

"Ini satu prinsip yang kita pakai sejak dahulu, lagi sejak zaman (Perdana Menteri Pertama) Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) lagi dan kita amalkan prinsip yang sama, cuma yang berbeza ialah memperincikan strategi yang kita lakukan, tetapi prinsip dan falsafah adalah sama," katanya.

Menjawab soalan mengenai pemilihan Parti Keadilan Rakyat di peringkat cabang yang kucar-kacir, manakala Umno pula bakal mengadakan pemilihan parti yang memperuntukkan jumlah pemilih yang ramai daripada sebelum ini, Najib berkata:

"Kita ada cara kita sendiri. Kita akan uruskan perkara ini. Kita sedar tidak mudah dan pandang ringan, tapi saya percaya ahli Umno akan menghormati disiplin dan tunjukkan imej yang baik."-Bernama

UMNO SEBUAH PARTI MEMPERJUANGKAN ISLAM

Posted: 20 Oct 2010 08:45 AM PDT

Desas-desus kedengaran baru-baru ini ada pihak yang mengatakan bahawa parti UMNO bukanlah parti yang memperjuang dan mempertahankan Islam. Kadangkala sekiranya difikirkan dengan tenang perkara ini sama sekali adalah tidak berasas. Semuanya ditimbulkan kerana UMNO tidak dilihat seperti memperjuangkan Islam walhal hakikatnya banyak perkara yang dilaksanakan melalui pendekatannya adalah berlandaskan Islam.

Objektif dan asas tujuan penubuhan UMNO di dalam perlembagaannya adalah seperti berikut:


FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.


3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.


3.2

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.


3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.


3.4

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.


3.5

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.


3.6

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.


Jelas, nyata dan terang pada fasal 3.3 telah menyatakan bahawa asas dan tujuan UMNO adalah untuk menegakkan, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan agama. Bagaimana UMNO melaksanakan asas tujuan ini?

Jawapannya adalah melalui pendekatan yang berbeza sama sekali dengan parti Islam yang lain. UMNO tidak pernah menggunakan pendekatan 'Islam ekstrim' dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam di dalam negara. Banyak pendekatan yang diambil semuanya berlandaskan 'Islam berhikmah' melalui pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kemurnian perjuangan Islam dalam UMNO tidak pernah diwar-warkan kerana khuatir agama Islam itu sendiri akan dipersalahkan sekiranya terdapat kesilapan dalam pelaksanaan sesuatu perkara. Dalam waktu yang sama UMNO tetap menghormati kebebasan agama lain. Ianya benar-benar seperti dalam Al-Quran yang menyebut 'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'. Banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan tetapi cukuplah sekadar ini sahaja kerana keilkhlasan dalam memperjuangkan agama itu lebih penting dari mewar-warkannya.

Kesimpulannya ternyata bahawa parti UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam. Cuma cara dan pendekatan yang digunapakai adalah berbeza semata-mata untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam negara. Walhal Islam itu sendiri bermakna sejahtera. Percayalah wahai saudaraku UMNO tetap akan mempertahankan Melayu dan Islam kerana wadah perjuangan tidak pernah tersasar dari landasan agama.

Ini berbeza dengan PAS yang kini kelihatan terlalu liberal sehinggakan pada muktamarnya yang lepas pun tidak pernah membincangkan tentang hal agama kerana mereka kuatir akan disergah oleh rakan DAP yang mereka sayangi. Mereka lebih mengutamakan umat lain dari saudara seIslam mereka. Mungkin pendekatan Islam mereka sebegini rupa. Wallahu aalam. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.


Fikir-fikirkanlah.....

-saudara seislam.

Tiada ulasan:

Pengikut