Jumaat, 29 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali ingatkan pemimpin Melayu jangan retorik dalam soal bertolak ansur

Posted: 28 Oct 2010 08:30 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, sikap bertolak ansur orang Melayu dengan kaum lain di negara ini telah dijadikan isu kepada sesetengah pihak untuk mencari populariti politik.

Sehubungan itu katanya, pemimpin Melayu terutama UMNO perlu mempunyai pendirian tegas dalam soal tolenrasi dan tidak bersikap retorik hanya kerana ingin menjaga hati sekutu politik di dalam Barisan Nasional (BN).

"Kita sering menasihati rakyat agar sentiasa bertolak ansur tetapi dalam masa yang sama pemimpin Melayu kita sendiri yang mengkhianati aspirasi Melayu kerana ingin mendapat sokongan atau dilihat popular," tegasnya.

Tanpa berselindung, Syed Ali mendedahkan ada pemimpin Melayu tergamak mengutuk bangsanya sendiri kerana berpendapat dengan berbuat demikian mereka akan mendapat undi daripada bukan Melayu.

"Ini yang menjadi masalah kepada kita selagi ada pemimpin Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pihak lain kerana menjaga kepentingan politik," katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah tenat apabila kaum bukan Melayu mengambil kesempatan di atas sikap itu kerana menyedari orang Melayu telah berpecah belah kerana agenda politik.

Beliau sekali lagi menyebut contoh bagaimana isu dua orang pengetua sekolah dan pegawai Biro Tata Negara (BTN) yang dijadikan korban politik atas alasan meniupkan sentimen rasis.

"Tetapi yang malangnya kepada kita, bukan Melayu yang mencemarkan surau dan mencerca hak Melayu dan Raja-Raja dibiarkan bebas, sekadar diberikan nasihat setelah ada campur tangan politik kumpulan bukan Melayu," ujarnya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bukan Melayu supaya jangan sengaja mencabar tahap kesabaran orang Melayu dengan mencetuskan isu perkauman, agama, keistimewaan Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Dalam hal ini, Syed Ali menyokong pendirian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahamd Zaid Hamidi yang mengingatkan orang Melayu supaya jangan menggadaikan maruah negara ketika mereka sentiasa bertolenrasi dengan kaum lain di negara ini.

Katanya, pemimpin Melayu hendaklah menunjukkan pendirian yang jelas kepada rakyat di bawah bahawa mereka sentiasa berpegang kepada semangat ketuanan Melayu dan tidak bersikap double standard apabila berdepan dengan isu perkauman.

"Apa yang ditegaskan oleh Zaid itu sudah jelas bahawa kita (pemimpin) UMNO sentiasa menghormati hak orang lain tetapi maruah dan masa depan negara tetap dipertahankan daripada dikhianti pihak yang berkepentingan," tegasnya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Zaid yang dilaporkan berkata sikap bertolak-ansur yang keterlaluan serta tidak yakin dengan pegangan kaum sendiri menyebabkan bangsa itu sentiasa dipermainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

"Orang Melayu itu terlalu bertoleransi dan sering bertolak ansur sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur," kata Zaid yang juga Menteri Pertahanan ketika melancarkan buku Nasib Melayu di Bumi Melayu tulisan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah di Perpustakaan Negara, semalam.

Tiada ulasan:

Pengikut