TERHAKISNYA kekuatan UMNO berpunca daripada sikap sesetengah pemimpinnya sendiri yang sanggup berkongsi 'kemarahan' dengan bukan Melayu untuk mengecam orang Melayu yang dilebelkan sebagai rasis.
"Pemimpin UMNO jenis ini sanggup kecam dan desak kerajaan kenakan tindakan keatas orang Melayu yang mempertahankan hak dan kedudukan Melayu kerana ingin menjaga hati rakan bukan Melayu," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras,
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Katanya, bukan Melayu terutama rakan komponen Barisan Nasional (BN) sengaja bersikap
double-standard dan turut memainkan sentimen perkauman kerana ingin menguji sejauhmana respon pemimpin Melayu.
Sebagai contohnya kata beliau, dalam isu dua pengetua sekolah dari Johor dan Kedah serta seorang Pegawai Biro Tata Negara (BTN) telah menjadi mangsa sikap 'rasis' pemimpin bukan Melayu di dalam BN.
"Tiga penjawat awam Melayu itu dikecam hebat hebat oleh pemimpin politik bukan Melayu dan didesak supaya dikenakan tindakan tegas, malangnya pemimpin Melayu yang ingin mengambil hati bukan Melayu juga berbuat desakan yang sama," ujarnya.
Beliau kecewa kerana apabila bukan Melayu menuduh adanya Melayu yang amalkan sikap rasis maka akan ada pula pemimpin UMNO sambut kenyataaan terebut dengan turut membuat kenyataan yang lebih keras.
Akibatnya, orang Melayu mula beranggapan bahawa UMNO sudah hilang semangat perjuangannya untuk mempertahankan maruah dan masa depan mereka.
"Akhirnya menimbulkan persespsi bahawa jika UMNO sudah tidak berani lagi untuk mempertahankan hak mereka, maka apakah untungnya mereka kekal menyokong UMNO," soal Syed Ali.
Menurutnya, persespsi negatif itu perlu diubah segera dan pemimpin UMNO terutama yang memegang jawatan harus bermuhasabah untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Beliau mengulas sebuah rencana bertajuk
'Renungan buat pemimpin UMNO' yang ditulis oleh seorang pembaca,
Azmi Yahya daripada Kuala Lumpur diruangan
Pendapat , dalam
Utusan Malaysia hari ini (Sabtu), yang memetik 7 Wasiat Raja Melayu dan pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang pernah menyatakan Melayu akan hilang kuasa dalam PRU-13 jika tidak bersatu, maka Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini harus benar-benar menjadi medan yang membolehkan orang Melayu berasa selamat di bawah UMNO.
Penulis itu juga menyebut satu demi satu kes yang dilihat mencabar kedudukan Raja seperti ingin mengheret Sultan Perak ke mahkamah, Namewe melalui video klip
'Negarakku' dan
'Nah Suck Banana', selain mempertikaikan Perkara 153 dalam Parlimen. Maka berebut-rebutlah pemimpin Melayu dan BN memaafkan atas nama 'perkongsian kuasa'.
Menurut Syed Ali lagi, gambaran yang diluahkan oleh penulis tersebut jelas merupakan suara kebimbangan orang Melayu termasuk penjawat awam yang selama ini menjadi sebahagian daripada tunjang kekuatan UMNO.
"Jika penjawat awam terutama orang Melayu sudah merasakan kedudukan mereka tidak terbela, saya khuatir arah sokongan mereka kepada kerajaan akan beralih," ujarnya.
"Oleh sebab itu, saya bersetuju dengan artikel tersebut kerana ia memberi isyarat jelas bahawa orang Melayu sudah berada di persimpangan keyakinan terhadap UMNO dan peluang itu mula dieksploitasikan oleh pembangkang," katanya.
Sehubungan itu tegas Syed Ali, pemimpin UMNO harus menerima hakikat bahawa selagi ada sesetengah pemimpin yang sanggup mempersendakan bangsanya sendiri lambat laun kekuatan UMNO menjadi lemah.
"Kita sering menyalahkan bukan Melayu yang menekan hak Melayu tetapi sebenarnya keadaan menjadi lebih parah apabila ada pula sesetengah pemimpin Melayu di dalam UMNO yang turut berbuat demikiain kerana ingin popular dan mendapat sokongan bukan Melayu," tegasnya.
Katanya, pemimpin jenis ini sebenarnya tidak harus ada di dalam UMNO dan sewajarnya disingkirkan segera supaya tidak menjadi barah kepada perjuangan parti membela masa depan orang Melayu di negara ini.
Menurut Syed Ali, peringatan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung UMNO hari ini sudah jelas memberi gambaran bahawa pendekatan dan kaedah perjuangan parti perlu menjunjung kepentingan dan hak orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan