Khamis, 21 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali ingatkan Pemuda Pas jangan terlalu gelojoh

Posted: 21 Oct 2010 07:46 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan Dewan Pemuda Pas jangan terlalu gelojoh memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana nafsu politik.

Menurutnya, pemuda Pas sanggup bertindak melulu menyerang Rosmah bertujuan mencemarkan nama baik dan reputasi Datuk Seri Mohd. Najib selaku Perdana Menteri.

Ini jelas beliau, Dewan Pemuda Pas sanggup mengadakan perhimpunan di dua masjid berasingan selepas solat Jumaat esok kononnya mengecam tindakan Rosmah hadir pada Festival Busana Muslim di Morte Carlo, 9 Ogos lalu.

"Mengapa mereka (pembangkang) terlalu memusuhi dan membenci Rosmah sehingga tergamak melakukan pelbagai ikthiar untuk mencemarkan nama baik beliau," katanya.

Sepatutnya kata beliau, Dewan Pemuda Pas perlu terlebih dahulu mendapat malumat yang jelas mengenai isu tersebut.

"Dewan Pemuda PAS dakwa Rosmah hina syariat Islam dan Rasulullah kerana hadir di majlis tersebut, ini menunjukkan mereka terlalu dangkal dan gelojoh," tegasnya.
Sebaliknya jelas Syed Ali, Rosmah hadir pada majlis tersebut sebagai jemputan khas atas undangan pihak pengajur yang berkebetulan berasal dari negara ini.

"Berdosakah Rosmah hadir pada majlis memperagakan pakaian muslim ? apa bezanya dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah hadir di majlis perayaan agama Budha tidak lama dulu," katanya.

Beliau berkata, jika Nik Aziz juga menghina syariat Islam kerana mengunjugi kuil Budha, maka Dewan Pemuda Pas sepatutnya terlebih dahulu mengadakan perhimpunan mengutuk Mursyidul Am Pas itu.

"Ini menunjukkan pemuda Pas sanggup melakukan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik mereka," katanya.

Beliau mengecam tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan yang akan mengetuai perhimpunan di Masjid Ahmad Shah di Kuantan selepas solat Jumaat (esok) manakala di Masjid Kg. Baru Kuala Lumpur akan diketuai oleh Exco Pemuda Pas, Kamarulzaman Mohamad.

Bagaimanapun kata Syed Ali, sudah menjadi kegemaran Dewan Pemuda Pas yang lebih gemar mengadakan perhimpunan dan demontrasi untuk menarik perhatian rakyat.

"PAS termasuk parti pembangkang lain sebenarnya tidak ada asas untuk menyerang Najib, jadi mereka sengaja menjadikan Rosmah sebagai sasaran fitnah," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan Pas akan memperhebatkan lagi serangan fitnah dan dakyah jahat untuk memburukkan pemimpin UMNO menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Syed Ali sifatkan ucapan Presiden bawa harapan baru kepada perjuangan UMNO

Posted: 20 Oct 2010 11:25 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai terbuka dan membawa harapan baru kepada perjuangan orang Melayu menerusi UMNO.

"Ianya banyak berkisar kepada masa depan, hak dan cabaran umat Melayu serta UMNO yang dilihat berjaya meletakkan Melayu sebagai bangsa yang disegani," tegas beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berpendapat intipati ucapan tersebut turut mengingatkan bukan Melayu supaya menghormati dan menerima realiti bahawa dominasi politik UMNO telah dipersetujui oleh masyarakat majmuk di negara ini.

"Inilah asas pembentukan Malaysia yang dipelopori oleh UMNO sejak mula merdeka sehingga sekarang yang harus dipertahankan," tegasnya.

Menurutnya, intipati ucapan itu juga dilihat menjuruskan kepada masa depan orang Melayu sebagai struktur penting dalam sistem pemerintahan negara ini sejajar dengan pengenalan Model Politik Baru (MPB).

"Pada saya, Najib telah berjaya membawa seluruh perwakilan supaya sentiasa bersiapsiaga dengan penuh tertib dan berhemah untuk mengharungi cabaran masa depan yang lebih getir," tegasnya.

Mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini, Syed Ali berkata kejayaan pemimpin UMNO mengurustadbir negara ini membuktikan kepimpinannya yang dinamik dan prgamatik sesesuai denga tuntutan masa.

Mengenai ingatan Najib supaya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dincang dan dan dipersoalkan secara terbuka, beliau berkata mereka yang masih mempertikaikannya dilihat hanya mengutamakan kepentingan politik.

"Golongan ini sengaja mempertikaikan perkara tersebut bagi memenuhi agenda politik perkauman dan supaya dilihat sebagai jaguh kepada satu-satu kaum atau etnik," katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, politik perkauman yang cuba disemarakkan oleh pihak pembangkang ternyata telah ditolak oleh rakyat kerana mereka sedar konsep masyarakat majmuk adalah teras kepada kestabilan politik negara selama ini.

Syed Ali menambah, Perkara 153 sudah jelas merupakan asas kepada kontrak soaial sepertimana termaktub dalam perlembagaan dan mereka yang masih mempertikaikannya perlu dikenakan tindakan tegas.

"Oleh sebab itu, saya sudah beberapa kali mencadangkan supaya mereka yang sengaja mempertikaikan dan berusaha untuk meminda perlembagaan tersebut di kenakakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," tegasnya.

"Seperti kata Presiden, ianya ibarat api dalam sekam, maka pada saya hanya tindakan undang-undang sahaja yang boleh membendungnya.

Syed Ali mengulangi ingatan Najib bahawa cubaan meminda perlembagaan adalah usaha sia-sia kerana ia tertakluk kepada perkenan Majlis Raja-Raja, bukannya menerusi undi di Parlimen.

"Saya ingin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah pembangkang kononnya mereka berkuasa meminda perlembagaan, itu semua cerita bohong," katanya.

Menurut beliau lagi, terdapat tiga peringatan disuarakan oleh Najib – mengakui kelemahan, muhasabah dan mulakan gerak kerja perlu diberikan perhatian oleh seluruh kepimpinan UMNO di setiap peringkat.

Beliau berkata, pemimpin UMNO perlu bermuhasabah diri dan memperbetulkan kesilapan masa lalu terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

"Kita telah menerima hakikat kepahitan pada PRU ke-12 kerana kecuaian kita, maka mulai sekarang seluruh kepimpinan UMNO perlu melakukan perubahan dengan gerak kerja bersepadu dan berhemah untuk menawan kembali hati rakyat," ujarnya.
Mengenai pendedahan Presiden UMNO terhadap mereka yang bersifat 'musang berbulu ayam', Syed Ali menjelaskan sikap ini jika tidak banteras akan mencacat dan akhirnya meruntuhkan perpaduan di dalam parti.

Tiada ulasan:

Pengikut