Jumaat, 15 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Ketua Wanita PKR dinasihati tengok dalam kain sendiri sebelum buat fitnah

Posted: 15 Oct 2010 12:02 AM PDT

"TENGOK dalam kain sendiri dulu, baru tengok dalam kain orang lain," spontan jawab Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengenai tuduhan terbaru Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu kecewa dengan sikap pembangkang yang masih menjadikan isteri Perdana Menteri sebagai sasaran politik untuk meraih populariti. murahan.

"Wanita PKR ini tak ada kerja lain, hanya selak (buka) kain orang dengan macam-macam fitnah, ini gambaran pemimpin politik yang tidak berkualiti,"tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, Zuraida sepatutnya menutup kain PKR yang semakin terlondeh dan mendedahkan pelbagai penyakit.

"Saya kasihan dengan Ketua Wanita PKR ini, kain sendiri dah nak terlucut dengan isu liwat pemimpin umumnya dan pelbagai kepincangan, tetapi masih juga tidak sedar diri," tegasnya.

Oleh sebab itu tegas beliau, tuduhan Zuraida kononnya Rosmah berlagak sebagai menteri walaupun tiada jawatan rasmi adalah tidak berasas.

Dalam portal berita Malaysiakini, Zuraida membidas cadangan Rosmah supaya ditubuhkan pusat bersepadu membantu remaja yang melahirkasn bayi tanpa berkahwin.

Ketua Wanita PKR itu mendakwa tindakan Rosmah dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Syed Ali, anggapan sedemikian menunjukkan Zuraida masih tidak faham peranan sesebuah kementerian dengan kumpulan penggerak dan pemikir yang berfungsi untuk kepentingan rakyat.

Beliau memberitahu, Shahrizat tetap dengan tanggungjawab dan tugasnya sebagai menteri kabinet manakala Rosmah pula adalah isteri kepada Perdana Menteri.

"Jika idea atau cadangan yang disuarakan oleh Rosmah atau mana-mana isteri pemimpin yang dianggap baik, maka ianya tidak boleh disifatkan sebagai cuba campur tangan," ujarnya.

Katanya, Rosmah telah memberikan cadangan baik dalam menangani isu moral remaja masa kini termasuk kes hamil luar nikah atau melahirkan bayi tanpa suami.

"Apakah Wanita PKR cemburukan Rosmah kerana menpunyai cadangan bernas, berbading mereka (wanita PKR) yang mandul idea dan hanya sibuk membuka kain orang dengan fitnah dan adu domba," soal beliau.

Katanya, inilah bezanya UMNO dengan perjuangan politik PKR yang menyekat orang lain daripada bersuara dan memberikan pandangan.

"Zuraida seperti ketagih untuk bercakap memburukkan orang lain disebabkan PKR amalkan sistem kuku besi yang tidak memberi peluang pemimpinnya mengeluarkan cadangan kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya sahaja," katanya.

Sebaliknya kata Syed Ali lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat pelbagai input daripada kumpulan penggerak, pemikir, kumpulan profesional yang mewakili pelbagai latar belakang termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) dalam memastikan halatujunya pembangunan negara memberi manfaat kepada rakyat.

Oleh sebab itu jelasnya, UMNO sentiasa mendahului kepentingan rakyat daripada agenda politik, tidak sepertimana PKR, parti anak beranak yang ditubuhkan hanya untuk memuaskan nafsu politik.

Dalam hal ini katanya, Rosmah hanya memberikan cadangan yang baik untuk masa depan remaja, bukan bermakna memaksa kerajaan buat apa yang dicadangkan itu.


















Syed Ali sifatkan Anwar hilang punca dakwa PRU diadakan secara mengejut

Posted: 14 Oct 2010 08:36 PM PDT

JANGKAAN Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerajaan akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secara mengejut hanya helah untuk mentutup kegusarannya terhadap perpecahan yang sedang berlaku dalam pakatan tersebut.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, keretakan dalam PR terutama krisis kepimpinan yang meruncing dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuatkan Anwar semakin hilang punca.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilihat tidak ada keperluan mendesak sehingga terpaksa mengadakan PRU secara mengejut hanya semata-mata untuk kekal berkuasa," tegasnya.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan BN masih mempunyai tempoh meneruskan pelbagai dasar dan agenda untuk memacu negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat kearah yang lebih praktikal.

Katanya lagi, Najib yang juga Presiden UMNO lebih mengutamakan keperluan rakyat berasaskan kepada konsep 1Malaysia daripada kepentingan politik.

"Jika Anwar beranggapan kerajaan BN takut kepada PR sehingga terpaksa mengadakan PRU secara mengejut, ternyata andaian itu karut dan hanya strategi politik pihak pembangkang," tegasnya.

Beliau juga mendakwa Penasihat Umum PKR itu terpaksa mencari helah baru bagi mengalih perhatian rakyat berhubung perbicaraan kes liwat yang sedang beliau hadapi.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Anwar di lobi Parlimen semalam yang mendakwa kerajaan akan mengadakan PRU secara mengejut dengan alasan penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disamping menyifatkan Bajet 2011 sebagai 'bajet pilihan raya'.

Anwar juga percaya kerajaan 'takut' kerana tidak mampu menangani asakan PR disamping BN semakin terdesak untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Galas dan Batu Sapi.

Menurut Syed Ali lagi, andaian Anwar itu sekadar provokosi untuk menutup kepincangan dan perpecahan yang sedang berlaku dalam PR sepertimana yang pernah beliau membohongi rakyat meneruasi 'kerajaan 16 September'.

"Tanggapan Anwar amat dangkal apabila mengaitkan Bajet 2011 dan cadangan penangguhan GST dengan PRU, sebaliknya apa yang kerajaan lakukan adalah untuk menjamin keselesaan hidup rakyat," tegasnya.

Syed Ali juga menasihati Anwar supaya terlebih dahulu menyelesaikan konflik yang sedang berlaku dalam PKR terutama membabitkan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan (gambar bawah) dengan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, Anwar sepatutnya menjelaskan pendiriannya apabila Azmin seperti didakwa oleh Gobalakrishnan merupakan dalang kepada kekusutan yang melanda parti itu menjelang pemilihan 16 November depan.

"Kenapa Anwar membisu apabila Gobalakrishnan mendakwa Azmin menjadikan PKR sebagai syarikat miliknya, memanipulasi pencalonan anaknya, Nurul Izzah, rasis dan mempunyai hubungan intim dengan beliau," ujarnya.

Syed Ali berharap pendedahan terbaru oleh Gobalakrishnan itu akan menyedarkan ahli-ahli PKR bahawa pemimpin mereka hanya mengutamakan jawatan dan kedudukan dalam parti.

Sehubungan itu katanya, pendedahan terbuka Gobalakrishnan itu membuktikan PKR sedang berada diambang perpecahan dan dijangka akan berkubur tidak lama algi lagi.

Ini katanya, menunjukkan Anwar semakin terdesak dalam usaha beliau 'melindungi' Azmin sehingga terpaksa menjadikan BN dan UMNO sebagai sasaran untuk mengalih tumpuan rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut