Isnin, 11 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali bidas Soi Lek masih iri hati kepada Melayu

Posted: 10 Oct 2010 11:24 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kecewa dengan pendirian Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang masih mengulangi desakannya supaya kerajaan mengkaji semula ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Menurutnya, Presiden MCA itu dilihat masih menyimpan sikap prejudis dan menyimpan perasaan irihati kepada orang Melayu di negara ini.

"Soi Lek tidak sepatutnya terlalu tamak sehingga langsung tidak mahu menghormati kedudukan orang Melayu," tegasnya.
Malah tegas beliau, pemimpin MCA itu juga tidak tahu berterima kasih dan tidak menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara terbuka menyatakan bahawa kaum Cina hari ini bukan pendatang di negara ini.

Sehubungan itu katanya, walaupun kerajaan melancarkan program tranformasi ekonomi kearah negara berpendapatan tinggi tidak bermakna ekuiti 30 milik bumiputera perlu dikorbankan.

"Walaupun beliau menafikan desakan itu sebagai cubaan merampas hak keistimewaan Melayu, tetapi pendiriannya jelas membuktikan pemimpin MCA masih lagi tidak senang hati dengan ekuiti tersebut," tegasnya.

Syed Ali menegaskan, MCA sepatutnya lebih memahami bahawa pembabitan orang Melayu dalam sektor ekonomi masih terlalu kecil berbanding pemilikan ekuiti bangsa lain terutama Cina.

Katanya, kuota 30 peratus adalah terlalu kecil jika dipadankan dengan kedudukan orang Melayu sebagai pribumi negara ini yang masih jauh ketinggalan dalam sektor berkenaan.

Beliau menegaskan, orang Melayu sebelum ini sudah terlalu banyak bertolak ansur dan berkorban kepentingan mereka supaya dapat dikecapi bersama oleh bukan Melayu atas semangat perpaduan dan kepentingan negara.

"Apalah salahnya jika bukan Melayu membiarkan kuota tersebut dikekalkan yang mana bakinya telah berjaya mereka kuasai tanpa ada sedikitpun halangan daripada kerajaan," katanya.

Beliau mengingatkan Soi Lek supaya jangan berterusan menjadikan isu kuota 30 peratus milik Melayu sebagai umpan politik untuk beliau mendapat sokongan masyarakat Cina.

Soi Lek mengulangi desakan itu dalam satu sidang media yang diadakan sebaik sahaja selesainya Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-46 di Kuala Lumpur, pagi semalam.

Kongres Ekonomi Cina pada mesyuaratnya 14 Ogos lalu telah meluluskan 13 deklarasi termasuk mendesak kerajaan mengakaji semula ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Dalam pada itu, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menyifatkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong sebagai 'buta sejarah'.

Beliau mengecam Ka Siong yang menuduh ada kumpulan ekstremis perkauman yang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 153 sebagai jelmaan manusia primitif.

"Sudah menjadi tanggungjawab pemimpin Melayu dalam UMNO termasuk Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) yang akan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu daripada dicabuli, apakah mereka ini kumpulan pelampau atau manusia primitif," tegasnya.

Syed Ali mengingatkan Ketua Pemuda MCA itu supaya jangan cuba 'bermain api' hanya semata-mata untuk digelar jaguh kaum Cina kerana perbuatannya boleh mengundang padah.

"Ka Siong adalah sebenar-benarnya jelamaan pemimpin rasis MCA yang berkokok tanpa mengambilkira semangat setiakawan antara komponen dalam Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Sebagai pemimpin muda, beliau kena banyak belajar sejarah dan memahami persekitaran politik yang membabitkan hubungan rakyat pelbagai kaum.

Tiada ulasan:

Pengikut