Ahad, 10 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Presiden NUJ tidak faham mesyuarat tertutup – Syed Ali

Posted: 10 Oct 2010 02:08 AM PDT

"APABILA sebarang mesyuarat dijalankan secara tertutup,pihak yang tidak berkenaan dilarang mendengar atau mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurutnya, tindakan seseorang itu menyamar untuk menyelinap masuk dengan niat tertentu bermakna perbuatan tersebut boleh disama-ertikan sebagai mencroboh.

Oleh sebab itu beliau menegaskan, pendirian Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyifatkan perbuatan wartawan portal berita pro-pembangkang-Malaysian Insider yang dikatakan menyamar masuk pada taklimat tertutup Pemuda dan Puteri UMNO baru-baru ini sebagai tidak salah, amat mengecewakan.

Katanya, mungkin Presiden NUJ, Mohamad Hata Wahari ingin dilihat popular tetapi beliau tidak sepatutnya menyebelahi wartawan tersebut kerana ianya menyalahi perturan yang ditetapkan.

"Pada hemat saya, perbuatan itu bukan sekadar menceroboh malah dilihat telah menyalahi etika kewartawanan kerana tidak menghormati hak pihak penganjur," katanya.

Menurutnya, sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan, Presiden NUJ itu sepatutnya tahu membezakan majlis taklimat secara tertutup dengan majlis yang dibuka kepada umum.

Malah katanya, Mohamad Hata seharusnya memahami makna mesyuarat tertutup Pemuda dan Puteri UMNO kerana isi perbincangan atau perbahasannya berkaitan kepentingan parti.

"Apabila Mohamad Hata dilaporkan berkata perbuatan itu tidak salah, bermakna beliau turut bersubahat dengan pihak yang memusuhi UMNO dan kerajaan," tegasnya.

Beliau kesal sejak NUJ diterajui oleh presidennya yang baru dilihat seperti menyimpang daripada matlamat asalnya memperjuangkan kebajikan dan menyuburkan profesion kewartawanan di negara ini.

"Nampaknya NUJ sekarang ini seolah-olah seperti cenderung kepada politik terutama yang membabitkan kepentingan parti pembangkang," katanya.

Syed Ali berkata, Mohamad Hata adalah wartawan akhbar Utusan Malaysia dan beliau sewajarnya mendokong aspirasi perjuangan akhbar berkenaan sebagai suara rakyat disamping mempertahankan kestabilan negara.

Sekitar 'Rumah Terbuka Rakyat1Malaysia' UMNO Bahagian Cheras

Posted: 10 Oct 2010 01:50 AM PDT





























Lebih 15 ribu orang 'serbu' rumah terbuka UMNO Bahagian Cheras

Posted: 09 Oct 2010 08:59 PM PDT


LEBIH 15 ribu orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri majlis Rumah Terbuka Rakyat 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) malam tadi. Majlis yang sepatutnya bermula 7.30 malam itu bagaimanapun telah 'serbu' oleh orang ramai sejak pukul 7 petang untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan penganjur. Pengunjung Islam bersama kaum Cina dan India berpusu-pusu memenuhi dua tapak juadah yang disediakan khas bagi memberi keselesaan kepada pengunjung menikmati jamuan. Sambutan pada tahun ini merupakan yang paling meriah dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk khususnya sekitar Parlimen Cheras berbanding dengan tahun sebelumnya.




Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ternyata berpuashati dan gembira dengan sambutan diluar dugaan daripada orang ramai. "Saya bersyukur kerana sambutan tahun ini amat mengejutkan dan ini membuktikan masyarakat berbilang kaum semakin menerima pendekatan 1Malaysia yang diterapkan oleh kerajaan," katanya. Selain menerima kunjungan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, majlis itu juga turut dihadiri oleh ahli-ahli termasuk Ketua-Ketua UMNO Bahagian serta pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan.


Manakala antara tetamu kenamaan yang turut memeriahkan majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jen (B) Dato' Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim. Turut serta ialah Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd. Ali Rustam dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Seri Ahmad Fuad Ismail.

Majlis yang berakhir kira-kira pukul 12 malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada seniman tanahair, Dato' Aziz Satar dan pelawak tersohor, Mydin. Orang ramai juga dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik 'bale-bale' serta tarian kebudayaan daripada kaum Melayu, Cina, India serta bangra serta permainan bunga api.

Tiada ulasan:

Pengikut