Khamis, 7 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


'Kekecohan PKR ; Saifuddin cuba tutup bangkai gajah'

Posted: 06 Oct 2010 08:07 PM PDT

SETIAUSAHA Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution cuba menutup 'bangkai gajah dengan sehelai daun' apabila menuduh UMNO sebagai dalang kekecohan mesyuarat agung tahunan parti itu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang itu membuktikan beliau cuba lari daripada tanggungjawab.

Untuk menyorok kelemahannya itu kata beliau, Saifuddin menuduh UMNO menjadi dalang disebalik kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung PKR.

"Setiausaha Agung kepada mana-mana parti politik yang bertanggungjawab dan matang tidak akan menyembunyikan diri dan menyalahkan pihak lain apabila berlaku sesuatu masalah atau krisis," tegasnya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang melakukan kekecohan seperti pergaduhan dan mengoyak kertas undi pada mesyuarat agung tersebut dilihat membabitkan mereka berketurunan India.

"Setahu saya UMNO belum lagi menerima orang India menjadi ahli parti, bagaimana pula Saifuddin boleh mendakwa mereka ada hubungan dengan UMNO," tegasnya.

Dalam sidang media di Ibu pejabat PKR semalam, Saifuddin sekali lagi menuduh UMNO sebagai dalang dalam beberapa kekecohan yang berlaku sepanjang mesyuarat agung cabang PKR terutama di Selangor.

Syed Ali berkata, dakwaan juga boleh dibuat kemungkinan penyokong DAP berketurunan India yang sengaja melakukan sebotaj terhadap PKR.

"Mengapa Saifuddin tidak berani berkata yang melakukan kekecohan dan samseng itu keturunan India daripada DAP, sebaliknya UMNO yang dijadikan sasaran,".

Beliau menjelaskan, UMNO tidak berminat untuk mencampuri urusan PKR kerana parti itu bukannya parti politik berwibawa, apatah lagi pemimpinnya pula didakwa terbabit dalam kes liwat.

Katanya, UMNO adalah parti yang berprinsip dan tidak akan 'menyimpan' mana-mana pemimpin dikaitkan dengan kes moral yang menjijikan termasuk didakwa meliwat.

Sepatutnya kata beliau, Saifuddin harus menerima hakikat bahawa ahli-ahli PKR di peringkat akar umbi sebenarnya semakin bosan dengan kepimpinan secara diktator parti itu yang 'uruskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saifuddin juga perlu mengakui bahawa ahli-ahlinya sudah menolak kroni dan keluarga Anwar dalam kepimpinan PKR." ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut