Razlan's |
Faktar Sejarah Yang dipurbelit ! Posted: 28 Oct 2010 02:09 AM PDT Selepas sahaja ucapan YAB Presiden UMNO pada perhimpunan Agong yang lepas, banyak kritikan dan celahan dilemparkan kepada Perdana Menteri Oleh Surat Khabar Cina semata-mata mahu membuktikan yang kaum itu bukan kaum pendatang. Terbaru, surat khabar cina Nanyang Siang Pau keluaran 27 Oktober telah meyiarkan artikel yang membidas YAB Perdana menteri dan juga politikus Melayu yang mempertikaikan sejarah dan tidak mahu menerima mereka sebagai kaum pendatang. Menurut beliau, sekiranya cina dan india bergabung, kemungkinan mereka boleh menuntut kemerdekaan tanpa Melayu, dan sudah pastinya sekiranya ianya berlaku, Negara ini hak milik mereka. Akhbar ini juga menceritakan bahawa Tanah Melayu bukan milik seseiapa sekiranya selepas merdeka dan ini bermaksud melayu adalah sama dengan mereka. Saya nak beritahu orang cina yang tidak tahu sejarah ini. Sekiranya kita sama semasa menuntut kemerdekaan, tidak adalah wujud raja-raja melayu, sultan-sultan melayu dan budaya melayu. Ini menunjukkan kaum cina adalah imigran yang sudah pastinya kamu meminta jasa baik kami untuk duduk, tinggal dan menjadi warganegara Tanak Melayu. Dan bukan kamu secara automatik mendapat kewarganeragaan. Sejarah juga membuktikan hanya 1 juta orang diberi kerakyatan dan selebihnya, tidak diberi. Fakta ini telah membuktikan yang Melayu adalah Tuan kepada Tanah Melayu, dan jangan kamu ubah sejarah ini. Ternyata kamu seoarang yang berotak dunggu yang tidak mahu menerima Malaysia ini sebelum ini adalah Tanah MELAYU dan kamu sebenarnya asal dari Tanah Besar Cina. Bahayanya orang seperti kamu adalah kamu akan mengajar kaum kamu untuk menolak sejarah dan menimbulkan sifat kebencian kepada Tuan punya Negara asal ini. Berterima kasihlah, keturunan kamu dapat hidup selesa dan aman disini dari dulu hingga sekarang. Dan jangan kamu menindakkan yang asal kamu itu datangnya dari Tanah Besar Cina yang dahulunya menjadi Pekerja Lombong Bijih. """ Terjemahan Akhbar Nanyang. Nanyang Siangpao Perkara: sejarah kemerdekaan? Ruangan: Nanyuan muka surat C9 Tarikh: 27 Oktober 2010 (Rabu) Tajuk: Rakyat Perlu Tahu Sejarah Kemerdekaan Penulis Loh Hon Chew/ pengkritik semasa/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini Ada cerita di tepian gelanggang, masyarakat Melayu kini dalam ketakutan selepas Tsunami politik pilihan raya Mar 2008, mereka dalam ketakutan akan kehilangan kuasa politik, lebih-lebih lagi mereka sangat takut akan kehilangan hak-hak keistemewaan mereka. Sebab itu,Perdana Menteri Najib semasa dalam Perhimpunan Agong UMNO memberi suntikkan semangat kepada mereka, berkata dalam perlembagaan jika mahu hapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu amat payah sekali, walaupun 2/3 ahli parlimen setuju untuk hapuskan akta itu ia tidak mungkin boleh berlaku. Apa maksud yang dikatakan orang-orang Melayu itu takut kepada kehilangan kuasa, pada hakikatnya itu semuanya adalah permainan dan isu bayangan yang digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik Melayu yang bersayap kanan, mereka mencipta ketakutan di bayangan lembaran putih dalam masyarakat Melayu, tetapi sebenarnya kebanyakan orang-orang Melayu dalam masyarakatnya tidak pun rasa gentar mahupun rasa takut, kerana awal-awal lagi orang-orang Melayu sudahpun tahun tidak mungkin isu perlembagaan itu boleh diubah-ubah. Perdana Menteri berkata hak orang-orang Melayu dan kepentingan orang-orang bukan Melayu tidak boleh diragui, kalau begitu kita boleh lihat kembali susur-galur bagaimana kita dapat mencapai kemerdekaan. Tidak Dapat Tuntut Kemerdekaan Dengan Satu Kaum Sendiri Sahaja Pada tahun 1950an, bilangan penduduk orang-orang Melayu seimbang dengan penduduk kaum Cina, jika dicampurkan orang-orang Cina dengan orang-orang India bilangannya sudah melebihi bilangan orang-orang Melayu. Pada masa itu apabila mencapai kemerdekaan oleh kerana negara ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum maka negara ini terjerumus kepada persengktaan kaum, pada masa itu kuasa kerajaan telah jatuh ke tangan tentera, sudah tentu kerajaan penjajahan British amat faham tentang itu, termasuk pada masa itu pihak Komunis juga ingin berkuasa seperti singa lapar. Jika ikut turutan cerita ini "sebagai bahan kajian", dikatakan perjuangan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh orang-orang Melayu sahaja, dan orang-orang Melayulah yang diutamakan, sudah tentu pihak British tidak akan setuju; pada masa yang sama jika orang-orang Cina bergabung dengan orang-orang India sudah tentu kuasa itu sudah melebihi orang-orang Melayu, sudah tentu pihak British juga tidak mahu keadaan itu berlaku dan orang-orang Melayu akan dipinggirkan. Kerana pada masa itu orang-orang Cina boleh bergabung dengan orang-orang India untuk memerintah negara ini. Ia tidak ada cerita pasal siapa dulu dan siap kemudian, apabila berlaku kemerdekaan pasti akan berlaku perbalahan antara kaum, kuasa politik dan kerajaan pada masa itu mungkin jatuh ke tangan Komunis kerana di belakang Parti Komunis Malaya bersandar kekuatan dari Parti Komunis China, jika ini berlaku sudah tentu negara-negara barat tidak akan setuju. Lebih ringkas lagi, hanya harapkan orang-orang Melayu yang mahu tuntut kemerdekaan, ataupun orang-orang Cina dan India bergabung untuk menuntut kemerdekaan, ia bukan sahaja tidak dapat direstui pihak Inggeris, negara-negara Europah dan negara-negara Barat juga tidak akan restui, jalan yang terbaik untuk menuntut kemerdekaan ialah dari gabungan ketiga-tiga kaum itu sendiri, selepas merdeka ketiga-tiga kaum itu tubuhkan kerajaan, inilah sebab-sebabnya kita mendapat kemerdekaan, rakyat negara ini perlu tahu sejarah ini yang sebenar. Ahli-Ahli Politik Melayu Bersayap Kanan Memutar-belitkan Sejarah Semasa benar-benar mendapat kemerdekaan, pihak Inggeris telah mengenakan syarat, dan telah mendapat restu dari pihak Inggeris kepada ketiga-tiga pemimpin kaum Cina Melayu dan India. Bukan selepas Merdeka kerajaan memberi syarat kepada orang-orang bukan Melayu kerakyatan, sesiapa yang dilahirkan sebelum kemerdekaan dari kerajaan penjajahan Selat British semuanya adalah mendapat kerakyatan secara automatic, dan selepas Merdeka semua rakyat layak mendapat pendidikan bahasa Ibunda masing-masing. Orang-orang Melayu terus jadi warganegara secara langsung, hak keistemewaan orang-orang Melayu hanya diberi masa selama 15 tahun tempuh selepas Merdeka sahaja (tetapi kenapa had tempoh 15 tahun itu telah dihapuskan). Asas-asas keistemewaan ini adalah permintaan yang paling asas oleh pihak Inggeris, jika tidak tuntutan kemerdekaan tidak perlu dibincangkan pada masa itu. Selepas itu, sejarah-sejarah yang benar telah diputar-belitkan, mereka kata tuntutan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh satu kaum sahaja, sebab itu anak-anak muda tidak tahu bagaimana dapat kemerdekaan, ramai orang-orang lama termasuk bekas perdana menteri Mahathir pun tak tahu ataupun memang sengaja lupakan sejarah kemerdekaan, sebab itu Mahathir selalu berkata: kerana orang-orang Melayu bersikap terbuka, sanggup berkorban, memberi kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu. Walaupun Mahathir adalah seorang yang amat dihormati, tetapi beliau asyik memutar-belitkan sejarah, menipu alam dan umat manusia, dan orang-orang Melayu disalah tafsir sejarah bertanggapan bahawa orang-orang Melayulah yang sanggup berkorban memberi dan merestui kerayatan kepada orang-orang bukan Melayu, apabila setiap kali orang-orang bukan Melayu mahu tuntut hak mereka, orang-orang seperti Mahathir dan orang-orang Melayu yang bersayap kanan menuding orang-orang bukan Melayu sudah dapat betis peha dimahukan, membuat banyak permintaan yang bukan-bukan tidak tahu berterima kasih. Jika kita hari ini masih tidak mahu bersatu, tudingan dari politius-politikus Melayu bersayap kanan terhadap orang-orang bukan Melayu seperti "tamak tak puas-puas", beranikah kita menuntut kedudukan taraf sama rata. |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan