Apabila Lim Kit Siang Kata DAP Tidak Anti Islam Posted: 17 Oct 2010 09:40 AM PDT
Video : Begitu tergagap-gagapnya si Lim Kit Siang ini menafikan DAP sebagai anti Islam. Kononya sekiranya betul mereka Anti Islam sudah lama DAP, Pemimpin dan pengikutnya dipenjarakan kerana Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Kenyataan ini jelas satu tindakan menyorok kuku kerana bagi Taming Sari, DAP nak dengar perkataan Islam pun mereka sudah naik berang dan naik bulu roma.
Video : Buktinya, lihatlah tergagap-gagap juga si tua ini mempertahankan "hak" sebagai bukan Islam di Malaysia. Tidak ada isu yang dibangkitkan selepas Islam dimasyurkan sebagai agama rasmi selain mereka sering menabur fitnah dan syak wasangka di kalangan bukan Islam kepada Islam. Sedangkan agama lain turut terpelihara tanpa diganggu sensitivitinya dibawah perlembagaan negara.
Gambar : Karpal Sigh sendiri pernah menyuarakan pendapatnya, jika mahu menubuhkan negara Islam, langkah mayat mereka (DAP) dulu.
Jadi, rakyat Malaysia jangan mudah percaya kepada mulut-mulut biawak pemimpin DAP ini. Mereka sengaja mahu mencipta propaganda hanya mahu mendapatkan sokongan politik orang Melayu bagi mendokong mereka. Selepas mendapat mandat pemerintahan jangankan Islam, Melayu pun mereka tendang keluar.
Lihatlah apa yang mereka sudah lakukan kepada Pulau Pinang. Isu paling terbaru, mereka menyedekahkan wang ehsan RM100 kepada warga emas Islam dari sumber wang haram iaitu hasil taruhan lumba kuda. Adakah itu bukan salah satu cara menghina Islam?
ADUN mereka di Selangor dengan sengaja masuk ke dalam masjid dan mengunakan microfon dan ruang solat orang Islam untuk menyempurnakan agenda politik mereka tanpa segan silu dan rasa bersalah melanggar nilai kesucian agama Islam.
Di Selangor juga mereka mengutamakan projek-projek ternakan babi di kawasan-kawasan penempatan orang Islam tanpa memikirkan kesan negatif dan sensitiviti Islam kepada babi.
Tidak anti Islamkah ini Lim?
Rakyat Malaysia jawablah sendiri kepada persoalan ini. Bagi Taming Sari, tolak DAP, Islam selamat, Melayu berdaulat, Negara, Allah memberi rahmat.
Wallahhualam |
|
Model Politik Baru : Bersediakah Pemimpin UMNO Berubah? Posted: 17 Oct 2010 09:33 AM PDT Model Politik Baru? Perubahan Kaedah Mudah? Perubahan Minda Jadi Masalah? Perubahan Jawatan Takut Rebah? Sama-Sama Kita Muhasabah? |
|
Kebangangan HarakahDaily Terserlah !! Posted: 17 Oct 2010 08:50 AM PDT Oleh Dr Novandri Hasan BasriMemang benarlah bahawa HarakahDaily adalah penyebar pemalsuan dan fitnah yang nyata. Penulis sentiasa mengikuti portal tersebut untuk mengetahui sehingga tahap manakah portal tersebut sanggup membohongi pembaca portal tersebut. Yang terbaru ialah satu artikel tentang kes liwat Anwar Ibrahim yang ternyata mengelirukan dan berbau pembohongan.Artikel tersebut ditulis oleh Mohd Rashidi Ismail Kes sodomi II : Ada lagi mak nyah, pondan Siam hendak tampil?Rashidi Ismail ternyata telah berbohong dan memberi input yang amat salah. Di antara pembohongan penulis HarakahDaily itu :-Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.
Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.
Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?
Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri? Inilah masaalahnya apabila seorang penulis HarakahDaily yang tidak arif dalam perubatan cuba menunjuk pandai tetapi kenyataan beliau itu begitu cetek dan membodohkan diri beliau sendiri. Adalah amat memalukan apabila masih ada lagi orang seperti Rasidi Ismail ini yang masih berpegang kepada laporan perubatan Pusrawi yang dilakukan oleh seorang doktor biasa.Pemeriksaan doktor di Pusrawi adalah berdasarkan penilaian mata kasar sahaja padahal perubatan forensik adalah lebih teliti dan mikro. Sebab itulah bahan kimia dan pemeriksaan makmal diperlukan dan dilakukan oleh pakar perubatan HKL.Secara perbandingannya, doktor di Pusrawi tidak mempunyai sebarang kelayakan dan pengalaman jika dibandingkan dengan 3 pakar perubatan HKL.Seperkara lagi, penulis hairan daripada mana penulis HarakahDaily menafsirkan bahawa Saiful Bukhari tidak puas hati lalu pergi ke HKL. Jika kita merujuk kepada laporan Hospital Pusrawi, doktor tersebut yang menulis surat dan merujuk Saiful Bukhari ke HKL. Berkemungkinan besar doktor Pusrawi mahu Saiful Bukhari mendapatkan pemeriksaan lanjut di HKL kerana HKL mempunyai kepakaran dan lebih lengkap.Penulis HarakahDaily juga berlagak pandai dengan menimbulkan tuduhan bahawa pakar perubatan HKL dipaksa membuat laporan palsu. Tuduhan tersebut sangat memualkan dan menyerlahkan kebangangan wartawan Harakah Daily. Sungguh menyedihkan...Mungkin artikel penulis HarakahDaily yang seterusnya akan menulis "air mani di paksa berada di dalam Saiful Bukhari"?So pathetic !! HarakahDaily memang pembohong dan penyebar fitnah |
PENYOKONG LIVERPOOL MENANGIS LAGI..... Posted: 17 Oct 2010 08:26 AM PDT Everton benam Liverpool
2010/10/17 LONDON: Liverpool tewas 2-0 kepada Everton dalam pertarungan Merseyside ketika gergasi bola sepak Inggeris itu memulakan era baru dengan kehampaan.
Gol oleh Tim Cahill dan Mikel Arteta dalam setiap babak permainan memberi mata penuh kepada Everton yang melonjak ke tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool terus terbenam ke tempat kedua tercorot. Dengan pemilik baru dari Amerika Syarrikat, John W Henry, menyaksikan perlawanan itu di Goodison Park, Liverpool gagal menjelmakan kemenangan yang diharapkan selepas drama perundangan yang berakhir dengan pengambilalihan kelab itu. Click Here Kekalahan itu bermakna pasukan Roy Hodgson hanya meraih enam mata daripada lapan permainan musim ini, satu petanda betapa sukarnya cabaran yang dihadapi Henry dan kumpulan New England Sports Ventures (NESV) untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool. - AFP
|
|
Masyarakat Melayu Sebagai Kuasa Pendesak Posted: 17 Oct 2010 08:10 AM PDT Masyarakat Melayu Sebagai Kuasa Pendesak
Dalam temu bual dengan Abdullah Ahmad yang tersiar dalam Off The Edge, kebetulan beliau ada menyentuh tentang kebimbangan Melayu yang merasa kehilangan kuasa di negara ini. Bagi beliau, kebimbangan tersebut tidak berasas kerana masyarakat Melayu di negara ini menghampiri 60 peratus. Saya pun tidak tahu, entah mengapa, salah seorang 'tokoh Umno Melayu' yang sering dinggap kritis itu, tiba-tiba sahaja memberikan jawapan yang begitu mudah dan 'simple'.
Bagi saya, kebimbangan orang Melayu tentang hal itu mempunyai asas yang kukuh. Dalam konteks sistem demokrasi berpelembagaan, yang mana kerajaan dipilih hasil pungutan suara, yakni pengundian - maka sudah pasti, kebimbangan masyarakat Melayu mempunyai asas yang kuat. Hal ini kerana, biarpun masyarakat Melayu terdiri daripada 60 peratus, namun, mereka hanya betul-betul hebat jika digembleng secara betul dan tepat.
Kita tahu, masyarakat Melayu di negara ini dihinggapi semangat kepartian yang parah. Yang membentuk persepsi mereka ialah orang politik, dan sudah semestinya mereka melihat segalanya dalam kerangka perspektif kepartian. Akibatnya, kalaupun 60 peratus itu ialah angka yang besar, namun hakikatnya, akibat perspektif dan semangat kepartian yang begitu kental, maka mereka terpecah-pecah kepada serpihan yang lebih kecil. Kita ada Melayu Umno, Melayu Keadilan dan Melayu PAS. Malah, menjadi lebih malang kerana, kita tidak ada medium yang boleh mempersatukan suara, khususnya sewaktu pilihanraya berlangung.
Situasi ini berbeza berbanding situasi masyarakat Cina, yang mana, biarpun jumlah mereka lebih kecil, namun mereka mempunyai kuasa pendesak yang lebih kuat akibat mereka mempunyai orientasi politik yang lebih jelas dan munasabah. Ambil sahaja PRU ke-12, yang mana, kemenangan besar terhadap Pakatan Rakyat, ditentukan oleh masyarakat Cina.
Oleh itu, akibat kuasa pendesak yang begitu kuat - kita lihat ada satu trend dalam kalangan politikus dan parti politik - yang begitu memberikan perhatian yang besar terhadap masyarakat Cina. Trend ini bukan sahaja melibatkan Keadilan dan Umno, malah PAS. Hal ini kita boleh lihat dalam ucapan sempena Tahun Baru Cina oleh Mursyidul Am yang lalu. Malah beliau menegaskan, bahawa masyarakat Cina memainkan peranan yang jelas dalam memastikan kemenangan besar oleh Pakatan Rakyat.
Dalam konteks real politik dan amalan politik pragmatis yang menjadi asas operasi politikus di negara kita - mereka tentunya hanya mengikut arus. Jika masyarakat Cina boleh menentukan kemenangan, maka sudah pasti apa sahaja yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Cina dan kepentingan mereka - akan menjadi satu perkiraan yang besar. Buktinya, lihat sahaja beberapa peristiwa yang begitu mendapat perhatian, misalnya kematian mendiang Beng Hock.
Trend tersebut ternyata merugikan masyarakat Melayu. Biarpun dalam Pakatan Rakyat ditunjangi oleh dua parti yang dianggotai oleh majoriti kaum Melayu, yakni Keadilan dan PAS - namun, akibat kepercaan tersebut, sudah pasti PAS dan Keadilan sendiri mahu mengambil perhatian kaum Cina, memandang mereka juga mahu mengekalkan pengundi Cina yang melakukan swing, agar terus menyokong Pakatan Rakyat. Begitu juga dalam Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO. Mereka juga akan mempunyai sikap yang sama, biarpun pelbagai retorik dimainkan.
Bagi saya, hal ini memperlihatkan satu realiti dalam politik moden. Biarpun ada isu-isu idealogi memainkan peranan, namun dalam konteks negara berbilang kaum, kaum yang bersatu dan boleh menjadi pendesak yang kuat - akan dapat menikmati bahagian kek yang lebih besar, birpun masyarakat mereka lebih kecil. Oleh itu, masyarakat Melayu seharusnya mempunyai paradigma baru dalam berpolitik dalam konteks negara ini. Dalam hal ini, bukanlah maksud saya orang Melayu perlu menghindari daripada berpolitik dan terlibat dalam konteks politik kepartian. Penglibatan dalam politik kepartian ada satu hal yang dituntut khususnya dalam negara demokrasi. Namun, penglibatan tersebut harus diimbangi oleh pemikiran yang kritis dan mengelak daripada terlalu fanatik parti.
Maksud saya mereka boleh sahaja menjadi ahli parti UMNO, PAS, Keadilan malah DAP sekalipun. Namun, apabila tibanya waktu pilihanraya, mereka seharusnya mempunyai pandangan yang lebih holistik. Undi mereka tidak semestinya kepada parti mereka. Mereka harus mengundi berdasarkan parti yang akan memberikan perhatian yang istimewa kepada masyarakat Melayu. Untuk itu, kita memerlukan satu paradigma politik yang baru, yang sebenarnya tidak dijana oleh perspektif kepartian.
Namun, untuk sampai ke tahap ini, seperti yang selalu saya tekankan, kita memerlukan satu medium, yang boleh mempersatukan pandangan politik masyarakat Melayu, atau yang mampu mempengaruhi pandangan politik sewaktu pilihanraya. Dalam konteks masyarakat Cina, hal ini dimainkan oleh persatuan mereka yang begitu proaktif dan media Cina yang agresif dan bebas. Pemimpin persatuan mereka sangat lantang dan dihormati dalam masyarakat Cina manakala media Cina sangat jelas dalam memainkan isu yang menyentuh kepentingan mereka.
Soalnya di sini - masyarakat Melayu tidak mempunyai dua medium utama ini. Dahulu kita mungkin ada ABIM, tapi kini kelihatannya ABIM sudah tidak begitu mampu membentuk suara kolektif Melayu. Media kita pula tidak mempunyai kebebasan kerana mewakili parti tertentu, sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Jadi, media kita, sevokal mana pun, akhirnya terkepung oleh perspektif parti.
Bagi saya, inilah cabaran terbesar dalam konteks masyarakat di negara kita. Selagi masyarakat Melayu masih berpolitik dalam paradigma sekarang, kita tidak akan ke mana. Kalaupun kerajaan bertukar, namun, nasib masyarakat Melayu akan kekal sama, tidak berubah akibat mereka gagal menjadi kuasa pendesak, akibat kuasa undi mereka yang terpecah belah dan terfragmentasi. Lihat sahaja kepada masyarakat Melayu di Pulau Pinang, yang mana nasib mereka masih juga sama, biarpun kini DAP telah mengambil alih.
Inilah cabaran terbesar kita, dan orang yang mahu memainkan peranan ini, ternyata amat kurang. Lebih-lebih lagi, masyarakat Muda Melayu, juga tidak mempunyai perspektif ini, akibat mereka juga kelihatan sangat terkepung dengan pandangan kepartian.
Labels: Falsafah Politik /td> |
|
DEBAT : ISU POLITIK BARU Posted: 17 Oct 2010 08:01 AM PDT olitik Baru? Dongengan atau Politik Utopia? Tadi pagi (28/2) saya berkesempatan menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Youth Centre for Political Education. Dalam program yang bertemakan 'Menuju Politik Baru' - persoalan sekitar 'Politik Baru' dan 'Suara Rakyat' telah dikupas dan didiskusikan. Ada beberapa perkara yang bagi saya menarik untuk dicatat kembali dalam entri blog ini.
Ucaptama untuk program tersebut telah disampaikan oleh Datuk Zaid Ibrahim. Dalam ucaptamanya yang bertajuk 'Membina Politik Baru', beliau cuba mengupas perihal beberapa perkara tentang politik baru. Secara dasarnya, beliau cuba menyatakan bahawa, politik yang dijana oleh Pakatan Rakyat ialah politik Baru, kerana cara dan sistem yang cuba dibawa sangat berbeza dengan cara politik lama(baca: Politik ala Barisan Nasional). Kata beliau, dalam konteks politik baru yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat - apa yang cuba diketengahkan ialah kehendak rakyat itu sendiri. Dan lebih penting, dalam konteks ini, kata beliau, politik baru ialah politik yang menjadikan perlembagaan sebagai asas pergerakan, sebagai asas tatanegara. Dalam konteks ini, perlembagaan negara menjadi kerangka utama. Politik baru membawa paradigma yang lebih segar, kata beliau, dalam erti kata tidak lagi digerakkan oleh politik perkauman. Sebarang isu yang timbul, seperti kalimah 'Allah' misalnya seharusnya disorot dalam konteks yang betul, tanpa dilihat dalam momokan 'Barisan Nasional' yang kelihatannya lebih suka mengemukakan isu untuk menimbulkan huru hara dan ketakutan masyarakat Melayu.
Secara peribadi, saya tidak begitu jelas dengan apakah inti sebenar yang mahu disampaikan oleh beliau. Malah, saya cenderung untuk menyatakan politik baru, jika diinterpretasikan daripada ucapan beliau, hanyalah satu lagi politik yang dipakaikan baju baru, yakni baju Pakatan Rakyat, dan dipropagandakan oleh lidah baru, yakni lidah pakatan Rakyat juga. Lebih-lebih lagi apabila beliau menyatakan pentingnya PAS dilihat sebagai satu parti yang mewakili kepentingan kaum Melayu itu sendiri. Hal ini menurut beliau sangat penting supaya imej 'penjaga Melayu(istilah saya sendiri)' yang kini cukup sinonim dengan UMNO, boleh menjadi milik PAS. Dalam erti kata yang lain, jika benar Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Malaysia dalam pilihanraya yang akan datang - PAS mesti mempunyai imej yang boleh meyakinkan masyarakat Melayu. Dalam konteks hujah beliau inilah, saya rasa dan saya yakin, sebenarnya tidak ada politik baru. Yang ada, ialah 'baju' dan 'lidah' baru. Menafikan kepentingan isu perkauman dalam proses demokrasi di negara ini, lebih-lebih lagi dalam konteks parti, bagi saya adalah satu perkara yang hanya dilakukan oleh politikus yang tidak mahu menjejakkan kaki ke dunia politik yang sebenarnya. Dan itulah yang cuba dilakukan oleh Datuk Zaid dalam ucapannya, dan itulah juga yang menjadi ciri penting dalam ucapan-ucapan kebanyakan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Bagi saya, dalam konteks politik negara kita, menyedari peranan kotak-kotak kaum, adalah sangat penting. Dan perkara ini kelihatannya sangat difahami oleh para pemimpin dan aktivitis masyarakat Cina. Kita lihat, 'seliberal' manapun masyarakat Cina, sama ada dalam konteks Pro1malaysia, atau proSuara Rakyat - mereka mempunyai sempadan yang jelas. Mereka akan cukup terbuka dan menggesa beberapa isu, yang kelihatannya disebut dengan jelas dalam perlembagaan yang menyentuh isu-isu keistimewaan orang Melayu misalnya, tetapi dalam masa yang sama, menjadi sangat tertutup dan chauvinistik - apabila kepentingan masyarakat Cina, misalnya isu aliran vernakular, dalam konteks ini, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina cuba diperkatakan atau cuba disentuh. Begitu juga dalam konteks ekonomi, yang dalam beberapa perkara, mereka melihat mereka dianaktirikan, didiskriminasikan - tetapi pada masa yang sama, jika disenaraikan orang terkaya di Malaysia sendiri misalnya, berapalah sangat nama-nama Melayu atau mamak atau Islam. Malah, saya yakin, jika ada pihak yang sanggup melakukan kajian empiris dan kritis terhadap kaum yang paling banyak mengaut keuntungan daripada DEB misalnya - masyarakat Cinalah yang paling banyak mengautnya. Namun, dalam konteks ini, kelihatannya masyarakat Cina yang mengaut keuntungan itu sedar akan diri mereka, lalu sebahagian pendapatan mereka dialirkan kembali ke persatuan-persatuan Cina, dan digunakan untuk mengawal kebebasan media Cina - dan tentunya perkara itu dibuat demi menjaga kelangsungan mereka sendiri, khususnya dalam bidang-bidang seni, ekonomi, kebudayaan, dan pendidikan kaum Cina.
Hal ini tidak pula dilakukan oleh kebanyakan elit Melayu yang mengaut laba tersebut, malah mereka kita lihat bercakap seolah-olah jaguh ekonomi, atau lebih tepat lagi contoh model 'taikun' Melayu yang berjaya atas kemandirian dan kebijaksanaan dalam mengatur perniagaan. Mereka menghentam budaya 'subsidi', menuntut liberalisme sepenuhnya, tetapi mereka lupa pula untuk melihat diri sendiri, yang selama ini hidup hasil budaya menjilat dan pelbagai budaya kotor yang lain, demi menjamin kelangsungan mereka. Golongan elit Melayu inilah sebenarnya yang banyak sekali makan subsidi. Dan kelihatannya, mereka ini mewariskan kefahaman yang sama, kepada anak-anak mereka, yang sebenarnya dibesarkan hasil pendapatan mewah 'subsidi' tadi, dan anak-anak subsidi inilah yang banyak sekali dilihat dalam Pakatan Rakyat, khususnya Keadilan, bercakap dalam nada menuntut pembaharuan, lebih fasih dan mengutamakan bahasa Inggeris, dan melihat hal-hal yang melingkari Melayu misalnya, hanya sebelah mata.
Selepas Datuk Zaid Ibrahim menyampaikan ucapan - forum diteruskan lagi dengan sesi seterusnya, yakni Kuasa Rakyat. Penting untuk diungkapkan di sini pendapat SM Zakir yang melihat politik baru ialah sejenis dongeng sahaja. Jadi, jika mahu dibaca dengan lebih jelas, nyata politik baru ini nilainya sama sahaja dengan cerita-cerita hikayat, cerita Sri Rama, yang tidak pun berpijak pada realiti dan kebenaran. Beliau melihat, pentingnya untuk melihat realiti sebenar yang berlaku dalam konteks negara, dan melihat isu-isu yang timbul dalam negara, harus dinilai dan ditafsirkan berdasarkan konteks tempatan. Malah, SM Zakir berhujah, perkembangan yang berlaku dalam lanskap politik, sebenarnya tidak memberikan suasana yang lebih sihat kepada masyarakat Melayu. Di sini, beliau melihat, apa yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat seolah-olah mahu mengurangkan 'status quo' masyarakat Melayu, tetapi dalam masa yang sama, tidak pula cuba mahu 'mengritis' 'status quo' masyarakat lain, seperti masyarakat Cina misalnya. Kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat, kelihatannya mempersoalkan beberapa peruntukan perlembagaan yang menyentuh hak-hak keistimewaan masyarakat Melayu, tetapi tidak berani pula mempersoalkan isu-isu budaya dan sistem pendidikan vernakular. Bagi saya, apa yang cuba dihujahkan oleh SM Zakir mempunyai asas yang kukuh. Dan itulah yang berlaku pun dalam 'politik kepartian' di negara kita. Politik, dan sebarang perubahan yang mahu dilakukan - seolah-olah hanya akan berjaya jika dilaksanakan dalam konteks politik kepartian. Seolah-olah semestinya melalui pemimpin politik, atau politikus, tanpa kita lupa, politikus sendiri perlu mempunyai sikap pragmatik dalam meneruskan kelansungan politik mereka.
SM Zakir juga turut menyentuh 'ketidakmampuan' sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat, dalam melakukan pengurusan. Beberapa buah bandar yang kini menjadi milik Pakatan Rakyat, seakan-akan tidak terurus, kesesakan yang melampau, dan kotor. Apakah fungsi pemimpin pakatan rakyat di sini? Kita lihat, pemimpin Pakatan Rakyat memang sangat 'bertenaga' dalam menganjurkan program untuk mengutuk kebejatan oposisi mereka, tetapi kelihatannya dalam melaksanakan kerja-kerja untuk kemakmuran rakyat, seperti menyediakan infrastruktur dan suasana hidup yang damai, mereka gagal.
Apa yang menarik di sini ialah forum yang diadakan tersebut memberikan ruang dan peluang yang sama kepada pendengar untuk berhujah dan bertanya. Selepas para pendiskusi menyampaikan pendapat mereka, pendapat mereka akan diulas pula oleh para pendengar. Sebagai pendengar, atas peluang yang ada - saya juga mahu tumpang sekaki. Bagi saya, sebenarnya kuasa rakyat dalam sistem politik yang ada juga tidak begitu dipentingkan. Rakyat sebenarnya hanya mempunyai peluang sekali sahaja dalam lima tahun. Selepas mereka menyerahkan 'baton undi' kepada pemimpin - kita lihat, para pemimpin ini berpolitik ikut suka sahaja. Jika itu dinamakan demokrasi, bagi saya itu ialah contoh demokrasi yang gagal akibat keserakahan pemimpin yang tidak jujur dalam merealisasikan kehendak rakyat. Lebih-lebih lagi sikap sesetengah politikus dalam Pakatan Rakyat, yang seolah-olah berfikir, sebarang khidmat yang efektif kepada rakyat, hanya dapat dijayakan setelah Pakatan Rakyat memerintah. Sebarang perubahan, hanya dapat dilaksanakan, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih teraju. Dalam konteks ini, saya yakin, pemikiran seperti itu sangat berbahaya. Kerana itu, saya mempersoalkan tindakan PAS yang berbelanjan puluhan juta ringgit semata-mata untuk membangunkan pusat konvokesyen mereka, tetapi lupa kepada keperluan rakyat. Mengapa tidak sahaja kita contohi cara berpolitik Hamas misalnya, yang melihat keperluan rakyat dalam politik mereka. Sebelum mereka menjadi kerajaan, mereka telah pun dekat dengan rakyat, melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan, seperti pembinaan klinik untuk rakyat Palestin. Begitu juga dengan Hezbullah di Lubnan. Jadi, apakah perlu PAS menunggu menjadi kerajaan, dan sementara itu mencari seribu satu kesalahan dalam kerajaan yang ada, tetapi melupakan tuntutan kemasyarakatan mereka yang lebih penting, seperti membangunkan klinik-klinik untuk rakyat dengan mengenakan caj yang sangat sederhana dan berpatutan. Begitu juga dengan unit penyelidikan PAS yang sepatutnya mendapat perhatian yang lebih, disuntik dengan dana yang konsisten dan sesuai, serta diwujudkan satu kumpulan pemikir dan pengkaji yang dibayar dengan gaji yang sepatutnya.
Saya juga lihat, sepanjang perbincangan, majoriti berhujah seolah-olah 'demokrasi; sebagai salah satu agama, sebagai salah satu rukun kemakmuran. Dalam konteks ini, saya lihat demokrasi itu sendiri lahir di Barat, akibat kegagalan moral masyarakat Barat itu sendiri. Masyarakat Barat dikecewakan oleh sikap raja dan pemuka agama, yang memerintah sesuka hati. Tidak ada autoriti individu di Barat, tidak ada kebenaran, yang ada hanyalah 'apa yang yang disetujui ramai', atau demokrasi - yang mana ditentukan oleh kuantitatif - yang benar ialah yang teramai. Pada hal saya melihat, sejak demokrasi menjadi 'agama baru dunia (baca juga sebagai komunisme dan sosialisme atau 'sistem manusia')' - apakah yang disumbangkan kepada khazanah ketamadunan manusia? Hari ini, apabila kita bercakap tentang seni agung, maka contoh yang paling baik bukanlah contoh yang wujud pada zaman demokrasi. Begitu juga dengan monumen dan kitab-kitab agung - yang lahir waktu masyarakat kita tidak pun mengenal demokrasi itu - lebih-lebih lagi jika kita kaitkan dengan pengalaman sejarah dalam Tamadun Islam. Zaman keagungan dan keemasan Islam, dalam sejarah - bukannya sewaktu demokrasi menjadi asas politik. Malah, zaman kemunduran masyarakat Islam, zaman kacau bilau, dan sebarang gerakan yang dilakukan oleh pembaharu politikus Islam - yang pernah berlaku dalam abad ke 19 dan 20 - telah gagal dalam sistem demokrasi. Cuba bayangkan, kalau Nabi Muhammad S.A.W melakukan dakwahnya dalam sistem demokrasi, apakah Islam akan menjadi 'rahamatan lil a'alamin?
Namun, patut ditekankan di sini, bukan pula saya membenci 'demokrasi', kerana demokrasi juga ada beberapa kebaikannya. Malah, sudah tentu bukan diktatorisme yang mahu saya rasionalkan. Apa yang saya cuba ketengahkan, perlunya kita bergerak dalam 'sistem' yang telah pun dibuktikan dalam sejarah kita. Malah, saya melihat, dalam konteks demokrasi di negara kita, yang mana faktor perkauman masih menjadi faktor penting, adalah mustahil sebarang pembaharuan yang cuba dilakukan, akan memberikan keuntungan kepada masyarakat Melayu. Melihat kepada apa yang berlaku, sama ada dalam konteks Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat - yang paling rugi ialah masyarakat Melayu itu sendiri. Ketiadaan beberapa elemen, seperti media yang bebas yang proMelayu, masyarakat yang terkotak-katik dalam parti yang berbeza, dan lesunya persatuan, NGO dan mahasiswa Melayu - menjadikan masyarakat Melayu tidak mempunyai kuasa penawaran (bargaining) yang mencukupi untuk melakukan desakan. Sudahnya, seperti kata pepatah Melayu, yang dikendong berciciran, yang dikejar, tiada kedapatan. Akhirnya, pi mai pimai, tang tu juga. Dan lebih malang lagi, ramai orang yang menaruh harapan dalam politik baru, atau politik utopia dan dongeng ini.
posted by lutfi at 5:14 AM |
|
KEMATANGAN POLITIK ASAS MODEL POLTIK BARU Posted: 17 Oct 2010 06:53 AM PDT 2010 pengukur kematangan politik dan pertumbuhan ekonomi
By Editor • January 13, 2010 Bookmark and Share
2640924911_768fd1af03_o
Oleh KAMARUN KH
Labuhan tirai 2009 telah meninggalkan kita dengan pelbagai persepsi. Jika kita berminat dengan politik, tahun 2009 merupakan tahun yang paling hebat dengan isu-isu politik. Bermula dengan kesan ayunan pendulum tsunami PRU ke-12 menyebabkan banyak pihak mula resah. Apakah alunan ombak tsunami akan terus berlanjutan sehingga menjadikan tahun lalu sebagai gelombang kebangkitan dalam mengesahkan populariti barisan parti yang bertindak atas landasan retorik, "sama rata, sama rasa"?
Sepanjang tahun lalu, sebanyak 8 pilihan raya kecil diadakan termasuk dua adalah kerana Pakatan Rakyat berhasrat untuk menguji kekuatan dan sokongan mereka. Termasuk dalam kategori menguji kekuatan ialah DUN Penanti (berdasarkan isu perletakan jawatan Ahmad Fairus, dan PKR berhasrat menggantikannya dengan Dr. Mansor Othman), DUN Bukit Selambau (kerana calon yang menang dalam PRU ke-12 ada masalah dan mempunyai wanita simpanan alias kes moral). Dalam PRK DUN Penanti, BN mengambil keputusan tidak bertanding kerana tidak munasabah mengikut rentak Pakatan Rakyat yang sengaja mencipta gelombang pilihan raya secara berterusan.
6 lagi PRK mempunyai alasan yang kukuh di mana BN mengambil bahagian. Ini kerana penyandangnya meninggal dunia, dan kekosongan tersebut perlu diisi secara mengadakan pertandingan. Kawasan yang terlibat ialah Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu), DUN Batang Ai (Sarawak), Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Permatang Pasir (Pulau Pinang), DUN Manek Urai (Kelantan) dan DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan). Hanya dua DUN yang dimenangi oleh BN ialah Batang Ai dan Bagan Pinang. Kemenangan tersebut bukanlah sebagai tambahan, hanya sekadar mempertahankan kerusi yang pernah dimenangi dalam PRU ke-12.
PAS mempertahankan kerusi yang pernah dimenanginya dalam PRU ke-12, iaitu di Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir, manakala PKR ialah Penanti dan Bukit Selambau. BN secara jelasnya kalah satu kerusi dewan rakyat, iaitu Kuala Terengganu. Namun antara dua kerusi DUN yang dianggap terhangat sekali saingannya ialah DUN Manek Urai dan Bagan Pinang. DUN Manek Urai hampir mengheret kekalahan PAS, yang hanya mampu menang dengan majoriti 65 undi.
Bagi DUN Bagan Pinang pula, kemenangan yang berpihak kepada BN kerana populariti calon dan hubungan dengan pengundi begitu akrab, Tan Sri Isa Samad yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun (menyamai rekod Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri) dan dikenakan tindakan disiplin parti (Tun Dr. Mahathir pernah digugurkan keahlian UMNO setelah mengkritik Tunku Abdul Rahman dan menulis buku Malay Dilemma) atas kesalahan "politik wang" sehingga memaksanya meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Naib Presiden UMNO dan Ketua Bahagian, masih diterima berbanding calon PAS yang bukan anak tempatan (walaupun berasal dari Negeri Sembilan, tetapi pernah dua kali tewas di kampung halamannya sendiri, iaitu Lenggeng).
Bagi hubungan antara agama, tahun 2009 turut dikontroversikan dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh sebuah majalah yang diterbitkan oleh Persatuan Gereja Katholik, iaitu Herald-The Catholic Weekly. Menteri Dalam Negeri dalam keputusannya pada 7 Januari 2009 meminta penerbit akhbar tersebut tidak menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan perkataan God seperti yang terdapat dalam Bible.
Kalimah Allah hanya menjadi milik tunggal agama Islam, kerana itulah pihak penerbit menganggap larangan tersebut sebagai menyekat kebebasan menyebarkan agama Krisitian dalam kalangan penganutnya. Alasannya kerana masih ramai penganutnya tidak fasih berbahasa Inggeris, dan telah menerima pendidikan dalam bahasa kebangsaan, terutamanya di Sabah, Sarawak dan rakyat keturunan Indonesia yang menetap atau bekerja di Malaysia.
Kalimah Allah digunakan secara meluas di Indonesia malah terjemahan Bible dalam bahasa tersebut menggunakan God dengan Allah. Terjemahan dalam bahasa Indonesia masih boleh didapati di Malaysia sama ada melalui jualan terbuka ataupun edaran pihak-pihak tertentu, termasuk mengedarkan risalah kristian melalui peti surat di taman-taman perumahan. Atas alas an ketidakmampuan sesetengah penganutnya memahami bahasa Inggeris, maka pada pertengahan Februari 2009 satu usaha memfailkan semakan semula keputusan Menteri Dalam Negeri dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 1 Mac 2009, Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak salah bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sebagai nakhoda sebuah parti yang berlandaskan perjuangan Islam, Nik Aziz yang dilihat cuba mencari sokongan bukan Islam sanggup meliberalkan pendapatnya dengan mengatakan "dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi."
Pada awal tahun 2010, khususnya 31 Disember 2009 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa penggunaan kalimah Allah dibenarkan bagi menggantikan terjemahan perkataan God. Maka keputusan memberikan kebenaran menggunakan kalimah Allah meletuskan kemarahan umat Islam sehingga Mursyidul Am tidak lagi mampu mempertahankan pendapatnya yang terdahulu.
Turut berlaku cabar mencabar antara dua orang wakil rakyat dalam pakatan pembangkang, iaitu antara ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin (PKR) dengan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (PAS). Khalid yang mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan, kalimah Allah bukanlah hak mutlak orang Islam telah diminta oleh Zulkifli supaya keluar dari PAS.
Khalid yang pernah menggegarkan politik tanah air dengan bai'ah talak tiga ke atas isteri wakil rakyat yang tidak setia kepada parti terpaksa menerima tempelaknya sendiri bila tidak mampu menjawab. Zulkifli terus menyoal bagaimana orang terpelajar seperti Khalid boleh menyokong keputusan mahkamah itu."
Soal beliau lagi, "Apakah beliau reda selepas ini kalau segala gurdwara, gereja dan rumah ibadat lain bukan Islam mempamerkan perkataan Allah, Kristian mencatat perkataan Allah di salib mereka dan golongan Punjabi mengukir nama Allah di atas gurdwara mereka? Kalau itu berlaku, saya akan persalahkan Khalid."
Namun isu ini menjadi sedikit reda apabila Perdana Menteri akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk memperjelaskan keadaan dan mohon perkenaan memberikan taklimat dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja dalam masa yang terdekat. Menteri Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan agar keputusan tersebut disemak semula dengan mengambilkira sensitiviti umat Islam.
Perdana Menteri meminta supaya umat Islam bertenang dan memberikan peluang kepada kerajaan untuk menyelesaikannya, kerana ia merupakan keputusan secara perundangan. Timbalan Perdana Menteri turut meminta umat Islam supaya memberikan keyakinan dan harapan kepada kerajaan untuk menyelesaikan. Tetapi, masih kedengaran reaksi masyarakat bahawa kerajaan masih belum membuat keputusan terbaik, termasuk memohon menangguhkan keputusan tersebut.
Masyarakat masih bimbang, dalam usaha mewujudkan ketenangan di kalangan masyarakat Islam, bukan Islam akan terus mengambil kesempatan berdasarkan keputusan yang telah mereka peroleh. Perkara ini bukan mustahil kerana semasa proses semakan sedang berjalan, akhbar tersebut terus menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka, termasuk meletakkan kalimah Allah di sebuah gereja di Sabah.
Tahun 2009 juga menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara pernah mecapai tahap negatif, namun terus merangkak keluar dengan sedikit harapan pada penghujung tahun. Namun yang lebih penting ialah bila mendepani tahun 2010, pihak pembekal yang banyak mengharapkan janji niaga dengan kerajaan mula menghitung apakah kelangsungan mereka akan terus dapat bertahan? Masing-masing bercakap bahawa bajet tahun 2010 telah dikurangkan ke tahap 15 peratus bermakna semakin kecillah harapan untuk menambahkan pendapatan, malah ada kemungkinan turut menjejaskan urusniaga mereka.
Dalam bajet 2010 yang dibentangkan pada 22 Oktober 2009, di samping beberapa kaedah mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi, banyak pihak melihat akan berlakunya sedikit kesan kepada masyarakat. Mulai tahun baru juga diperkenalkan cukai ke atas setiap kad kredit, iaitu sebanyak RM 50.00. Belum pun sempat dilaksanakan, masyarakat menjadi terkejut apabila harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM 1.65. Namun, ada pihak yang tidak mematuhi harga maksima itu dengan menjual gula RM 1.70 sekilogram dan diberitakan berlaku di Terengganu.
Dengan pengurangan subsidi gula kerajaan dijangka dapat menggunakan lebihan itu untuk melaksanakan lain-lain projek untuk kemudahan rakyat. Namun, secara amnya kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak RM 1.08 bilion bagi membolehkan gula dijual pada harga RM 1.65, manakala harga bahan tersebut di Thailand dan Indonesia berada pada tahap RM 2.25 sekilogram. Langkah pengurangan subsidi itu sebagai usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula, kerana gula banyak dikaitkan dengan kesihatan, termasuk menyebabkan diabetes.
Pada tahun 2010, Perjanjian Perdagangan Bebas ASAEAN (AFTA) akan dilaksanakan. Perlaksanaan ini akan membolehkan aliran keluar masuk manusia, barangan dan perkhidmatan menjadi semakin mudah antara sebuah negara ke sesebuah negara yang lain.
Meskipun terdapat sekatan dan prasyarat kemasukan yang dikenakan, tetapi ianya adalah di tahap paling minimum. Ia bakal menjadikan dunia semakin global, seseorang itu boleh berulang-alik bila-bila masa yang disukainya, seperti keinginan kita untuk balik kampong sama ada setiap hari, minggu atau bulan. Ia bergantung kepada kesanggupan seseorang dan keupayaannya.
Kalau dalam tahun 2009 terdapat usaha untuk meliberalisasikan 27 subsektor ekonomi bagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing, tahun 2010 atau menurut jaminan Perdana Menteri akan diperkenalkan model baru ekonomi Malaysia. Proses meliberalisasikan subsektor ekonomi telah dilihat sebagai melepaskan ikatan kebumiputeraan dalam penentuan kek ekonomi, maka model ekonomi baru diharapkan dapat membina semula keyakinan menyuguhkan lahirnya masyarakat perniagaan dan perdagangan bumiputera yang lebih besar.
Apabila Perdana Menteri melantik barisan kabinetnya pada awal April 2009, kedudukan beberapa agensi yang khusus untuk bumiputera (Majlis Amanah Rakyat—MARA) sedikit terumbang-ambing (seolah-olah kehilangan bapak kerana Kementerian Pembangunan Usahawan dimansuhkan, manakala hal ehwal koperasi digabungkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kemudiannya dinamakan semula sebagai Kementerian Pedagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Kooperasi) .
Dalam model ekonomi baru yang berasaskan kreativiti dan innovasi , ia sebenarnya merupakan anjakan daripada model ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Peningkatan ini perlu dilakukan kerana banyak aspek kreativiti yang semakin berkembang perlu diberikan penekanan, termasuk industry penerbitan filem, animasi dan produk-produk hiburan yang boleh didagangkan secara meluas. Kita mungkin tidak lupa bahawa kebangkitan industri kreativiti telah banyak memberikan peluang pekerjaan, pendapatan negara dan pertumbuhan lain-lain industry termasuk perhotelan, pengangkutan dan sebagainya.
India misalnya, melalui industri perfilemannya telah berupaya menampung puluhan ribu karyawan dari pekerja di belakang tabir, pemuzik, pempamer, pelakon dan seterusnya menambahkan pendapatan negara melalui cukai dan sebagainya. Thailand juga sudah membuktikan industry perfileman mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa apabila menjadikan kreativiti sebagai salah satu penekanan pertumbuhan ekonomi.
Satu lagi aspek yang dijangka dapat berkembang pesat ialah industri sukan. Kalau sebelumnya sukan hanya dilihat sebagai punca pendapatan atlet dan bidang rekreasi, kini sukan boleh menghasilkan pendapatan yang besar. Sukan boleh memberikan pulangan yang besar kepada pihak penganjur melalui bidaan hak siaran, hak penganjuran terutamanya di peringkat antarabangsa. Kerana itulah banyak negara amat berminat untuk membida sebagai tuan rumah bagi menganjurkan sukan-sukan berprestij, termasuk bolasepak, badminton, tenis dan sebagainya.
Percubaan Malaysia menjadi sebahagian daripada pusingan lumba perahu layar misalnya menjadikan Pulau Duyong sebagai destinasi yang semakin menguntungkan negara. Sewaktu masyarakat pantai timur terpaksa berteleku dengan kesejukan musim banjir, ada segelintir mereka yang sanggup menghadapi cabaran bertarung mencari kejuaraan. Peluang itu boleh digunakan untuk menjana pendapatan, dan kerana itulah bekas Perdana Menteri melihatnya sebagai satu potensi besar kepada industri pelancongan negara untuk jangka panjang.
Wajah-wajah muram sebelumnya telah berubah menjadi ceria. Kadar penginapan hotel penuh pada musim kejohanan perahu layar Monson Cup dan ini tentunya menggerakkan banyak sektor ekonomi termasuk restoran, kraftangan dan pelancongan domestik. Kini keropok lekor sudah menjadi semacam satu bentuk industri yang besar di Terengganu, berbanding sebelumnya. Hampir sepanjang jalan Batu Rakit terdapat gerai-gerai keropok lekor, begitu juga dengan kawasan Losong, Marang dan Kemaman.
Apa yang amat diharapkan ialah pada tahun 2010, langkah pertama sepuluh tahun terakhir mestilah dirintis dengan penuh iltizam dan kesungguhan , kerana ia bakal melakarkan kejayaan cita-cita besar sebagai sebuah negara maju. Pada tahun 2020, Malaysia perlu berada di landasan tepat termasuk mentaliti rakyat kelas pertama kerana infrastruktur kelas pertama sudah ada, ekonomi rakyat berpendapatan tinggi (sasaran Wawasan 2020 lapan kali ganda dari pendapatan pada tahun 1991), dan rakyat bersahsiah tinggi.
Persoalan yang mesti kita hadapi ialah bagaimana untuk mencapai tahap kemajuan seperti yang diharapkan itu kerana pertumbuhan ekonomi sudah mengalami kerencatan. Mampukah dalam masa sepuluh tahun yang berbaki itu dapat diarahkan sedangkan secara puratanya dengan kadar pertumbuhan 7 peratus setahun? Pada tahun ini jangkaan pertumbuhan adalah sekadar 4 hingga 5 peratus, bermakna pada tahun-tahun selepasnya pertumbuhan perlu dilipatgandakan dan tentunya memerlukan sentuhan ajaib.
Bagi membuktikan kesungguhan kerajaan, Perdana Menteri pada tahun lalu memperkenalkan Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bersama-sama Petunjuk Utama Prestasi (KPI). NKRA dan KPI itu sebagai sasaran yang perlu dicapai oleh agensi dan menteri yang bertanggungjawab, kerana daripada pengukuran itulah bakal memberikan petunjuk bahawa Dua inisiatif ekonomi juga bakal diumumkan, selain melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Model Ekonomi Baru (MEB).
Tahun 2010 juga akan bermulanya Rancangan Malaysia ke-11, iaitu kaedah perancangan ekonomi secara bertahap dijangka bakal menggariskan matlamat pembangunan negara untuk bangkit dari kemelesetan sepenuhnya. Mungkin beberapa inisiatif akan turut diperkenalkan oleh Kerajaan bagi terus menggerakkan ekonomi, termasuk membina sahsiah tinggi penduduk.
Usaha perancangan yang rapi tentunya tidak akan mendatang hasil jika setiap rakyat tidak ikut serta. Meskipun ada sedikit kumpulan masyarakat yang mengambil sikap bertentangan, usaha itu sebenarnya adalah sesuatu yang lumrah dalam sistem bermasyarakat yang bebas. Contoh yang paling menarik ialah ada usaha yang dibuat oleh pihak pengusaha pusat perubatan menyaman kerajaan kerana membuka poliklinik 1 Malaysia di beberapa kawasan terpilih.
Bantahan yang berpunca daripada cadangan untuk menempatkan pembantu perubatan di poliklinik 1 Malaysia itu dikatakan tidak mematuhi piawaian sesebuah klinik. Sesebuah klinik perlu mempunyai seorang doktor perubatan dan bukannya pembantu perubatan. Dan, dengan menempatkan pembantu perubatan ada pihak mempertikaikannya sebagai status tidak sah untuk diiktiraf sebagai sebuah klinik.
Tapi, ramai pihak yakin cadangan itu hanyalah sebagai permulaan. Disebabkan negara masih menghadapi masalah kekurangan doctor perubatan, maka permulaan dalam bentuk tersebut dianggap memadai. Sekurang-kurangnya pembantu perubatan boleh melaksanakan usaha memberikan rawatan terhadap pesakit ringan atau cedera ringan, dan ini boleh membantu.
Meskipun klinik perubatan yang dikendalikan oleh doktor perubatan swasta juga melakukan kerja-kerja merawat pesakit di tahap yang agak ringan. Manakala pesakit yang menghadapi keadaan serius, pihak pengendali klinik swasta atau doctor turut membuat perakuan untuk ke hospital. Oleh itu, tidak ada sebab kenapa pembantu perubatan yang terlatih tidak menjalankan tanggungjawab tersebut, sekurang-kurangnya sekadar mengesan suhu badan, merawat luka dan sebagainya boleh dilaksanakan walaupun tanpa doktor.
Orang ramai berpendapat tentangan sesetengah pihak itu kerana apabila pliklinik 1Malaysia dikembangkan di kawasan-kawasan perumahan, ia bakal memberikan saingan kepada mereka. Inilah persoalan sebenarnya kerana pada masa kini pengusaha klinik swasta memperoleh pendapat lumayan apabila mendirikan pusat perubatan mereka di situ.
Walaupun Malaysia kini tidak dilihat lagi sebagai negara yang menggerunkan kuasa ekonomi Asia yang lain setelah China, India, Vietnam dan Indonesia semakin mengambil tempat, tidak bermakna perlu memperlahankan pertumbuhan ekonomi. Malaysia masih lagi mampu bersaing dan akan terus bersaing dalam bidang-bidang tertentu, terutamanya industry yang berasaskan teknologi tinggi.
Pertumbuhan ekonomi di China, India, Vietnam dan Indonesia masih memerlukan pendekatan penggunaan buruh yang tinggi, sedangkan Malaysia sudah lama melepasi tahap tersebut. Disebabkan penekanan penggunaan buruh yang tinggilah menyebabkan negara menjadi tumpuan pekerja asing, dan ini telah banyak menimbulkan masalah sosial.
Mereka yang masuk secara sah akhirnya menjadi pendatang tanpa izin kerana tinggal lebih tempoh dan melarikan diri dari majikan asal. Ketika harga kelapa sawit melonjak, pekerja asing di sektor ladang sering bertukar majikan kerana memburu upah yang tinggi. Begitu juga dalam sektor pembinaan. Keadaan kini menyebabkan mereka melarikan diri dan menyusup ke lading-ladang yang sanggup mengambil mereka tanpa perlu mendapatkan permit. Akhirnya, pekerja tersebut juga menghadapi masalah, orang tengah memainkan peranan, tidak dibayar gaji atau upah sebagaimana dijanjikan.
Bagi meneruskan cita-cita besar, rakyat dan kerajaan perlu berganding bahu. Rakyat mestilah melupakan sengketa politik yang pernah berlaku, kerana sengketa itu tidak akan memberikan kekuatan kepada pertumbuhan ekonomi. Masa yang ada amat singkat, hanyalah 10 tahun lagi untuk negara bergelar negara maju. Rakyat perlu bangkit semula dengan lebih bertenaga untuk memakmurkan negara selepas dunia dilanda pelbagai krisis. Krisis ekonomi mengajar negara untuk memperkukuhkan sistem kewangan dan perbankan negara. Krisis politik mengajar kita erti siapa yang sepatutnya kita memberikan harapan dan siapa pula yang hanya tahu berjanji, menyalahkan orang lain sedangkan usaha mengatasinya tidak pernah terpatri kukuh.
Joseph E. Stiglitz, pemenang Hadiah Nobel Eekonomi pernah menyatakan bahawa inovasi sepatutnya digunakan untuk menyempurnakan lagi pasaran ekonomi agar lebih cekap dan stabil, bukannya disalahguna untuk menyusahkan penduduk dan merosakkan bumi. Tetapi segelintir manusia, termasuk kuasa besar amat angkuh dengan sikapnya. Perasaan tamak menguasai setiap tindakan dan sanggup pula melakukan kaedah yang berlawanan dan penyelewengan. Akibatnya seluruh kehidupan menjadi rosak dan dilanda kemusnahan.
Bagi mengelakkan rasa tamak dan melakukan penyelewengan, setiap rakyat perlu menjadikan integriti sebagai motivasi baru bagi mendepani cabaran menjayakan wawasan 2020. Seperti kata Datuk Abu Kassim, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pentunjuk rasuah yang amat menjijikkan ialah apabila kita terpaksa membayar hak kita sendiri. Untuk mendapatkan hak itu kita perlu mengeluarkan wang bagi memudahkan prosesnya, itu sepatutnya kita sama-sama tentang sehebat-hebatnya, kerana ada pihak yang cuba menghalang kita daripada mendapatkan hak itu.
Tahun 2010 jangan lagi ikut mencelarukan suasana politik dan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 2009. Seharusnya kita gunakan kesilapan itu sebagai langkah pembetulan agar 2010 menjadi tahun penuh produktif, kreatif dan inovatif. Kita mula membina kekuatan baru yang lebih kuat untuk bersaing (tetapi bukan bertewas seperti difahami oleh orang Kelantan), agar cita-cita besar kita itu bakal menunjukkan sinar kejayaannya nanti. |
|
Politik Baru dan Kepercayaan Rakyat Posted: 17 Oct 2010 06:31 AM PDT Pasca pilihanraya ke-12 tahun 2008, antara ungkapan politik yang sering disebut dan diulang-ulang oleh para politikus, wakil rakyat, ahli akademik, pemimpin pendapat (opinion leaders) dan pemimpin masyarakat adalah; perubahan, harapan, rakyat sana, rakyat sini, me-rakyat-kan itu dan ini, politik baru, media baru, market-oriented politics, bottom-up politics dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Bak kata Perdana Menteri, era kerajaan tahu segalanya telah berakhir (The era of government knows best is over). Seperti mana buku tulisan pendokong kuat globalisasi Thomas Friedman, 'The World is Flat', sifat politik baru juga begitu.
Globalisasi tidak hanya tertumpu pada aspek ekonomi dan perdagangan semata-mata, tetapi juga melibatkan politik. Kita telah beralih ke zaman politik baru. Politik baru bermaksud pengurusan politik yang rata (flat). Politik baru ini telah mengubah sistem politik lama daripada bersifat top-down atau multilevel kepada sistem yang rata. Dalam politik baru, suara dan pendapat pemimpin bawahan atau golongan minoriti diberi lebih perhatian. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik baru? Politik baru adalah politik berorientasikan informasi. Politik baru adalah politik tentang idea. Politik baru adalah politik hujah. Politik baru adalah politik bottom-up dan bersifat dua hala. Politik baru adalah politik memberi harapan (hope), bukannya menjual ketakutan (fear). Politik baru adalah perang idea dan hujah (Information Warfare). Dalam politik baru, hujah siapa yang lebih kuat, dia menang. Bukan sekadar hujah siapa semata-mata, tetapi hujah siapa yang lebih banyak, dia menang. Dalam politik baru, rakyat khususnya pengundi lebih bijak memilih informasi. Rakyat memilih dan menentukan sendiri apa yang hendak dipercaya dan apa yang tidak mahu dipercayai.
Dalam politik baru, isu atau persoalan pokoknya bukanlah di antara betul atau salah. Tetapi kebenaran siapa yang hendak dipercaya? (The question is not only 'is it true?' but 'whose truth is it?)
Sebagai contoh, pendokong-pendokong Reformasi akan tetap tidak percaya bahawa Pemimpin Agung mereka terlibat dalam skandal seks luar tabii, dalam pada masa sama mereka percaya bahawa Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan seorang model keturunan Mongol. Begitu jugalah sebaliknya dalam hal penyokong-penyokong parti pemerintah.
Politik baru juga adalah politik berasaskan teknologi. Makna kata, siapa yang lebih menggunakan teknologi (Internet dan media baru) maka merekalah yang lebih menonjol. Frasa 'menggunakan teknologi' di sini bukan bererti dengan hanya mewujudkan akaun Blog, Facebook atau Twitter semata-mata, tetapi apa yang penting adalah partisipasi atau penyertaan.
Ramai yang terlupa bahawa walau sehebat mana pun sesuatu teknologi itu, media sosial umpamanya, ianya tidak lebih hanyalah alat komunikasi baru. Manusialah yang harus memberi nafas dan menggerakkan alat tersebut bagi mencapai sebarang matlamat politik. Teknologi Internet boleh diibaratkan dengan keris Melayu atau pedang Samurai, yang tentu sekali tidak ada makna jika ianya digunakan oleh peninju kickboxer Amerika ataupun ahli gusti Russia.
Justeru, mana-mana ahli politik yang tidak tahu atau tidak kenal arus perubahan yang sedang bergerak ini, maka ketinggalanlah mereka. Ringkasnya, politik baru adalah politik yang berorientasikan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan lontaran hujah.
Seterusnya, jika kita berbicara tentang politik baru, tentu sekali ada politik lama. Apakah jenis dan bentuk politicking yang sudah ketinggalan?
Salah satu contoh politik lama yang masih diamalkan dan dipercayai oleh sesetengah pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional ialah mempercayai bahawa hanya dengan bekerja, memberi khidmat masyarakat kepada rakyat, maka rakyat akan kembali menyokong. Ini adalah pandangan politik lama.
Suka tidak suka, kalau buat kerja rakyat tak nampak, tiada guna. Suka tidak suka, politik baru adalah politik nasional. Politik tempatan adalah politik nasional. Maka, siapa saja yang bermimpi atau memasang angan-angan untuk menjadi calon pilihanraya negeri atau parlimen, maka anda harus tahu isu-isu nasional. Menjadi wakil rakyat seharusnya menjadi ahli politik, maka fokus kerja haruslah lebih berat kepada politik (bukan politicking), bukannya sebagai aktivis masyarakat, pegawai sosial ataupun seperti aktivis NGO.
Namun demikian, walaupun telah disebut politik baru itu berorientasikan informasi, idea, hujah dan teknologi, tetapi "unsur-unsur lama" seperti persepsi dan sentimen masih penting. Malah lebih daripada itu, ianya adalah modal terpenting buat propagandis politik. Di sinilah letaknya peranan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan hujah, kerana tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sesuatu isu adalah bergantung kepada sejauh mana kuatnya idea dan hujah yang secara langsung atau tidak langsung membentuk persepsi masyarakat atau sentimen umum |
|
PELANGGAN KITA ADALAH RAKYAT. Posted: 17 Oct 2010 06:10 AM PDT Tumpukan Kepada Rakyat, Bukannya Dalaman Parti – Najib Mohd Nasri Zakariah
AMPANG, 17 Okt – "Kalau kita nak menebus semula kekalahan kita , kita mesti jaga hati rakyat untuk menyokong kita, jangan kita terlalu tumpu kepada hal sesama kita sahaja, maknanya kita tak ada program yang menjangkau merentasi kumpulan kita sahaja," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Menurutnya, tidak dinafikan urusan dalaman itu penting tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen, kepentingan rakyat perlu diambil kira kerana mereka akan menentukan siapa yang akan memerintah negara ini.
"Memberi perhatian kepada kumpulan kita dan tidak ada pendekatan yang disenangi oleh rakyat jelata, maka UMNO akan dilihat terlalu melihat soalan dalaman kita sahaja.
"Saya tidak nafikan urusan dalaman itu penting tetapi dalam demokrasi berparlimen, kita mesti tahu menjaga hati nurani rakyat yang akan mendukung kejayaan kita apabila sampai masanya nanti," katanya lagi ketika menghadiri Karnival Skuad Sayang 1Malaysia – Wanita UMNO.
Najib berkata, beliau mengakui wanita menjadi tulang belakang kepada rakyat dan dengan kewujudan Skuad Sayang itu akan menyerlahkan lagi kegiatan parti yang dilakukan oleh Wanita UMNO di peringkat akar umbi.
"Wanita saya akui, saya iktiraf sebagai tulang belakang pada parti kita, tentu sekali dengan fitrah wanita yang semula jadi sifat keibuannya maka kerja Skuad Sayang memang tepat sekali di kendali oleh wanita dan saya ingin ucapkan setinggi tahniah kepada wanita di bawah pimpinan Datuk Izat (Shahrizat Abd Jalil) yang telah mewujudkan Skuad Sayang dalam parti kita yang dilancarkan setahun lalu," katanya.
Beliau meminta Skuad Sayang Wanita UMNO menjalankan aktiviti atau kegiatannya bukan sahaja bertumpu di kawasan selamat yang diwakili oleh BN tetapi perlu melakukan di kawasan yang diwakili oleh pihak pembangkang.
"Kalau kita nak buat program, kita buatlah program di kawasan yang lebih mencabar dan jangan buat di kawasan kita yang kita telah kuat, kita lagi hebat cabarannya tak kiralah kalau kita dikutuk ke, kalau kita dititik ke, kalau kita diragut ke, tak kira asalkan atas nama perjuangan kita tak akan berundur, kita akan mara ke hadapan.
"Saya hendak semangat ini , jangan wanita takut, kita akan jaga keselamatan wanita walaupun kawasan pembangkang, kita tetap perjuangkan apa yang patut kita lakukan inilah semangat yang harus kita tanam pada diri, kita jangan kita fikir nak cari jalan di kawasan selamat sahaja kita hendak kawasan yang lebih mencabar," katanya.
Najib turut membidas sikap pembangkang yang suka menggembar-gemburkan apa yang dilakukan oleh mereka sedangkan perkara itu kecil sahaja berbanding dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). -MediaUMNO.
|
|
Model politik baru Umno perlukan pemikiran progresif, kata anggota MT Posted: 17 Oct 2010 05:50 AM PDT October 17, 2010
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Model politik baru Umno yang hendak dibawa Datuk Seri Najib Razak perlu berasaskan pemikiran progresif supaya ia memberi impak besar kepda rakyat setiap lapisan masyarakat, kata anggota Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah. "Pada saya model ini, antara lain perlu mengandungi dua komponen utama iaitu pendekatan dan pemikiran," kata penulis buku berjudul "Politik Baru" ini ketika dihubungi The Malaysian Insider. Buku itu dilancarkan oleh Najib awal tahun lalu.
Najib yang juga Presiden Umno semalam mengusulkan kemungkinan diwujudkan model politik baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
"Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu model politik baru," kata Najib.
Najib berkata strategi seperti "politik pembangunan" tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.
"Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.
"Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, InsyaAllah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Menurut Saifuddin, pemikiran merujuk kepada keperluan mencetuskan idea-idea pembangunan yang progresif dan berdasarkan falsafah, konsep dan pengisian bernas, budaya ilmu dan berimpak besar kepada rakyat di setiap lapisan dan bagi setiap golongan.
"Antara idea progresif yang diperlukan ialah tentang mewujudkan masyarakat baik yang berteraskan penghayatan budaya ilmu, keadilan sosial, pembinaan tamadun insaniah, partisipasi demokratik, serta kelestarian ekonomi dan alam sekitar," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini.
"Saya anggap cadangan Datuk Seri Najib tentang perlunya diadakan model politik baru amat tepat dengan realiti politik semasa dan pengharapan rakyat kini.
"Ia bukan sahaja penting untuk Umno, tetapi untuk mewujudkan budaya politik negara yang lebih sihat dan segar di negara ini," kata beliau.
Namun tegas beliau, ia perlu dimulakan oleh Umno sebagai parti tunggak BN.
"Justeru, amat sesuai bagi perbahasan usul di Perhimpunan Agung Umno minggu depan untuk mengupas perkara ini.
Menjelaskan hujahnya, Ahli Parlimen dari Pahang ini menambah, aspek pendekatan merujuk dua perkara iaitu amalan politik integriti yang mesti berasaskan idealisme perjuangan parti yang kukuh.
"Dalam Umno, tidak cukup sekadar menjadi 'ahli Umno' iaitu bayar yuran. Ia perlu menjadi 'orang Umno' yang masuk Umno benar-benar demi perjuangan, bukan dengan niat lain.
"Di samping itu, ia perlu memastikan Umno menghakis masalah-masalah seperti politik wang.
"Amalan urus tadbir baru iaitu meningkatkan kerjasama dan sinergi antara ketiga-tiga sektor pembangunan iaitu kerajaan-politik, perniagaan dan masyarakat sivil dalam struktur dan proses membuat keputusan.
"Amalan ini satu langkah penting dalam mematangkan demokrasi negara kerana ia akan meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat dalam membuat keputusan," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyokong cadangan Najib berhubung usaha mewujudkan model politik baru bagi menjadikan Umno parti yang lebih dinamik dan diterima umum.
Beliau yakin model baru dicadangkan oleh Perdana Menteri untuk menjadikan Umno sebagai satu parti politik yang dinamik akan diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
Katanya, hakikat landskap politik di negara sudah banyak berubah jika dibandingkan beberapa tahun lalu dan keadaannya sudah tidak sama seperti dahulu.
"Jika dahulu kita memperkatakan mengenai politik kemerdekaan dan politik pembangunan dan seterusnya politik kemajuan dan hari ini pendekatan yang akan diperkenalkan oleh beliau (Najib) akan menjadikan parti politik lebih dinamik dan tidak kaku," katanya di Ipoh.
Dipetik Bernama, Zambry berkata, cadangan berkenaan sangat bertepatan kerana generasi kini tidak sama seperti dahulu dan pendekatan politik juga harus berbeza mengikut suasana global.
Katanya, pendekatan politik baru itu mungkin berasaskan nilai-nilai yang ada dalam politik itu sendiri seperti menjadikan pemimpin politik itu sendiri sebagai sebahagian daripada masyarakat.
Menurutnya, matlamat perjuangan Umno tidak akan berubah tetapi yang berubah hanya metodologi dan persekitarannya sahaja agar menjadi lebih dinamik. |
|
DAP: PM nyalakan 'api perkauman' Posted: 17 Oct 2010 02:13 AM PDT Menurut berita MK- ini cerita lama dah tahu sejak tahun 1969 lagi.
Tony Pua: Batu Api Perkauman Tony Pua (Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara) menyatakan Perdana Menteri sebagai menyalakan api perkauman bila mendedahkan DAP adalah pihak yang mempersoalkan hak istimewa orang Melayu dan pihak yang menggantikan doa Yang Dipertuan Agong dalam khutbah Jumaat (baca sini). Memang benar DAP yang menjadi punca perkara tersebut. Yang rasis adalah Tony Pua sendiri, pencetus api perkauman sebenar di negara ini. Nampaknya Tony Pua yang baru berhijrah dari Singapura perlu mendalami dulu erti "rasis" di negara ini. Usah menjadi batu api untuk memecahkan perpaduan kaum di Malaysia ini.
Gambar atas menunjukkan kehadiran Tony Pua bersama-sama dengan Teresa Kok pada 8 Jun 2007, Forum Interfaith Commission mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Siapa yang cadang mansuhkan diskaun pembelian hartanah bumiputera? Siapa yang anjurkan 10 forum untuk membela Namewee bila kali pertama Namewee mempermainkan azan sama seperti kokokan ayam? Orang itu adalah Tony Pua, ahli parlimen DAP. Inilah orangnya yang menjadi "batu api perkauman" sebenarnya
|
|
MELAYU DAN UNDI MEREKA. Posted: 17 Oct 2010 01:55 AM PDT Ramai orang Melayu yang mengalih sokongan kepada parti lain seperti PKR (Parti Keadilan Rakyat) atau PAS, bukan kerana mereka suka kepada parti itu, tetapi lebih kerana melihat UMNO sebagai 'terlalu baik' dan sanggup berkompromi dalam segala hal........BENAR KE? |
|
Bajet realistik berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan Posted: 17 Oct 2010 01:45 AM PDT !Bajet realistik berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan
2010/10/17 pix_gal0 Mantapkan ekonomi bagi capai pembangunan lebih tinggi
BAJET 2011 dibentangkan kelmarin. Pelbagai insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun apa pula kata pakar ekonomi dan kumpulan pengguna. Wartawan Edisi Mingguan, AHMAD NAIM TAHIR dan MOHD AZIS NGAH berkongsi pandangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman BAGAIMANA Datuk melihat Bajet 2011 secara keseluruhannya? Click Here Bajet ini akan memantapkan landasan ekonomi Malaysia untuk mencapai pembangunan lebih tinggi dan untuk menjadi negara maju. Ia menumpukan sumber kewangan, modal insan dan komitmen kepada empat teras utama iaitu merancakkan pelaburan, mengukuhkan pembangunan modal insan, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menambah mutu perkhidmatan awam. Ia boleh dilihat sebagai pemudah cara untuk pertumbuhan ekonomi, namun turut realistik mengenai kedudukan kewangan kerajaan. Senang bagi kerajaan untuk terus menjalankan rangsangan ekonomi jika mahu mewujudkan feel good factor dengan berbelanja lebih.
Tetapi bajet ini ada disiplin untuk mengurangkan defisit iaitu kepada 5.4 peratus untuk 2011. Tiada bonus untuk kakitangan awam, hanya bayaran sagu hati kerana perbelanjaannya membabitkan RM3.1 bilion. Walaupun ada keperluan pelaburan dan perbelanjaan besar, kerajaan tidak menjadikan pelaburan sebagai tugas utama, sebaliknya sektor swasta diminta menjana pelaburan dan kerajaan menyediakan pelaburan hanya sebagai tipping point.
Bajet ini turut mengimbangkan keperluan untuk mencapai status negara maju dengan tumpuan kepada kegiatan ekonomi berimpak tinggi dengan tanggungjawab meningkatkan kesejahteraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan kawasan kurang maju. Imbangan ini dibuat dengan teliti dalam Bajet 2011.
Apakah paling menarik dalam bajet kali ini dan bagaimana ia dapat dijadikan asas dalam menyediakan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi? Ada beberapa idea dan pendekatan baru dalam bajet ini yang menarik dan memberi petunjuk arah pengurusan ekonomi negara di jurusan hadapan. Pertama, pelaburan bukan lagi dijanakan sepenuhnya atau sebahagian besarnya daripada kerajaan tetapi sektor swasta. Syarikat berkaitan kerajaan dan agensi amanah seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) diberi peranan penting. Contohnya PNB akan membina menara 100 tingkat di projek bersepadu dinamakan Warisan Merdeka. Agensi amanah yang mendapat dana daripada rakyat mesti memastikan pelaburannya mengutamakan pulangan dan faedah kepada pemegang unit saham atau pencarumnya (jika KWSP) dan bukan hanya atas pertimbangan komersial.
Kedua, kerajaan mula menangani isu gaji dengan lebih serius melalui penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara (MKGN). Saya berharap badan ini tidak hanya melihat persoalan gaji minimum tetapi meluaskan kerja kepada isu pergerakan gaji yang dipadankan dengan peningkatan produktiviti.
Ketiga, pemilikan rumah rumah pertama dan golongan muda kerana kebelakangan ini isu kenaikan harga rumah yang di luar kemampuan ramai banyak diperkatakan. Skim ini akan menolong kumpulan yang mungkin tidak mampu untuk membeli rumah pertama yang bakal menjadi aset berharga.
Keempat, penubuhan Dana Pencen Swasta yang memberi manfaat kepada pekerja swasta dan bekerja sendiri supaya ada perlindungan untuk hari tua mereka.
Ada mendakwa bajet ini tidak begitu memberi tumpuan kepada keseluruhan rakyat, tetapi hanya kumpulan tertentu?
Bajet tahunan biasanya merangkumi semua lapisan masyarakat dan kegiatan sosioekonomi, bukan hanya untuk kumpulan tertentu. Cuma mungkin pada satu tahun penumpuan diberi lebih kepada sesuatu kumpulan, manakala pada tahun selepas atau sebelumnya kumpulan lain pula yang mendapat manfaat atau diberi tumpuan lebih. Kita tidak boleh hanya melihat bajet dalam konteks satu tahun.
Yang jelas, setiap tahun penduduk luar bandar, golongan miskin atau berpendapatan rendah, orang kurang upaya, wanita dan pelajar sentiasa diberi perhatian. Dari segi sektor atau kegiatan pula, ada galakan pelaburan, perbelanjaan infrastruktur, kegiatan pertanian, kemudahan kesihatan dan penyediaan pelajaran sebagai menu tetap dalam bajet. Bagaimanapun, kebelakangan ini sektor perkilangan kurang mendapat insentif secara langsung, tetapi mungkin ada insentif tidak langsung. Saya berharap dalam bajet selepas ini, lebih banyak langkah atau insentif diberikan kepada sektor ini untuk mewujudkan peluang pekerjaan kerana ini adalah keperluan utama yang akan kita hadapi.
Antara yang merungut ialah golongan pertengahan yang mendakwa tidak begitu mendapat manfaat bajet kali ini?
Golongan atasan dan pertengahan perlu membantu golongan bawahan dan miskin. Ini dibuat melalui kadar cukai yang progresif. Golongan atasan yang berpendapatan tinggi bayar cukai pada kadar lebih tinggi daripada golongan pertengahan. Bajet 2011 memberi banyak manfaat kepada semua pihak dan sukar dikatakan tumpuan khusus untuk kumpulan tertentu. Contohnya tol, pembangunan infrastruktur, jalan raya, perkhidmatan kesihatan, kemudahan pelajaran dan tenaga hijau akan dinikmati semua lapisan masyarakat.
Memang ada yang menganggap bajet ini tidak banyak memberi manfaat kepada golongan pertengahan rendah, mungkin kerana golongan ini berasa kos kehidupan semakin tinggi tapi gaji tidak naik dengan sepadan dan bonus pun tidak ada. Sukar bagi bajet memberi manfaat kepada golongan pertengahan rendah kerana mereka susah dikenal pasti. Bagaimanapun ada manfaat bagi kumpulan ini seperti pelebaran sistem pengangkutan awam, mekanisme kenaikan gaji yang akan dipertimbangkan oleh MKGN, biasiswa melanjutkan pelajaran, skim pemilikan rumah pertama dan bantuan latihan kemahiran.
Kenaikan cukai perkhidmatan satu peratus. Adakah ia akan membebankan rakyat, terutama berpendapatan rendah?
Dalam setiap bajet, kita mahu cukai diturunkan dan pelbagai kemudahan terus disediakan atau ditambah. Pada masa sama kita akan membantah jika cukai baru diperkenalkan atau kadar cukai sedia ada dinaikkan. Kita mesti realistik, kerajaan perlu ada pendapatan yang cukup untuk menyediakan kemudahan diperlu dan melancarkan inisiatif baru untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi di samping menjalankan tanggungjawab sosialnya. Di negara maju, trend adalah pendapatan kerajaan akan datang sebahagian besarnya daripada cukai tidak langsung. Jadi, kenaikan cukai perkhidmatan ini langkah awal ke arah itu. Ia tentu akan menambah beban tetapi beban cukai tidak langsung ini bergantung kepada penggunaan.
Misalnya jika kita makan di restoran dan menyewa kereta yang bukan pun satu kemestian. Kita juga boleh menggunakan perkhidmatan tidak dikenakan cukai ini, tetapi cukai untuk perkhidmatan hospital memang akan menambah sedikit kos. Kita juga perlu mengimbang kenaikan satu peratus cukai perkhidmatan ini dengan pengecualian cukai jualan untuk telefon bimbit dan penghapusan duti import untuk 300 barangan. ! |
|
PERTIMBANG SERTAI UMNO !! Posted: 17 Oct 2010 01:43 AM PDT Bajet 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah Pemimpin Politik. Hampir kesemua Pemimpin komponen BN memberi reaksi positif terhadap Bajet 2011. Pembangkang pula seperti tahun-tahun sebelum ini, sentiasa tidak berpuas hati dengan Bajet Kerajaan Persekutuan. Masing-masing memberi reaksi negatif dan tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara. Peliknya, dari kesemua Pemimpin Pembangkang, tersebut seorang Pemimpin PAS yang memuji dan menyokong sepenuhnya Bajet 2011. Hairan? Pendirian beliau tidak sama dan sealiran dengan rakan-rakan Pembangkang beliau yang lain. Siapa? Individu tersebut tidak lain tidak bukan, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. "Kami amat menghargai insentif yang diberikan pihak Kerajaan. Beberapa insentif termasuklah Hal Pembankan dan Kewangan Islam sewajarnya diberi pujian sepenuhnya". Itulah komen yang diberikan Ahli Parlimen Bachok ini. Lain macam bunyinya. Berlainan pula dengan pendirian rakan-rakan beliau yang lain. Anwar Ibrahim memberi komen dengan nada keras mengatakan "Bajet ini tidak jelas. Ia hanya mengetengahkan beberapa projek besar yang boleh rakyat anggap mencukupi. Isu pokok dalam pertumbuhan ekonomi Negara tidak ditangani dan saya akan jawab semuanya Isnin nanti. Tapi saya suka apabila harga Seluar Dalam diturunkan... Hehehehe".. Aik... Jangan mara ha... Begitu juga reaksi dari Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, "Saya melihat, bajet ini tidak mencapai maksud untuk menemui rakyat bawahan. Transformasi ekonomi tidak diterjemahkan dengan bajet pada golongan sasar". Pulak.... Pandai pula sebut Transformasi. Kenapa? Tiada lagi perkataan Reformasi ke? Daripada kenyataan ketiga-tiga Pemimpin ini, jelas Ustaz Nasharuddin menyokong Kerajaan BN pimpinan UMNO. Tapi, apakan daya. De Facto PAS, Nik Ajis tidak dapat menerima UMNO. Mengamuk la Pak Nik Ajis lepas ni. NASHA....Keluar, mu keluor dari PAH... Cilako, Cilako, Cilako. Post by... Melayu Cindia |
|
Iktibar daripada tuduhan melulu Kit Siang Posted: 17 Oct 2010 01:29 AM PDT DAARKIB : 28/09/2010 Iktibar daripada tuduhan melulu Kit Siang
SEJAK lebih sebulan lalu, pemimpin pembangkang berebut-rebut mahu mengutip 'bonus politik' daripada insiden dua orang guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sebelum ini.
Pertama, melibatkan seorang pengetua menegur beberapa pelajar Cina yang tidak menghormati lagu Negaraku ketika sambutan Hari Kemerdekaan di sekolahnya di Kulaijaya, Johor pada 12 Ogos lalu.
Insiden kedua pada 19 Ogos lalu, membabitkan seorang guru sekolah menengah di Bukit Selambau, Kedah menegur beberapa pelajar Cina yang makan di tempat terbuka ketika bulan puasa.
Tanpa mengambil kira alasan dan punca kedua-dua guru itu membuat teguran kepada pelajar-pelajar tersebut, pembangkang tidak henti-henti mendesak supaya tindakan diambil terhadap mereka.
Kemuncaknya apabila penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Menteri Pelajaran untuk bertindak terhadap kedua-dua guru berkenaan.
Bagaimanapun dia ditempelak oleh Muhyiddin yang menegaskan, beliau tiada kuasa eksekutif untuk bertindak terhadap mana-mana pegawai kerajaan berjawatan tetap termasuk kedua-dua guru tersebut. Sebaliknya ia hanya terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara.
Dalam kelantangan dan keghairahannya mengkritik dan memburuk-burukkan serta mencari salah kerajaan, akhirnya Kit Siang terperangkap di sebalik kenyataannya sendiri.
Sekali gus, ini juga memperlihatkan Kit Siang seorang yang tidak melakukan penyelidikan sebelum membuat kenyataan. Apa yang beliau tahu ialah memburuk-burukkan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kira sama ada tuduhannya benar atau palsu.
Dalam isu kedua-dua guru tersebut yang didakwa sebagai rasis, pembangkang khususnya DAP sebenarnya tiada tujuan lain kecuali mahu menunjukkan mereka adalah hero di kalangan masyarakat Cina.
Apa yang mereka mahu ialah masalah disiplin melibatkan pelajar Cina terbabit dilupakan dan dipadamkan daripada perbincangan. Sebaliknya mereka hanya mahu melihat kedua-dua guru itu diambil tindakan.
Merekalah sebenarnya yang rasis dan bersikap pilih kasih.
Apa tidaknya, dalam kes Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee yang bukan saja bertindak menunjuk aksi lucah, biadab dan tidak bermoral malah sanggup mencetuskan api perkauman secara terbuka di Internet, DAP dan Kit Siang tidak pula beria-ia meminta tindakan diambil terhadapnya.
Seluruh Malaysia mengetahui Namewee pernah mengubah suai lirik lagu kebangsaan Negaraku kepada 'Negarakuku.' Namewee juga mempersendakan orang Islam termasuk menghina azan menerusi laman webnya.
Semua itu tidak dianggap rasis oleh DAP dan Kit Siang, hanya kerana Namewee bukan orang Melayu. Jika dia orang Melayu, sudah pasti Kit Siang menjadi orang pertama mengheretnya ke pengadilan.
Inilah sikap sebenar pimpinan DAP termasuk Kit Siang sejak dari dulu, kononnya memperjuang kesamarataan hak semua warganegara tetapi hakikatnya mereka cuma mempertahankan puak dan kaumnya sahaja.
Yang tidak pernah sedar ialah orang Melayu sendiri, membiarkan hak, ketuanan dan keistimewaan kaum sendiri dipersoalkan.
PANDANGAN PENULIS : AKIBAT TERLALU GHAIRAH JADI SENDIWARA POLITIK. |
|
BONUS DAN PENJAWAT AWAM Posted: 17 Oct 2010 01:24 AM PDT
Penjawat awam harap bonus 2 bulanKUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemberian bonus kepada kakitangan awam dan usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam adalah antara harapan rakyat dalam Bajet 2011 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat esok. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota hari ini mendapati, orang ramai mahu bajet itu memberi faedah menyeluruh kepada rakyat manakala kakitangan awam berharap mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan. Kakitangan awam, Normazmin Che Ad, 30, berharap Perdana Menteri akan mengumumkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam pada pembentangan bajet esok kerana ia dapat membantu meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi. "Bonus merupakan imbuhan tambahan yang bakal menyuntik semangat kami untuk terus bekerja dengan lebih baik," katanya di sini hari ini. Seorang lagi penjawat awam, Ruslinda Yahya, 42, juga mahu kerajaan pertimbangkan pemberian bonus khas kepada kakitangan kumpulan sokongan. "Dengan pemberian bonus akan dapat meringankan beban golongan tersebut kerana bergaji rendah lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja di bandar-bandar besar," katanya. Seorang pemandu, Gunalan Athimoolan, 31, berpendapat, kerajaan harus meluaskan jaringan pengangkutan awam terutama kereta api antara bandar bagi membantu mengurangkan kos pengangkutan. Sementara itu, eksekutif teknologi maklumat, David Cheah, 32, pula berharap kerajaan akan terus memberi inisiatif yang dapat menarik pelaburan langsung asing (FDI). "FDI yang kukuh akan menjadi pemacu utama ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan oleh kerajaan," katanya.
Situasi ekonomi tentukan bonus penjawat awam 17/10/2010 12:31pm IPOH 17 Okt. - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan pemberian bonus kepada penjawat awam bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara.
Beliau berkata, kerajaan tidak memasukkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada Bajet 2011 kerana kekangan kewangan yang sedang dihadapi.
"Kita tidak mahu berlakunya defisit dalam kos operasi disebabkan pemberian bonus itu. Bagaimanapun kita beri wang saguhati sebanyak RM1,000, RM500 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu sementara RM500 lagi pada hujung tahun ini," katanya.
Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, walaupun pemberian wang saguhati tersebut tidaklah begitu besar tetapi ia tidak memberikan kesan defisit kepada perbelanjaan kerajaan.
Jelasnya, kerajaan terpaksa berhutang sekiranya ingin memberikan bonus kepada kesemua 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang jumlahnya mencapai RM3.1 billion.
Beliau berkata, masalahnya, jumlah itu akan memberikan impak kepada perkembangan ekonomi negara kerana adalah menjadi dasar kerajaan untuk menurunkan kadar defisit kurang daripada 5.6 peratus yang dicatatkan sebelum ini. - Bernama
Bonus: Penjelasan PMOleh NIZAM YATIM pengarang@utusan.com.my
| KIRA-KIRA 14,000 warga pendidik dari seluruh negara menghadiri Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama pada majlis yang pertama kali diadakan itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. [ Berita di muka 2 ] – Mingguan/Mohd. Naim Aziz |
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar sebanyak RM3.1 bilion. Beliau berkata, pembayaran sebanyak itu jika dilaksanakan akan menyebabkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan. ''Saya tahu banyak yang lobi saya supaya mengisytihar bonus satu bulan, tetapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan bahawa bonus satu bulan ini menelan belanja sebanyak RM3.1 bilion. ''Kalau ikut hati memang saya hendak bagi bonus, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri yang dihadiri 14,000 guru dari seluruh negara di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. Turut hadir timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semalam, Najib mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak. Bantuan kewangan itu yang dibayar pada Disember ini akan diberikan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemberian RM500 itu adalah langkah sehabis baik yang boleh beliau lakukan bagi meringankan beban penjawat awam. ''Sekurang-kurangnya akhir tahun kita bagilah sedikit sumbangan hendak beli baju, kasut serta beg sekolah dan ini sangat-sangat berguna sekali. ''Kerajaan juga bermurah hati untuk panjangkan sumbangan ini kepada pesara kerajaan walaupun barangkali mereka tidak ada anak-anak lagi (yang bersekolah)," katanya. Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau sedang meneliti beberapa memorandum yang disampaikan oleh wakil guru yang mencadangkan supaya dilakukan penambahbaikan kepada skim perguruan. ''Saya pohon masa sedikit untuk meneliti implikasi kewangannya sebab guru ini bilangannya 400,000 orang. Kalau kita darab apa-apa pun dengan bilangan ini, ia akan menjadi jumlah yang amat besar sekali.
''Sebab itulah saya perlu meneliti bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan. Sekiranya kerajaan mampu, Tan Sri Muhyiddin boleh buat pengumuman bila sampai masanya," jelasnya.
Kerajaan tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan: Najib
KUALA LUMPUR: "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada pembentangan Bajet 2011 tetapi sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan," kata Datuk Seri Najib Razak.
CUEPACS janganlah hanya tahu meminta bonus CUEPACS janganlah hanya tahu meminta bonus. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2011 pada bulan depan.Setiap tahun, itulah suara yang kedengaran dilaungkan oleh Presiden CUEPACS 27/09/2010 - size 2334 bytes | | | |
|
|
PEMBANGKANG : BERTELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG. Posted: 17 Oct 2010 01:12 AM PDT BN perlu beritahu jasa, budi - Najib 17/10/2010 2:49pm
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN tidak banyak mengembar gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat.
"Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," katanya di sini hari ini.
Najib berkata, walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara tetapi tidak mengembar gemburkannya seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah. - Bernama
BARISAN NASIONAL DIAM-DIAM UBI, MAKIN BERISI... |
|
BAJET 2011 UNTUK SEMUA. Posted: 17 Oct 2010 01:06 AM PDT Pusat tidak pinggirkan Kelantan
BACHOK 16 Okt. – Dakwaan pembangkang kononnya Kerajaan Pusat meminggirkan Kelantan dalam pembentangan Bajet 2011 tidak benar bahkan negeri ini turut mendapat pelbagai projek pembangunan sepanjang tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini termasuk bantuan sekolah agama rakyat, subsidi pertanian dan projek pembinaan jalan kampung yang membabitkan peruntukan RM696 juta di seluruh Semenanjung.
"Daripada jumlah itu Kelantan dijangka mendapat peruntukan terbesar berasaskan keperluan berbanding dengan negeri lain," katanya kepada pemberita ketika mengetuai kerja gotong-royong membaik pulih rumah warga emas Ghani Hussin, 75, di Kampung Teluk di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar yang mendakwa pembentangan bajet itu langsung tidak menyentuh peruntukan bagi Kelantan.
Kamarudin berkata, ini termasuk pembinaan jalan kampung, jalan lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tiada satu pun memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.
Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, Kelantan turut mendapat faedah dalam projek membaik pulih 12,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara yang membabitkan peruntukan berjumlah RM300 juta.
Mengenai pembinaan lebuh raya, beliau berkata, peruntukan bagi Kelantan mungkin dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). – BERNAMA
PANDANGAN PENULIS : Nampaknya sejak akhir-akhir ini Pembangkang telah menambah satu lagi peranan mereka dalam arena politik di Malaysia, selain membangkang apa sahaja mereka juga kini berperanan NUJUM PAK BELALANG. Mula-mula menilik tarikh pilihanraya, kemudian dok kata Bajet 2011 untuk UMNO sahaja dan selepas ni entah apa-apa lagi.... belalang, belalang.....apa dalam tangan tu? |
|
Strategi ‘laut biru’ : Pembangkang tersilap ramal...... Posted: 17 Oct 2010 12:54 AM PDT Strategi 'laut biru'
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Barisan Nasional (BN) perlu mengamalkan strategi 'laut biru' yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008.
"Saya fikir soal kuota adalah untuk memberi peluang kepada semua parti komponen bertanding. Namun, kalau ia membawa padah kepada BN, elok dikompromi dan kawasan itu diberi kepada parti yang boleh meraih kemenangan.
"Jika mahu menang selesa, kita harus keluar daripada strategi dan pendekatan sedia ada, kita perlu pendekatan 'laut biru'. Jadi sistem kuota sedia ada wajar dikaji semula dan diganti dengan formula baru yang selesa kepada semua parti komponen," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika ditanya sama ada BN bersedia untuk merombak semula sistem pembahagian kuota kawasan pilihan raya yang kini dilihat tidak lagi relevan dengan suasana politik semasa selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab UMNO Luar Negara.
Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu.
Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi.
'Laut biru Umno bunuh kawan-kawan' Okt 17, 10 11:09am Kongsi 8 Strategi 'laut biru' Umno yang mahu mengkaji semula sistem kuota dalam BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang disambut sinis oleh lawan politiknya daripada PAS.
Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, strategi itu sebenarnya "bermain-main" untuk merampas kerusi MCA, MIC dan GERAKAN, khasnya di kawasan-kawasan campuran.
Bekas setiausaha akhbar kepada presiden PAS Datuk Seri Abdull Hadi Awang itu berkata, berkata, pendekatan "rampas-merampas" itu kemudiannya akan mencetuskan ketegangan yang mengakibatkan "retak semakin membelah" dan hancur berkecai.
Bagaimanapun, tambahnya, Umno sudah lupa bahawa parti itu juga kecundang di beberapa kerusi campuran, termasuk kerusi majoriti Melayu di Selangor seperti di Hulu Kelang (81 peratus) dan Gombak Setia (80 peratus).
"Hakikatnya bukan MCA, MIC dan GERAKAN silap, Umno lebih 'dajal' lagi. Mereka pun kalah dan kecundang tetapi yang mereka nampak adalah keburukan dan kelemahan kawan-kawan," coretnya dalam blog terbarunya pagi ini.
"Laut biru yang mahu dijadikan strategi itu membawa maksud lautan dalam, barangkali selain kita membuang tayar-tayar buruk untuk dijadikan tukun-tukun tiruan, maka sudah sampai masanya, lautan biru yang besar dan dalam itu dijadikan sekali tempat persemadian, Umno dan rakan-rakannya MCA, MIC dan Gerakan bersekali.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan BN perlu mengamalkan strategi 'laut biru' yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008.
Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu.
Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi.
PANDANGAN PENULIS.
Jika dilihat daripada dua kenyataan di atas jelas menunjukkan kepada kita bagaimana sesuatu statmen itu diputarbelit untuk tujuan tertentu. Apa sebenarnya yang berlaku adalah peringkat cadangan sahaja tetapi bagi pembangkang ianya seolah-olah dah jadi kenyataan. Apa pun terima kasihlah sebab tak payah lagi BN nak buat analisis respon dikalangan komponen kerana jelas dah ditolong oleh pembangkang.
Perkongsian kuasa antara parti komponen BN telah lama diamalkan. Maka sudah pasti melalui pengalaman lepas dan kaedah perbincangan antara pemimpin UMNO dan komponen telah ada sejarahnya. Tidak macam pembangkang,nama pakatan tu sacara teori sahaja belum jadi lagi. |
|
SURVIVAL : UMNO PERLU MODEL POLITIK BARU Posted: 16 Oct 2010 08:06 PM PDT Sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana semalam, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, telah melontarkan pandangan akan perlunya parti UMNO mewujudkan Model Politik Baru demi kelangsungan parti. Alasan YAB adalah model lama iaitu 'Politik Pembangunan' sudah tidak berkesan lagi sekarang. Contoh yang jelas ketika PRU Ke 12 2008 ketika pengundi menolak parti-parti yang banyak berjasa. Parti kaku dan tidak dinamik. Pengundi khususnya pengundi baru dan muda mahukan elemen-elemen baru dalam parti yang lebih dinamik dan segar. Bagi menjamin dan memberi jaminan sesebuah parti terus relavan dan diterima pengundi maka tranformasi perlu dilakukan. Berubah atau diubah kata YAB pada PAU yang lepas.
Takrif baru tentu sahaja akan memberikan pelbagai tafsiran dan persepsi di kalangan pemimpin parti, ahli parti dan juga pengundi. Tidak kurang juga pembangkang akan mempunyai tafsiran mereka sendiri. Maksud BARU itu mungkin akan diterjemahkan sebagai segala-galanya baru. Dengan kata lain terus membuang yang lama. Macam kata pembangkang "Perlembangan Baru". Dengan keanggotaan lebih 3 juta ahli dan usia parti yang telah mengjangkau lebih satu abad sudah pasti sesuatu yang lebih relevan dengan faktor tersebut perlu difikirkan.
....Terdapat keperluan yang mendesak untuk mnegadakan pemikiran semula (rethinking) tentang amalan politik .....kepada metodologi baru......
Tidak kurang juga akan bertanya adakah ini bermakna bahawa matlamat serta objektif asal penubuhan parti turut bertukar? Jelas dan nyata kepada kita bahawa matlamat asal penubuhan parti UMNO sesuai untuk semua zaman. Sebagai sebuah entiti politik soal KUASA POLITIK adalah titik sentuh yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Tanpa kuasa politik sudah tentu ianya tidak membawa apa-apa makna. Dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia, memetik kata-kata YAB, soal angka atau nombor sangat penting. Tak berguna jika nama parti sahaja yang popular tapi tidak mendapat kepercayaan atau undi sewaktu pilihanraya.
Persekitaran atau landskap politik berubah. Maksudnya pengundi kini mempunyai pelbagai pandangan serta kecenderungan mereka memilih calon diransang oleh pelbagai faktor dan isu-isu serta persepsi mereka. Selain itu pendidikan politik rakyat dan pengundi juga meningkat. Sudah tentu ini semua berpunca dari peningkatan pendidikan yang mereka terima selain daripada tersebarluasnya pelbagai pandangan dan pemikiran menerusi teknologi yang memungkinkan pelbagai pandangan mengenai politik dapat dilihat sekarang. Geenerasi muda sudah tentu berbeza tafsiran mengenai politik dengan generasi lama.
..Kepelbagaian pendapat tidak menjadi masalah, asalkan ia bertitik tolak daripada pendapat yang terdidik (educated opinion) atau sekurang-kurangnya tidak bertitik tolak daripada yang tercekik (choked opinion)......
Di sini timbul persoalan adakah generasi muda perlu mengikut sahaja pandangan generasi lama atau pun sebaliknya, generasi lama yang menukar pandangan dan tindakan mereka. Benar kedua-dua pihak ada ego masing-masing yang mereka pertahankan demi survival kedudukan mereka. Generasi muda merasakan sudah sampai masanya mereka diberikan lebih ruang dan peluang untuk tampil sebagai pemimpin parti. Mereka sering melontarkan pandangan bahawa generasi kepimpinan lama parti tidak mahu berubah atau masih lagi kuat berpegang kepada kaedah lama berpolitik.
Kini metodologi politik berubah, persekitaran berubah, tapi adakah ini dapat diikuti oleh kepimpinan UMNO di peringkat pusat, negeri, bahagian dan juga cawangan UMNO ? Benar bajet untuk menukar dan mengubah minda pemimpin UMNO lebih besar nilainya daripada Bajet 2011. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri pernah mengakuinya. Malah tempoh 22 tahun, beliau akui gagal mengubah minda orang Melayu.
...Partisipasi politik hari ini tidak lagi memadai dengan sekadar pandai berucap dan memperngerusikan mesyuarat sahaja.....
Soalnya sekarang, apakah kaedah atau metodologi baru itu? Setakat kini iaya hanya satu konsep umum sahaja. Tetapi YAB telah pun merintis atau membuka jalan dengan mengusulkan konsep berubah atau diubah. Ingatan ini nampaknya tidak diambil perhaian serius oleh kepimpinan dan ahli UMNO sendiri. YAB menambah lagi akan keperluan untuk mendahulukan rakyat serta pencapaian diutamakan. Tidak ramai yang ambil perhatian serius. malah ramai yang mendahulukan kepentingan atau agenda peribadi dari kepentingan negara.
Terdapat pemimpin parti yang gagal untuk memilih persoalan keutamaan, antara parti (negara) dan peribadi. Bimbang tidak terpilih sebagai pemimpin parti dan juga calon pilihanraya maka segala kaedah atau metodologi baru yang diidamkan oleh generasi muda tinggal sebagai bahan antik sahaja. Maka sudah pasti generasi muda tidak mahu mendekati UMNO dan persepsi mereka bahawa politik itu kotor. Di penuhi dengan rasuah, kroni, nepotisme dan sebagainya. Kegagalan kita untuk mendidik generasi muda mengenai kebaikan dan kejayaan parti akhirnya menikam diri sendiri. Jadi tidak salah jika generasi muda menganggap bahawa orang politik hanya 'retrorik' tidak 'realiti'.
Tidak dinafikan juga ramai lagi pemimpin disemua peringkat gagal manfaatkan teknoli cyber dalam soal komunikasi politik. Ini juga telah ditunjukkan oleh YAB sendiri dengan membuka akaun facebook dan laman web 1 Malaysia. Sambutan sangat menggalakkan. Tidak dinafikan terdapat juga kepimpinan negeri yang cuba mengikuti tindakan ini. Tetapi yang gagalnya adalah untuk mengemaskinikan laman web mereka. Ini sudah pasti tidak dapat menarik generasi muda untuk mengikuti laman web tersebut.
...Kebahagiaan tidak lagi terhad hanya kepada menerima nikmat dan manfaat perjuangan sahaja, tetapi termasuk juga penglibatan aktif dalam proses bagaimana pembangunan itu dirancang, dilaksanakan dan dinilai......
Frasa politik baru secara relatifnya dulu dilihat sebagai ramalan kini berubah menjadi amalan saperti kata Dato Saifuddin Abdullah dalam bukunya Politik Baru, mematangkan Demokrasi Di Malaysia. Antara elemen-elemen baru politik baru adalah Idealisme Politik, Politik Ilmu, Politik Himah dan Bakti Politik. Timbul persoalan dan pertanyaan di sini adakah kita akan "KALAH" dalam PRU 13 jika, metodologi baru tidak jadi amalan parti? PRU 1999, 2008 sewajarnya jadi peringatan tapi kita leka, lupa, lalai dan selesa dengan keputusan PRU 2004.
Tiga rukun jadi amalan iaitu idealisme, aktivitisme dan intelektualisme. Mengapa ketiga-tiga perkara ini sangat dekat dengan inspirasi generasi muda. Kebanyakan pengundi kini yag berjumlah hampir 11 juta adalah generasi kelahiram DEB. Mereka kini membentuk satu golongan pengundi kelas menengah Melayu. Yang melihat realiti bukannya fantasi semata-mata. Ini ditambah pula dengan pendedahan mereka menerusi media maya mengenai politik luar negara secara dekat dan kerap.
Zambry sokong Model Politik Baru 17/10/2010 4:25pm
IPOH 17 Okt. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung usaha mewujudkan Model Politik Baru bagi menjadikan UMNO parti yang lebih dinamik dan diterima umum.
Beliau berkata, hakikat landskap politik di negara sudah banyak berubah jika dibandingkan beberapa tahun lalu dan keadaannya sudah tidak sama seperti dahulu.
"Jika dahulu kita memperkatakan mengenai politik kemerdekaan dan politik pembangunan dan seterusnya politik kemajuan dan hari ini pendekatan yang akan diperkenalkan oleh beliau (Najib) akan menjadikan parti politik lebih dinamik dan tidak kaku," katanya di sini hari ini.
Najib yang juga Presiden UMNO semalam mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Beliau berkata, strategi seperti "politik pembangunan" tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang. - Bernama
KINI SEMUANYA WAJAR BERTANYA BILA NAK BERUBAH KEPADA MODEL POLITIK BARU ?
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan