Sabtu, 30 Oktober 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Merokok, Kesihatan Dan Pilihanraya

Posted: 30 Oct 2010 10:45 AM PDT




1. Kementerian Kesihatan kini memperkenalkan kempen terbaru larangan merokok yang akan menarik untuk dipraktikkan terutama bagi menjelaskan pendirian kita terhadap perokok.

2. Iklan yang berkumandan di radio yang didengar berulang kali semasa perjalanan Kak Midah dari Kota Bharu ke Gua Musang menarik untuk diulang. Intonasinya mungkin berlebihan.

3. Kak Midah rasa sangat terganggu apabila melihat anak muda belasan tahun menghisap rokok, lebih-lebih lagi apabila orang dewasa menghisap rokok di depan kanak-kanak dan remaja.

4. Budaya merokok sambil mendegar ceramah politik sangat luar biasa di Kelantan terutama bagi anak-anak mudanya.

5. Segala mesej tentang bahaya yang boleh membawa maut akibat merokok musnah apabila kanak-kanak melihat orang dewasa yang mereka hormati dan kagumi, terutama sekali ibu bapa mereka, saudara mara atau guru menghisap rokok di depan mereka.

6. Di Malaysia terdapat tiga juta perokok , golongan ini sedang menyumbang kepada beban ekonomi yang sangat besar kepada negara. Banyak duit negara akan habis kerana penyakit yang hidapi.

7. Satu kajian mendapati beban kos merawat kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan tabiat merokok ialah RM2,924.8 juta setahun.

8. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan, pada tahun 2000 kerugian akibat kebakaran yang berpunca dari api rokok di seluruh dunia mencecah AS$27 bilion (RM102.6 bilion).

9. Dianggarkan, tiga juta perokok dewasa di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Ia seperti membakar RM8.59 juta sehari.

10. Baru-baru ini kerajaan menaikkan harga rokok kotak 20 batang sebanyak 70 sen. Tujuannya supaya mereka merasai kesan kenaikan itu, golongan muda juga membelanjakan jumlah wang yang sangat banyak untuk merokok iaitu RM270,000 sehari.

11. Merokok bukan hanya merosakkan hidup anda, ia turut merosakkan hidup semua orang di keliling kita. Keluarga, anak-anak serta sahabat handai turut terseksa kerana menyedut asap rokok yang anda hembus dan terpaksa menanggung beban penyakit anda.

12. Terdapat penceramah politik yang hebat memperjuangankan Islam, tetapi akhir sesi ceramah terus menghidupkan api untk merokok. jika perkara sekecil ini tidak dapat diatasai, bagaimana untuk mengawal nafsu yang lebih besar nanti Tuan Haji.

Selamat Berkempen
dan Kurangkan Merokok

Kak Midah
Kampung Baru Kampung Pulai Gua Musang
Kelantan

Tiada ulasan:

Pengikut