Dimensi Politik Baru
1. Menjelang perhimpuna UMNO kali ini ungkap baru perlu dilihat dengan jelas tanpa memperlihatkan lagi retorik politik lama yang berada dalam UMNO.
2. Keputusan pilihanraya umum 8 Mac yang lalu disifatkan oleh banyak pihak sebagai sesuatu yang tidak dijangka. Istilah "tsunami" politik menggambarkan seolahnya telah berlaku satu gempa besar dalam "zon terbenam" politik Malaysia, yang seterusnya menghasilkan satu gelombang mega menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.
3. Pasca politik selepas 'Tsunami politik ke 12' telah meninggalkan kita semusim yang lalu. Kenangan menjadi pembangkang dalam tempoh yang singkat cukup menginsafkan.
4. Tanah Melayu sejak sebelum merdeka hingga kita telah mencipta pencapain yang drastik dari segala aspek pembangunan fizikal dan kemanusian. Proses dan kelangsungan ini menjadikan Malaysia sebuah Negara yang paling kompetetif dengan berada pada kedudukan ke-10
( sumber : IMD World Competitiveness Yearbook .WCY) selepas krisis ekonomi yang melanda dunia baru-baru ini.
5. Pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang dan dan kejayaan seringkali dipandang sinis oleh pembangkang. Mereka lebih rela memperbesarkan indeks rasuah di Malaysia berbanding pencapaian 'kejayaan Malaysia'
6. Kita menikmati hari-hari sebelum pasca pilihanraya ke-12 dengan segala perasaan kebersamaan yang tinggi. Hari ini dunia telah berbeza dalam politik dimensi baru.
7. UMNO dilihat sebagai parti yang mesti ditolak oleh sesiapa sahaja, sehinggakan untuk mengakui bahawa mereka ahli UMNO merupakan sesuatu yang mengaibkan ketika itu.
8. Hegamoni politik pembangkang dilihat berjaya menanam perasaan buruk terhadap UMNO dan kerajaan. Mereka 'melekat' UMNO sebagai pengamal rasuah yang maha hebat. Sehinggakan sesiapa sahaja yang mahu menjadi kaya dilebelkan supaya menjadi ahli UMNO.
9. Apakah memang benar PAS dilebalkan sebagai parti yang dipimpin oleh pemimpin yang miskin dan berhati rakyat?. Imej PAS kini tidak seperti itu lagi, pemimpin PAS hari ini kaya raya melalui 'sedekah jariah' pengikutnya yang ingin bersama kesyurga atas sumbangan tersebut.
10. Kita perla akui kelemahan yang ada dalam UMNO itu sendiri dan perubahan segera perlu dilaksanakan. Apakah perubahan memadai dengan menghadirkan diri dalam Perhimpunan Agung Umno semata-mata? Berbahas dengan penuh semangat, melontarkan idea-bernas yang berbekas tetapi pelaksanan hanya impian dan mimpi yang hilang.
11. Kita perlu berseru atas nama UMNO untuk kembali kepada matlamat asal perjuangan. Suasana dan cabaran pada masa kini cukup berbeza. Oleh itu UMNO mesti melakukan perubahan bersesuaian dengan tuntutan semasa.
12. Pembahas tidak harus melupakan isu-isu perpaduan Melayu dalam berhadapan senario politik semasa, cadangan menguatkan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, cadangan memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihanraya kecil dan pilihanraya umum ke 13, kekuatan dan kelemahan pembangkang yang wajar kita hadapi, mengukuhkan bangsa Melayu bersama rakyat Malaysia dan kedudukan negara dalam scenario politik global yang semakin mencabar.
13. Selain memberi kritikan membina, pembahas juga perlu memberi cadangan konkrit agar ia boleh memberi penambahbaikan terhadap memantapkan lagi UMNO dan BN bagi berhadapan cabaran masa depan terutama dalam menghadapi pilihanraya umum nanti.
14. Politik Baru atau Dimensi Politik Baru perlu diberikan perhatian serius oleh semua ahli-ahli UMNO dalam menghadapi dimensi baru dunia politik. Bak kata Perdana Menteri, era kerajaan tahu segalanya telah berakhir (The era of government knows best is over). Seperti mana buku tulisan pendokong kuat globalisasi Thomas Friedman, 'The World is Flat', sifat politik baru juga begitu.
15. Politik baru bermaksud pengurusan politik yang rata (flat). Politik baru ini telah mengubah sistem politik lama daripada bersifat top-down atau multilevel kepada sistem yang rata. Dalam politik baru, suara dan pendapat pemimpin bawahan atau golongan minoriti diberi lebih perhatian.
16. Globalisasi tidak hanya tertumpu pada aspek ekonomi dan perdagangan semata-mata, tetapi juga melibatkan politik. Kita telah beralih ke zaman politik baru. Politik baru bermaksud pengurusan politik yang rata (flat).
17. Politik baru adalah perang idea dan hujah (Information Warfare). Dalam politik baru, hujah siapa yang lebih kuat, dia menang. Bukan sekadar hujah siapa semata-mata, tetapi hujah siapa yang lebih banyak, dia menang.
18. Dalam politik baru, rakyat lebih bijak memilih informasi. Rakyat memilih dan menentukan sendiri apa yang hendak dipercaya dan apa yang tidak mahu dipercayai.
Dalam politik baru, isu atau persoalan pokoknya bukanlah di antara betul atau salah. Tetapi kebenaran siapa yang hendak dipercaya? (The question is not only 'is it true?' but 'whose truth is it?)
19. Kita lihat apa yang berlaku pada UMNO, selama UMNO dihina, dikeji dan dituduh dengan pelbagai rupa dan kata-kata nista, tidak ada sesiapa yang mahu berhujah mempertahankannya.
20. UMNO yang semakin dewasa ini jugak harus meninggalkan Politik Lama yang diamalkan sejak berzaman. Apakah jenis dan bentuk politicking yang sudahketinggalan?. Salah satu contoh politik lama yang masih diamalkan dan dipercayai oleh sesetengah pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional ialah mempercayai bahawa hanya dengan bekerja, memberi khidmat masyarakat kepada rakyat, maka rakyat akan kembali menyokong. Ini adalah pandangan politik lama.
21. Suka tidak suka, kalau buat kerja rakyat tak nampak, tiada guna. Suka tidak suka, politik baru adalah politik nasional. Politik tempatan adalah politik nasional. Maka, siapa saja yang bermimpi atau memasang angan-angan untuk menjadi calon pilihanraya negeri atau parlimen, maka anda harus tahu isu-isu nasional.
22. Selamat berhimpun dan berhujah dalam Perhimpnan Agung UMNO dengan penuh kritis dan bertanggungjawab. Kita adalah ahli politik yang boleh mengubah dan bukanya berceramah untuk mengubah. 'Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata'.
Kak Midah
Ketua Penerangan Wanita UMNO
Batu Gajah, Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan