Rabu, 13 Oktober 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kerajaan Perlu Kaji Kuota 30%, Setuju!! Tapi Kaji Bagi Naik

Posted: 13 Oct 2010 02:30 AM PDT

Kita semua seharusnya sambut baik saranan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar kerajaan mengkaji semula kuota 30% bumiputera yang diamalkan kerajaan sekarang. Tapi kajian yang kita sokong untuk kerajaan laksanakan ialah bagaimana untuk menaikkan kuota 30% itu kepada 50% atau lebih lagi.

Kita rasa perlu untuk naikkan kuota tersebut sebab dengan perkembangan ekonomi yang pesat sekarang, ramai peniaga cina yang beroleh keuntungan dengan menjadi pembekal/vendor kepada syarikat pelaburan asing yang melabur di Negara kita, let alone syarikat tempatan sendiri. Semua ini menyebabkan kaum cina menguasai 40% ekonomi negara disebalik status mereka sebagai golongan minoriti di negara ini.

Pandai betul Presiden MCA, dalam dia minta kita jangan sentuh isu perkauman sensitif termasuk isu sekolah cina, dia sendiri dok pertikaikan kuota bumiputera yang bertujuan untuk mengelakkan masalah ketidak seimbangan ekonomi oleh kaum-kaum tertentu berlaku dalam negara kita. Alasannya, kuota 30% itu tidak disebut dalam perlembagaan, tapi adakah Sekolah jenis kebangsaan cina ini turut disebut dalam perlembagaan?

Kerajaan perlu memikirkan formula baru untuk mengatasi masalah monopoli kaum cina dalam bidang perniagaan ini. Tujuan itu ialah kerana monopoli ini sedang digunakan untuk mengugut kerajaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada banyak pihak. Sudahlah kaum cina menguasai kontrak-kontrak dengan syarikat swasta yang jauh lebih besar nilainya, jumlah yang sedikit dalam kontrak kerajaan ini pun depa mahu sapu juga?

Kerajaan BN yang dikuasai UMNO tidak sedikit pun selama ini meminggirkan kaum cina baik dari segi apa pun. Kalau tidak, bagaimana mereka boleh menguasai 40% ekonomi negara!! Yang paling penting kepada kerajaan sekarang ialah bukan membahagi-bahagikan kontrak secara merit tapi untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia.

Orang melayu bukan takut nak bersaing dengan kaum cina dalam hal ekonomi. Kita ada kuasa beli yang lebih besar daripada mereka, kalau semua melayu bersatu tidak mahu membeli atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan kaum cina di negara ini, nescaya mereka, tanpa disuruh akan bungkus kain baju pi balik tanah besar. Cuma yang kita harapkan ialah tidak wujud monopoli sesuatu kaum dalam ekonomi negara kita ini.

Jadi harapan kita agar kerajaan mengambil situasi semasa ekonomi sekarang dan mewujudkan formula baru yang boleh mengimbangi kedudukkan ekonomi antara kaum dalam negara kita. Kita memerlukan satu reformasi ekonomi yang lebih baik mengambil kira keadaan persekitaran kita sekarang. Kita tidak boleh membiarkan ekonomi kita diurus dan dikuasai oleh satu kaum sahaja kerana ia tidak sihat untuk jangka masa panjang.

Penulis bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Chua Soi Lek kerana buat pertama kalinya berbahasa melayu dalam ucapan pembukaan persidangan MCA yang lepas. Pimpinlah MCA dan masyarakat cina supaya dapat menjadi rakyat yang setia seperti mana yang diharapkan oleh Perdana Menteri, bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum di Malaysia terutama bumiputera.

(Oleh: Adamyan)

Datin Seri Rosmah Mansor dicemburui ramai…

Posted: 12 Oct 2010 08:29 PM PDT

Sidang Kemuncak Wanita Pertama sedang rancak berlansung di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan. Untuk pengetahuan umum, Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini adalah salah satu inisiatif isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sidang Kemuncak yang dihadiri oleh 5 orang wanita pertama dan menteri-menteri wanita ini akan bersidang selama tiga hari, bermula hari ini. Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini akan memberikan fokus terhadap cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak. Dengan tema "anak hari ini, pemimpin hari esok", program yang julung-julung kali diadakan ini diharap akan membuahkan hasil kepada masa depan negara dan peringkat antarabangsa.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, tanda restu dari seorang suami yang tentunya bangga dengan isterinya yang prihatin dengan fokus Sidang Kemuncak berkenaan. Penulis yakin, sebagai seorang suami, pastinya Dato' Seri Najib amat bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang juga berfikiran jauh seperti Datin Seri Rosmah. Sifat penyayang isteri Perdana Menteri ini begitu terserlah sekali melalui program-program yang dianjurkannya sebelum ini. Diharapkan agar Datin Seri Rosmah akan meneruskan program-program sedemikian pada masa yang akan datang.

Apa? Tidak setuju dengan penulis? Ya. Penulis ada mendengar dan membaca beberapa kritikan yang tidak membina terhadap usaha Datin Seri Rosmah ini. Malah mereka-mereka ini sering mencebik bibir, tanda tidak setuju dengan program-program yang diusahakan oleh Datin Seri Rosmah selama ini. Apatah lagi program yang sebesar Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini. MP Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap program seperti ini adalah satu pembaziran. Ada juga suara-suara sumbang yang mencemuh dan mengatakan bahawa "Rosmah bukan Wanita Pertama Malaysia". Ada juga yang mengaitkan dirinya dengan gelaran "big momma yang gilakan glamour".

Pelbagai cemuhan dilemparkan kepada Datin Seri Rosmah. Ada juga yang mengatakan bahawa Rosmah "panas baran". Baiklah, penulis ingin bertanya, apakah pernah kita dengar Datin Seri Rosmah membalas kritikan, cemuhan, makian dan kejian yang dilemparkan kepadanya? Jika benar bahawa dia seorang yang "panas baran", tentunya sudah disumpah seranah mereka-mereka itu. Tentunya beliau sudah mengikut jejak langkah Nik Aziz yang berdoa agar dipecahkan perut mereka-mereka itu. Tapi penulis yakin, belum pernah lagi kita mendengar Datin Seri Rosmah memanggil media untuk memaki hamun mereka-mereka yang cemburu dengan "cara"nya itu. Begitulah sabarnya Wanita Pertama Malaysia. Tidak pernah dibalasnya cemuhan yang diterima.

Pada penulis, pendekatan Datin Seri Rosmah ini adalah satu pendekatan positif untuk rakyat. Setiap insan mempunyai cara masing-masing. Bonda Tun Hasmah mempunyai sentuhan keibuannya yang tersendiri. Begitu juga dengan Arwahyarhamah Datin Seri Endon dan Tun Jean. Begitu juga dengan Datin Seri Rosmah yang mempunyai cara yang teristimewanya sendiri. Mereka-mereka yang tidak senang hati dengan cara dan pendekatan Datin Seri Rosmah ini tentunya sedang mengalami "culture shock", maklumlah Malaysia setahu penulis belum lagi memiliki Wanita Pertama yang mempunyai corak pendekatan seperti Datin Seri Rosmah. Mungkin mereka ini adalah golongan "anti-perubahan" ke arah yang lebih positif. Tidak dapat menerima kenyataan dan perubahan, kata orang.

Azan Ismail menyatakan bahawa program ini adalah satu pembaziran. Benarkah program yang memikirkan tentang masa depan anak-anak Malaysia ini adalah satu pembaziran? Islam sendiri menuntut agar umat Islam sering bermujahadah dan bersyura untuk merancang masa depan yang lebih gemilang. Malah berpuluh-puluh firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran menyeru agar kita berfikir dan bersyura sebegini. Jadi, di atas dasar apakah Azan Ismail menilai program itu? Apakah program yang membawa kebajikan masa depan ini suatu pembaziran? Penulis fikir, program dan demo yang dianjurkan oleh PKR lebih membawa kepada pembaziran dan kerosakan. Program demo PKR sebagai contoh hanyalah membazir waktu penyokong PKR dan pihak keselamatan, membazir air sabun, membazir gas pemedih mata dan tidak kurang pula memberikan kerugian kepada peniaga-peniaga yang terjejas akibat perangai buruk mereka. Azan Ismail "buta hati", mungkin?

Ada juga yang mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah bukan Wanita Pertama Malaysia dan mengatakan bahawa DYMM Permaisuri Agong adalah Wanita Pertama yang lebih layak. Penulis harap, hentikanlah usaha kamu semua "melaga-laga"kan Datin Seri Rosmah dengan DYMM Permaisuri Agong. Gelaran Wanita Pertama sinonimnya diberikan kepada isteri seorang Presiden atau Perdana Menteri sesebuah negara. Penulis menegaskan di sini bahawa DYMM Permaisuri Agong tidak layak langsung memakai gelaran "Wanita Pertama". Gelaran "Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong" adalah lebih tinggi martabatnya berbanding gelaran "Wanita Pertama". Apakah kita mahu menjatuhkan martabat DYMM Permaisuri Agong dengan memberikannya gelaran "Wanita Pertama"? Pastinya tidak cocok sekali. Pada penulis, adalah sesuai sekali gelaran "Wanita Pertama" diberikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Mungkin ada yang dengkikan hubungan baik Datin Seri Rosmah – DYMM Permaisuri? InsyaAllah, Sidang Kemuncak Wanita Pertama akan melawat DYMM Permaisuri bermesra sambil minum petang. Kenapa? Jealous..???

Penulis menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah adalah seorang yang "gila glamour". Sekilas pandang, mungkin ada yang bersetuju dengan dakwaan berkenaan. Namun cuba fikirkan, apakah Datin Seri Rosmah se"glamour" Imelda Marcos di Filiphina? Apakah Datin Seri Rosmah memaksa semua media untuk memuatkan berita dan dirinya untuk disiarkan setiap hari? Jika benar dakwaan tersebut, sila buktikan kapada penulis. Pasti ada yang akan mengungkit kisah dari seorang penerbit yang mendakwa ditukar kerana Rosmah Mansur ini. Benarkah dakwaannya itu? Atau ianya hanya persepsi dirinya sahaja yang mahu menarik perhatian ramai? Maklumlah, orang media ini begitu sinonim dengan perkataan "glamour" dan "celebriti".

Gelaran "Big Momma" kepada Datin Seri Rosmah? Bukankah Islam melarang umat Islam mengeji, biarlah mereka menjawab diakhirat kelak. Lagipun, kelihatan Datin Seri Rosmah sudah banyak "susut" berbanding dahulu. Mungkin kesibukannya itu menyebabkan dirinya semakin hari semakin "susut" berat badan. Penulis hanya mengandaikan, jawapan sebenar ada pada Datin Seri Rosmah sendiri. Baguslah begitu Datin Seri, kurangkan berat badan sambil berbakti kepada rakyat Malaysia.

Penulis ingin berpesan kepada mereka-mereka yang enggan mengiktiraf peranan Wanita Pertama ini dalam memberikan sumbangannya kepada negara, berubahlah! Terimalah kenyataan bahawa Datin Seri Rosmah akan terus memberikan khidmat percumanya kepada rakyat sehingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak perlu berpolitik seperti Lo' Lo', Zuraidah dan lain-lain. Datin Seri Rosmah tidak perlu ber"separa bogel" seperti Eli Wong untuk berkhidmat kepada negara. Justeru itu, sembunyikanlah segala buruk sangka, persepsi buruk dan tanggapan negatif itu kerana sifat-sifat itu adalah sifat-sifat negatif atau lebih dikenali sebagai "mazmumah" oleh orang-orang PAS yang "terlebih Arab"nya itu. Buat malu diri sendiri sahaja. Usaha ke arah kebaikan dibalas dengan sifat negatif menunjukkan cara pemikiran yang tidak sihat dan tidak bertamadun. Berubahlah…

Kepada Datin Seri Rosmah, penulis mengucapkan syabas kepada Datin Seri kerana sumbangan-sumbangan ikhlas yang telah dicurahkan kepada rakyat. Teruskan usaha murni Datin Seri itu dan pedulikan saja mereka-mereka yang "kurang asam" itu kerana minda mereka yang kurang tahu menilai harga sebuah pengorbanan. Harap jangan ada pula "suara-suara nakal" yang menuduh penulis cuba "membodek" Wanita Pertama ini kerana setahu penulis, Datin Seri Rosmah Mansor "tidak makan bodek" dan tidak suka "pembodek". Penulis hanya menulis mengikut pemikiran penulis yang sudah lama terpendam. Mungkin penulis kecewa dengan sikap mereka-mereka yang berfikiran terlalu negatif. Wallahu'alam.

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut