Ahad, 10 Oktober 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS Jadi Alat Meng’Hijau’kan DAP Dikalangan Orang Islam

Posted: 09 Oct 2010 08:36 PM PDT

Dulu bolehlah, orang kenal PAS sebab imej Islam dan hukum hudud yang konon-konon mau dilaksanakannya kalau merasa memerintah Malaysia ini. Untuk menguatkan imej ini, pemimpin PAS semua berpakaian ikut sunnah, janggut dan apa segala, cakap pun ada selit-selit arab bagi nak menunjuk dirinya itu memperjuangkan Islam. Tapi sejak imej Islam dan hudud dan dibuang jauh-jauh demi memberi ruang untuk berkasih sayang dengan DAP, PAS banyak diberi peranan untuk mencantikkan imej DAP di kalangan orang Islam yang majoritinya melayu ini. Selama hari ini DAP tak berusaha pun untuk mendapat populariti dikalangan orang melayu tapi sebab sekarang DAP nampak ada peluang lebih cerah untuk ke Putrajaya berbanding dulu, maka peluang memperbodohkan PAS ini digunakan sebaik mungkin.

Bagi menunjukkan ketaatan kepada DAP, semua sumber PAS daripada blogger sampai ke lidah pembelit rasminya, Harakah digunakan untuk meng'hijau'kan imej DAP dimata orang Islam. Soal DAP dulu dan masih lagi tentang hudud, sudah dilupakan pemimpin PAS, sebaliknya semua tumpuan diberikan kepada mencantikkan imej DAP dimata masyarakat Islam. Contohnya Harakah hari ini cuba memutar belit fakta bahawa DAP menerusi Penasihatnya Lim Kit Siang memberi jaminan kuasa dan hak keistimewaan orang melayu tidak akan hilang jika Pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini. Kit Siang dipetik sebagai berkata:-

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti.

"Tapi kuasa Umno yang hilang dan ini amat menakutkan Tun Mahathir serta pemimpin Umno BN," ujarnya lagi.

Lim menegaskan DAP menerima Perlembagaan Persekutuan dan Hak-hak orang Melayu yang menjadi dasar dan asas Pakatan Rakyat.

Sesuai dengan latar belakangnya sebagai peguam, permainan kata-kata ini memang kemahiran Kit Siang. Tak berapa lama dulu Karpal Singh persoal berapa lama Kerajaan nak kekalkan hak istimewa orang melayu, hari ini Kit Siang kata nak jamin hak tersebut. Ramai orang tidak bersetuju dengan hudud yang dicadang untuk dilaksanakan oleh PAS tapi tidaklah sampai ke tahap suruh langkah mayat macam DAP. Dia ingat kita bodoh dan pelupa, PAS memang bodoh tapi bukan semua bodoh seperti PAS.

DAP memang sejak azali diketahui sebagai parti yang anti melayu, anti Islam dan anti Raja. Menyambung perjuangan Lee Kuan Yew selepas Singapura berpisah dengan Malaysia, DAP meneruskan dasar Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew yang antara lain menuntut hak kesamarataan antara semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa – bunyi yang sedap tapi penuh muslihat. Sebagai bekas Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew, Kit Siang memang orang yang sesuai untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysia dan sosialis DAP seperti yang terkandung dalam Pengisytiharan Setapak 1967 (Kongress Pertama DAP). Kalau kita lihat Singapura hari ini, apa yang sama rata? Cina Tanah Besar diimport dengan jumlah yang banyak, melayu Singapura dihalau secara sistematik ke Indonesia ataupun Malaysia. Kita bandingkan Singapura sebab itulah nanti model kerajaan yang bakal ditiru DAP jika pakatan pembangkang berjaya memerintah.

Perlembagaan DAP tidak langsung menyebut apa-apa mengenai mengekalkan perlembagaan sekarang yang antaranya memelihara hak istimewa orang melayu, cuma yang disebut ialah menyokong bahasa kebangsaan dan hak bertutur dalam bahasa lain. Sejarah membuktikan bahawa DAP boleh berkompromi dalam semua hal tapi tidak di dalam hal yang berkaitan perlaksanaan hudud dan hak istimewa orang melayu. Lim Kit Siang sendiri pernah ditahan beberapa kali dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana membangkitkan isu perkauman dan kebencian dikalangan orang cina terhadap orang melayu. DAP juga begitu sensitif dengan bahasa dan sekolah cina, jangan disentuh saja nescaya DAP akan ada disitu untuk mempertahankannya. Tapi dalam masa yang sama, dia dakwa dirinya multi racial!!

Jadi macam mana Kit Siang kata DAP akan sokong hak keistimewaan orang melayu kalau Pakatan Rakyat memerintah? Pakatan Rakyat itu sendiri hanya ada pada nama, tiada apa yang rasmi mengenainya, semua pilihanraya kecil yang diadakan pasca penubuhan Pakatan Rakyat, menunjukkan komponen pembangkang ini masih bertanding atas lambang masing-masing. Jadi ada nilai ke Perjanjian Bersama Pakatan Rakyat yang terkandung di dalamnya fasal memelihara hak keistimewaan melayu itu? Yang kita nampak Pakatan Rakyat tidak boleh dirasmikan sebagai parti induk DAP kerana amat sukar baginya nak bersoal jawab dengan orang cina nanti. Selama hari ini, itulah modal DAP untuk terus mendapat tempat dalam politik Malaysia pun - modal perkauman.

Semua ini bukti Kit Siang berbohong mengenai mengekalkan hak keistimewaan melayu jika DAP memerintah seperti yang dipetik Harakah. Tapi yang paling kita sedih ialah, dengan begitu banyak fakta yang menunjukkan DAP ini anti melayu, raja dan Islam, PAS masih sanggup jadikan dirinya alat untuk melindungi DAP. Bila DAP Pulau Pinang guna duit judi untuk bayar bantuan kepada orang susah dan warga emas, PAS akan kedepan mempertahankan DAP menggunakan segala hadis dan sunnah untuk menghalalkan tindakan itu. Bila cina DAP masuk sampai ke tengah masjid memberikan tazkirah dengan tidak bersopannya dan diragui kebersihannya, PAS juga akan kedepan mempertahankan DAP dengan kisah sirah Nabinya yang betul-betul melencong daripada isu yang dipertikaikan.

Pendek kata, PAS ini parti hina yang bertuhankan kuasa. Hanya kerana DAP 'paksa rela' bagi laluan untuk Nizar menjadi MB di Perak, PAS begitu termakan budi dengan DAP sehingga sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan DAP. PAS lupa ke DAP boikot majlis angkat sumpah pertama Nizar sebagai MB sehingga terpaksa dibatalkan pada mulanya kerana DAP tidak puas hati Ngeh Kor Ham tidak dapat jadi MB? Maksudnya DAP bukan ikhlas serah jawatan MB Perak kepada PAS tapi sebab tiada pilihan lain. Yang PAS nak makan budi sangat itu apahal? Patutnya makan budi dengan UMNO sebab rangka perlembagaan Perak yang sedemikian rupa sehingga Nizar dapat jadi MB walaupun PAS hanya ada 6 kerusi.

Banyak contoh lagi bagaimana PAS digunakan untuk mempertahankan DAP dalam isu berkaitan Islam. Bila Ustaz Ronnie Liu jatuh hukum beer tidak haram kerana kandungan alkoholnya rendah, pemimpin-pemimpin besar PAS diam tidak berkata apa. Nizar pula sanggup gadai akidahnya dengan terhangguk-hangguk sambil memegang lilin di hadapan gambar mendiang Teoh Beng Hock, begitulah murahnya nilai PAS disebalik dentam dentumnya mengenai Islam.

Dalam kita berhadapan dengan agenda jahat lagi tersembunyi DAP, jangan kita lupa bahawa cabaran sebenarnya ialah golongan yang sanggup diperkudakan DAP untuk mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia. Itu lebih bahaya sebab orang-orang ini berada di kalangan masyarakat Islam ibarat musuh dalam selimut, tak macam pemimpin DAP yang rata-rata cina itu. Penulis pernah mendengar sendiri tazkirah Ramadhan oleh seorang pensyarah UIA merangkap penceramah PAS yang mempertahankan kenyataan Karpal Singh mengenai hudud tidak mampu menyelesaikan masalah keruntuhan moral dan pembuangan bayi, katanya dari sudut ilmiah, Karpal Singh bijak kerana percaya ada cara lain untuk menangani masalah moral remaja hari ini yang lebih baik dari hudud!! 12 tahun dulu, statement macam ini boleh menyebabkan pensyarah UIA ini jatuh kafir sebab menyokong sesuatu yang lebih baik dari Islam (tak yakin dengan Islam).

Kesimpulannya, tidak ada perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan kedudukkan PAS sekarang melainkan celaka. PAS celaka, Mursyidul Amnya celaka dan semua pengikutnya juga ikut sekali celaka. Oleh itu pilihanraya kecil Galas 4 November nanti adalah saluran terbaik untuk menunjukkan kecelakaan itu kepada PAS.

Undilah BN

(Oleh: Adamyan)

Tiada ulasan:

Pengikut