Apo Kono Eh Jang! |
Anwar Paksa Bekas Pembantu Buat Pengakuan Bersumpah? Posted: 06 Oct 2010 07:01 PM PDT Bekas Pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman hari ini membuat laporan Polis mendakwa Datuk Seri Anwar memaksa beliau membuat kenyataan bersumpah kononnya beliau mempunyai hubungan homoseks dengan mangsa liwat Anwar, Saiful Bukhari. Rahimi merupakan antara saksi Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat beliau ke atas saiful. Menurut Rahimi beliau dipaksa oleh orang-orang Anwar agar membuat pengakuan bersumpah pada 2008 bahawa beliau mengadakan hubungan seks dengan saiful. Ini bertujuan memburukkan imej Saiful sebagai seorang yang mempunyai hubungan luar tabie dan menunjukkan saiful bukan seorang mangsa dan saksi yang boleh dipercayai. Cubaan Rahimi untuk mengadakan sidang akhbar hari ini terpaksa ditunda berikutan terdapat sekumpulan lelaki yang berlagak ala samseng mahukan sidang akhbar tersebut dibatalkan. Menurut maklumat laporan mengenai paksaan tersebut dibuat di Balai Polis Klang pukul 2 petang tadi. Sementara itu portal pro Anwar, Malaysiakini.com melaporkan: Anwar's counsel N Sankara denied claims that the statutory declarations were made under duress. "Initially he is being listed as part of Anwar's defence witness. He voluntarily approach us to testify for us in the case. "I emphatically wish to state that Rahimi was not forced to sign the statutory declarations. He made the SD voluntarily and the SD was in Anwar's favour. "By the way, why is he making an about turn only now after about three years? This clearly smells sinister," he said. Sankara said he reserved further comments until he sees Rahimi's police report and statutory declarations which he will then reference with those in his possession. (Oleh: Kunta Kinte) |
Posted: 05 Oct 2010 05:18 PM PDT Belum apa-apa lagi, dah kecoh seluruh pimpinan PAS di Kelantan hanya kerana Tengku Razaleigh. Daripada Musyidul tua PAS, hinggalah kepada juak-juak PAS dibawah, semuanya meroyan sakan bila nama Ku Li diumumkan oleh TS Muhyidin sebagai Pengarah Pilihanraya kecil DUN Galas. Spy ramalkan bahawa PAS akan kalah di Galas jika pilihanraya kecil diadakan. Dan kemungkinan besar PAS akan kalah teruk jika Ku Li sanggup menjadi calon di N45 Galas nanti. Spy bukan saja-saja cakap. Spy dah teliti beberapa faktor yang membolehkan PAS kalah di PRK tu nanti. Hanya tunggu masa dan ketikanya saja ramalan Spy ni menjadi kenyataan. Faktor utama sekali, kerusi Dun Galas bukannya kubu kuat Pas. Masa PRU12 dulu pun, calon Pas cuma boleh menang dengan 640 undi saja. Ini satu angka yang sangat kecil kalau nak dijadikan bekalan bagi menghadapi PRK. Faktor yang lagi satu, setakat ini bilangan pengundi untuk DUN Galas ada 11,338 berbanding 10'330 pada PRU12 dulu. Nampaknya ada pertambahan seribu lebih pengundi. Ini menunjukkan bahawa akan ada pengundi atas pagar yang cenderung memilih calon berdasarkan isu-isu semasa negara. Spy tengok, bukan semua yang akan mengundi pertama kali di Dun Galas tu didaftarkan oleh PAS. Lagipun, dari 4 ribu lebih yang mengundi calon PAS masa PRU12 dulu, tak semestinya mereka semua akan mengundi parti cap panadol tu sekali lagi. Sentimen penolakan terhadap BN dan UMNO pada PRU 2008 dah berakhir sejak DS Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara. Jadi, kemungkinan besar pengundi-pengundi PAS yang pangkah calon berdasarkan sentimen marahkan kerajaan, akan kembali beralih semula kepada calon UMNO /BN. Perkiraan Spy senang saja, kalau jentera kempen UMNO/BN berkerja keras untuk menarik sokongan 5 peratus pengundi yang mengundi PAS pada PRU12 dulu, ditambah dengan separuh pengundi baru memberikan undi kepada calon pihak kerajaan, PAS dan pasti akan tungging buyung di Galas. Oleh itu, jentera kempen UMNO/BN akan memainkan peranan yang cukup besar di PRK ini. Baik dari jentera yang bertugas kempen dari rumah ke rumah, ataupun jentera psywar didalam media siber, semuanya perlu digunakan UMNO/BN secara maksimum. Walaupun kredibiliti calon yang bertanding amat penting, tapi kempen serta gerak saraf yang efektif pun penting juga. Itu pun kalau UMNO/BN nak menang lahh.. Dengan lambakan isu-isu mengenai salah laku PAS di negeri tersebut sejak dari awal tahun ini, rasanya tak menjadi masalah buat UMNO Kelantan menggempur kem PAS nanti. Satu saja Spy harap, jangan pulak ada puak didalam UMNO sendiri yang berbalah mengenai calon seandainya calon pilihan hati mereka tak terpilih. Jangan pulak wujud kem-kem yang berasingan didalam UMNO/BN sendiri nanti. Ini satu penyakit lama didalam UMNO yang masih belum dapat dicari penawar yang mujarab! Ingatan Spy buat UMNO Kelantan, nak menang buat cara macam nak menang. Kalau nak kira perut sendiri saja, elok duk dalam rumah dan tak payah sibuk nak gatal lawan pilihanraya! Laporan Spy Leman dari Restoran Singapore Rice Chicken, Sibu Sarawak. (Oleh: Spy Leman) |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan