Isnin, 27 September 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Tokoh perniagaan UK mahu kes liwat Anwar digugurkan ; jangan perbodohkan Najib – Syed Ali

Posted: 27 Sep 2010 01:07 AM PDT

TOKOH perniagaan daripada United Kingdom, Sir Richard Branson diingatkan jangan memperdohkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika mengingatkan demikian,Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, orang luar tidak ada hak untuk mencampuri hal ehwal dalam negara ini terutama dalam soal perundangan.

"Dia minta Najib campur tangan dalam kes liwat Anwar, ini jelas menunjukkan Bronson tidak menghormati seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat negara ini," tegasnya.

Katanya, pengasas Virgin Group itu cuba memperbodohkan kerajaan Malaysia dengan meminta supaya Najib campur tangan menghentikan perbicaraan kes liwat Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Siapa dia Branson yang cuba untuk mengajar Perdana Menteri kita ? ini menunjukkan pihak Barat ada agenda tersembunyi berhubung isu kes liwat Anwar yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah," tegasnya.

Katanya, jika kes liwat Anwar digugurkan hanya atas desakan Bronson, seluruh dunia akan ketawakan negara ini dan para pemimpinnya pula akan dikatakan mudah dibeli dengan kuasa wang ringgit.

"isu ini adalah prinsip perundangan dan sistem keadilan mahkamah di negara ini dan pihak luar tidak perlu campur tangan," tegasnya.

Beliau berkata, meminta kerajaan khususnya Perdana Menteri menghentikan kes tersebut seolah-olah ingin memberitahu dunia bahawa proses undang-undang di negara ini boleh dibeli dengan begitu mudah.

"Anwar bukan manusia istimewa dan beliau perlu melalui proses perbicraan sepertimana tertuduh lain yang sedang berdepan dengan kes jenayah sivil atau syariah di negara ini," jelasnya.

Beliau menyelar tindakan Bronson yang dikatakan cuba campur tangan dalam undang-undang negara ini ketika berucap dalam satu sidang peluang pelaburan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Syed Ali lagi, kenyataan Bronson yang dibuat secara terbuka itu jelas menunjukkan sikap beliau yang angkuh, biadab dan tidak beretika ketika berada di negara luar.

"Perangai tokoh perniagaan itu sama dengan bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore ketika melawat Malaysia tidak lama dulu juga mendesak kerajaan menggugurkan kes liwat Anwar," katanya.

Beliau mengingatkan,kerajaan perlu berhati-hati dengan agenda dan provokosi Barat yang cuba menggunakan isu kes liwat Anwar untuk mencemarkan imej negara ini.

Katanya, isu liwat Anwar telah dilihat oleh setengah dunia luar sebagai satu tindakan politik yang dilakukan UMNO sedangkan parti itu tidak ada kaitan dengan perlakuan moral beliau.

"Kes liwat adalah isu peribadi Anwar dengan pihak pengadu (Mohd. Saiful Bukhari), maka beliau perlu menerima apa jua keputusan mahkamah sama ada bersalah atau pun tidak," jelasnya lagi.

Hasil judi tidak haram :Kenyataan bekas Mufti Perlis mengelirukan

Posted: 27 Sep 2010 12:17 AM PDT

BANTUAN kewangan daripada sumber perjudian kepada fakir miskin termasuk warga emas sepertimana dilaporkan berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini tetap haram disisi agama Islam, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ini menurut beliau, bantuan tersebut diagihkan dalam bentuk wang tunai yang akan digunakan oleh penerima untuk membeli makanan atau keperluan harian.

Beliau berkata, kejadian di Pulau Pinang itu jelas menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sengaja memperdayakan golongan Islam dengan tidak menyatakan daripada mana sumber sumbangan itu diperolehi.

"Apabila ianya didedahkan oleh UMNO, barulah Guan Eng mengakui ianya daripada sumber perjudian," jelasnya.

Bagaimanapun jelas beliau, hasil daripada cukai kegiatan perjudian yang digunakan membangunkan prasarana untuk kemudahan rakyat seperti sekolah, jalan raya dan hospital boleh digunakan.

"Oleh sebab itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mengakui telah menggunakan hasil cukai perjudian untuk membangunkan negeri tersebut," katanya.

Dalam hal ini tegas beliau, kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa bantuan kerajaan negeri hasil daripada perjudian kepada golongan miskin beragama Islam tidak haram amat mengelirukan.

Syed Ali beranggapan Mohd. Asri tidak mendapat maklumat lengkap berhubung bantuan yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang dan bagaimana ia dibelanjakan.

"Saya bimbang kenyataan bekas Mufti Perlis itu akan menibulkan salah tafsiran dan menyesatkan pemahaman umat islam berhubung hukum memakan hasi daripada sumber judi," katanya lagi.

Semalam, Mohd. Asri dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar harian menyatakan bantuan itu tidak haram sambil membandingkan pendapatan kerajaan Pusat juga melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.

Menurut Syed Ali lagi, kerajaan Pusat tidak menafikannya tetapi sumber itu dipergunakan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur untuk dinikmati oleh rakyat terutama di kawasan bukan Islam.

Sambil menyifatkan kenyataan Mohd. Asri itu lebih cenderung kepada kepentingan politik pembangkang, beliau menyarankan supaya bekas Mufti Perlis itu mencadangkan supaya kerajaan negeri Kelantan membenarkan semula kegiatan perjudian di negeri itu seperti Toto dan ramalan Empat Nombor Ekor.

"Mohd. Asri kata sumber judi tidak haram, maka saya cadangkan supaya beliau minta Nik Aziz benarkan semula kedai-kedai judi beroperasi di Kelantan, negeri yang kononnya dilebelkan sebagai Serambi Mekah," tegasnya.

Contoh moral politik Anwar & wajah hodoh PKR

Posted: 26 Sep 2010 09:48 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SAYA langsung tidak terkejut mendapat khabar bahawa perjalanan mesyuarat pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama di Selangor semalam (Ahad) dicemari pelbagai insiden buruk.

Kejadian pukul-memukul, baling kerusi, protes, rampas dan mengoyak kertas undi dan perwakilan terpaksa menunggu lebih 6 jam untuk bermesyuarat, pada hemat saya mencerminkan betapa hodohnya wajah PKR dibawah cengkaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itulah juga gambaran betapa rendahnya moral politik Anwar yang selama ini diagungkan oleh pemimpin pembangkang termasuk sahabat handainya daripada dunia Barat.

Selain hodoh dan tidak mengamalkan prinsip demokrasi, insiden yang berlaku di beberapa bahagian (cabang) PKR juga membuktikan betapa tidak matangnya ahlinya berpolitik sehingga bertindak seperti sekumpulan samseng – ganas dan menakutkan!

Tetapi apa yang menyedihkan seperti dilaporkan banyak pihak, mereka yang terbabit dalam kejadian buruk ala—samseng itu dipercayai dilakukan oleh perwakilan bukan Melayu.

Itulah sebenarnya budaya politik yang dibawa oleh Anwar, yang kononnya masih bermimpi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dengan sokongan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) – DAP dan PAS.

Jika selama ini Anwar dan konco-konconya begitu galak melemparkan pelbagai tuduhan terhadap UMNO kononnya tidak demokratik, nampaknya tuduhan itu terkena balik kepada batang hidungnya sendiri.

Malah saya melihat insiden buruk dan hodoh yang berlaku itu juga membuktikan Anwar sudah tidak lagi berupaya untuk memimpin sebuah parti 'kacau bilau' yang hanya berpolitik kerana gilakan kuasa dan jawatan.

Dan sememangnya Anwar tidak berkemampuan untuk menyuburkan nilai baik dalam PKR kerana beliau sendiri turut bermasalah kerana sedang berhempas pulas dengan isu moral yang menjijikkan – perbicaraan kes liwat yang asyik tertangguh.

Apabila sikap tidak matang dan prilaku ala-samseng sudah menjadi budaya politik dalam PKR bermakna parti itu tidak layak untuk diberikan peluang memerintah negara ini kerana kesannya banyak yang tidak baik akan timbul.

Saya cuba bayangkan bagaimana kelak jika Anwar ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, sudah pasti pentadbirannya akan turut kacau bilau dengan perilaku ala-samseng dan kesannya orang Melayu akan terpinggir, seperti melukut ditepi gantang.

Malah suara orang Melayu sudah tidak laku lagi dan mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diperjuangkan jika PKR bersama sekutunya DAP dan PAS menguasai negara ini.

Oleh sebab itu, politik gansterism yang dikatakan wujud di dalam PKR sebenarnya tidak bersesauaian dengan nilai-nilai moral dan budaya majoriti kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Justeru itu, rakyat sudah dapat melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana buruknya amalan politik yang berlaku di dalam PKR yang mana Anwar selaku penasihat umumnya.

Saya sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang 'dinasihatkan' oleh Anwar kepada kepimpinan PKR sehingga kejadian pukul-memukul, baling kerusi, protes dan koyak kertas undi boleh berlaku.

Melihat kepada beberapa insiden tidak matang dan kekecohan yang berlaku pada perjalanan mesyuarat pemilihan peringkat cabang PKR, pada hemat saya ahli-ahli parti itu sepatunya dhantar mengikuti kursus jati diri atau pembentukan modal insan, agar menjadi pemain politik yang bersopan dan berpekerti mulia.

Begitulah contoh moral politik Anwar dan wajah hodoh PKR yang menjadi bahan ketawa orang ramai sekarang ini.

Tiada ulasan:

Pengikut