Khamis, 23 September 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Pemilihan PKR ; dinasti Anwar kuasai parti

Posted: 22 Sep 2010 08:52 PM PDT

PEMILIHAN kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lama lagi bakal menyaskikan 'dinasti Anwar' akan menguasai sepenuhnya parti itu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan tidak akan bertanding jawatan Presiden bagi memberi laluan kepada isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail mempertahankan jawatan.

"Oleh sebab itu, tidak ada seorang pun pemimpin PKR yang berani menentang Wan Azizah kerana takutkan Anwar," tegasnya.

Bagi menguatkan kedudukan tersebut katanya, Anwar dilihat merestui Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Katanya lagi, Anwar menggunakan strategi tersebut bagi membunuh kerjaya politik pencabar Azmin, Datuk Zaid Ibrahim yang dilihat semakin menyusahkan kepimpinan PKR.

Malah jelas beliau, kesediaan anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bertanding jawatan Naib Presiden mengesahkan penguasaan politik anak-beranak dalam parti itu.

"Oleh sebab itu, saya beranggapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini disebut bakal menentang Azmin, tidak akan berani menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden," ujarnya.

Katanya lagi, walaupun Anwar tidak bertanding, tetapi beliau tetap 'berkuasa' menentukan halatuju PKR dengan sengaja mengekalkan Dr.Wan Azizah sebagai patung.

Beliau bagaimanapun percaya keputusan Nurul Izzah bertanding jawatan Naib Presiden meletakkan perwakilan PKR berada dalam keadaan dilemma tetapi tetap memberikan sokongan kepadanya kerana faktor Anwar.

"Kita tahu ahli PKR kecewa dengan amalan kronisma dalam parti itu, tetapi mereka terpaksa akur dan tunduk dengan kehendak Anwar," katanya.

Katanya, penguasaan anak- beranak Anwar dalam PKR hampir menyamai amalan politik DAP yang menyaksikan keluarga Lim Kit Sing dan Karpal Singh mendominasi parti itu.

Mengenai harapan Zaid memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR yang berdepan dengan Azmin, Syed Ali berkata terlalu sukar untuk Zaid memenanginya.

Sambil menyifatkan Zaid sebagai kayu buruk dalam PKR, Syed Ali menjelaskan parti tersebut dilihat tidak memerlukan kepimpinan politik bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

"Zaid telah mendedahkan keburukan kepimpinan PKR termasuk mencela Wan Azizah sebagai boneka, situsi ini tidak menyenangkan Anwar, lagi pun Azmin adalah kesayangan beliau," ujarnya.

Mengulas dakwaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa tiada unsur rasuah dan politik wang sepanjang kempen pemilihan kepimpinan PKR, Syed Ali berkata kenyataan itu sekadar gimik politik.

Sebaliknya kata beliau, perwakilan perti itu sebenarnya telah diawasi oleh Anwar supaya memberikan sokongan kepada calon-calon yang mendapat restu beliau.

"Pemilihan PKR dipenuhi dengan pelbagai taktik kotor tetapi terlindung kerana tiada yang berani mendedahkannya, apatah lagi pergerakan mereka diawasi oleh kumpulan Anwar," jelasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut