Selasa, 7 September 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Zaid sudah terlambat untuk kesal bergelumang dalam najis politik PKR

Posted: 07 Sep 2010 12:31 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sudah terlambat untuk menyesali untung nasibnya setelah bergelumang dalam 'najis politik' bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Tetapi elok juga dia sudah sedar betapa busuknya politik PKR setelah sekian lama mengecam dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada UMNO," tegasnya.

Bagaimanapun tegas beliau, Zaid sebenarnya bukan 'orang penting' dalam PKR dan sama ada beliau memegang jawatan atau tidak, tidak memberi apa-apa kesan kepada UMNO.

Oleh sebab itu katanya, sesuatu melucukan apabila Zaid cuba menyamakan untung nasibnya dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba apabila menerima pelbagai ugutan dan halangan dalam percubaannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Ramai yang ketawa apabila Zaid samakan dirinya dengan arwah Tun Ghafar, sedangkan beliau hanyalah bekas Senator dan jasanya kepada UMNO serta rakyat langsung tidak ada untuk dikenang," ujarnya.

Sambil menyifatkan Zaid sekadar 'nasi tambah' kepada PKR, Syed Ali meramalkan hayat politik bekas Senator itu sebenarnya sudah dipenghujung jalan.

"Oleh sebab itu beliau berani mendakwa ada yang ingin menguburkannya apabila bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR," tambahnya.

Beliau berpendapat, luahan kecewa Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan menjelang pertandingan jawatan Timbalan Presiden sekadar untuk mengemis belas kasihan daripada penyokong parti itu.

Katanya, umum sudah mengetahui Naib Presiden PKR, Azmin Ali adalah anak emas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jika ada yang menentangnya, bermakna orang berkenaan sengaja mencari masalah.

Buktinya jelas beliau, sehingga kini 20 Ahli Parlimen PKR dikatakan sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Azmin yang bakal berentap dengan Zaid bagi jawatan Timbalan Presiden.

Syed Ali tidak menolak sterategi tersebut semuanya telah dirancang oleh Anwar bagi membolehkan Azmin berganding dengan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail, penyandng jawatan Presiden PKR.

Menurutnya, Anwar tidak akan membiarkan isterinya berdampingan dengan seorang pemain politik seperti Zaid yang tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan.

Katanya, ada yang mendakwa Azmin dikatakan manusia istimewa kepada Anwar dan sesiapa yang cuba menentangnya, bermakna samalah dengan menentang Anwar.

Tiada ulasan:

Pengikut