Amah Indonesia Posted: 22 Sep 2010 10:54 PM PDT Pilihan Ditangan Kita
1.Kerajaan Indonesia memutuskan untuk melarang calon pembantu rumah negara itu bekerja di Malaysia sehingga kerajaan kita mampu memberi perlindungan sewajarnya.
2. Larangan apa saja, ia takkan dapat menghalang orang Indonesia terus masuk dan bekerja di negara ini kerana mereka perlukan pekerjaan.
3. Ini bukti jelas bahawa bukan orang kita yang bergantung kepada mereka tetapi rakyat mereka perlukan pekerjaan di Malaysia kerana di sini ada banyak peluang pekerjaan.
4. Difahamkan lebih 70 peratus pembantu rumah di Malaysia dari Indonesia meskipun jumlah itu semakin berkurangan daripada 260,000 orang sebelum Jun 2009 kepada kurang 200,000 selepas pembekuan itu dikuatkuasakan.
5. Realiti yang perlu diterima Kerajaan Indonesia ialah mereka tidak boleh terlalu mudah membuat keputusan yang akhirnya akan menggelapkan masa depan rakyatnya sendiri
6. Kerajaan Indonesia mesti mencari jalan memudahkan prosedur rakyat mereka terus bekerja di sini dengan cepat menandatangani perjanjian persefahaman yang sudah lama kita siapkan tetapi sampai sekarang masih tertangguh.
7. Dalam isu ini, apa yang sedang dirangka Indonesia nyata menutup periuk nasi rakyat mereka sendiri dan tidak akan menjejaskan rakyat negara ini.
8. Rakyat Malaysia kini sudah pun selesa menerima amah dari negara lain yang dikatakan lebih berdisiplin dan tidak banyak kerenah. Mereka tidak melarikan diri ketika majikan bekerja, lebih bijak dan profesional dalam urusan kerja.
9. Sudah masanya untuk kita jugak bertegas dan memperlihatkan pendirian kita bahawa kita tidak sepenuhnya bergantung pada amah Indonesia. Sebagai majikan, bukankah kita boleh memilih pekerja kita?
Salam Lebaran
Kak Midah Ipoh |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan