Khamis, 16 September 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Jemputan

Posted: 16 Sep 2010 08:02 AM PDT


Majlis Rumah Terbuka

Assalamualaikum WTB dan Salam Sejahtera,
kesempatan ini Kak Midah dengan penuh rendah hatinya ingin menjemput
ke Majlis Rumah Terbuka yang akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 18 Sept 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi -5.00 petang
Tempat : Kediaman Saya
Lot 70431 Kg tersusun,
Jln Gopeng,
31000 Batu Gajah

dipersilakan semua untuk hadir
kekediaman Kak Midah bersama keluarga.

Kak Midah
Batu Gajah

Moga Mereka DiRahmati

Posted: 16 Sep 2010 07:00 AM PDT



Al Fatihah Buat Datuk Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abd Karim,

1. Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sungguh memilukan pada sambutan Syawal pada tahun ini .

2. Perbuatan yang tidak berhati perut itu dilarang dan dikutuk oleh semua agama di muka bumi ini. Sama ada ajaran Islam, Buddha, Hindu mahupun Kristian, kesemua agama mengajar pengikutnya kepada kebaikan, tidak menindas, tidak menghina, tidak mencela, apatah lagi sesuka hati mengambil nyawa orang lain.

3. Kita sebagai individu luar tidak sanggup membayangkan betapa azab keempat- empat mangsa dipukul sehingga mati dan kemudian dibakar sebelum abu mayat dibuang ke dalam sungai, apa pula yang dibayangkan oleh ibu bapa, isteri, anak-anak dan keluarga mangsa.

4. Pujian harus diberikan kepada pihak polis yang berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh yang singkat. Kini terbukti bahawa pasukan polis kita mampu bertindak pantas dan cekap sebaik sahaja menerima laporan.Kecekapan pihak polis itu diharap dapat membuka mata pemimpin politik pembangkang agar tidak membuat tuduhan melulu sehingga menjejaskan kredibiliti dan imej pasukan polis negara ini.

5. Kak Midah beranggapan ini adalah satu perbuatan yang kejam, keji, hina dan langsung tidak berperikemanusiaan. Seorang peguam, yang sudah tentunya mempunyai tahap pendidikan yang tak perlu dipersoalkan lagi telah tergamak dan sanggup terlibat serta bersubahat melakukan perbuatan yang sekejam itu.

6. Inikah salah satu bentuk kebebasan mutlak yang sedang diperjuangkan oleh sesetengah pemimpin politik pembangkang dinegara kita ?

Ada undang-undang yang telah digunapakai minta dimansuhkan. Ada peraturan yang telah lama ternyata menjaminkan keharmonian minta dihapuskan.

Ada akta yang jelas berkesan dalam mencegah kemudaratan terhadap keamanan dan keselamatan dalam negara minta dihilangkan.

7. Apa yang kita harapkan selepas ini adalah tindakan mendakwa dan menghukum mereka yang terlibat melakukan jenayah kejam itu dapat segera dilakukan.

8. Kemarahan orang ramai yang kesal kejadian itu berlaku perlu dibendung segera agar tidak meletus sehingga menjadi satu isu perkauman pula.

9. Apa-apapun kepada kesemua keluarga mangsa tragedi yang sungguh menyayatkan hati ini, kita semua berharap agar mereka bertenang, bersabar serta tabah ketika berada didalam situasi begini dan salam takziah, semoga roh-roh mangsa kejadian akan dicucuri dengan rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan beriman. Amin.

Al-Fatihah

Kak Midah
Batu Gajah, Perak

Tiada ulasan:

Pengikut