Ahad, 5 September 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Persoalan Kemerdekaan

Posted: 05 Sep 2010 05:25 PM PDT

1. Apakah ertinya merdeka bagi kita?

2. Apakah hanya sekadar merdeka dari segi dapat menentukan corak pemerintahan dan hala tuju kita sebagai sebuah negara yang tidak lagi ditadbirkan untuk kepentingan orang lain?

3. Atau merangkumi juga keadaan memerdekakan diri daripada gejala dan pengaruh buruk yang berterusan melanda kita daripada pelbagai saluran dan media yang sudah banyak mempengaruhi pemikiran dan tindak tanduk kita khususnya dalam kalangan muda mudi.

4. Apakah merdeka juga bermakna kita bebas melakukan apa saja, walaupun bertentangan dengan naluri semula jadi dan batasan kekeluargaan dan sosial yang menjadi pegangan kita sejak turun temurun?

5. Banyak persoalan timbul apa sebenarnya sedang melanda masyarakat kita, khususnya masyarakat Islam yang berdepan dengan pelbagai gejala sosial buruk yang banyak membabitkan muda mudi.

Tiada ulasan:

Pengikut