Apo Kono Eh Jang! |
UMNO punca kelemahan melayu dan Islam? Posted: 27 Sep 2010 01:09 AM PDT Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menuduh bahawa UMNO lah yang menjadi punca kepada kelemahan melayu dan Islam. Dalam satu kenyataannya didalam media pro pembangkang, Saifuddin telah memberikan dua alasan untuk menyokong tuduhannya tersebut. Pertama, pengikut setia Anwar Ibrahim ini mendakwa UMNO telah meluluskan lesen-lesen perjudian didalam negara. Baginya, ini merupakan sebab utama mengapa melayu yang beragama Islam didalam negara ini lemah kerana terdedah dengan hasil aktiviti perjudian. Selain itu, kenyataan Saifuddin ini juga bermaksud bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO mengaut hasil haram dari premis-premis perjudian dan lain-lain untuk membiayai segala perbelanjaan didalam negara. Maka, mengikut pandangan Ahli Parlimen PKR ini, UMNO lah yang bertanggung jawab melemahkan bangsa melayu serta menodai kesucian Islam. Keduanya, Saifuddin telah menuduh UMNO mengabaikan Sekolah Agama Rakyat dan menarik balik segala bantuan kepada sekolah tersebut pada zaman pemerintahan Tun Mahathir. Dengan tuduhan terbaru Saifuddin ini, saya berani menyifatkan dia sebagai seorang ahli politik yang tak matang dan juga kurang berakal. Didalam isu Sekolah Agama Rakyat (SAR), apakah Saifuddin sedar bahawa SAR adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam. SAR juga tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. SAR adalah berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Ia juga berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan. Sebelum ini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pendidikan telah memberi bantuan perkapita kepada semua SAR. Ini dibuat selaras dengan peruntukan Seksyen 52 Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan Menteri Pendidikan menghulurkan sumbangan kepada mana-mana institusi agama Islam walaupun persendirian. Tetapi terdapat banyak aduan bahawa pihak yang mentadbir SAR telah mensia-siakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang berbentuk kewangan, kebendaan dan pembiayaan kursus-kursus latihan. Prestasi pelajaran di SAR juga amat menyedihkan akibat pentadbiran sekolah yang lemah, kualiti guru yang rendah dan prasarana yang daif. Selain itu, Terdapat juga SAR yang telah berubah menjadi institusi politik apabila PAS menguasai sekolah terbabit melalui guru-guru yang mengajar politik melebihi dari mahu mengajar subjek keagamaan. Inilah yang menyebabkan bantuan kepada SAR dihentikan. Dan kerajaan telah berusaha menyerapkan SAR dan juga guru-gurunya ke Sekolah Agama dibawah pentadbiran Kementerian. Bagaimanapun, maklum balas daripada pihak SAR sendiri menampakkan bahawa SAR lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak mahu menyerahkan pentadbiran SAR kepada kerajaan seperti yang dilakukan di SJKC dan SJKT. Didalam hal sumber haram dari perjudian dan juga arak di negara ini, Saifuddin nyata tidak cerdik kerana menuduh UMNO sedemikian. Apakah pemuja Anwar ini sedar bahawa Nik Aziz sendiri telah mengeluarkan fatwa pada 1992 mengenai "penghalalan" penggunaan hasil haram termasuklah judi dan arak di Kelantan? "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan.Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" Nik Aziz – November 1992 Jadi segala tuduhan Saifuddin berkenaan hasil judi atau arak adalah ibarat umpama meludah ke langit sahaja. Semuanya berbalik kepada dia sendiri akibat politik dangkal yang cuba dimainkan untuk memburuk-burukkan UMNO dan kerajaan. Dengan segala penjelasan di atas, adalah mustahil Saifuddin sebagai seorang yang dilantik menjadi Ahli Parlimen tak mengetahui dan menyedari semua ini. Ternyata dia sengaja berniat jahat untuk merendahkan imej UMNO dan juga kerajaan dengan dakwaan-dakwaan yang tak berasas apabila menuduh UMNO sebagai punca kelemahan melayu dan Islam didalam negara. Yang sebenarnya, PAS dan pembangkang lah menjadi punca semua permasalahan dikalangan bangsa melayu dan juga umat Islam! Perbuatan PAS melacurkan agama demi politik serta PKR memperjudikan hak bangsa melayu demi kepentingan Anwar, tak akan mampu dimaafkan untuk selama-lamanya! (Oleh: Che_Wan) |
Lawak Of The Year, LGE Tak Tahu Lumba Kuda Judi!! Posted: 26 Sep 2010 05:28 PM PDT Siaran Buletin Utama yang baru lepas tadi betul betul mengeletek hati penulis, mana tidaknya, Kelab Lumba Kuda yang wujud berpuluh tahun di Pulau Pinang masih tidak diketahui fungsinya oleh Lim Guan Eng! Kok ya pun terdesak nak mengakui kesalahan diri sendiri kerana menipu semua orang dengan penafian terdahulu, janganlah menunjuk jahil dengan mengatakan tak tahu fungsi kelab lumba kuda tu. P. Ramlee dalam filem Ibu Mertua ku dah lama tunjuk bahawa Kelab Lumba Kuda tu tempat berjudi, boleh pulak LGE kata tak tahu, betul-betul dia ni bodoh atau pura-pura pandai. Satu lagi fakta yang didedahkan tadi, LGE mengaku bahawa wang judi yang diterima daripada Kelab Lumba Kuda itu bukanlah RM 500k seperti yang kita semua jangka pada awalnya, sebaliknya RM 2 juta!! Jikalau Khalifah Umar masih hidup, baginda tentu malu dengan tindakan kafir nan seorang ini menggunakan namanya sebagai perbandingan dalam corak pemerintahan kerana kita yakin Khalifah Umar tidak menggunakan duit judi untuk membantu orang susah. Kali ini cina Melaka ini benar-benar terpukul dengan pendedahan blogger Pisau.Net disini. Desakan seterusnya daripada Pemuda UMNO Pulau Pinang, sekadar menambah sakit kepala LGE sebab dia tahu dia dah benar-benar kantoi. Yakin Pemuda UMNO dan blogger Pisau tidak mempunyai bukti, LGE menulis di Facebooknya menafikan ada menggunakan duit judi untuk membantu orang miskin sebaliknya menuduh pulak UMNO sebagai munafik. KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar. Bila blogger Pisau mendedahkan surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit LGE disini, barulah LGE mengalah dan mengakui akan menerima duit judi tersebut. Sekarang nak tanya, siapa munafik? LGE faham ke munafik tu apa bendanya? Pengakuan itu bagaimanapun bukan tidak beralas, LGE kata duit itu tidak digunakan untuk membantu orang Islam, sebaliknya bangsa lain. Tapi macam biasa, hanya ada air liur, buktinya tidak pulak ditunjukkan seperti mana kata Pemuda UMNO Pulau Pinang, ada dua akaun ke? Untuk perhatian, tidak ada di dalam mana-mana pendedahan di atas ada disebut mengenai orang bukan Islam dan orang Islam yang menerima bantuan duit judi kuda ini, hanya yang disebut ialah orang miskin sahaja. Dedah sudah (Pisau.Net) , bohong sudah (LGE) , kantoi pun sudah (LGE). Sekarang mari kita bongkar lagi, benarkah kata LGE bahawa duit RM 2 juta itu tidak digunakan bagi membantu orang Islam. Berdasarkan statistik yang didedahkan dalam laman web pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang disini, setakat ini ada seramai 651 penerima bantuan dibawa program Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar Pulau Pinang. Berdasarkan rekod tahun 2009, kebanyakkan penerima adalah terdiri daripada penduduk kawasan majoriti melayu di Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan. Jadi macam mana LGE kata penerima duit RM 2 juta itu tidak termasuk orang Islam sekali kalau penerima itu banyak datangnya dari kawasan majoriti melayu? Dengan orang cina menguasai 40% ekonomi negara, ramai sangatkah diantara mereka ini yang tergolong dalam kemiskinan tegar terutama di negeri dimana mereka majoriti seperti di Pulau Pinang? Kita yakin bahawa duit RM 2 juta ini juga digunakan untuk membayar sumbangan kepada orang Islam dan bangsa lain Di Pulau Pinang. Kalau LGE boleh menipu sebelum ini, kenapa dia tidak boleh menipu sekarang? Tuduhan LGE kononnya kerajaan terdahulu tidak membantu orang miskin adalah tidak benar k erana berdasarkan statistik JKM untuk 2008 yang boleh dimuat turun disini, seramai 10,538 kes penerima bantuan daripada JKM dengan perbelanjaan sebanyak RM 24 juta!! Jumlah ini jauh melebihi RM2 juta duit hasil judi yang digunakan LGE untuk membantu penduduk miskin di Pulau Pinang sekarang. Kita simpatilah dengan penduduk miskin di Pulau Pinang, dapat bantuan pun hasil duit judi. Ini baru judi lumba kuda, bagaimana pulak dengan sumbangan dari tokei kedai judi nombor dan judi sukan yang ditaja kongsi gelap, kawan baik parti DAP? LGE sekadar mendedahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang sekarang betul-betul haprak, sampaikan nak bagi bantuan orang miskin pun terpaksa menyembah ehsan syarikat judi lumba kuda. Apalah agaknya yang ditabiah PAS kepada DAP di Pulau Pinang sehinggakan orang miskin di Pulau Pinang makan budi dengan kuda!!! Penulis tak tahulah nak gelak ke atau nak nangis…… (Oleh: Adamyan) |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan