Khamis, 23 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS yang gagal…

Posted: 23 Sep 2010 01:33 AM PDT

PAS P.Pinang dilihat tidak berupaya berbuat apa-apa walaupun berada di dalam parti PAKATAN. Semua perkara baik dari segi sosial hingga kepada soal agama, mereka terpaksa akur kepada kehendak DAP P.Pinang.

Amat sedih bila mendengar peruntukan kewangan kepada orang islam telah dikurangkan oleh kerajaan DAP P.Pinang berbanding kaum-kaum lain. Malahan wang zakat juga "diiktiraf" sebagai hasil milik kerajaan negeri yang boleh digunakan sewenang-wenangnya.

PAS nampaknya gagal memainkan peranan mereka bagi membela kebajikan umat-umat islam di P.Pinang.

Cuba lihat di Kedah, walaupun hanya seorang ADUN DAP di sana. Bila ada saja keputusan dari kerajaan negeri tentang satu-satu isu yang boleh menjejaskan hak mereka, misalnya isu penempatan khinzir, mereka berani menentang kerajaan PAS sehinggakan sampai sanggup mengugut untuk keluar dari parti Pakatan.

Akan tetapi senarionya amat berbeza sekali di P.Pinang. Bilamana heboh pasal isu premis-premis perniagaan orang-orang islam dirobohkan dan pengusiran oleh kerajaan negeri DAP, kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS negeri P.Pinang hanya sempat terkedu.

Isu kalimah Allah dan juga perarakan Maulud juga mereka menikus disebalik jubah dan serban besar mereka.

Bila berhadapan dengan pemimpin DAP, suara jantan mereka yang dahulunya bersemangat dan berdegar-degar seperti dalam ceramah-ceramah mereka secara tiba-tiba bertukar menjadi suara manja bak bicara di antara si uda dan dara.

Sama ada perasan atau tidak, Mat Sabu juga hilang suara apabila berdepan dengan Lim Guan Eng dan gerombolan DAP di P.Pinang. Lebih memalukan, Lim Guan Eng berjaya membisukan Mat Sabu hanya dengan jawatan dan elaun RM 500 sebagai pengarah di PBA P.Pinang!

Akhirnya tangisan dan penderitaan orang-orang Melayu islam yang ditindas tidak mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya dari pimpinan PAS P.Pinang.

Oleh yang demikian, saya teramatlah setuju dan tak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa "PAS di Pulau Pinang memang tak ada telor."

Jadi, suara jantan mereka yang berdegar-degar seperti di dalam ceramah sebenarnya adalah suara-suara pondan yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan tempat mereka berada.

Sedih dan teramatlah sedih bila mengenangkan nasib orang Melayu islam di P.Pinang. Begitu juga dengan Melayu Islam di negeri-negeri lain seperti di Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

Parti yang sepatutnya memperjuangkan hak dan kebajikan orang-orang islam telah bertukar menjadi parti penakut dan parti pak turut.

Nampak mereka lebih daif dari UMNO.. kerana hendakkan kuasa memerintah, perjuangan islam itu hanya tinggal nama sahaja pada parti tu.!!! ternyata PAS lebih munafik..

(Oleh: Che Wan)

Mana Anwar, Nizar dan Azmin didalam isu Sosilawati..

Posted: 22 Sep 2010 10:35 PM PDT

Ramai yang terlepas pandang didalam satu hal. Jika kita ingat balik, semasa Teoh Beng Hock mati akibat jatuh dari bangunan SPRM, ramai pemimpin Pakatan termasuklah yang beragama Islam berkunjung menziarahi mayat mendiang.

Punyalah nak tunjuk simpati bagi menarik sokongan pengundi cina sampaikan tertunduk-tunduk Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Shamsul Iskandar di depan tempat pemujaan mayat Teoh Beng Hock tu.

Tambahan pula si mati adalah ahli DAP dan mempunyai kaitan dengan pemimpin DAP Selangor, maka makin lajulah tertunduk-tunduk pemimpin melayu Islam dalam Pakatan menyembah mayatnya.

Tak kurang juga di Perak apabila Nizar dengan muka toya memegang lilin disebelah Ngeh dan Nga konon-kononnya bersedih diatas kematian Teoh. Semua ini kerana apa? Semata-mata kerana mahukan undi dan sokongan cina serta bertujuan untuk memburukkan SPRM sebagai sebuah institusi kerajaan.

Tapi, didalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya berserta empat orang rakannya yang disyaki dilakukan oleh peguam pro pembangkang, langsung tak nampak batang hidung Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Shamsul Iskandar menziarahi keluarga mangsa.

Nizar yang gila meroyan masa TBH mati, langsung tak dengan suara. Jangan kata pegang lilin, sebut pasal kes ni pun Nizar tak mahu. Amat menyedihkan, apabila mangsa dalam kes sebegini merupakan seorang Melayu Islam, haram mereka nak ambil tahu. Langsung tak berbunyi.

Kalau tunduk-tunduk depan mayat kafir sanggup diusahakan oleh pemimpin-pemimpin melayu Pakatan ni, takkan lah nak angkat tangan berdoa dan sedekahkan fatihah kepada keluarga arwah Sosilawati pun tak boleh nak buat?

Mereka sanggup berbondong-bondong menuju ke rumah TBH bagi menunjukkan simpati mereka. Tapi bersikap tak ambil tahu didalam kes arwah Sosilawati.

Apa salahnya berziarah dan bertanyakan khabar anak-anak mangsa yang menjadi yatim akibat kehilangan ibu mereka? Inilah yang menjadi bukti bahawa pemimpin melayu Islam didalam Pakatan memang munafik dan hanya akan melakukan sesuatu jika ia akan menguntungkan mereka sahaja!

Cuba yang menjadi mangsa kali ini juga dari parti DAP dan bukan berbangsa melayu serta beragama Islam, mesti sekali lagi Anwar, Azmin, Nizar, Shamsul Iskandar dan ramai lagi melayu bebal dalam Pakatan akan tertunduk-tunduk didepan gaharu.

Dan ramai jugalah pencacai-pencacai Pakatan terutamanya dari PAS akan berdemo memegang lilin macam orang hilang akal sambil menggantungkan gambar si mati dileher masing-masing umpama lembu yang digantung loceng!

Pasti juga Lateefa Koya, Mahfuz, Gobind, Kit Siang, Guan Eng, Eli lenjan, Teresa Kok, Ngeh dan Kor Ming akan menyalak 24 jam membela nasib mangsa dan mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kematian mangsa.

Nampak tak permainan politik bangsat pembangkang di Tanah Melayu ini? Dan yang paling bangsat sekali tentunya pemimpin-pemimpin mereka yang berbangsa melayu dan beragama Islam kerana merelakan diri mereka dibuta perutkan oleh kafir hanya demi undi!

(Oleh: Pak_Long)

Tiada ulasan:

Pengikut