Rabu, 15 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Otak mereng Nizar yang patut ditukar…

Posted: 14 Sep 2010 10:04 PM PDT

Sedap betul mulut si Nizar komunis mencabar UMNO supaya menukarkan singkatan namanya didalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu.

Maknanya selepas ini, UMNO tak lagi boleh dipanggil UMNO. Semua kena sebut PEKEMBAR.

Pertukaran ini menurut otak mereng Nizar, ialah supaya bahasa melayu dapat diperkasakan dan juga dapat membuktikan bahawa UMNO adalah pejuang melayu sebenar.

Yang hairan bin ajaibnya, sejak bila pulak si Nizar komunis ni ambil berat tentang UMNO? Dan sejak bila pulak dia ada semangat sayangkan bahasa melayu dan juga bangsa melayu?

Bukankah manusia bebal bernama Nizar ni adalah merupakan pencacai nombor satu kepada cina kafir DAP di Perak?

Untuk pengetahuan Nizar, sebenarnya singkatan nama UMNO tak perlu ditukar.., yang patut ditukar ialah mentaliti pencacai komunis yang bersarang didalam kepala Nizar.

Lagi satu, Nizar sepatutnya memperbetulkan partinya dulu yang kononnya islamik sangat. Tapi bila kena jerkah dengan Singh murtad DAP berkenaan hukum HUDUD, ulamak-ulamak PAS terus konar baring sampai cecah telinga.

Dan sepatutnya Nizar komunis mengubah partinya supaya jangan terlalu nak mempolitikkan Islam. Habis segala surau dan masjid di seluruh negara telah "dikencing" oleh kafir DAP semata-mata perbuatan melacurkan Islam oleh PAS.

UMNO dari dulu dah memperjuangkan bangsa melayu. UMNO juga dalam perlembagaan partinya jelas berjuang untuk menegakkan maruah Islam dan juga nasib bangsa. Semua rakyat dah sedia maklum perkara ni.

Jadi kalau singkatan UMNO disebut dalam bahasa Jerman sekalipun, matlamat dan perjuangan parti tetap sama! Hanya Nizar sorang yang meroyan sebab tiada isu nak bercakap.

Lagipun pepatah melayu ada mengatakan, apalah ada pada nama…, yang penting perlaksanaan dan juga perbuatan yang ditunjukkan.

Lainlah macam parti Nizar komunis iaitu PAS. Mengaku saja parti Islam tapi perbuatan pemimpinnya mengalahkan yahudi di Israel!

(Oleh: Pak_Long)

Anwar tak mau Presiden, dia nak jadi Perdana Menteri…

Posted: 14 Sep 2010 04:46 PM PDT

Anwar hari ini mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang pencalonan ke atasnya didalam pemilihan PKR. Ini menimbulkan pelbagai reaksi berbeza dari ahli PKR yang mahukan Anwar dicalonkan sebagai Presiden parti tersebut.

Ramai ahli-ahli PKR masih kurang faham, bukan jawatan Presiden PKR yang dikejar oleh Anwar. Jika dia mahukan jawatan tersebut, sudah lama disuruhnya Wan Azizah turun tahta dan digantikan olehnya seperti mana yang dilakukannya pada kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Anwar sebenarnya lebih berminat untuk mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia. Inilah satu-satunya cita-cita yang masih belum mampu direalisasikan oleh Anwar semenjak dia menyertai politik.

Bagi Anwar, hanya kedudukan sebagai Perdana Menteri sahaja yang boleh menghapuskan segala kesalahan serta tingkah laku sumbangnya. Dan yang paling penting, Anwar akan dapat menghapuskan kes mahkamahnya yang sedang berlangsung jika dia dapat menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Jadi, apa perlu Anwar bersusah payah memikirkan tentang jawatan dalam PKR? Parti itu hanya ditubuhkan semata-mata untuk membebaskannya dari penjara sahaja suatu ketika dulu. Dan kini, PKR bagi Anwar langsung tak membawa apa-apa erti lagi selain dari alat politik untuk membodohkan rakyat.

Anwar tahu, isterinya tak akan mampu membawa PKR pergi jauh. Dan nasib PKR pasti akan gelap jika Pakatan tak berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Sebab itulah fokus Anwar ketika ini ialah kepada DAP dan PAS.

Ramai yang tak menyedari bahawa Anwar kini sibuk mencaturkan strategi untuk DAP dan PAS menarik sokongan rakyat. Manakala, PKR didiamkan kerana sokongan orang ramai kepada parti tersebut kian luntur terutamanya setelah penghijrahan besar "orang-orang kuat" parti ke dalam UMNO dan menjadi ahli bebas.

Anwar lah yang menyarankan supaya wakil-wakil DAP mendekati orang melayu/Islam melalui masjid serta surau. Dan Anwar jugalah yang mencadangkan supaya PAS berlembut dengan orang kafir terutamanya didalam polisi undang-undang Islam mereka.

PRU13 adalah merupakan peluang terakhir Anwar untuk menakluk Putrajaya sekaligus menjadi Perdana Menteri. Dan jika dia gagal melakukannya, karier politiknya bakal terkubur buat selamanya…, begitulah juga dengan PKR!

(Oleh: Spy_Leman)

Tiada ulasan:

Pengikut