Selasa, 14 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Biar PERKASA Buat Kerja, Kita Sokong Diam-Diam

Posted: 14 Sep 2010 02:01 AM PDT

Penulis sebenarnya tak faham apa masalah pemimpin UMNO dengan PERKASA sampai terpaksa mengeluarkan deklarasi bersama agar pemimpin BN menjauhi PERKASA? Penulis sendiri tidak bersetuju dengan PERKASA atas banyak sebab berkaitan politik dan peribadi Ibrahim Ali tetapi bukan atas sebab apa yang diperjuangkan PERKASA iaitu perkara-perkara berkaitan melayu dalam perlembagaan atau lebih tepat lagi Perkara 3, 152 dan 153.

ahawa UMNO tidak lagi mempertahankan Perkara-perkara yang tersebut? Ini adalah hak kita yang dipersetujui oleh semua pengasas negara ini dahulu tidak kira apa bangsa, jadi apa yang nak takut sangat? Kalau benar, benarlah, kalau salah, salahlah.

Di dalam UMNO hanya Khairy Jamaludin saja yang begitu vokal mengisytiharkan dirinya tidak menyokong perjuangan PERKASA disebalik kedudukkannya sebagai Ketua Pemuda UMNO – parti yang memperjuangkan orang melayu. Tentangan KJ dan deklarasi sedemikian menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya masih dibelenggu dengan bayang silam pemerintahan Tun Dol, entah macam mana dan bagaimana tapi itulah yang berlaku.

Khairy Jamaludin walaupun tidak berapa cerah tetapi mudah bertukar warna mengikut keadaan kelilingnya, sama seperti mentornya Anwar Ibrahim. Ketika di Kuala Lumpur berdepan rakan sejawatannya dalam BN, dia akan menjadi pejuang bukan melayu yang paling hebat termasuk mengecam kes-kes yang belum sahih seperti seorang Pengetua di Johor yang dikatakan membuat komen berbaur perkauamn. Ketika dia di Kelantan dimana melayu merupakan majoriti terbesar, dia akan mengecam Namewee pula walaupun dia sendiri berlakon bersamanya dalam sebuah filem pendek.

Kenapa pemimpin UMNO tidak boleh melihat agenda jahat yang dibawa oleh Khairy Jamaludin sehingga dilihat mengikut rentak tari sumbangnya itu?

Di dalam usaha menarik kembali sokongan bukan melayu terutama imigran cina, UMNO tidak seharusnya meninggalkan orang melayu yang merupakan pengundi tradisi dari zaman berzaman. Percayalah, di dalam kepala imigran cina sekarang ialah bagaimana untuk mendapatkan penguasaan kuasa politik di negara ini setelah ekonomi negara mereka kuasai. Apa pun yang dibuat selagi tidak selari dengan hasrat ini hanya akan menjadi sia-sia.

Hari ini hak keistimewaan melayu diserang dari pelbagai sudut oleh puak-puak radikal pembangkang yang berselindung di sebalik undang-undang. Sedihnya, ada segelintir orang melayu sendiri yang menjadi dalang kepada puak-puak radikal ini, mempersoalkan hak keistimewaan sendiri. Orang-orang seperti Nurul Izzah, Zaid Ibrahim dan beberapa yang lain ini adalah umpama penderhaka besar kepada Raja-raja dan orang melayu sendiri.

Tidak pernah berlaku sebelum ini perlembagaan negara ditulis semula atas nama untuk memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia. Tidak pernah berlaku sebelum ini pembangkang mempersoal hak keistimewaan melayu secara terang atas nama menuntut pencerahan (clarification). Perkara-perkara itu berlaku sekarang dan kemunculan PERKASA sendiri adalah apabila melihat tiada pemimpin UMNO yang berani tampil mempertahankan hak keistimewaan sendiri.

Semua ini menuntut pembelaan daripada UMNO sebagai arti tunggal orang melayu dalam BN. Tetapi dengan UMNO pasca 2008 terlalu sensitif dengan kehendak bukan melayu sehingga dilihat gagal mempertahankan hak melayu, maka kemunculan Perkasa sebenarnya adalah satu rahmat kepada UMNO kerana ia tidak terikat dengan semangat berkomponen dalam BN.

Selain hak keistimewaan melayu, rakyat juga melihat UMNO gagal mempertahakan kontrak sosial dan konsep ketuanan melayu atas alasan tidak bertulis. Ketuanan Melayu memang tidak disebut dalam Perlembagaan begitu juga dengan Kontrak Sosial. Tapi apakah penubuhan sekolah jenis kebangsaan cina dan india turut ditulis dalam perlembagaan? Penggunaan perkataan cina dan tamil selain daripada untuk tujuan pertuturan ada disebut dalam perlembagaan? Pendek kata, jika kita mahu mempersoalkan apa yang ditulis dan apa yang tidak ditulis dalam perlembagaan, maka banyaklah perkara yang menjadi biasa hari ini kepada kita, sebenarnya menyalahi perlembagaan dalam erti kata takrifan maksud itu sendiri.

Sebaiknya UMNO mengekalkan hubungan dengan PERKASA dalam diam sementara memainkan peranan sebagai parti tunjang kepada BN. Tidak usah terpengaruh dengan cakap cakap bahawa Perkasa sama seperti Hindraf kerana perjuangan Perkasa masih dalam ruang lingkup perlembagaan negara. DAP sendiri tidak ada masalah menyokong perjuangan Hindraf apabila mencalonkan Manoharan dalam pilihanraya lepas dan menang, kenapa pula UMNO perlu takut dalam perihal hubungannya dengan Perkasa?

(Oleh: Adamyan)

Sosilawati, Kugan Dan Hipokrasi Pembangkang

Posted: 13 Sep 2010 10:05 PM PDT

Nota: Artikel ini tidak sesekali bermaksud mencampuri urusan penyiasatan polis atas kes yang berkaitan, jauh lagi dari menghasut kebencian antara kaum

Satu ketika tidak beberapa lama dahulu apabila berlaku kematian seorang tahanan berbangsa India bernama A Kugan di dalam lokap polis, semua mata melihat betapa cepatnya pembangkang tiba mengiringi keluarga mangsa menyerbu bilik mayat tempat dimana mayat mangsa diletakkan untuk menunjukkan prihatin disamping mengambil kesempatan menuduh polis menghapuskan kaum india dengan cara yang bersistematik. Tanpa sempat dibedah siasat, mayat mangsa telah dicemarkan oleh tangan-tangan tidak bertanggungjawab yang diketahui boleh menjejaskan hasil siasatan oleh barisan peguam pembangkang yang menyertai serbuan itu. Selepas itu, ribuan ringgit dicurahkan (dipercayai menggunakan dana awam negeri dimana pembangkang memerintah) bagi membantu keluarga mangsa atas nama kemanusian. Tidak cukup dengan itu, peguam dari kalangan pembangkang dilantik di dalam urusan berkaitan tindakan undang-undang ke atas polis dan kerajaan.

Untuk menjadikannya lebih trajis, gambar mangsa diletakkan dibelakang dan ditepi kenderaan dan dijaja merata-rata bagi menghasut rakyat membenci polis dan kerajaan. Pertubuhan perkauman yang diharamkan ini tidak ketinggalan mengambil kesempatan atas kejadian ini dengan mengadakan demo atas alasan membela nasib kaum india.

Tanpa menunggu keputusan dan hasil siasatan, jauh lagi keputusan mahkamah, pembangkang melanggar segala etika dan prinsip perundangan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi belum dibuktikan sebaliknya di mahkamah. Pembangkang menjadi peguam, pendakwa dan hakim kepada kes ini dan media-media rasmi mahupun tidak rasmi mereka menjadi dokumen tidak rasmi 'mahkamah' yang dirujuk ratusan mahupun ribuan pembaca yang sealiran dengan mereka. Tiadalah cerdik pandai undang-undang dalam pembangkang yang mempersoalkan pelanggaran etika-etika ini kerana dihati mereka kepentingan politik sudah mengatasi segala yang lain.

Tetapi hari ini apabila seorang peguam yang dikatakan menjadi ahli seumur hidup salah sebuah komponen parti pembangkang disamping pernah menjadi peguam kepada sebuah pertubuhan perkauman yang diharamkan, ditangkap kerana disyaki terlibat di dalam kejadian pembunuhan jutawan kecantikan, Dato Sosilawati dan 3 orang yang lain (kesemuanya melayu), jangan katakan batang tubuh, bayang pemimpin pembangkang pun tidak kelihatan membantu keluarga yang terlibat, paling bangsat pun melantik diri sendiri sebagai peguam pemerhati. Tidak semua antara mangsa ini yang berkemampuan melantik peguam pemerhati dan disinilah sepatutnya pembangkang 'membantu' seperti yang mereka tunjukkan dalam kes Kugan dan beberapa kes lain.

Ada tidak ada pun dari pembangkang hanyalah cubaan dari YB paling lemah akedemiknya di kalangan mereka bernama Mahfuz Omar STL (SRP Tak Lulus) untuk mengaitkan kes pembunuhan ini dengan kes kematian Altantunya yang sudah terbukti di mahkamah tidak mempunyai apa kaitan dengan pemimpin kerajaan yang dituduh. Selayak dengan tahap pendidikkannya yang cerdik sikit daripada budak sekolah rendah, kita memang tidak mengharapkan apa yang bernas keluar daripada mulutnya itu, tetapi bagaimana dengan yang lain?

Hello…satu orang mati kononnya diseksa polis, pembangkang kecoh satu malaya, 4 orang mati dibunuh dengan kejam oleh puak yang ada kaitan dengan hangpa semua kenapa tak kecohkan sebaliknya diam seribu bahasa. Tiba-tiba pulak pembangkang jadi alim dan mengikut segala lunas undang-undang dan aturan perjalanan keadilan? Tak terkecuali diam seribu bahasa ini ialah badan guaman pro pembangkang dimana suspek bernaung sebagai ahlinya.

Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka.

Menurut sumber, siasatan juga mendapati Datuk itu pernah memberi bantuan guaman kepada pertubuhan haram Hindraf dan menjadi ahli seumur hidup kepada sebuah parti politik. Utusan Malaysia (14/9/2010)

Jika pembangkang melanggar semua etika perundangan di dalam kes kematian A Kugan, kenapa di dalam kes ini tidak pula berbuat demikian?

Apa yang kita cuba sampaikan disini ialah, motif pembangkang memang jelas, mereka hanya akan menunjukkan simpati jika sesuatu kes itu mempunyai keuntungan politik kepada mereka sahaja. Kes-kes dimana mereka boleh menghentam polis dan kerajaan, akan menjadi keutamaan mereka kerana ianya sebahagian daripada strategi tersusun pembangkang untuk memburukkan kerajaan dimata masyarakat bagi kepentingan politik mereka. Di dalam hal ini, profession guaman yang sepatutnya bebas daripada perkara-perkara lain selain mencari keadilan, telah digunakan sepenuhnya untuk menjayakan misi jahat ini.

Tidak banyak beza dengan taktik komunis zaman darurat yang menggunakan badan-badan sah seperti Kesatuan Sekerja untuk meluaskan pengaruhnya, pembangkang hari ini turut menggunakan Kesatuan Sekerja dan NGO berkaitan guaman untuk menyebarkan politik kebencian (hatred politics) terutama kepada UMNO dan kerajaan persekutuan. Pelbagai taktik dan helah undang-undang digunakan bagi menghalalkan perbuatan mereka di mata masyarakat. Kelemahan Kementerian Dalam Negeri dan Menteri yang bertanggungjawab ke atas undang-undang pula menjadi rahmat jatuh keriba bila segala pelanggaran undang-undang dan etika keadilan hanya disambut dengan AMARAN atau tiada tindakan langsung!!!

Justeru itu kita menyeru kepada rakyat Malaysia agar menolak politik kebencian yang disemaikan pembangkang ini kerana ia hanya menjerumuskan negara ke satu tahap ketahap yang tidak selamat. Jangan nanti keharmonian kaum yang telah dicapai selama ini hanya menjadi memori indah untuk dikenang oleh generasi akan datang.

Disebalik kecaman dan kutukan berterusan pembangkang ke atas kredebiliti pihak polis lanjutan dendam tidak berkesudahan pemimpin agung mereka ke atas mantan Ketua Polis Negara, kita berharap agar semua lapisan masyarakat dapat menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes ini dari semua aspek dan mencadangkan kepada pihak peguam negara untuk tindakan lanjut. Tidak perlu mengambil apa-apa tindakan yang akhirnya akan merugikan diri sendiri dan kehidupan bermasyarakat di negara ini.

Kepada keluarga mangsa yang terlibat kita berharap mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah swt yang berat ini. Bagi yang beragama Islam, dikesempatan ini penulis mengambil peluang supaya kita dapat bersama-sama membaca Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terlibat, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah…….

(Oleh: Adamyan)

Tiada ulasan:

Pengikut