Isnin, 13 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Marah betul N.Ajis bila orang nak bakar Al Quran..

Posted: 12 Sep 2010 09:08 PM PDT

Marah sungguh nampaknya Nik Aziz dengan cadangan seorang Paderi dari sebuah gereja yang bertapak di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al Quran sempena ulangtahun tragedi 11 September.

Nik Aziz dengan lantang mengatakan didalam akhbar pro pembangkang bahawa tindakan paderi tersebut adalah tindakan di luar jangkaan manusia.

Nik Aziz juga menyifatkan cadangan orang yang berilmu seperti paderi tersebut sepatutnya tidak dilakukan kerana ia adalah sesuatu yang tidak munasabah. "Perbuatan paderi tersebut pasti akan dilaknat oleh Allah taala," katanya lagi.

Mengapa Nik Aziz cepat sekali membuat ulasan mengenai hal yang berlaku diluar negara sedangkan banyak isu yang membabitkan maruah Islam didalam negara tidak pula diulasnya?

Nik Aziz kononnya amat prihatin jika Al Quran mahu dibakar oleh kafir diluar negara, tetapi Mursyidul Am PAS ini sering menutup mata dan merelakan kemungkaran yang membabitkan maruah Islam didalam negara terutamanya yang dilakukan oleh sekutunya DAP.

Usahkan nak komen yang terjadi di luar, didalam Pakatan sendiri pun sudah tunggang langgang menjatuhkan maruah Islam itu sendiri. Dalam bulan Ramadhan sahaja, banyak perkara yang diluar jangkaan berlaku terhadap umat Islam negara ini. Ini tak pulak mahu dikomen dan dikutuk oleh Nik Aziz.

Isu nama Lim Guan Eng didalam khutbah kedua Solat Jumaat.., dimanakah suara Nik Aziz? Isu kafir bertazkirah dan juga mencemarkan saf pertama umat Islam sujud di masjid/surau…, Nik Aziz redha dan menyokong perbuatan ini demi menjaga hati kafir.

Malah Nik Aziz juga mengeluarkan "lesen besar" untuk kafir harbi seperti Lim Guan Eng supaya dipuja setaraf khalifah Umar dan juga disanjung mengalahkan pemimpin Islam lainnya di Tanah Melayu ini.

Apakah ini bukan perbuatan menjatuhkan maruah Islam dan agama Allah itu sendiri? Apa kurangnya perbuatan Nik Aziz yang menghalalkan kafir harbi DAP mempermainkan agama dan rumah Allah dengan perbuatan paderi kafir di Amerika yang mencadangkan untuk membakar Al Quran?

Bagi orang-orang yang waras, perbuatan Nik Aziz serta sekalian pemimpin PAS yang mempergunakan agama Islam untuk kepentingan politik peribadi adalah merupakan jauh lebih teruk dan lebih hina dari cadangan membakar Al Quran!

Hairan juga apabila Nik Aziz bercakap seolah-olah dia lupa tentang apa yang pernah dilakukan olehnya berkenaan imej Islam didalam negara ini. Memang SAH nyanyuk tahap kritikal orang tua sorang nih!

(Oleh: Pak Long)

Pak Lebai PAS yang bodoh patut buat demo!

Posted: 12 Sep 2010 05:09 PM PDT

Ke mana perginya Pakatan Rakyat selepas 4 orang melayu beragama Islam dibunuh dibakar dengan kejam?

Click sini sini sini sini dan sini

Tiada ulasan:

Pengikut