Rabu, 8 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Hanya PAS saja yang betul….

Posted: 08 Sep 2010 02:06 AM PDT

Apakah hak-hak lain untuk orang islam tak pernah diambil tahu oleh orang-orang PAS? Siang malam mereka mengatakan bahawa merekalah paling islam. Cuba orang-orang PAS perhatikan perwatakkan pemimpin mereka sendiri adakah melambangkan islam?

PAS sering mahu menjadi juara didalam segala hal. Dari pemimpin atasan hinggalah kepada totok pencacai Pas dibawah semuanya mahu menang didalam setiap hal. Tak kiralah sama ada mereka salah ataupun benar, yang penting bakat spin mereka digunakan sehabis mungkin untuk menang berhujah.
Halal haram belakang kira, yang penting jangan bagi UMNO dan orang-orangnya menang sekalipun didalam berhujah. Sebab itulah munculnya peribahasa moden "walharammu, walhalalku" didalam setiap kamus pemikiran para totok pencacai PAS.

Cuba kita lihat…, didalam hal sembahyang, orang UMNO atau PAS bagi kita tiada bezanya. Tapi masih ada orang PAS yang enggan solat di belakang imam UMNO walhal ada yang imam berideologi UMNO yang sanggup solat dibelakang Imam PAS.

Apakah solat UMNO dah PAS adalah berbeza sedangkan semua umat Islam menyembah Tuhan yang satu dan sama. Apakah Imam UMNO menyembah Tuhan lain sehingga membuatkan orang PAS tak mahu berimamkan imam UMNO?

Itu dalam bab sembahyang, di dalam bab ulamak pula, ulamak yang pro kerajaan sering dilabelkan oleh orang PAS sebagai ulamak belaan untuk politik. Datuk Harussani juga dituduh begini walhal beliau menyatakan perkara benar didalam hal penyatuan bangsa melayu dan umat Islam.

Dan apabila ulamak kerajaan mengeluarkan nas Quran untuk menunjukkan kebenaran, semuanya dilabelkan menjual agama kerana duit dan gaji oleh orang-orang PAS. Jadi bagi orang-orang PAS, hanya ulamak yang mereka suka sahaja yang diiktiraf bercakap menggunakan nas Quran.

Sudah pasti ulamak-ulamak tersebut adalah terdiri dari pemimpin politik mereka yang mereka sendiri angkat sebagai ulamak! Selain dari golongan itu, semuanya akan dibakul sampahkan oleh orang-orang PAS ini kerana jangan haraplah mereka bersetuju dan sedar. Malah ada yang tak mahu mendengar langsung pun.

Mereka tak akan bersetuju walaupun ulamak yang diiktiraf kerajaan membawa hujah dari Al Quran serta hadis sahih!

Itu bab ulamak.., jika pemimpin kerajaan yang berhujah dengan menggunakan nas Quran atau hadis, orang-orang PAS akan kata ia merupakan kata-kata jahil dari pemimpin yang menolak agama. Orang-orang PAS ini takkan mahu menerima apa satupun cakap dari pemimpin walau bersandarkan kepada Quran sekalipun.

Yang mereka tahu, UMNO harus ditentang kerana menolak agama Allah swt. Apa yang dimaksudkan oleh mereka dengan UMNO menolak agama Allah itu…, jawapannya ialah UMNO tak mahu melaksanakan HUDUD!

Jika ini yang menjadi alasannya, bagaimana pula PAS kini yang mengenepikan HUDUD hanya kerana takutkan kafir yang berkerjasama dengan mereka? Orang-orang PAS ini bebal atau apa? Semua yang dibuat oleh UMNO ada saja yang tak kena dimata mereka. Yang betul selamanya hanya pemimpin PAS serta rakan sekutu mereka DAP dan PKR.

Tak tahulah bagaimana orang-orang PAS melihat islam dari sudut kacamata mereka. Apakah ukuran islam hanya solat, zakat, pergi haji, puasa dan yang penting sokong PAS dah boleh masuk syurga?

Apakah hak-hak lain untuk orang islam tak pernah diambil tahu oleh orang-orang PAS? Siang malam mereka mengatakan bahawa merekalah paling islam. Cuba orang-orang PAS perhatikan perwatakkan pemimpin mereka sendiri adakah melambangkan islam?

Kalau nak dikirakan bercakap sekalipun, tak ada sedikitpun yang pemimpin PAS ikhlas mahu menegakkan hukum islam. Apatah lagi nak melaksanakannya walaupun berkemampuan melaksanakan ideologi mereka di beberapa negeri.

Bagi orang-orang PAS, apa yang PAS buat mesti comel lote dan sempurna sekali. Di Kelantan tak payah buat pembangunan sebab kerajaan PAS tak ada duit. Duduk dalam reban ayam pun tak apa janji kena bersyukur. Itu lebih baik dari di Rwanda yang tak ada rumah langsung.

Sesak papa kedana merempat pun tak apa asal dapat sokong PAS, ini semua fisabilillah yang dijanjikan syurga disana nanti….(konon-kononnyalah). Rakyat Kelantan minum air karat pun tak apa sebab bukan kerajaan negeri yang bertanggung jawab…, itu sebenarnya tugas kerajaan pusat.

Lagipun, di Somalia lagi teruk sebab langsung tak ada air nak minum. Jadi…., kena bersyukur dan berterima kasihlah pada kerajaan PAS sebab dapat juga bagi minum air karat. Cukup penggal, kena pangkah PAS sebab hanya PAS yang mampu "menzuhudkan" rakyat Kelantan. Tak kebodoh namanya tu….

Sampai bilalah orang-orang PAS ni nak sedar???

(Oleh: Pak_Long)

Ct Nurhaliza “dibeli” oleh DAP?

Posted: 07 Sep 2010 06:49 PM PDT

Selepas hampir sebulan Khalifah Lim Guan Eng dan DAP melakukan gerak gempur menagih sokongan bangsa melayu dengan berpelurukan hamper berharga RM 20 di Surau serta Masjid-masjid P.Pinang, selepas Aidilfitri ini akan bermula pula agenda baru memperbodohkan melayu di negeri tersebut.

Sempena menyambut ulangtahun Hari Malaysia, pada 25 September depan bakal diadakan konsert PERCUMA yang bakal dianjurkan oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri berlidah biawak Lim Guan Eng.

Sudah diwar-warkan bahawa penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Ct Nurhaliza bakal mempersembahkan bakat nyanyiannya diatas undangan khas dari Kerajaan Lim Guan Eng dan DAP.

Dah nama pun konsert PERCUMA, rakyat P.Pinang tak perlu bersusah payah beratur membeli tiket bagi menikmati alunan suara merdu Datuk Ct Nurhaliza yang dipanggil berkerjasama dengan kerajaan sosialis DAP negeri P.Pinang untuk membodohkan melayu.

Rakyat P.Pinang hanya perlu membayar RM 1 sahaja bagi menampung kos agenda DAP negeri ini memperbodohkan mereka. Itulah sahaja harga yang diperlukan bagi menutup segala penindasan serta pembohongan Lim Guan Eng terhadap seluruh bangsa melayu di P.Pinang.

Khabarnya, Datuk Ct dibayar lebih dari RM 120 ribu untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan DAP negeri P.Pinang melalui konsert ini.

Persoalannya sekarang, apakah dengan kesanggupan Datuk Ct menjayakan konsert ini, dia bersetuju dengan segala polisi kerajaan negeri DAP P.Pinang yang menindas para peniaga kecil melayu dan juga penduduk kampung melayu tradisional?

Khabarnya lagi, Datuk K iaitu suami Datuk Ct adalah merupakan "orang kuat" UMNO dan menyokong kuat kerajaan DS Najib. Jika benar begitu, apakah RM 120 ribu dari Lim Guan Eng dan DAP telah berjaya mencairkan "perjuangan" Datok K?

MUNGKIN ada perjanjian lain yang disertakan disamping wang upah "berkerjasama" dengan DAP negeri P.Pinang. MUNGKIN Datuk CT ada dijanjikan diskaun bagi rumah mewah yang mahu dibeli di negeri itu oleh kerajaan DAP…siapa tahu kann. Segalanya mungkin jika ia melibatkan bisnes.

Walau bagai manapun, jika Datuk Ct sebagai seorang yang berbangsa melayu sanggup berkerjasama dengan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng yang berpolisi mengenepikan melayu, ini bererti Datuk Ct mengiktiraf setiap penindasan yang telah DAP lakukan terutamanya apa yang berlaku kepada orang-orang melayu P.Pinang!

Saya tak suka menggunakan perkataan "pengkhianat" kepada Datuk Ct didalam hal ini, memadailah hanya dengan label Datuk Ct "bersekongkol" di dalam agenda politik DAP memperbodohkan melayu-melayu di P.Pinang.

(Oleh: Che_Wan)

Benarkah “GAY” adalah hak asasi manusia?

Posted: 07 Sep 2010 04:36 PM PDT

Kita dikejutkan baru-baru ini tentang usaha seorang paderi, Ouyang Wen Fang, yang cuba menubuhkan sebuah gereja khas untuk golongan "gay" di Malaysia, sebuah negara Islam sekular. Walaupun paderi ini menafikan kewujudan gereja "gay" ini, diberitakan bahawa usaha ini diakui cuba ditubuhkan di negara ini sebagai "hak asasi" mereka sebagaimana gereja seumpama ini wujud di India dan Nepal.

Umum juga tahu bahawa Anwar Ibrahim, "bakal" Perdana Menteri ke-7 Malaysia sedang bergelut dengan tuduhan kedua tentang kegiatan sex luar tabi'i yang melibatkan perlakuan liwat. Liwat, sebagaimana kita tahu adalah pelakuan luar tabi'i yang sangat sinonim dengan kegiatan "gay". Tidak hairanlah jika golongan "gay" di Malaysia begitu "sayang" dan memberi sokongan penuh kepada Anwar.

Diakui ramai, kegiatan "gay" ini sangat terpencil dan jarang-jarang sangat kita dengar berita mengenainya sebelum pendakwaan Anwar "Liwat I". Namun, setelah disahkan oleh mahkamah bahawa Anwar "meliwat", golongan ini semakin ramai dan semakin berani menonjolkan diri. Anwar dan golongan ini disokong hebat oleh persatuan-persatuan "gay" diluar negara seperti Persatuan ProGay. Dengan alasan "hak asasi manusia", golongan ini begitu vokal membela Anwar. Malah Anwar tanpa rasa bersalah dilaporkan pernah meminta agar "privasi kegiatan gay" ini diberikan kepada golongan "songsang" ini - International Herald Tribune, 11 November 2004. Melalui artikel ini, Anwar cuba meminta agar undang-undang di Malaysia ini mengiktiraf "hak asasi dan privasi gay" di Malaysia.

Namun, benarkah "Gay" merupakan amalan "hak asasi manusia"? Cuba fikirkan kembali. Cuba ingatkan kembali kepada "fitrah kejadian manusia". Cuba renungkan kembali, mengapa Allah S.W.T mencipta dua gender di dunia. Mengapa dicipta lelaki dan perempuan. Menurut sumber dalil naqli, lelaki dan perempuan dicipta oleh Allah Azza wa Jalla sebagai pasangan, sebagaimana Hawa dicipta untuk Adam AlaihisSalam. Itulah fitrah manusia yang sebenar. Perkara ini diakui oleh seluruh agama "samawi" di dunia, termasuklah Islam dan Kristian. Justeru itu, apakah kegiatan "gay" ini sangat tepat untuk disifatkan sebagai "hak asasi manusia"?

Selama ini, ramai umat Islam yang terpengaruh dengan menyifatkan kegiatan "gay" ini sebagai "hak asasi manusia". Persoalannya, apakah amalan yang menyalahi fitrah kejadian manusia ini boleh diiktiraf sebagai "hak asasi manusia" sebagaiamana yang diperjuangkan oleh Anwar dan golongan "gay" ini?

Kita melihat Anwar sebagai seorang politikus yang berpengaruh di dalam kem pembangkang. Anwar telah dipersetujui oleh PKR, DAP dan PAS untuk dinobatkan sebagai "Perdana Menteri Malaysia ke-7″ dalam usaha mereka ke Putrajaya. Apakah umat Islam bersetuju dengan Anwar sebagai Perdana Menteri walaupun Anwar ini diketahui umum sebagai salah seorang pejuang "gelap" golongan "gay" ini?

Setelah pihak Pakatan Rakyat berjaya menjajah banyak kerusi Dewan Rakyat dan DUN pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, golongan ini semakin berani menonjolkan diri dan melakukan kegiatan mereka secara terang-terangan. Dilaporkan bahawa dipercayai di Bukit Bintang (kawasan DAP) sahaja, kawasan segitiga emas Lembah Klang itu mempunyai 2 pusat hiburan yang menjadi tumpuan golongan "gay" ini. Selain itu, majalah mastika dan tabliod-tabliod tempatan sering menyiarkan kegiatan luar tabi'i ini yang semakin berleluasa di taman-taman dan tasik-tasik di sekitar Selangor.

Dengan wujudnya usaha menubuhkan gereja "gay" di Malaysia baru-baru ini, maka kumpulan "gay" di Malaysia seolah-olah mendapat "suntikan semangat" untuk kegiatan tidak bermoral mereka. Kejayaan moral golongan ini seolah-olah mendapat restu apabila Anwar hanya membisu terhadap isu ini. Mungkin "diam"nya Anwar tentang isu ini menunjukkan Anwar bersetuju dengan perkara yang memudaratkan budaya ketimuran di negara ini. Apakah ini pendirian "bakal" seorang Perdana Menteri yang akan mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini?

Persoalan ini harus dijawab oleh Anwar, "apakah kegiatan gay ini merupakan salah satu hak asasi manusia yang patut dipertahankan dan diperkenalkan di Malaysia"? Apakah Anwar sanggup menolak fitrah kejadian manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T ini? Apakah penyokong-penyokong tegar Anwar sangat bersetuju dengan pendirian Anwar yang menyokong kegiatan "gay" ini. Mungkin Anwar bersetuju kerana dia dibuktikan meliwat oleh mahkamah. Namun, apakah penyokong Pakatan Rakyat yang berkopiah dan berlebai serta mengakui "lebih Islam" ini akan terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Negara mereka? Tepuk dada, tanyalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Wallahu'alam.

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut