Selasa, 7 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Zaid Ibrahim “menjerit diliwat beramai-ramai oleh PKR”!

Posted: 07 Sep 2010 04:55 AM PDT

Gempar hari ini apabila kaedah Anwar untuk menggulingkan Tun Ghafar Baba pada tahun 1993 sebagai Timbalan Presiden UMNO berulang kembali. Kini, anak didik Anwar, Azmin Ali yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh De Facto PKR itu juga menggunakan kaedah yang sama untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR yang bakal dipertandingkan tak lama lagi. Pada tahun 1993, semua Menteri Besar UMNO dan tokoh-tokoh yang termakan "sumbangan ikhlas" dari Anwar telah mengumumkan sokongan sebulat suara kepada Anwar sebagai calon Timbalan Presiden UMNO. Dan pada hari ini, semua Ahli Parlimen PKR, termasuklah Syed Husin Ali sebagai penyandang jawatan juga telah mengumumkan sokongan penuh kepada Azmin Ali untuk bertanding Timbalan Presiden PKR, sekaligus mentalkinkan hasrat Zaid Ibrahim untuk menjadi orang no.3 di dalam PKR.

Terkuburlah hasrat Zaid Ibrahim nampaknya. Menangis tak berlagu. Zaid baru-baru ini telah mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Menurut Zaid, pengumuman yang dibuatnya itu telah mendapat reaksi negatif dari beberapa pihak yang tidak senang dengan pengumumannya itu. Zaid dilaporkan mengadu nasibnya pada Malaysiakini seraya berkata…
"Saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno. Sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini". Menurut Zaid, "ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat,".

Zaid menambah, "ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri. Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup. Semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu Anwar Ibrahim. Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan Bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk. Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela..". Begitulah keluhan Zaid yang bakal di"ranap"kan oleh "political animal" yang ada di dalam jiwa PKR.

Padan muka Zaid! Ternyata dia lupa siapa Anwar dan bagaimana sifat semulajadi yang ada pada Si Kitul yang dipuja-pujanya selama ini. Zaid di"arak" keseluruh pelusuk negara sehinggalah ke luar negara. Zaid dilayan bagai "anak emas" oleh PKR selama 10 bulan, dan kemudiannya dia hanya dianggap sebagai orang yang tidak setia, pengacau dan pengkhianat parti! Di mana Zaid hendak letak muka sekarang? Mahu kembali kepada UMNO, adalah sangat mustahil untuk UMNO menerima seorang pengkhianat bangsa dan "opportunis" sepertinya. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia "melacurkan" bontotnya untuk di"liwat" oleh "peliwat-peliwat" di dalam PKR!

UMNO suatu ketika dahulu pernah dirosakkan oleh Anwar sehingga mengakibatkan UMNO kehilangan seorang tokoh politik yang sejati dan ikhlas berjuang demi Islam, anak bangsa dan tanahair. Ketulenan pejuang sejati ditewaskan Anwar dengan pakatan busuknya dengan para pemimpin UMNO yang mampu di"beli" oleh Anwar. Perkara sebegini belum pernah berlaku di sepanjang pemilihan UMNO sebelumnya. Namun dengan strategi busuk perut Anwar itu, Tun Ghafar yang sangat berbudi itu pun terkorban. Dan sejak itulah UMNO dibusukkan dengan virus yang disuntik oleh Anwar, dan sehingga hari ini amat payah untuk diubati.

Apabila Zaid terjun ke dalam PKR yang sememangnya tempat yang dipenuhi oleh "najis-najis yang pernah mengotorkan Anwar", dia sepatutnya tahu apakah yang bakal dihadapinya bila menongkah arus di dalam PKR. Tidakkah Zaid tahu bahawa Anwar dan Azmin mempunyai hubungan yang sangat istimewa selama ini. Ezam yang suatu ketika dahulu sanggup mati kerana Anwar pun diketepikan oleh Anwar kerana "sayang"nya pada Azmin, inikan pula Zaid Ibrahim yang baru beberapa bulan masuk ke dalam partai "najis busuk" itu! Sedarlah diri tu sikit Zaid oiii…

Ketika ini, Azmin belum pun lagi mengumunkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Namun, nampaknya Azmin tak payah berbuat demikian. Berkemungkinan dia akan menang tanpa bertanding pun! Dengan jari telunjuk Anwar menuding kepada Azmin, semua perwakilan cabang dan ranting akan menurut kata Anwar untuk memilih "buah hati pengarang jantung"nya sebagai Timbalan Presiden PKR. Zaid dan yang lain-lain tak perlulah menyebok atau mengumumkan akan bertanding itu atau ini, biarlah De Facto yang menentukan jawatan apa yang layak untuk Zaid. Penulis mengira, Zaid bakal diarah untuk menarik diri dan bakal ditawarkan "sumbangan ikhlas" berserta jawatan lain yang kurang penting berbanding jawatan no.3 PKR itu. Jika Zaid tolak tawaran itu, tahu-tahulah apa nasibnya selepas ini…

Usah ditangisi tentang nasib Zaid. Kini Zaid bertemu buku dengan ruas. Sudah terhantuk baru tengadah. Dan "hari tidak semuanya cerah untuk insan seperti Zaid yang ditatang bagai minyak yang penuh selama 10 bulan sebelum ini. Saranan penulis kepada Zaid Ibrahim, bersara sajalah dari dunia politik. Zaid lebih cocok untuk menjadi seorang peguam yang menguruskan "conveyancing" sebagaimana sebelum ini. Zaid tidak layak pun untuk menjadi pemimpin atau dijadikan "role model" yang baik untuk masyarakat. Lebih baik "pencen" dari terus di"liwat" beramai-ramai di dalam PKR! Noktah.

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut