Jumaat, 27 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali ; Pakatan Rakyat halalkan cara untuk berkuasa

Posted: 26 Aug 2010 10:38 PM PDT

PAKATAN Rakyat (PR) hanyalah sebuah pakatan rapuh yang menghalalkan cara untuk menguasai negara ini walaupun terpaksa memperalatkan agama dan kaum, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, PR yang disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP masing-masing boleh 'pejam mata' jika salah satu daripada mereka melukai kaum atau menghina agama tertentu.

"Contohnya, PAS tidak berasa terhina apabila seorang khatib membaca doa khutbah Jumaat untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong seperti kebiasaanya," katanya.

Sebaliknya jelas beliau, PAS menerusi Dewan Pemudanya tetap mempertahankan tindakan khatib berkenaan kerana ingin menjaga hati pemimpin DAP.

Malah katanya, tidak ada seorang pun pemimpin Islam PAS dan PKR yang membantah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (DAP) yang didakwa menyampaikan tazkirah di dalam surau Al-Huda, Kajang, Selangor.

Beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua PKR Selangor, Azmin Ali sebagai 'orang Melayu beragama Islam' sepatutnya berasa malu dan terhina dengan perbuatan tersebut.

"Di mana maruah pemimpin Melayu PAS dan PKR bilamana seorang wanita Cina tidak bertudung memasuki ruang solat surau berkenaan ketika menyampaikan bantuan kepada ahli-ahli PAS," tegasnya lagi.

Beliau berkata, perkembangan ini sudah jelas membuktikan bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja walaupun sengaja menghiris perasaan kaum lain semata-mata untuk menunjukkan mereka pejuang rakyat.

Bagi menutup keburukan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama semalam, menuduh BN amalkan politik perkauman untuk pecahbelahkan masyarakat.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai kelakar, Syed Ali menjelaskan Anwar sebenarnya cukup bijak untuk memperdayakan rakyat dengan kenyataan-kenyataan 'hebat' tetapi sebenarnya kosong.

"Samalah apabila beliau kata sistem undang-undang negara ini tak betul dan kerajaan boros, sebenarnmya dia nak tutup kes liwat dan kepincangan serta amalan kronisma yang sedang berlaku dalam PKR terutama di Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, PR juga tidak mempunyai asas kukuh kepada semangat perpaduan dan masing-masing mempunyai agenda tersendiri, berbanding amalan permuafakatan kuasa menerusi Barsian Nasional (BN).
Katanya, jika PKR, PAS dan DAP masing-masing ikhlas sudah lama mereka membentuk satu pakatan yang jitu sepertimana BN.

Oleh sebab jelasnya, apabila berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) atau pilihan raya kecil, gabungan PR tetap menggunakan lambang parti masing-masing.





Tiada ulasan:

Pengikut