Selasa, 17 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Perlembagaan baru & 13 tuntutan MCA ; strategi hancurkan BN – Syed Ali

Posted: 16 Aug 2010 10:14 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee berkata, perkembangan serentak isu 13 tuntutan MCA dan kewujudan perlembagaan versi baru bertujuan untuk melenyapkan kepentingan Melayu dan agama Islam di negara ini.

Katanya, isu tersebut berlaku dalam waktu yang sama dan ini semua stretegi pihak tertentu untuk menguji sejauhmana kemampuan UMNO menanganinya.

Sehubungan itu katanya, orang Melayu termasuk UMNO perlu bersatu kerana perkembangan tersebut merupakan satu propaganda yang mengancam masa depan mereka.

Beliau turut mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) membincangkan kedua-dua isu tersebut

"Ini isu serius dan rakyat (orang Melayu) sedang memerhati sejauhmana ketegasan UMNO, jika kita masih juga berdiam diri, saya khuatir rakyat semakin mencemuh UMNO," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu bimbang bibit perpecahan mula ditanam di kalangan komponen Barisan Nasional (BN) sebagai stretagi pihak tertentu menyingkirkan penguasaan orang Melayu menjelang Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, MCA yang senada dengan DAP telah membelakangkan semangat setiakawan dengan UMNO sebagai sekutu politik terkuatnya dalam BN.

Oleh sebab itu katanya, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tidak malu apabila mengemukakan pelbagai tuntutan kepentingan kaum Cina didepan Perdana Menteri.

"Dia sengaja bangkitkan kemarahan orang Melayu didepan Najib, ini merupakan perbuatahn disengajakan untuk menguji sejauhmana keberanian UMNO berdepan dengan isu tersebut," uajrnya.

Syed Ali mahu pemimpin UMNO lebih tegas dan berani menghadapi cabaran tersebut tanpa mengetepikan kepentingan dan masa depan orang Melayu.

"MCA sebenarnya nak uji sejauhmana beraninya pemimpin UMNO, sebab itu mereka senada dengan DAP mengemukan tuntutan yang jelas akan melenyapkan hak dan kepentingan Melayu," tegasnya.

Dalam isu perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan seperti didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Syed Ali menegaskan ianya satu lagi usaha untuk menghapuskan kepentingan Melayu dan agama Islam.

Katanya, pendedahan itu amat serius dan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melakukan siasatan kerana ianya boleh mendatangkan pertelingkahan antara kaum di negara ini.

Beliau berharap kerajaan tidak memandang ringan berhubung dakwaan teersebut kerana Perlembagaan Persekutuan merupakan asas kepada pembentukan satu bangsa Malaysia dan kedaulatan negara.

Tiada ulasan:

Pengikut