Khamis, 12 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Pakatan Rakyat (PR) penuh dengan sikap hipokrasi – Syed Ali

Posted: 12 Aug 2010 12:31 AM PDT

PERKONGSIAN kuasa UMNO dengan rakan politiknya seperti MCA dan MIC dibuat berasaskan perjanjian permuafatakatan yang termeterai di bawah konsep Barisan Nasional (BN).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, menerusi kesepakatan di bawah konsep BN itu, rakan-rakan komponen mematuhi dan menghormatinya sebagai gabungan yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, walaupun parti-parti gabungan BN membawa aspirasi kepentingan kaum masing-masing tetapi mereka tetap mengutamakan permuafakatan dan perkongsian kuasa di bawan BN.

Katanya, asas permuafakatan yang dirintis sejak zaman pra kemerdekaan di bawah nama 'Perikatan' menjadi teras kepada kerajaan BN untuk terus kekal memerintah sehingga ke hari ini.

"Inilah bezanya BN dengan pakatan pembangkang terutama membabitkan PAS dan DAP, mereka tidak ada kata sepakat yang konkrit kecuali bergabung atas semangat politik untuk menumbangkan BN," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, parti-parti pembangkang dilihat bebas bercakap atas kepentingan parti masing-masing tanpa mengabilkira keutamaan gabungan tersebut.

Sebagai contohnya, DAP tetap berkeras menentang apa jua cadangan kewujudan konsep negara Islam sepertimana diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Katanya, sikap tidak ikhlas dan syak wasangka inilah yang berlaku membabitkan PAS-DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bergabung atas pakatan Rakyat (PR) dan gabungan ini tidak akan bertahan lama.

Menurut beliau, bukti gabungan PAS, DAP dan PKR tidak ikhlas amat jelas kerana sehingga kini mereka tidak mempunyai lambang rasmi PR yang berdaftar.

"Kalau mereka ikhlas, dah lama mereka guna lambang PR sepertimana kita pakai logo BN apabila bertemu rakyat pelbagai kaum, ini menunjukkan antara mereka ada agenda masing-masing," tegasnya.

Katanya, PR hanya perkongsian rapuh penuh dengan hipokrasi di mana PAS dan DAP tidak pernah sehaluan dalam isu kepentingan rakyat dan pemimpinnya pula bersifat seperti 'talam dua muka'.

Syed Ali mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan keikhlasan hubungan UMNO dan MCA, berikutan ulasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkata PAS bersekongkol dengan DAP hanya mahu sokongan dan undi kaum Cina semata-mata.

Tiada ulasan:

Pengikut